Saya cadangkan Kak Leila jenguk - jenguk laman blog Dr Irfan Khairi,
Blog Zul Smartusaha dan blog - blog lain yang tertera kat laman utama Wang Cyber (bukan dalam forum ni. Kalau cari dalam forum ni, jenuh melilau (merayau-rayau) cari bahan.). Mungkin boleh bantu kak. Yang penting adalah langkah pertama. Bukan senang nak berjaya. Perlukan kesabaran dan ketabahan. Banyak perkara yang perlu di ambil kira.
Buat permulaan, lakukan perkara yang kita minat dan kita tahu serta terus belajar benda yang perlu kita tahu. Duit datang kemudian. Take your time... Kota Rome pun tak terbina dalam satu hari. Kalau boleh baca kisah - kisah kejayaan jutawan dan mereka - mereka yang sudah berjaya dalam hidup.
Tetapkan matlamat, kuatkan semangat dan uruskan masa dengan baik. Elakkan risiko yang tidak munasabah. Lakarkan perancangan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
Selalu bertanya pada diri .... :
Apa .... ?
Kenapa .... ?
Bagaimana ... ?
Bila .... ?
Di mana ... ?
dan sebagainya...
Setiap masalah ada jalan penyelesaian kecuali 2 perkara iaitu tua dan mati. Jangan pendam masalah dalam diri kerana ia akan 'memakan diri'. Masalah datang setiap hari memerlukan penyelesaian... Produk dan perkhidmatan yang terbaik ialah produk / perkhidmatan 'penyelesaian' kepada masalah orang lain. Masalah yang kita hadapi mungkin sedang atau akan di hadapi orang lain. Jadi, wujudkan 'penyelesaiannya.'
Jika ada persaingan, bersainglah dengan cara baik dan sihat. Belajar untuk mewujudkan produk / perkhidmatan yang lebih baik dari produk sedia ada dari masa ke masa.
p/s - Hanya satu pandangan.