Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 24
  1. #1
    Active Member abg_x's Avatar
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,982
    Thanks
    0
    Thanked 7 Times in 5 Posts

    Default Harian Metro Hari Ini:Web alat seks



    Harian Metro
    Oleh NAZARALI SAERIL dan FUAD HADINATA YAACOB


    KUALA LUMPUR: Menyedari kedai mereka mudah dikesan dan diserbu pihak berkuasa jika melakukan urus niaga secara konvensional, kini pengeluar dan peniaga aksesori seks tempatan menukar strategi dengan menjual produk melalui Internet.

    Pemantauan Metro Ahad mendapati kewujudan berpuluh laman web tempatan menjual pelbagai aksesori dan ubat rangsangan seks, dengan segala urus niaga dilakukan melalui talian atau ‘online’. Malah, pelanggan turut dialu-alukan untuk menjadi ejen atau wakil penjual.

    Pelanggan hanya perlu membuat tempahan dan membayarnya secara pindahan wang menggunakan akaun bank penjual sebelum barangan dihantar melalui pos dan dijamin sampai selepas beberapa hari.

    Malah, satu daripada laman web erotik popular beroperasi di sekitar Selangor menyediakan khidmat tempahan dan pembelian barang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan telefon.

    Antara aksesori seks yang dijual ialah alat sulit tiruan wanita dengan harga semurah RM50 dan zakar tiruan pelbagai bentuk serta saiz dengan harga RM50 hingga RM100.

    Bagaimanapun, tanpa disedari, sebahagian besar aksesori ter****t tidak dijamin keselamatan atau kesesuaiannya hingga ada pengguna ditimpa musibah seperti kerosakan pada kemaluan akibat menggunanya.

    Kini timbul persoalan, pihak berkuasa manakah yang bertanggungjawab mengawasi dan mencegah urus niaga produk terlarang itu? Ini kerana jurucakap tiga kementerian yang dirujuk Metro Ahad, masing-masing memberitahu ia di luar bidang kuasa mereka.

    Tiga kementerian ter****t ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan yang kini menaungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

    Bahagian Komunikasi Korporat KPDNHEP ketika mengulas urus niaga aksesori seks di Internet memberitahu Metro Ahad, kementerian itu hanya bertanggungjawab terhadap urus niaga barangan secara biasa di kedai.

    Menurut jurucakap bahagian itu yang enggan nama dan jawatannya diketahui, masalah jualan aksesori seks di Internet sepatutnya diajukan kepada SKMM bagi mendapat penjelasan lanjut.

    “Pengedaran atau penjualan barangan melalui Internet dikenali sebagai e-dagang. Merujuk kepada penjualan aksesori seks melalui Internet, kami tiada kuasa untuk mengenakan tindakan terhadap penyedia laman web itu atau penjualnya.

    “KPDNHEP hanya boleh mengambil tindakan jika barangan dibeli rosak atau tidak menepati piawaian ditetapkan ketika sampai ke tangan pembeli. Jika perkara seperti itu diadukan, kita tidak teragak-agak untuk bertindak,” katanya ketika dihubungi.

    Bagaimanapun, menurut jurucakap itu, KPDNHEP sanggup bekerjasama dengan SKMM atau pihak berkuasa lain melakukan pemantauan penjualan serta pengedaran barangan melalui Internet.

    Apabila masalah ini dirujuk kepada SKMM, Bahagian Komunikasi Korporatnya mengeluarkan satu kenyataan bertulis kepada Metro Ahad memaklumkan kegiatan jual beli atau perdagangan barangan sama ada melalui kedai, jualan langsung atau melalui Internet bukan di bawah bidang kuasa mereka.

    “Alatan atau produk berkaitan seks adalah barang larangan. Kegiatan jual-beli atau perdagangan barangan bukan di bawah bidang kuasa SKMM.

    “SKMM bertanggungjawab mengawal selia perkhidmatan Internet selain membantu agensi penguatkuasaan lain daripada segi bantuan untuk mereka menjalankan aktiviti penguatkuasaan jika wujud kesalahan yang menyalahi peruntukan di bawah agensi ter****t,” katanya.

    Menurut kenyataan itu, SKMM tidak melesenkan laman web tapi ada kuasa untuk bertindak jika pengendali laman web melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dengan menyediakan kandungan lucah, sumbang, palsu, mengancam, atau jelik dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

    Jurucakap Bahagian Perhubungan Awam Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula memberitahu, kementerian berkenaan tiada kuasa untuk memantau dan mengambil tindakan terhadap pihak yang ter****t dalam pengedaran atau penjualan aksesori seks melalui Internet.

    “KDN hanya bertanggungjawab perihal penerbitan bahan bercetak seperti buku, majalah dan surat khabar, tetapi tidak mem****tkan kandungan dalam laman web.

    “Bagaimanapun, kami boleh mengambil tindakan jika penerbitan dalam laman web ter****t berunsur fitnah, mengganggu gugat ketenteraman awam selain aspek keselamatan,” katanya yang enggan namanya dinyatakan.

    Sementara itu, pemantauan Metro Ahad di Internet mendapati memang mudah untuk mendapatkan pelbagai jenis aksesori seks atau ubat perangsang seks.. selebihnya baca sendiri di... www.hmetro.com.my
    >>>Bongkar!!! Kursus Pembinaan Website dan Pemasaran Internet Termurah!!!<<<

    www.biz0nline.com
    www.traempire.com
    www.website4free****
    www.norashikin****
    www.fuadnawawigdi****
    www.razitech****
    www.kriswa****

    Yahoo messenger : Aridz
    SMS no : 012-298 7757


    <a href="http://www.aridztech.com/gdi"><img src="http://www.aridztech.com/gdi/images/banner_gdi_click_here.gif" border=1></a>

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Normal Member aqifdg's Avatar
    Join Date
    May 2008
    Location
    Inovattic Solution
    Posts
    702
    Thanks
    3
    Thanked 100 Times in 32 Posts

    Default

    salam..
    mak aih..ade jugak kes macam ni

    hm..
    <a href="http://www.aqifazizan.com">Ingin menjana pendapatan dengan penulisan? Berminat untuk memandaikan bangsa dan memperbanyakkan saham akhirat? Klik di sini untuk maklumat percuma.</a>

  4. #3
    Missing In Action
    Join Date
    Apr 2009
    Posts
    68
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Nie laman webnya - http://seks2u.com

  5. #4
    WC Premium
    Join Date
    Sep 2008
    Posts
    236
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    benda nie rasanya ade dua tiga lagi laman web yang samer..... eloklah tu METRO kasi promosi murahan.....

  6. #5
    WC Premium paklong's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    Samudera
    Posts
    4,282
    Thanks
    520
    Thanked 183 Times in 143 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by azza View Post
    Nie laman webnya - http://seks2u.com
    kalau web cam ni mana ada lucah.

  7. #6
    Active Member abg_x's Avatar
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,982
    Thanks
    0
    Thanked 7 Times in 5 Posts

    Default

    Web aku ni lucah tak...? www.sensa-ayuzip.com
    >>>Bongkar!!! Kursus Pembinaan Website dan Pemasaran Internet Termurah!!!<<<

    www.biz0nline.com
    www.traempire.com
    www.website4free****
    www.norashikin****
    www.fuadnawawigdi****
    www.razitech****
    www.kriswa****

    Yahoo messenger : Aridz
    SMS no : 012-298 7757


    <a href="http://www.aridztech.com/gdi"><img src="http://www.aridztech.com/gdi/images/banner_gdi_click_here.gif" border=1></a>

  8. #7
    Normal Member fdelixx's Avatar
    Join Date
    Apr 2009
    Location
    lipis
    Posts
    684
    Thanks
    2
    Thanked 19 Times in 9 Posts

    Default

    nak jual produk seks ni kene la betul2 dijamin selamat n berkesan..lagi satu kene jual pada yg dh kahwin je...Yg dalam surat khabr 2 x tau la betul ke x..Tapi jika g pasar @ lorong2 memg bnyk jugk org jual bende ni...takut jugak..kualiti ntah mane2.. pk2 kn la

  9. #8
    WC Premium Amirul Hafiz's Avatar
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    5,179
    Thanks
    537
    Thanked 209 Times in 123 Posts

    Default

    alamak ai..
    bahaya btul nie...
    camner lak web aku nie ek

  10. #9
    Normal Member markaragnos's Avatar
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    746
    Thanks
    13
    Thanked 72 Times in 32 Posts

    Default

    heh....Metro ni dah takder modal nak buat berita.....sampaikan berita dalam kain pun nak dijadikan frontpage....pagi Ahad pulak tuh.....******* minda budak2 kalau baca......tapi yg hairannya tak pulak KKDN ambik tindakan kat Metro tu sebab hidangkan kat kita sebegini rupa punya berita yang takder faedah langsung.....merosakkan lagi aderlah......memang Harian Metro suratkhabar low class.....lepas tu biz online dikatanya skim cepat kaya???????

  11. #10
    Active Member abg_x's Avatar
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,982
    Thanks
    0
    Thanked 7 Times in 5 Posts

    Default

    Produk ni paling laku wa cakap sama lu.. www.x-product.com
    produk yang kedua paling laku.. www.breastpump.x-product.com (Laki dilarang masuk)
    >>>Bongkar!!! Kursus Pembinaan Website dan Pemasaran Internet Termurah!!!<<<

    www.biz0nline.com
    www.traempire.com
    www.website4free****
    www.norashikin****
    www.fuadnawawigdi****
    www.razitech****
    www.kriswa****

    Yahoo messenger : Aridz
    SMS no : 012-298 7757


    <a href="http://www.aridztech.com/gdi"><img src="http://www.aridztech.com/gdi/images/banner_gdi_click_here.gif" border=1></a>

Page 1 of 3 123 LastLast

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •