Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Best Credit Cards
Mortgage Calculator
Loan
Loan
Debt

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 01-24-2007, 11:23 AM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Cool Betul ka lelaki dah berkeluarga di landa Sindrom Malas Bekerja?

Bila saya baca Utusan Malaysia Online pagi ni, saya terbaca artikel bertajuk :
Quote:
Lelaki berkeluarga dilanda sindrom malas bekerja
Oleh: AZMAN MD NOOR dan ZINAIDAH ZAINON

23 Jan. – Sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja kian menular di negara ini sehingga menimbulkan kebimbangan akan wujud jurang ketara antara lelaki dan wanita dalam soal kerjaya, kepercayaan dan tanggungjawab.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, fenomena lelaki tidak suka bekerja, manakala wanita pula mengambil alih tugas mereka, sedang menular di kampung-kampung sehingga ada lelaki sanggup menjaga anak di rumah.

Menurut beliau, perkara seumpama itu telah pun berlaku di beberapa negeri termasuk di Kelantan.

Mashitah berkata, telah ada wanita dilantik sebagai pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ia bukannya kerana tidak ada calon lelaki tetapi mereka menolak tanggungjawab itu sehingga akhirnya diberikan kepada wanita.

“Ini merupakan satu fenomena serius apabila wujud kecenderungan lelaki lebih suka duduk di rumah berbanding wanita yang kuat bekerja.

“Sekiranya perkara ini tidak dibendung, dibimbangi akan lebih banyak tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada golongan wanita, sehingga mewujudkan jurang ketara antara lelaki dan wanita,” katanya selepas menyampaikan kerusi roda kepada Mohd. Rosli Ali, 33, yang lumpuh, di rumahnya di Kampung Telok Petata, Kupang, dekat sini hari ini.

Menurut Mashitah, jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, dibimbangi kaum wanita akan memilih untuk hidup membujang selama-lamanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung oleh kaum lelaki.

“Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa dosa pertama yang dihitung bagi seorang lelaki ialah dosa mengabaikan nafkah rumah tangga.

Ini menjelaskan, bahawa seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya adalah berdosa di sisi Islam,” ujar beliau.

Menurut Mashitah, fenomena itu hanya berlaku di kalangan lelaki golongan bawahan yang tinggal di kampung.

Katanya, wanita yang berkahwin dengan lelaki berkenaan terpaksa bekerja sebagai penoreh getah bagi menanggung keluarga.

“Malah lebih menyedihkan, ada keluarga yang sanggup memberi duit bulanan kepada anak lelaki mereka yang tidak mahu bekerja, seolah-olah menyokong perbuatan anak mereka itu, yang disara oleh isteri masing-masing.

“Gejala itu kini sangat serius menyebabkan ada wanita bujang takut untuk berkahwin kerana bimbang mendapat suami yang malas bekerja.

“Sindrom itu jika dibiarkan boleh menggugat institusi perkahwinan dan kekeluargaan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan satu program bagi menyuntik semangat kaum lelaki dilaksanakan bagi memperkasakan semangat golongan itu.

Di petik dari : Utusan Malaysia, 24 Januari 2007
Pada pendapat saya, mungkin juga betul bagi golongan lelaki yang berpendapatan rendah di luar bandar ni malas untuk menyara keluarga. Tetapi, boleh jadi juga tidak semua yang berperangai sebegitu. Mungkin juga, mereka ada sebab tersendiri seperti masalah kesihatan misalnya.

Di era sekarang di mana perniagaan / bekerja sendiri di rumah sudah semakin rancak di Malaysia, perkataan 'malas bekerja' tidak patut digunakan. Kat rumah pun boleh buat kerja selain kerja - kerja rumah yang biasa.

Namun begitu, kemungkinan ada segolongan masyarakat sekarang akan memandang serong sekiranya si suami sentiasa berada di rumah melayan isteri dan anak - anak. Padahal, golongan ini pada masa yang sama bekerja di dalam bilik dan menjana pendapatan setiap / bulan. Contohnya, kita boleh lihat di sini (Forum WangCyber ini misalnya).

Dalam Islam, sebenarnya bukan salah bekerja di rumah, tetapi salah kalau si suami mengabaikan tanggungjawab mencari nafkah sedangkan dia seorang yang sihat.

Tetapi, masyarakat Malaysia sekarang ni masih ada lagi yang berpendapat sekiranya si suami yang sentiasa berada di rumah, sedangkan isteri keluar bekerja, ada yang terus membuat 'kesimpulan segera' tanpa menyelidik maklumat sepenuhnya.

Namun begitu, saya tidak menafikan bahawa terdapat segolongan lelaki yang berperangai malas bekerja ini. Golongan ini seharusnya di dekati dan diberi kaunseling dan ditanya kenapa mereka malas bekerja. Mungkin ada yang memberi alasan bahawa mereka mudah penat kalau bekerja berat, hasil tidak setimpal dengan usaha yang diberikan, tiada siapa nak jaga anak - anak, payah nak dapat kerja sedangkan sudah berpuluh - puluh kali mohon di pelbagai tempat dan sebagainya.

Jadi, golongan ini seharusnya ditolong dan dimotivasi supaya minda mereka 'terbuka' luas supaya mereka dapat 'melihat' peluang - peluang pekerjaan yang tersedia untuk mereka. Mungkin apa yang kita semua sering bincangkan di sini 'tidak sampai sasaran' pada golongan ini. Bagi sesiapa yang mampu dan berdaya, 'tolonglah' mereka ini. Khabarkan pada mereka, bekerja tidak semestinya di pejabat. Insyaallah... semoga pertolongan kita yang ikhlas itu akan mendapat ganjaran dari Allah.

p/s - "Apabila Allah menarik satu pintu rahmat dari kita, Allah membuka 9 pintu rahmat lain untuk kita. Namun, kadang - kadang kita terlalu leka dan sedih melihat pintu yang sudah tertutup buat kita tanpa menyedari pintu - pintu rezeki yang terbentang luas buat kita"

Last edited by Badruzamani Bin Azmi; 01-25-2007 at 06:27 PM. Reason: pembetulan


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 01-24-2007, 02:56 PM
fai's Avatar
fai fai is offline
WC300
 
Join Date: Jul 2006
Location: Putra
Posts: 362
fai is an unknown quantity at this point
iTrader: (3)
Default

Kalau bg saya la.. Tujuan saya kawin muda (22) adalah untuk menjadikan diri amat bertanggungjawab ke atas isteri dan anak-anak.. Yelah.. Takkan la nak bg isteri dan anak2 makan pasir kot.. Kalau gaji saya RM2000, saya akan menggandakan agar anak dan isteri saya hidup selesa disamping dapat berikan kepada ibu bapa saya dan ibu bapa isteri saya wang setiap bulan.. Kahwin mengajar erti bertanggungjawab..

Tapi bagi berita di atas ini terjadi kerana rata-ratanya pendapatan isteri lebih banyak dari suami.. Inila sbbnya kot suami malas bekerja.. Yela kalau isteri tu CEO bgaji RM10 000 sebulan maunya isteri tggung suami tu.. huhu :P


PS: Angka diatas hanya rekaan semata.. Tiada Kaitan dengan yang hidup atau yang mati..

PPS: Cerita pasal kawin lagi.. Huhu..
__________________
Aku Ingin Menjadi Seorang "Lagenda"


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 01-24-2007, 09:31 PM
all_wan's Avatar
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Posts: 25
all_wan is on a distinguished road
iTrader: (1)
Smile

Kalau dah kahwin tetapi malas nak bekerja...
pada pendapat saya , susah juga kalau macam tu........
tanggungjawab suami memberi nafkah kepada isteri... dan tanggungjawab isteri kena taat kepada suami. bila masing-masing tahu tanggungjawab mereka... barulah melahirkan akan suasana rumahtangga yang harmoni....

Nafkah dan tanggungjawab suami .
biasanya pasangan sebelum berkahwin sudah diterangkan mengenai tanggung jawab masing-masing semasa kursus pra perkahwinan .. bagi mereka-mereka yang sudah berkahwin... sanggup ke mereke-mereka ini berkursus semula.

Biasanya..kebanyakan isteri yang saya jumpa , kalau suaminya tidak bekerja, sedangkan suaminya mempunyai tubuh badan yang sihat wal afiat.. isteri nya akan sanggup tanggung kehidupan suami ,paling lama pun dua tahun sahaja , biasanya .... (berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sahaja)

time tu biasanya isteri akan cakap " baju yang dia pakai pun saya belikan..." itu ok lagi..
kalau dia cakap " saya nie menanggung suami saya macam memikul biawak hidup " tak ke haru.......
kalau dia cakap" Suami saya cuma tahu **** jeks.. lain tak tahu." lagi la haru

Dari pemerhatian saya setakat ini... saya blom jumpa lagi isteri menangung suaminya yang sihat walafiat lebih dari 10 tahun ....kalau suami yang ditanggung isteri nak kawin lagi ..ade la...

P/s: ini adalah pandangan saya sahaja untuk di kongsi bersama.
__________________


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 01-24-2007, 11:02 PM
ibnuhassim's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Tanah Periok, Pasir Pekan, Setapak Indah
Posts: 471
ibnuhassim is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ibnuhassim
iTrader: (6)
Default

Mudah-mudah Allah jauhkan kita dari menjadi golongan DAYUS macam tue..


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 01-24-2007, 11:39 PM
aku's Avatar
aku aku is offline
WC300
 
Join Date: Apr 2006
Posts: 2,032
aku is an unknown quantity at this point
iTrader: (15)
Default

aiseh.. kata nak sama taraf ngan lelaki... ha... ni apa kes ni.. :P


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 01-25-2007, 07:19 AM
all_wan's Avatar
New Member
 
Join Date: Oct 2006
Posts: 25
all_wan is on a distinguished road
iTrader: (1)
Smile

Quote:
aiseh.. kata nak sama taraf ngan lelaki...
nak sama taraf...?? macam mane tu ekss..sebab dua-dua ada tanggungjawab masing-masing.

"Kaum lelaki(suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri ) oleh kerana allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain, dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka, sebab itu(isteri) yng soleh , ialah yang taat kepada Allah , lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ditempat ( sebagai rasa syukur ) kerana allah telah memelihara mereka.." surah An-Nisa' ayat 34

Quote:
Mudah-mudah Allah jauhkan kita dari menjadi golongan DAYUS macam tue..
dayus..?? ape yang dikatakan dayus tu yek.??? setahu saya dayus tu maknanya "membenarkan dan membiarkan isteri membuat maksiat.... entahla......
pada saya , kalau lelaki yang tidak bertanggungjawab dalam rumahtangga ianya saya panggil nusyuz di pihak lelaki.
__________________


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 01-25-2007, 09:03 AM
mysticmind's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,401
mysticmind is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mysticmind
iTrader: (5)
Default

alaa.. 2008 dah nak ngundi..
so masing2 dah start tunjuk diri la tuh..
media pun pantang ada bende bleh disensasikan...

siapa tak kenal dr mashitah yang dulu pernah beritahu diakhbar, bahawa pompuan terpaksa melacurkan diri untuk menyara anak dibolehkan? Entahlah.. macam2..
(saya sendiri baca ruangan soaljawab agama dr mashitah dalam metro hari dan topik tersebut)

Tapi sebenarnya, secara adil, bende nih aku akui dah lama dah berlaku.. masa aku duk belajar kat kelantan dulu lagik.. dah pun ramai pompuan yang keje, laki duk umah.. laki duk umah tuh plak ada 2 kategori.. 1 jaga anak betul2.. 2- tido saja.. ada yang sampai 3-4 bini.. bini keje.. dia jaga anak dan buat anak..

saing kawe budok klate tok paka sore tuh pun lagu tuh gok.. pemalah nok mapuh... laki bini tok krijo.. ma dio hok tuo tuh jah nego.. (hoho).

Sinikalnya, lihatlah betapa radikalnya orang suka2 buat pernyataan camtuh tanpa rujukan statistik.. bagaimana dengan :

Lelaki yang terpaksa bekerja keras siang dan malam semenjak berkeluarga? Sedangkan isteri biarkan rumahtangga tak terurus!
(nih pun banyak berlaku.. last2nya laki kawen lain kan! = balik2 lelaki jugak disalahkan.. curang laa.. kayu 3 laa)

Haii.. pompuan... pompuan.. bile laa nak buang tebiat nyalahkan lelaki....

Last edited by mysticmind; 01-25-2007 at 09:05 AM.


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 01-28-2007, 04:16 PM
ibnuhassim's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Tanah Periok, Pasir Pekan, Setapak Indah
Posts: 471
ibnuhassim is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to ibnuhassim
iTrader: (6)
Default

Quote:
Originally Posted by all_wan View Post
dayus..?? ape yang dikatakan dayus tu yek.??? setahu saya dayus tu maknanya "membenarkan dan membiarkan isteri membuat maksiat.... entahla......
pada saya , kalau lelaki yang tidak bertanggungjawab dalam rumahtangga ianya saya panggil nusyuz di pihak lelaki.
yer kerr... sbb setahu aku suami yang tak menjalankan tanggung jawab adalah DAYUS.. membenarkan dan membiarkan isteri membuat maksiat.... juga contoh suami tak menjalankan tanggungjawab... tetang nusyuz

Maksud Nusyuz
Yang dimaksudkan dengan nusyuz ialah penderhakaan isteri terhadap suaminya tanpa alasan yang diharuskan syara’ dengan tidak mentaati perintahnya atau keluar dari rumah suami tanpa keizinannya atau tidak membenarkan suami memasuki kerumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumahnya atau tidak mahu memasuki ke rumah suaminya atau seumpama dengannya.


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 01-30-2007, 01:34 PM
axfire's Avatar
New Member
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 23
axfire is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

huhuh...sebenarnya tak kisah la sape tanggung sape ni...yg penting tanggung jawab lelaki adalah memberi nafkah zahir tuh mesti...tak kisah la walaupun rm50 janji kita dah tunai kan tanggung jawab kita....jgn rase malu utk bg nilai wang yg sedikit sbg nafkah zahir pada isteri sekiranya dia berpendapatan tinggi...kita tetap ketua keluarga...!!

kalau dah isteri gaji tinggi tak salah dia tanggung keluarga..tp dgn syarat kedua-dua pihak setuju...dan bila dah setuju...pihak isteri tidak boleh mengungkit pd masa hadapan...!

sekadar pendapat aku je ni....tajuk ni pernah d bincangkan dalam 1 rancangan kat tv3...!
__________________
www.NETSERV.com.my------> Your Hosting Solutions


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 01-30-2007, 02:30 PM
mysticmind's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,401
mysticmind is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mysticmind
iTrader: (5)
Default

eiisshh.. mana bleh ko..
pompuan skang semua nak hidup berdikari ko.. haaaa

mana leh duk umah.. tak rugged


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 02:52 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0