 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|
 |
|

02-02-2007, 10:01 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Jun 2006
Location: Selangor, Malaysia.
Posts: 420
|
|
Rasanya dalam hal MALAS ni tak boleh disalahkan satu jantina sahaja.
Lelaki ke, pompuan ke, semua ada tahap kemalasan (laziness level) masing-masing.
Manusia memang ramai malas, wat ... selalu nak amik jalan mudah.
Dan pergi ke ofis tak semestinya pergi 'bekerja'...
Banyak orang luangkan masa untuk bersembang,
guna komputer kat ofis untuk skype dan chatting kat forum,
time lunch dipanjang-panjangkan (buatnya hari jumaat, tengoklah orang ambil kesempatan shopping, tgk wayang, especially kat KLCC)
time ke surau ofis diguna untuk tido petang ...
time pagi diguna untuk baca suratkhabar kat ofis ... atau bersembang dengan rakan sekerja kat pantry ...
... malah ada gak guna time di ofis (office hours) untuk berdating, main games (sama ada solitaire, spider solitaire dan yang tahap canggih, online gaming...),
menular - bos suruh pergi jengok klien sejam, tapi pergi berjalan-jalan di shopping complexlah ...
heheh ... ini pengalaman saya perhati perangai orang-orang masa saya kerja kat ofis ...
...so memang ramai orang malas.
|

02-02-2007, 10:02 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: On WorkStation
Posts: 1,112
|
|
sifat 'MALAS' ni sebenarnya tak kenal bangsa, jantina dan status... kenkadang x adil juga salahkan lelaki.. ia sebenarnya ada banyak faktor yg menyumbang kpd beberapa masalah masyarakat.. Saya juga berkeluarga, ada family, bekerja, ada cita-cita dan impian.. tetapi tetap berusaha gigih nak capai apa yg kita impikan.. dan saya tak nafikan ramai juga lelaki di kelantan yang rileks sakan krn wanita di sana bekerja dan berbisnes... tetapi sebenarnya banyak lelaki kelantan di lembah klang, kl, shah alam, klang yang rajin siang dan malam mencari rezeki... saya kenal sorang pakcik yg bukak gerai makan di ss14 pj mapley 24 jam, menu nasi lemak special mmg jadi santapan saya sejak jadi student UM lagi.. pakcik tu oghe klate yg baik hati, manis mulut, rajin ringan tulang dan humble pandai berniaga di situ.. saya tak nampak lelaki yang sudah berkeluarga di kawasan saya malas bekerja... mungkin di tempat lain kot.. so apa yg pasti jika benar ada lelaki malas bekerja kita akan buktikan sebaliknya... krn masih ada peluang lagi utk perbaiki ruang2 kelemahan... kita terima ia satu cabaran yg positif utk terus berdaya maju...
__________________
|

02-02-2007, 12:43 PM
|
|
Junior Member
|
|
Join Date: Dec 2006
Posts: 98
|
|
Again.. off topic, (last time,huk3 ~ )
Quote:
Originally Posted by mysticmind
wayne.. jawapan dr. mashitah tuh kemudiannya dah dijawab oleh seorang ustaz ke sape tah yang lain..
dalam keadaan darurat pun, melacur tetap haram.. ianya soal maruah dan kehormatan..
makan **** tuh lain cerita, sebab nak hidup. takde menjual maruah.
tapi kalau melacur sebab nak idup.... errrr ramai laa orang akan melacur nanti.. sedap dapat, duit dapat.. alasan = darurat?
lagipun zina ada hukum sampai rejam sampai mati.
makan **** takde hukum camtuh.. berapa banyak darurat daaa..
+++++++
berbalik kepada topik.
Saya ra, bende nih jadi kat kaum kita (baca:melayu) jer kot? bangsa lain tak tahu laa..
tapiiiii.. bukan ke dah lama orang kita MALAS?
|
Ni pendapat sy je la =) :
Darurat ni luas. Bukan terhad kepada nak menyara hidup anak dan keluarga je. Parameter utk mengukur tahap suatu darurat tu, takde sape yg boleh tentukan, melainkan orang yg menanggung tu sendiri.
Ya, kita tak setuju kalau katakan yg melacur di Malaysia ni sebab nak menyara keluarga berada pada tahap "darurat", sbb ia adalah hampir mustahil. Ada pertubuhan itu ini, kementerian pembangunan wanita, negara Islam - boleh mintak zakat dll. Pun begitu, kita masih tak layak utk katakan ia mustahil sbb masalah darurat ni berada di mana2.
Seorang yg demam, tapi dia tak boleh bangun. Maka dia solat duduk. Kita yg tengok kata "eleh, demam je pun... bukan berat lagi !". Parameter ukuran kita dan orang yg menanggung berbeza. Masing2 tepuk dada tanya hati dan iman masing2, nanti jawab depan ALLAH.
Cth lagi, di negara2 yg sedang mengalami peperangan misalnya, cth di Bosnia dulu, di Palestin, di Iraq atau sewaktu zaman komunis menyerang Malaya dulu, wanita dipaksa berzina dgn nyawa mereka atau keluarga menjadi ancaman. Ya, mmg la bukan negara kita dan negara kita dah tak perang pun. Tp bila nak bincang "bab darurat" je, bukan terhad kepada makan **** je.
Cuma analogi sama boleh diaplikasikan, bila orang darurat makan ****, hanya "sekadar" sahaja. Jika berlebih2 an, tak dikira dah. Sama juga berzina. Jika hari ini darurat, pastu rasa sedap, esok buat lagi - itu dah dikira berlebih2.
Sy juga setuju bahawa Dr Mashitah semestinya lebih berhati2 bila menjawab soalan2 mcm ni, kerana byk musuh Islam mmg tengah tunggu masa je utk attack dan amek kesempatan terhadap Islam.
8 Ciri Darurat
Maaf semua, telebih banyak becakap la pulak, huk3. Off topic - pas ni tak buat dahh.. ampun.. huhu
============
On topic,
Setuju ngan code7.
Bila dah malas, maka tak kira la laki ke perempuan, sama sahaja. Cuma mungkin dari "kekerapan kes", masyarakat lebih nampak bahawa yg malas itu lebih ketara di kalangan lelaki.
Kita yg lelaki ni, jgn la pula melenting. Sama2 la usahakan diri utk bangkit membuktikan bahawa dakwaan itu salah. Senang je, kan? =)
K, fokus pada topik =)
Sekian,
WA
|

02-03-2007, 10:06 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Isu Melayu malas rekaan penjajah
Ini yang saya dapat dalam Berita Harian (Nasional). Petikan berita oleh Timbalan Perdana Menteri.
Quote:
Isu Melayu malas rekaan penjajah
KUALA LUMPUR: Tuduhan kononnya orang Melayu malas adalah tinggalan atau legasi penjajah yang bertujuan melemahkan dan meminggirkan bangsa daripada arus pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, hakikat itu terbukti apabila orang Melayu sendiri sudah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang sejak negara mencapai kemerdekaan dan pencapaian itu diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Sambil menyifatkan isu itu sudah lapuk dan tidak perlu dibahaskan kerana tidak berasas, beliau berkata orang Melayu juga sudah menguasai tampuk pemerintahan negara dan memegang banyak jawatan penting.
“Ia dibuat pada zaman penjajah dulu sebagai alasan untuk mereka mengamalkan dasar meminggirkan orang Melayu daripada arus pembangunan negara dan tidak memberi peluang untuk menjawat jawatan tinggi.
“Sebenarnya, orang Melayu sudah membuktikan sejak merdeka sehingga sekarang banyak bidang strategik di mana orang Melayu sudah berjaya untuk menguasainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Peradaban Melayu Ketiga di sini, semalam.
Persidangan dua hari yang bertemakan “Modal Insan Bersepadu Teras Bangsa Terbilang” anjuran Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dihadiri 300 peserta termasuk ahli akademik dari dalam dan luar negara.
Hadir sama ialah Naib Canselor UPSI, Datuk Dr Muhammad Rais Abdul Karim.
Terdahulu, dalam ucapannya, Najib berkata sudah tiba masanya untuk orang Melayu memperkasakan bangsa melalui pelbagai kekuatan sejajar prinsip penting Islam Hadhari bagi menyanggah stigma mitos tidak berasas kononnya orang Melayu malas.
Katanya, matlamat menjana modal insan sebagai teras bangsa terbilang itu boleh dicapai dengan tiga strategi, iaitu yang berteraskan akidah suci, ilmu pengetahuan yang mantap dan budaya kerja cemerlang.
“Justeru, peranan keluarga amat penting dalam mempertahankan akidah Islam. Setiap ahli keluarga Melayu iaitu ibu, bapa dan anak hendaklah mendalami ajaran Islam dan menjadikannya sebagai cara hidup,” katanya.
Najib berkata, ilmu dan pendidikan pula adalah landasan kepada proses lengkap bagi membentuk tenaga kerja manusia yang berpengetahuan, berakhlak, berkemahiran dan berdaya saing.
“Justeru, segenap kaum Muslimin hendaklah bersungguh-sungguh menuntut ilmu, mendalami ilmu dunia dan akhirat. Hanya dengan ilmu kita dapat membina tamadun,” katanya.
Kejayaan pula katanya, hanya akan dicapai jika budaya kerja cemerlang diamalkan setiap pegawai dan kakitangan sesuatu organisasi.
“Kecemerlangan tidak datang dalam mimpi atau vakum, tetapi natijah selepas bekerja keras dan bersungguh-sungguh dengan matlamat yang jelas dan berprinsip,” katanya.
Najib juga berkata, bangsa Melayu wajar berdikari dan melakukan penambahbaikan bagi menghadapi gelombang ekonomi baru yang semakin mencabar.
Katanya, ia memerlukan penyediaan minda baru dan konsep Melayu Glokal, iaitu Melayu yang berakar nasional dan berakal internasional.
“Kita perlu hebat di kota dan desa, dan kita juga perlu berperanan di serata dunia. Kita mahukan Melayu Glokal berpaksikan kepada budaya Melayu yang murni dan bertunjang dengan ajaran agama Islam yang suci,” katanya.
|
Jadi, jangan la kita menyalahkan sesiapa pula lepas ni  . Tiada manusia yang terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan. Jadi, sama - sama kita berpimpin tangan supaya meningkatkan ekonomi kita masing - masing. Bila ekonomi kita meningkat, ekonomi negara turut meningkat.
"Hidup Melayu Glokal, Hidup Usahawan Internet Glokal" 
|

02-08-2007, 11:12 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Hak Muslim: Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga
TANGGUNGJAWAB suami terhadap isterinya ialah menanggung nafkah isteri. Penyaraan nafkah adalah bermaksud menanggung semua perbelanjaan isteri selagi mana perkahwinan masih wujud. Perbelanjaan itu meliputi perbelanjaan makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal serta perubatan.
Ketentuan syariat nafkah keluarga terdapat dalam Surah al-Talaq ayat 7 yang bermaksud "Hendaklah orang yang mampu memberikan nafkah menurut kemampuannya. Barang siapa yang sempit (sedikit) rezekinya, hendaklah memberi nafkah menurut yang diberikan Allah kepadanya. Allah tiada memberati diri seseorang, melainkan menurut yang diberikan Allah kepadanya. Nanti Allah mengadakan kemudahan sesudah kesukaran".
Selama mana isteri taat kepada suaminya iaitu dalam lingkungan yang dibenarkan syarak maka selama itu ia berhak untuk mendapat hak nafkah. Apabila suami tidak memenuhi kewajipan isteri berhak menuntutnya.
Justeru, tanggungjawab menyara keluarga adalah terletak dibahu suami. Apabila sempurna saja ijab kabul sesuatu perkahwinan, maka tanggungjawab terus wujud dibahu suami. Umumnya suami yang bekerja mencari nafkah tetapi dewasa ini bukan saja suami yang bekerja mencari nafkah, malahan isteri juga turut sama menyumbang tenaganya di dalam pemerolehan keluarga serta membantu menaikkan taraf sosioekonomi sesebuah keluarga.
Islam tidak melarang isteri bekerja membantu suami bagi tujuan itu, namun tanggungjawab sebenar bagi menyara keluarga masih tetap dibahu suami dan isteri adalah sekadar membantu serta melengkapi keperluan keluarga yang tidak lengkap. Sekiranya isteri bekerja dan dengan kerjanya itu mendapat izin suaminya, maka wang hasil yang diperolehi oleh isteri tadi adalah hak milik mutlak isteri dan suami tidak mempunyai hak untuk meminta wang gaji isterinya itu.
Sebaliknya jika suami meminta wang gaji isteri dan isteri memberikannya dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dengan niat untuk membantu suami ia tidak dianggap sebagai hutang kerana pemberian itu bukan atas dasar paksaan suami. Bahkan perkara ini sangat digalakkan kerana wujudnya sifat tolong menolong di antara suami isteri demi kebahagiaan keluarga. Sekiranya suami meminta duit dari isteri dengan cara memaksa dan tanpa kerelaan isteri sendiri, isteri berhak untuk menuntut duit itu daripada suami kerana ia dianggap sebagai hutang.
Ini kerana kedekut dan terlalu berkira untuk orang tersayang iaitu keluarga terdekat bukan ajaran Rasulullah. Daripada sirah Rasulullah, kita dapati Baginda sangat pemurah, bertimbang rasa dan ihsan kepada isteri dan keluarga Baginda.
Wang gaji suami adalah hak suami. Berapa pendapatan beliau dan ke mana wang digunakan pada hakikatnya adalah hak suami dan si isteri tiada hak untuk mempersoalkannya selagi mana suami menjalankan tanggungjawab beliau kepada isteri dan anak - anak.
Namun begitu, perkahwinan adalah perkongsian dua insan yang saling menyayangi, maka wajar perbincangan diadakan. Suami wajar memberitahu isteri apa tanggungjawab kewangan yang perlu dia bereskan seperti suami perlu memberikan kepada orang tuanya sejumlah wang, membayar pinjaman bank, hutang dan sebagainya. Begitu juga dengan isteri, berbincang dan memberitahu suami apa tanggungan kewangannya, berapa ingin diberikan kepada orang tuanya dan sebagainya. Apabila perbincangan antara pasangan adalah telus dan jernih, dengan cara itu, hubungan perkahwinan akan menjadi lebih menarik dan bahagia.
... Petikan sepenuhnya.
Di olah semula dari : Soal jawab agama, Berita Harian, 8 Febuari 2007
Last edited by Badruzamani Bin Azmi; 02-08-2007 at 11:21 AM.
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 03:21 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |