Kos sara hidup di bandar - bandar besar yang sangat tinggi sering diperkatakan di dalam sesuatu perbualan seharian kita. Masalah kewangan yang meruncing menyebabkan kita berasa tidak selesa untuk hidup di bandar - bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Biarpun kita kadang - kadang merasakan tidak berapa selesa tinggal di bandar disebabkan oleh faktor ini namun, kita tiada pilihan kerana kesesuaian tempat kerja yang cukup terhad. Mari kita lihat berapakah kos sara hidup di Kuala Lumpur.
Bagi perbelanjaan sebulan untuk individu bujang yang berada di zon sederhana selesa:
1. Sewa bilik, air, elektrik: RM250
2. Kereta: RM650
3. Petrol & tol, penyelenggaraan, road tax : RM200
4. Ibubapa: RM200
5. Makan : RM350
6. Takaful/ Insurans : RM150
7. Bil telefon bimbit: RM150
8. Pembayaran pinjaman pelajaran: RM200
9. Simpanan peribadi : Rm300
10. Lain - lain: RM100
Jumlah: RM2250
Bagi perbelanjaan sebulan untuk yang baru berkeluarga di zon sederhana selesa:
1. Rumah: Rm1200
2. Air, elektrik, Astro, Telefon, Streamyx: RM350
3a. Kereta1 : RM650
3b. kereta 2: RM500
4. Petrol & tol, penyelenggaraan, road tax : RM400
5. Ibubapa: RM500
6. Makan : RM800
7. Takaful/ Insurans keluarga: RM350
8. Telefon bimbit: RM300
9. Simpanan peribadi : RM500
10. Lain - lain: RM300
Jumlah: RM5850
Seterusnya..
www.aridztech.blogspot.com