Results 1 to 5 of 5
  1. #1
    WC Premium johari's Avatar
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    Pearl Of The Orient
    Posts
    901
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 2 Posts

    Talking 44 Gambar Lucah Laman Web 2008



    44 laporan gambar lucah laman web pada 2008

    BERDASARKAN statistik Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Bukit Aman, polis menerima enam laporan penyebaran gambar lucah menerusi laman web serta telefon bimbit pada 2007 dan jumlah itu meningkat secara mendadak pada 2008 kepada 44 kes.

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pula mencatatkan 91 kes laman web dalam negara dengan 37 kes mengandungi unsur lucah serta 54 lagi mengandungi unsur jelik sejak Januari hingga 18 Februari 2009.

    Jumlah itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun sebelumnya iaitu 23 kes penyebaran gambar atau video lucah melalui laman web sepanjang 2008, 12 kes pada 2007 manakala hanya lima kes pada 2006.

    Menurut SKMM, satu usaha sedang dijalankan bagi menjalinkan kerjasama serta persefahaman lebih erat dengan pihak berkuasa negara luar untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai suspek atau kes yang mem****tkan sumber berpangkalan di luar negara.

    Selain itu, hasil siasatan mereka, kebanyakan gambar lucah berpunca daripada individu (mangsa) sendiri yang membuat rakaman bertujuan untuk berseronok selain dikongsi bersama pasangan tetapi disebabkan kecuaian menjaga rakaman itu akhirnya memberi padah kepada diri sendiri.

    Masalah trend semasa di kalangan golongan muda juga menjadi satu punca utama mengapa penyebaran gambar lucah di kalangan rakyat negara ini menjadi lebih kritikal. Golongan itu langsung tidak was-was bertukar-tukar gambar atau menampilkan maklumat peribadi secara dalam talian (online) di ruangan sembang (chat room) atau laman web sosial.

    Meskipun tujuan asal ialah untuk berkongsi maklumat dan berseronok sesama rakan tetapi mereka tidak sedar gambar itu mungkin disebarkan kepada pihak lain.

    Bagaimanapun, SKMM mempertahankan elemen positif yang boleh diperoleh daripada laman web kerana menurut mereka banyak sumber pembelajaran dan pengajaran boleh dikongsi melalui carian Google.

    Misalnya, ada 31.7 juta hasil carian mengenai pendidikan jarak jauh, 1.14 bilion keputusan mengenai kesihatan serta 1.08 bilion maklumat mengenai hasil kajian baru.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Active Member krolbiz's Avatar
    Join Date
    Sep 2008
    Location
    Planet Bumi
    Posts
    1,600
    Thanks
    0
    Thanked 11 Times in 7 Posts

    Default

    Sejak akhir2 nie sedara banyak gak la buka thread2 yg berbau s*x ni.. Maaf, kalau saya katakakan ianya lebih membawa kepada unsur neg- berbanding unsur mendidik itu sendiri...

    Coz tak semua laporan dari akhbar Metro atau yg seumpamanya tu bagus utk dibaca, melainkan sebagai gimik utk menarik minat pembaca... (pembaca = $$)

  4. #3
    Nex
    Nex is offline
    WC Premium Nex's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Posts
    133
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    itu kes yang dilaporkan... rasanya dalam 10 % jer.. kalo nak dikira kes yang tak dilaporkan.. msti risau dibuatnyer.. haha..btw.. sekadar cadangan.. rasanya topic ni tak sesuai nak dibincangkan di komuniti usahawan internet.. hehe.. sbb nanti kuar benda2 ngarut..
    " Journey to Become Internet Millionaire "

  5. #4
    Normal Member
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    89
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    betul3....
    cukuplah sekadaq ni saja..
    dah...kita p komen tempat len plak..

  6. #5
    Active Member abg_x's Avatar
    Join Date
    Dec 2006
    Posts
    1,982
    Thanks
    0
    Thanked 7 Times in 5 Posts

    Default

    Betul la kot makin negative.. bukan bertambah insaf tapi makin pulak nak dicari gambar2 lucah tu.. Siap google lagi tu.. Betul tak?
    >>>Bongkar!!! Kursus Pembinaan Website dan Pemasaran Internet Termurah!!!<<<

    www.biz0nline.com
    www.traempire.com
    www.website4free****
    www.norashikin****
    www.fuadnawawigdi****
    www.razitech****
    www.kriswa****

    Yahoo messenger : Aridz
    SMS no : 012-298 7757


    <a href="http://www.aridztech.com/gdi"><img src="http://www.aridztech.com/gdi/images/banner_gdi_click_here.gif" border=1></a>

Similar Threads

  1. Analisa: Adakah website anda satu aset atau liabiliti
    By alang in forum Perniagaan Internet
    Replies: 17
    Last Post: 06-25-2014, 03:43 AM
  2. Saya budak baru blajar nak join forum
    By newriderz in forum Perniagaan Internet
    Replies: 20
    Last Post: 03-22-2009, 02:02 PM
  3. Bagaimana Watermark Gambar Dengan Free Online Watermark ?
    By pakar clickbank in forum Perniagaan Internet
    Replies: 8
    Last Post: 02-02-2009, 12:19 PM
  4. Cepat! Pengiklanan 'Terhebat' Report JVGA, CB & TPE 2008
    By Mawardee in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 8
    Last Post: 05-20-2008, 11:10 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •