Page 1 of 7 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 66
  1. #1
    WC Premium Hafiz Wasa's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    1,181
    Thanks
    79
    Thanked 86 Times in 37 Posts

    Default panduan Beli kereta Recond



    Assalamualaikum..

    saja nak share dengan member disini pengalaman membeli kereta Recond.

    Sekarang ni ramai yang berminat membeli kereta recond berbanding kereta 'new' kerana kualiti dan prestasi lebih kurang sama sahaja.

    Malah harga kereta recond jauh lebih murah.

    Antara contoh kereta recond yang mendapat sambutan adalah seperti

    -toyota caldina
    - Mitsubishi Evo (7, 7.5 & 8)
    - Toyota Mark X (sesuai untuk 35 tahun keatas)
    - Toyota Estima
    - Honda Integra
    - Honda Accord Euro
    - Toyota wish
    - BMW 3 & 5 series
    - Mazda RX8

    Pertama sekali jika anda berminat untuk membeli kereta recond, anda perlu cek/semak nombor chasis kereta berkenaan.

    bukan apa, dengan nombor chasis kita dapat tahu bila kereta tersebut dibuat.

    Ada ramai pengeluar kereta recond sanggup menipu untuk mendapat untung lebih.

    contohnya, kereta tersebut dibuat pada tahun 2002, tetapi penjual mengatakan ia dikeluarkan pada tahun 2004 (sebab AP tulis tahun 2004).

    Jadi penjual kereta akan dapat untung lebih 5% bagi setiap perbezaan satu tahun!

    Oleh itu anda perlu cek bila kereta yang ingin anda beli itu dikeluarkan.

    Anda boleh cek nombor chasis kenderaan dilaman ini:

    http://www.japan-partner.com/check-manufacture-year.php


    Kemudian anda perlu cek mileage kereta tersebut. Jika bawah 30,000 maka ia sudah dikira ok...

    Penjual biasanya meletakkan harga lebih tinggi untuk permulaan. Tetapi anda boleh dapatkan harga yang murah mengikut kehendak anda dengan meletakkan sedikit deposit.

    contohnya, harga kereta yang diletakkan adalah RM150k. Katakan harga RM150k itu terlalu mahal. dan anda mampu RM140k sahaja.

    Jadi anda bagi deposit RM500 terlebih dahulu dan tawarkan harga RM140k (ini menunujukkan kesungguhan anda untuk dapatkan kereta itu)... Jika tidak dapat harga yang diingini, mereka (penjual) akan kembalikan wang anda.

    Biasanya kaedah ini berjaya... tetapi perbezaan harga yang ditawarkan oleh penjual tidak lebih 10% daripada harga yang anda ingini.

    Kebanyakan kereta datang dengan keadaan tidak complete. seperti tiada reverse sensor/camera, frequency radio bermasalah, tayar botak atau digunakan seduah lebih 5 tahun. Jadi sebelum deal harga, minta barang2 yang tidak complete dari penjual.

    Selepas deal harga, penjual akan menunjukan berapa harga kereta tersebut 'on the road' dan membuat pengiraan berapa banyak bulanan yang perlu anda bayar.

    Setiap pengiraan anda perlu tahu duit tersebut dibayar untuk apa. Saya pernah tertipu untuk kes ini. Penjual memasukkan RM5 ribu dalam pengiraan dan saya tidak tanya mereka untuk apa duit tersebut.

    Kemudian selepas mendapatkan kereta baru saya tanya untuk apakah duit tersebut. Jawabnya adalah duit tersebut digunakan untuk menukar cermin gelap (sebab x lulus Puspakom).

    Padahal harga cermin tersebut lingkungan harga RM2k-3k sahaja!

    ok last, Anda perlu bertanyakan kepada penjual berkenaan adakah AP yang dikeluarkan daripada semenanjung ataupun AP sarawak. AP serawak lebih murah harganya dari AP semenanjung.

    Tetapi jika anda ingin menjual kembali kereta anda itu, harga trade in AP sarawak jauh lebih murah berbanding AP semenanjung... Dan ada juga penjual keberatan untuk trade in kereta yang mempunyai AP sarawak. saya pun tidak tahu mengapa...

    Diharapkan tip diatas membantu anda dalam mendapatkan kereta recond...

  2. The Following 5 Users Say Thank You to Hafiz Wasa For This Useful Post:

    asasindino (01-09-2013), FaqimiFauzi (07-23-2012), JenamaOnline (01-08-2013), MrEmas (09-17-2011), zyan (04-28-2011)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  4. #2
    Active Member zakeri's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    University of Washington Seattle
    Posts
    4,831
    Thanks
    247
    Thanked 134 Times in 92 Posts

    Default

    setelah di plus minus berapa harga keter2 tersebut??


  5. #3
    WC Premium Hafiz Wasa's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    1,181
    Thanks
    79
    Thanked 86 Times in 37 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by zakeri View Post
    setelah di plus minus berapa harga keter2 tersebut??
    biasanya jika on the road perlu tambah RM5k lagi...

    contohnya harga kereta RM140k, tambah RM5k jadilah RM145k...

  6. #4
    Active Member zakeri's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    University of Washington Seattle
    Posts
    4,831
    Thanks
    247
    Thanked 134 Times in 92 Posts

    Default

    maybe TT boleh cari info camne nak beli keta recond kat Singapore...

    dengar citer murah, tapi susah nak lepasss..


  7. #5
    WC Premium Hafiz Wasa's Avatar
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    1,181
    Thanks
    79
    Thanked 86 Times in 37 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by zakeri View Post
    maybe TT boleh cari info camne nak beli keta recond kat Singapore...

    dengar citer murah, tapi susah nak lepasss..
    Erm..first time dgr kereta recond kat Singapore.

    tapi kan, kalo kerajaan "cut tax" yang dikenakan keatas kereta recond, ramai yang boleh beli...

    tax sahaja dah hampir menyamai harga kereta...oh Malaysia!

  8. #6
    Active Member zakeri's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    University of Washington Seattle
    Posts
    4,831
    Thanks
    247
    Thanked 134 Times in 92 Posts

    Default

    tak tahu la apa istilahnya...

    tapi kiranya keter terpakai lah... singapore punyer...

    ker aku jer yg buat cerita ni.... adoiii


  9. #7
    Normal Member codak's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    567
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    mcm best je dgr
    neway thanks for the info
    'KEGAGALAN ADALAH PETANDA KEJAYAAN SEMAKIN HAMPIR DENGAN ANDA'

  10. #8
    WC Premium
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    155
    Thanks
    4
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    Master Dealer keluar lebih kurang RM30K-RM50K utk setiap kereta recond direct dari Jepun.... Dia jual kat semua dealer dalam lingkingan RM90K - RM130K......

    Masyyyuuuuk ooooo jadi dealer kereta recond.....

    Tapi yang best Master Dealer juga yang kenyang:-))
    tapi kesian, share partner banyak keliling pinggang.....

  11. #9
    Active Member zakeri's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    University of Washington Seattle
    Posts
    4,831
    Thanks
    247
    Thanked 134 Times in 92 Posts

    Default

    apa pulak kisahnya dengan kereta tarik ??


  12. #10
    WC Premium Imabiz's Avatar
    Join Date
    Feb 2009
    Location
    http://www.pakarbuatblog.com
    Posts
    13,496
    Thanks
    220
    Thanked 330 Times in 221 Posts

    Default

    tuela.. dgr tax kete import nak dilupuskan tahun depan.. betul ker..??? hehe... caldina...

Page 1 of 7 12345 ... LastLast

Similar Threads

  1. Saya jana RM13 RIBU menggunakan rahsia isteri saya ini
    By RajaKamil in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 219
    Last Post: 11-22-2013, 03:49 AM
  2. Panduan TNX 2009 - Open For Sale
    By titaniumhijau in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 304
    Last Post: 03-24-2011, 05:04 AM
  3. Hari Ini sahaja, beli PANDUAN AFD dapat PAKEJ INFLUENZA
    By RajaKamil in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 2
    Last Post: 09-17-2009, 12:12 AM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •