Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 14
  1. #1
    Normal Member Badruzamani Bin Azmi's Avatar
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
    Posts
    772
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 2 Posts

    Default Penipuan Tawaran Bekerja di rumah perlu di kawal



    Penipuan tawaran bekerja di rumah kini semakin berleluasa. Ia seperti tidak dikawal. Mangsa penipuan ini dibiarkan mencari jalan penyelesaian sendiri walaupun pihak berkuasa menyedari penipuan seperti itu berlaku dengan sewenang-wenangnya. Tetapi, malangnya pihak berkuasa bersikap acuh tak acuh.
    Mangsa - mangsa penipuan ini selalunya merujuk kepada Tribunal Tuntutan Pengguna oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KHDN&HEP) bagi mendapatkan ganti rugi. Bagaimanapun ia bukanlah suatu perkara mudah kerana pihak yang melakukannya penipuan itu berselindung dengan pelbagai cara. Antaranya melalui nombor Peti Surat yang kebiasaannya menggunakan alamat yang tidak betul.
    Adalah tidak terdapat undang - undang di negara yang boleh dikuatkuasakan untuk membawa pihak yang melakukan penipuan seperti ini ke muka pengadilan? Penipuan yang bersifat komplot ini merupakan kes penipuan secara jelas yang terletak di bawah bidang kuasa Polis, yang menguatkuasakan Kanun Keseksaan.
    BUKTI
    Pihak Polis selalu menyatakan mereka memerlukan Laporan Maklumat Pertama (FIR) untuk memulakan siasatan. Walaupun KPDN&HEP mempunyai bukti sepenuhnya penipuan sebegitu, tetapi ia tidak mempunyai kuasa undang - undang yang boleh digunakan pada bila - bila masa untuk menanganinya, kesemua aduan yang diterima mengenai isu itu perlulah dirujuk kepada pihak polis terlebih dahulu. Pihak polis tentunya mempunyai kuasa untuk mengesan pihak yang melakukan penipuan itu menerusi nombor Peti Surat yang diberikan dan dalam setengah kes, nombor akaun bank di mana mangsa perlu memasukkan wang pendaftaran, perjanjian, tentulah boleh dikesan.
    Salah satu penipuan ini seperti menyamar sebagai "Sumber Pekerja di rumah" di Worldnet System, No. Pendaftaran : 001524442-M, Peti Surat 10158, 50709 Kuala Lumpur.
    Ia memasukkan iklan kecil dalam akhbar harian yang meminta orang yang berminat menghantar SMS kepada 012 - 2581318. "Borang Pendaftaran" akan di hantar kepada orang berkenaan, untuk di isi dan diserahkan dengan kiriman wang, cek atau wang pos bernilai RM85.00, yang dibayar kepada syarikat itu. Syarikat itu kemudiannya mengirimkan surat tahniah kepada orang berkenaan , dan meminta RM250 diserahkan bersama "Permohonan Pendaftaran Lesen" yang dilampirkan.
    Ini adalah bentuk cara "bekerja di rumah" yang diberikan kepada mangsa. Apa yang boleh kita anggap sebagai penipuan ialah mereka telah mengambil RM335.00 dalam beberapa minggu. Apakah penipuan cara ini dengan adanya nombor peti surat dan nombor akaun, pihak berkuasa menyatakan mereka tidak dapat berbuat apa -apa untuk menghentikannya?
    ADUAN
    Jika sesebuah kementerian atau jabatan mendapati sesuatu aduan itu bukan di bawah bidang kuasanya, maka ia seharusnya merujuk aduan itu kepada kementerian atau jabatan yang sepatutnya dan bukannya menutup kes aduan tersebut.
    Kerajaan seharusnya sedar dan mestilah bertindak melalui kementerian - kementerian serta jabatan - jabatan lain supaya berganding bahu untuk menghentikan aktiviti - aktiviti haram seperti penipuan bekerja di rumah ini.
    Skim bekerja di rumah sebenarnya (jika ada) perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada KPDN & HEP dan hanya dengan kelulusan ini seharusnya pihak akhbar menyiarkan iklannya, dan dengan alamat jalan serta nama sebenar yang lengkap dan nombor orang berkenaan untuk dihubungi.
    Pihak kerajaan juga harus peka terhadap gejala ini dan mengarahkan pihak - pihak penguatkuasaan bekerjasama di antara satu sama lain untuk mengambil tindakan bagi membanterasnya.
    Jika tiada jalan penyelesaian ditemui untuk menghentikan penipuan yang sudah menjadi seperti satu pakatan atau komplot, pihak kerajaan perlu mengharamkan semua perniagaan bekerja di rumah.

    Di petik dari : Suara CAP, Utusan Pengguna Sept-Okt 2006

    p/s - Akibat tempias dari manusia - manusia yang tidak bertanggungjawab ini, mungkin ramai usahawan yang jujur membuat dan baru nak mula bisnes online, akan hadapi masalah kalau pelbagai prosedur / lesen / sebagainya diperkenalkan. Jadi, mari kita bincangkan apa kaedah / cara yang terbaik di mana situasi menang - menang supaya 'ikan bilis' yang tiada modal ni boleh cari makan. Hanya satu pandangan.
    <a href="http://feeds.feedburner.com/~r/BlogBadruzamaniorg/~6/2"><img src="http://feeds.feedburner.com/BlogBadruzamaniorg.2.gif" ></a></p>
    Badruzamani Bin Azmi
    Ingat VRAF Ingat ARNAB
    HPA - Dunia Herba Anda! Halal dan bersih

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Normal Member rurouni_khairul's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Petaling Jaya, Selangor
    Posts
    312
    Thanks
    2
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    Ikan bilis takde modal nie jugak ade buat program sedekah ikhlas lalu maybank2u atau bank online lain. Antaranya yang aku tau Soho Talents. Alamat co. guna P.O Box. Aku tau benda nie penipu tapi aku saje je beli set kit die RM10.00, sebab nak tau ape isinya. Pastuh bila aku tgk isi e-mail tuh aku tau aku dah kena cong. Die suruh aku copy balik e-mail yang aku dapat untuk beli kit tuh pastuh iklankan kat seberapa ramai umat manusia yang ada. Baru aku tau camner benda nie beroperasi. Maknanya kalau aku nak duit aku kena cari orang lain untuk ditipu. Hehe..
    Pra-Pelancaran: App untuk perniagaan bagi platform iOS (iphone, ipad dan ipod), Android dan Blackberry. Tawaran terhad eksklusif untuk warga WangCyber sahaja. Jangan ketinggalan dalam revolusi mobile. Lihat Contoh Apps Sekarang!

  4. #3
    Normal Member
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    pearl I-land
    Posts
    64
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    citttt... tak guna punya skim... mcm dia pass "taik" kat kita then pas tu kita kena pass taik tu kat orang lain balik laa..... kalu tak kita rugi laaa... tu yg jenuh dok dpt spam mail... dalam yahoo group lagi laa..... bersepah2....
    senang-senang jengok laa sini

  5. #4
    WC Premium
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    www.Syed-Ikhwan.com
    Posts
    1,840
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default

    Banyak benda cenggini sebenarnya scam. Tapi aku ada satu contoh bekerja di rumah. Sebagai contohnya, ada satu syarikat plastik ni dulu memberi upah kepada penduduk˛ kampung / felda utk memasang barangan mereka. Kilang plastik ni membayar mereka mengikut amount yg disiapkan. Aku tgk ada sampai satu keluarga ni siap ngan anak, mak, ayah wat benda ni bersama˛. Bagus la disamping tu menjalin hubungan baik sesama keluarga. Ini la antara satu benda yg patut diikut oleh mana˛ syarikat / kilang yg nak kasi org wat keje kat umah. Jimat kos ape! Tak payah bayar tempat / ruangan, takyah la nak sibuk sibuk potong kwsp/socso/epf, kerja pon fleksibel (walaupun ada date line), cam˛ lagi boleh jimat.

  6. #5
    Normal Member rurouni_khairul's Avatar
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Petaling Jaya, Selangor
    Posts
    312
    Thanks
    2
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    Quote Originally Posted by Syed_Ikhwan View Post
    Banyak benda cenggini sebenarnya scam. Tapi aku ada satu contoh bekerja di rumah. Sebagai contohnya, ada satu syarikat plastik ni dulu memberi upah kepada penduduk˛ kampung / felda utk memasang barangan mereka. Kilang plastik ni membayar mereka mengikut amount yg disiapkan. Aku tgk ada sampai satu keluarga ni siap ngan anak, mak, ayah wat benda ni bersama˛. Bagus la disamping tu menjalin hubungan baik sesama keluarga. Ini la antara satu benda yg patut diikut oleh mana˛ syarikat / kilang yg nak kasi org wat keje kat umah. Jimat kos ape! Tak payah bayar tempat / ruangan, takyah la nak sibuk sibuk potong kwsp/socso/epf, kerja pon fleksibel (walaupun ada date line), cam˛ lagi boleh jimat.
    Ingat dulu mase aku buat keja buat kotak untuk ubat Viagra sebab nak carik duit sket buat sambung study, hehehe...
    Pra-Pelancaran: App untuk perniagaan bagi platform iOS (iphone, ipad dan ipod), Android dan Blackberry. Tawaran terhad eksklusif untuk warga WangCyber sahaja. Jangan ketinggalan dalam revolusi mobile. Lihat Contoh Apps Sekarang!

  7. #6
    New Member
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Subang Jaya
    Posts
    5
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Thumbs up Jgn senang terpedaya

    Mender-mender ni memang 99.9 %susah nak percaya lah ...nak nak mana yg bagi alamat pos box tuh ... memang banyak buat promo kat paper2 tabloid macam bacaria, perdana , mingguan misteri ..banyak lagi lah ...

    pengalaman aku sendiri, ada satu company ni buat iklan ..aku berminat nak join ...saja nak tambah income dari duk lepak tak buat apa ... nampak macam boleh dipercayai sebab dia bg add opis .. tapi hp takder ... aku ni plak jenis skeptical ..jgn harap senang2 nak dapat duit aku kalau tak betul2 caranya ... aku amik masa dalam 2 minggu nak pastikan company ni exist ... kebetulan plak opis lama aku dekat dengan alamat yg diberitahu dalam iklan dia ..tapi aku tak pasti kat mana ... seboklah aku duk tanya abg posmen yg amik barang kat opis aku tu mana letaknya syarikat ni .. then aku try carik sendiri tapi tak jumpa ...rasanya ada 2 / 3 kali aku round ... bila tak jumpa ..aku tanya lagi abg posmen ... then dia bg map sket ...

    pastu aku gi sorang2 ...carik mender tuh ..nasib baik tunang (masa tuh lom kahwin) tak tau ..kalau mesti dia bising ..hehehe... aku carik punya carik...rupanya ... syarikat tuh tak wujud! bangunan tuh kosong dan buruk...kotor gila ... dia saja gunakan address utk bg trust kat org ..hampeh btol...apa lah diorang rasa makan duit haram hasil menipu erk...tak rasa bersalah ker ... ? puas hati aku walaupun penat tapi at leat aku tak kena tipu dan boleh jdkan panduan dan bg nasihat kat org2 ni ...

    satu lagi aku pernahlah htr sampul surat kosong kononnya utk dapat info pasal produk dan bisnes ...sekali bila dapat, dia suh bayar 30 hengget utk dapat barang ..then bila barang dah siap .. htr balik..then baru dapat untung ... cait ... nampak benar menipu tuh ... pun aku tak layan ...ada beberapa company lah ..semua modus operandi sama jer ... mintak setem 30 sen, pastu dia htr katalog mintak duit ...

    taktik lapuk semua tuh ...aku nasihatkanlah ...tak payah buang masa lah mender2 ni suma ... memang menipu ... puas hati lagik jumpa tokey kilang ..cakap ngan dia nak pasang barang kat umah boleh tak ..? hehehehe

    ada yg betul aku penah jumpa kat meru klang... syarikat craft kahwin ni ha ... org kampung amik barang kat dia ..design dan dia bayar 20 sen kot ... aku jumpa tokey dia masa nak beli barang kahwin dulu ... yg tuh memg leh percaya ...

    terpulanglah sapa nak cuba ..tapi aku dah serik dah ... baik buat bisnes online ...hehehee

    *nasihat 3 sen aku...
    Now everybody can smell good....!!!
    www.patiperfume.com
    Malaysian 1st Perfume Essence Website..

  8. #7
    Normal Member cikguonline's Avatar
    Join Date
    May 2006
    Location
    www.maizul.com
    Posts
    562
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 2 Posts

    Default

    Benda2 macam ni memang banyak ri ruangan iklan di akhbar tapi sekarang tak tau la ada lagi ke tak.

  9. #8
    Normal Member
    Join Date
    May 2006
    Posts
    940
    Thanks
    0
    Thanked 12 Times in 7 Posts

    Thumbs down

    Pengalaman aku. Jgn percaya dgn SEMUA iklan kerja sambilan dari rumah, melainkan kita dah selidik betul2. Kalau setakat terpampang iklan, kebarangkalian aku utk tidak percaya adalah 99.9%. Yg terbaru, sepupu aku kena tipu sebanyak RM150.00. Memula dia terbaca iklan dlm paper, disuruh hantar sampul surat & alamat beserta setem 30 sen. Lepas beberapa hari, dpt balasan dari pengiklan tu, dia suruh bayar deposit RM150.00 utk pendaftaran dan barang. Bila dia dah poskan duit, tunggu punya tunggu, habuk pun tarak. Lesap RM150.00, pengiklan tu pun terus hilang tak dpt dihubungi. Selepas kejadian ini, sekarang ketidakpercayaan aku meningkat kepada 1 Trillion%.

    SAYA MEMBERI PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAI KHUSUSNYA KAWAN2 DI FORUM INI SUPAYA JANGAN PERCAYA DENGAN IKLAN TAWARAN BEKERJA SAMBILAN DI RUMAH DAN PEROLEHI PENDAPATAN LUMAYAN YG BANYAK TERPAMPANG DI AKHBAR2 TABLOID (WARTA PERDANA, BACARIA, BULETIN UTAMA, MINGGUAN MISTERI DAN SEMUA AKHBAR TABLOID) KERANA IA ADALAH SCAM!!!

  10. #9
    WC Premium
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    www.Syed-Ikhwan.com
    Posts
    1,840
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by zinedine View Post
    Pengalaman aku. Jgn percaya dgn SEMUA iklan kerja sambilan dari rumah, melainkan kita dah selidik betul2. Kalau setakat terpampang iklan, kebarangkalian aku utk tidak percaya adalah 99.9%. Yg terbaru, sepupu aku kena tipu sebanyak RM150.00. Memula dia terbaca iklan dlm paper, disuruh hantar sampul surat & alamat beserta setem 30 sen. Lepas beberapa hari, dpt balasan dari pengiklan tu, dia suruh bayar deposit RM150.00 utk pendaftaran dan barang. Bila dia dah poskan duit, tunggu punya tunggu, habuk pun tarak. Lesap RM150.00, pengiklan tu pun terus hilang tak dpt dihubungi. Selepas kejadian ini, sekarang ketidakpercayaan aku meningkat kepada 1 Trillion%.

    SAYA MEMBERI PERINGATAN KEPADA ORANG RAMAI KHUSUSNYA KAWAN2 DI FORUM INI SUPAYA JANGAN PERCAYA DENGAN IKLAN TAWARAN BEKERJA SAMBILAN DI RUMAH DAN PEROLEHI PENDAPATAN LUMAYAN YG BANYAK TERPAMPANG DI AKHBAR2 TABLOID (WARTA PERDANA, BACARIA, BULETIN UTAMA, MINGGUAN MISTERI DAN SEMUA AKHBAR TABLOID) KERANA IA ADALAH SCAM!!!

    Buat je report polis.

  11. #10
    WC Premium reezluv's Avatar
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    ee-poh
    Posts
    3,994
    Thanks
    73
    Thanked 154 Times in 68 Posts

    Default

    erm..korang tau tak memane company wat betul2 wat keje dari rumah ni..cam pasang produk..pastu kilang nu kasi la upahnye..aku tak bape tau..

    tu la..payah nak cari yang betul2 pure untuk cari duit dari rumah ni...

Page 1 of 2 12 LastLast

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •