+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 33
- 10-14-2009 08:27 AM #1
[Baca Ni] Sebelum anda ke Karaoke
Post ni saya khaskan kpd anda yg nak rileks2 setelah penat dengan urusan online biz anda
Asas Nyanyian
Di sekolah nyanyian para pelajar mempelajari banyak perkara pada waktu yang sama. Ia termasuklah teknik nyanyian, stail, interpretasi, persembahan, anatomi suara, pemerhatian nyanyian, teori muzik, permulaan ‘keyboard’ dan banyak lagi. Tetapi, walaupun anda bukan dari sekolah muzik, dengan menggunakan buku ini, anda mampu untuk memanfaatkan pelbagai strategi dan teknik suara yang akan meningkatkan mutu nyanyian anda.
Dan berita baik buat anda ialah : semakin baik diri anda sebagai seorang penyanyi, semakin hebat anda merasakan diri anda ketika anda menyanyi. Dan semakin hebat anda merasakan diri anda ketika anda menyanyi, semakin bagus perasaan para pendengar anda. Dan semakin bagus perasaan para pendengar anda, semakin baik nyanyian anda. Dan seterusnya.
Sistem Suara
Sistem suara dibentuk daripada otot-otot. Ia mempunyai tiga bahagian utama:
1) Kuasa : pernafasan
2) Sumber: kotak suara (larinks)
3) Penyaring : saluran suara
Mari kita perhatikan satu-persatu.
Kuasa: Pernafasan
Seseorang yang baru bermula seharusnya melibatkan diri dalam pernafasan yang “bebas-berbeza”. Ini bermakna bahawa anda seharusnya bernafas kerana anda perlukannya dan tanpa risau mengenai penggunaan sistem khas. Ia mungkin kedengaran terlalu mudah tetapi dalam dunia muzik, sesuatu perkara boleh menjadi lebih mudah dan lebih baik pada masa yang sama.diaphragma breathing in detail pls
Bagaimana Untuk Bernafas Ketika Anda Menyanyi
1. Tarik nafas sebanyak mana yang anda inginkan untuk sedia menyanyi frasa sesebuah lagu.
2. Bernafas bersama irama lagu tersebut. Untuk lagu pantas, tarik nafas dengan lebih pendek, bernafas dengan lebih kerap. Untuk lagu perlahan, tarik nafas sepenuhnya, bernafas dengan lebih mendalam.
3. Bernafas mengikut kesesuaian lirik.Tarik nafas pada penghujung frasa. Jangan bernafas di tengah-tengah perkataan. Sentiasa terdapat pengecualian dalam muzik tetapi garis panduan ini sangat membantu dalam proses pembelajaran.
Cuba latihan ini. Mainkan sebuah lagu dan hentak kaki anda mengikut irama lagu. Tarik nafas untuk empat rentak dan lepas nafas untuk empat rentak.
Sumber: Kotak Suara
Bunyi berasal daripada getaran lipatan suara yang terdapat di dalam kotak suara. Kotak suara hanya terletak di belakang halkum anda. Nama kotak suara tersebut ialah larinks (disebut “la-rinks). Ketika udara yang sedang bergerak daripada paru-paru dihantar melalui kotak suara, udara menyebabkan lipatan suara anda bergetar. Lipatan suara, lebih dikenali sebagai kod-kod suara, merupakan dua otot-otot halus yang lebih kecil dari ibu jari anda. Suatu nada biasa, seperti note ‘middle C’, memerlukan 262 getaran daripada lipatan-lipatan yang halus ini untuk setiap saat! Amaran : lipatan suara tidak mempunyai hujung saraf. Ini bermakna bahawa tiada cara lain untuk anda mengetahui sekiranya anda telah menyalahgunakannya.
Ketika anda menarik nafas untuk memenuhi paru-paru anda, lipatan suara anda akan terbuka luas. Ketika anda menghembus nafas, ia akan tertutup dengan rapat. Ketika anda sedang menyanyi, ia bergetar di antara satu sama lain.
Penyaring : Saluran suara
Penyaring adalah saluran suara yang terdapat pada bahagian atas kerongkong, atas dan bawah mulut, termasuk lidah, dinding belakang tengkuk dan rongga hidung. Dengan memanipulasi pelbagai bahagian pada saluran suara, anda mampu mengubah banyak watak di dalam nada yang anda nyanyikan. Memendekkan saluran suara menghasilkan nada yang lebih terang dan kuat. Menjadikan saluran suara lebih panjang menghasilkan nada yang kelam dan lembut. Meluaskan saluran suara membantu membebaskan pencerutan. Kita akan bincangkan dalam bahagian yang seterusnya. Satu lagi strategi ialah dengan menaikkan belakang lidah ketika membuat bunyi “ng”, ketika anda menghirup udara untuk menghasilkan sesebuah nada.
- 10-14-2009 08:27 AM # ADS
- 10-14-2009 09:15 AM #2Pioneer Member Array
- Join Date
- Oct 2008
- Location
- Depan Laptop
- Posts
- 1,319
- Thanks
- 4
- Thanked 2 Times in 1 Post
mantap sehh..
terlopong aku baca cara nak bernafas ketika nyanyi tu
ada cara rupanya
- 10-14-2009 12:52 PM #3
- 10-14-2009 01:18 PM #4Pioneer Member Array
- Join Date
- Sep 2009
- Location
- ganu kite
- Posts
- 738
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
wah.... sifu bg tunjuk ajar, memang kena praktis ni...
thanks bro ZaRuLsELaMat hARi rAYa
~mAaF zAHiR & BaTiN~
- 10-14-2009 02:29 PM #5Loyal Member Array
- Join Date
- May 2008
- Location
- Inovattic Solution
- Posts
- 697
- Thanks
- 3
- Thanked 91 Times in 27 Posts
perkongsian yang lain daripada yang lain.
lepas ni boleh la pergi karaoke dengan penuh konfiden. (ehem2)
terima kasih bro zarul
- 10-14-2009 04:11 PM #6WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Kuala Terengganu
- Posts
- 1,622
- Thanks
- 2
- Thanked 3 Times in 2 Posts
erm, bro zarul, kalau vokal ala-ala cromok tu - ada kaitan ker?
- 10-14-2009 04:12 PM #7WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Kuala Terengganu
- Posts
- 1,622
- Thanks
- 2
- Thanked 3 Times in 2 Posts
p/s: test test post, cam ade something wrong jew ngan forum neh
- 10-14-2009 05:27 PM #8Junior Member Array
- Join Date
- Sep 2009
- Location
- Dari Allah kita datang, KepadaNYA kita dikembalikan
- Posts
- 97
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
- 10-14-2009 05:42 PM #9
waaaaa... sama mcm tarranom ek???
- 10-14-2009 05:47 PM #10Junior Member Array
- Join Date
- Sep 2009
- Location
- Dari Allah kita datang, KepadaNYA kita dikembalikan
- Posts
- 97
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Tolong saya dapatkan income sehari hanya dengan SATU cara.
Clickbank sahaja ke, adsense sahaja ke, affiliate sahaja ke atau CPA sahaja.
Tak nak buat banyak2 program.
Kalau tahu PM saya.
Similar Threads
-
Affiliate (Untuk Newbie):Promosi Bagaimana Yang Harus Dijalankan
By ZaRul in forum Tips & PanduanReplies: 90Last Post: 10-02-2011, 10:35 PM -
3 Tips Menjadi Super Affiliate & Menjana Komisen Yang Lumayan.
By azidah in forum Teknik Pemasaran InternetReplies: 78Last Post: 09-29-2011, 10:24 AM -
Kita Wajib Pandai Berenang....
By zak71750 in forum Motivasi & InspirasiReplies: 64Last Post: 07-19-2011, 01:32 AM -
Teknik Efektif Mendapatkan Traffic Percuma Ke Laman Web Anda
By aqifdg in forum Perniagaan InternetReplies: 38Last Post: 11-10-2010, 08:00 AM



LinkBack URL
About LinkBacks

Reply With Quote




Bookmarks