Page 1 of 8 12345 ... LastLast
Results 1 to 10 of 77
  1. #1
    WC Premium ZaRul's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Location
    Bangi
    Posts
    1,765
    Thanks
    6
    Thanked 35 Times in 11 Posts

    Default 6 Tip Asas Nyanyian



    Menyanyi adalah sifat semulajadi yang ada dalam setiap naluri manusia.Nyanyian juga sejak beribu-ribu tahun dahulu menjadi tunjang kepada peradaban manusia,kesenian,keagamaan dan yang paling ketara dalam percintaan.Kita tidak semua lahir dengan kebolehan menyanyi,walaubagaimanapun dengan latihan yang betul dan sesuai setiap orang BOLEH menyanyi.Berikut beberapa tips untuk menyanyi dengan cara yg betul bagi mempersiapkan anda untuk menyanyi secara profesional,ke audition atau di karaoke dan juga menyanyi di bilik air.

    1.Kawalan Pernafasan

    Salah satu kesalahan yang ramai orang lakukan ketika menyanyi adalah dengan menahan nafas ketika menyanyi.Sedangkan yang sepatutnya anda perlu melepaskan atau membiarkan saja nafas anda mengalir seperti biasa,jika tidak anda akan merasakan kesukaran untuk mencapai note tinggi dalam nyanyian anda..senang cakap terkehel bila nak tarik..
    Untuk itu anda harus beajar satu cara pernafasan yang dipanggil diaphragmatic breathing.Teknik pernafasan ini adalah dengan menarik nafas masuk ke dalam paru-paru anda yang bawah sekali.ooo ada yang garu kepala dah...Ok senang cerita macam ni jer,cuba baring melentang atas katil kaki lunjur,kemudian letakkan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas dan tangan kiri anda diatas dada sebelah bawah(ddekat tulang rusuk).Bila bernafas pastikan tangan kanan anda diatas dada sebelah atas tidak bergerak,manakala tangan kiri diatas dada sebelah bawah bergerak keatas dan kebawah

    2.Perkembangkan Suara Asli Anda

    Bila menyanyi anda dengan cara tak sengaja akan terikut-ikut cara nyanyian penyanyi asal,fenomena ini berleluasa di Malaysia suatu waktu dulu dimana ramai yang meniru suara Jamal Abdillah begitu juga dengan Dato'Siti Nurhaliza.Ini adalah tidak bagus jika anda hendak menjadi penyanyi yang hebat.Untuk menjadi hebat anda kena atau mesti mempunyai identiti suara anda sendiri,pendekata anda kena ada trademark anda sendiri.Untuk cuba lari dari terikut2 ni cubalah menyanyi lagu yang anda kurang minat dengan penyanyi nya atau anda langsung tak pernah dengar pun lagu serta penyanyinya.Mulanya anda akan merasa kurang selesa,jika anda cuba sekerap yang mungkin lama-kelamaan ianya akan menjadi biasa dan sedikit demi sedikit anda akan nampak keaslian suara anda,mat saleh cakap original!

    p/s Tips ini memerlukan kesabaran dan latihan serta memakan masa sedikit

    3.Latih Diri Anda Beremosi

    Nyanyian dan muzik adalah bersangkut paut dengan emosi.Sesebuah nyanyian mengutarakan sebuah cerita,warna,perasaan,kesedihan dan kebahagian etc.
    Dengan hanya setakat mengenal nota-nota muzik dan pandai menyanyi sahaja tidak mencukupi untuk menjadi penyanyi hebat.Anda harus pandai mengawal emosi anda!
    Setiap lagu yang ingin dinyanyikan harus diteliti dan difahami isi kandungan dan ceritanya,apakah emosi dalam lagu itu?apakah emosi dalam melodi lagu itu?ini semua harus dikaji.Biasa orang cakap kita kena 'feel' kan lagu tu baru lah sedap.
    Bila emosi berjaya dengan kemahiran vokal yang ada maka lengkaplah nyanyian.

    4.Menyanyi Depan Cermin

    Cermin adalah alat yang penting dalam pembelajaran vokal anda..bunyi macam tak logik bukan..Tapi ini lah hakikatnya.Dengan menyanyi dihadapan cermin anda sendiri dapat meihat posture badan anda sewaktu menyanyi(ini amat penting ketika menyanyi)expresi muka dan mulut serta teknik pernafasan anda.Cuba berxperimen depan cermin dengan menyanyi dengan membongkok,tak buka mulut dengan sepatutnya dan cuba menyanyi dengan berdiri tegak dan membuka mulut dengan sepatutnya.Dont be surprised anda akan selesa menyanyi bila anda berdiri tegak sambil menyanyi dengan membuka mulut dengan sepatutnya.Itulah kegunaan cermin!

    5.Berhenti....

    Ok yang ni mungkin agak berat sikit bagi sesetengah orang untuk mempraktikkanya..Namun untuk menjadi penyanyi yang berkaliber anda kena berhenti merokok,cakap dengan menjerit atau suka menjerit-jerit(ada ke orang macamni)dan kurangkan meminum ais beberapa jam sebelum anda menyanyi.Saya tak kan kupas bab ni kerana bersangkut-paut dengan tabiat manusia,saya dah bagi tahu jadi pandai-pandailah yer..

    6.Latihan Latihan Latihan

    Nyanyian jika tidak diasah atau dilatih takkan membawa anda kemana-mana.Dengan berlatih anda akan mengenali kelemahan dan kelebihan suara anda,anda juga dapat kenalpasti lagu yang bagaimana selesa dengan anda,juga dengan latihan anda boleh berexperimen dengan suara anda,cuba cabar suara anda ketahap yang diluar kemampuan anda,dengan cara ini suara anda menjadi flexible dan mungkin anda boleh jadi versatile singer.Ambil kesempatan untuk menyanyi dimana-mana sahaja,rasakan keseronokan menyanyi dan cuba menyanyi dihadapan rakan-rakan secara tak langsung atau secara langsung dan dapatkan komen dari mereka,jikalau komen-komen yang diterima membanggakan maka anda sudah bersedia untuk ke tahap seterusnya.
    <a href="http://www.rahsiavokal.com/index.php?ref=index" target="_blank"><img src="http://www.rahsiavokal.com/images/banner02.gif"></a>

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium chibobski84's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    Petaling Jaya
    Posts
    4,477
    Thanks
    159
    Thanked 134 Times in 80 Posts

    Default

    wah 6 tips menyanyi yang bagus...

    hehe, ke pusat karaoke ler nanti nih hehe

  4. #3
    WC Premium johnjimat's Avatar
    Join Date
    Mar 2009
    Location
    subang
    Posts
    2,882
    Thanks
    104
    Thanked 107 Times in 44 Posts

    Default

    erm betul ke care saye nynyi dlm video ni huhu

    http://www.youtube.com/watch?v=q_8BI5M2XPk

  5. #4
    WC Premium saramsak's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Sungai Petani
    Posts
    384
    Thanks
    0
    Thanked 14 Times in 3 Posts

    Talking

    Quote Originally Posted by chibobski84 View Post
    wah 6 tips menyanyi yang bagus...

    hehe, ke pusat karaoke ler nanti nih hehe
    Ya betol...
    hehehhe...
    <a href="http://www.pakarebook.com/index.php?ref=aizatkamal" target="_blank"><img src="http://www.pakarebook.com/images/467x60.gif"></a>

  6. #5
    WC Premium ZaRul's Avatar
    Join Date
    Jan 2009
    Location
    Bangi
    Posts
    1,765
    Thanks
    6
    Thanked 35 Times in 11 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by johnjimat View Post
    erm betul ke care saye nynyi dlm video ni huhu

    http://www.youtube.com/watch?v=q_8BI5M2XPk
    ko boleh nyanyi,basic da ada tu..cuma nak kena jaga pitching ..ada sikit lari ..tak berapa tepat pitching yg ko nyanyikan,nampak ketara kat verse...lagi satu feel pun tak berapa nak sampai,suara kalo baloeh kau kasi lembut sikit biar org dengar shahdu je bunyi nyer..overall ok..prektis selalu sure bole lepas odisyen kat mana2

    p/s apasal gelap sgt video ko tu
    <a href="http://www.rahsiavokal.com/index.php?ref=index" target="_blank"><img src="http://www.rahsiavokal.com/images/banner02.gif"></a>

  7. #6
    WC Premium mCrew's Avatar
    Join Date
    Mar 2007
    Location
    Selangor
    Posts
    1,133
    Thanks
    17
    Thanked 5 Times in 5 Posts

    Default

    Zach,

    boleh buat coaching menyanyi online nie.
    mesti ramai nak join. lagi2 yang gile nak
    masuk realiti tv tu. hehe.

    :p

  8. #7
    WC Premium johnjimat's Avatar
    Join Date
    Mar 2009
    Location
    subang
    Posts
    2,882
    Thanks
    104
    Thanked 107 Times in 44 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Zach73jr View Post
    ko boleh nyanyi,basic da ada tu..cuma nak kena jaga pitching ..ada sikit lari ..tak berapa tepat pitching yg ko nyanyikan,nampak ketara kat verse...lagi satu feel pun tak berapa nak sampai,suara kalo baloeh kau kasi lembut sikit biar org dengar shahdu je bunyi nyer..overall ok..prektis selalu sure bole lepas odisyen kat mana2

    p/s apasal gelap sgt video ko tu
    malu la aku klu terang2 haha....bole wt coaching ni.. leh wt ebook psl nyanyian haha. wt online course

  9. #8
    Kawan WC Premium RajaKamil's Avatar
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    www.eBook50k.com
    Posts
    6,750
    Thanks
    74
    Thanked 375 Times in 124 Posts

    Default

    hurm,dulu ada sorang mamat ni tanya macam mana nak buat duit dengan niche music ni.

    So saya dah bagitahu dia. Tak tahu dia dah mula ambil tindakan atau belum.Huhu,

    saya nyanyi tak pandai, ngaji bolehlah. Tapi nak mintak komen tentang pitching semua tu...
    boleh try donlod kat http://rajakamil.com/quran.htm

    Terima kasih in advance

  10. #9
    WC Premium mfahmi's Avatar
    Join Date
    Dec 2006
    Location
    kedah ~ shah alam
    Posts
    1,388
    Thanks
    235
    Thanked 40 Times in 25 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by johnjimat View Post
    erm betul ke care saye nynyi dlm video ni huhu

    http://www.youtube.com/watch?v=q_8BI5M2XPk
    tak nak masuk AF / Mentor ke?

  11. #10
    Active Member wanabdhafidz's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Kuala Lumpur (http://apihmarangshop.blogspot.com/)
    Posts
    2,231
    Thanks
    5
    Thanked 6 Times in 6 Posts

    Default

    Bro, ko buat je ebook tentang nyayian nie..hehe

Page 1 of 8 12345 ... LastLast

Similar Threads

  1. [FREE] Workshop Asas Pembangunan FB Apps
    By AmirulFaisyal in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 86
    Last Post: 07-28-2009, 11:53 PM
  2. Minta komen anda semua!
    By ajidss_ajidss in forum Sembang Umum
    Replies: 27
    Last Post: 06-29-2009, 03:01 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •