+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 13
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2006
    Location
    Wangsa Melawati, KL
    Posts
    619
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Isu Palestin, berwaspadalah di Internet.



    Salam warga WC. Berikut adalah artikel yang saya tuliskan tentang web2 mengundi di laman web (rujuk juga komentar di sana) Jadi, tujuan entri ini dibuka adalah kerana:

    1. Saya ingin bertanyakan respon kalian terhadap artikel ini.

    2. Adakah sesiapa punya cara lain lagi untuk menambah beberapa tip keselamatan yang boleh diamalkan semua, dan berita-berita terkini berkaitan isu ISRAEL dan GAZA yang menyentuh dunia internet?

    --------------------------------------------
    Isu Palestin, berwaspadalah di Internet.

    Istilah ‘trafik‘, atau bermaksud aliran keluar masuk pelawat memang selalu dikejar tuan tanah (baca: webmaster). Trafik inilah sumber pengaruh, wang ringgit dan kekuasaan manusia di dunia maya. Tinggi trafik, semakin tinggilah nilai sesebuah laman itu.

    Seperti yang pernah aku utarakan kepentingan SEO bagi sesebuah laman, kata kunci yang mesra enjin carian amat diperlukan.

    Contohnya, bila ada peristiwa seorang menteri X yang terkentut di tangga pesawat, pastinya tiga katakunci ini, iaitu ”menteri X”, “kentut”, “pesawat” akan sering ditaip di enjin carian (sekadar contoh). Maka, apa saja laman atau blog entri yang terdiri dari ketiga-tiga katakunci ini, sememangnya akan duduk pada tangga teratas jika ketiga-tiga kata kunci itu ditaip di enjin carian.

    SangPelangi telah dengan tanpa sengaja, terkesan juga dalam hal ini. Artikel yang cuma kusalin dari sahabat (tanpa usul periksa) telah menjadi bualan hebat di ruang maya, terutamanya di Indonesia, bila pautan dari entri berkaitan isu Sai Baba dan Dajjal itu disebar dengan begitu pantas. Perdebatan hangat di gelanggang komentar itu terpaksa kututup setelah muncul video penipuan Sai Baba yang rupanya cuma bermain silap mata.

    Baiklah. Ia adalah kesilapan terbesar yang pernah aku lakukan di SangPelangi, itu aku akui seikhlas hati. Selepas itu, dan sehingga kini, aku lebih berhati-hati dalam mencoret ketujuh-tujuh warna di awanan maya.

    Baru-baru ini, setelah peristiwa serangan Zionis ke atas Gaza memuncak, beberapa laman web muncul untuk menarik trafik dari katakunci yang berkaitan. Perumpamaan ‘menangguk di air keruh’, memang tidak dapat lari dari dunia maya.

    Berikut aku apungkan salah satu contoh dari ribuan laman yang merencanakan agenda tersembunyi sebalik isu saudara kita di Palestin itu:

    (aku tidak menyatakan alamat URL laman itu di sini, kerana tidak mahu menyumbangkan walau sekelumit pun trafik dari SangPelangi ke sana.)

    Ini antara taktik keji individu tertentu, dengan sengaja meletakkan statistik peratusan sokongan terhadap Palestin yang rendah berbanding Israel, manakala beza antara keduanya cuma sedikit saja. Tujuan utama, mestilah ingin menarik trafik.

    Bila seseorang Muslim yang sedang menggelegak amarahnya melihatkan statistik sebegini, dengan segeralah si dia itu akan mempromosikan laman itu kepada sahabatnya. Kononnya ingin berlawan sokongan siapa yang paling kuat. Bukankah kita sedia maklum, hampir seisi perut bumi yang menempelak hasil tangan Zionis?

    Kau bawalah seberapa ramai sanak saudaramu ke laman tersebut. Pastinya tiada apa manfaat pun yang dapat dikutip. Cuma akan tersimpullah senyuman liar individu di balik semuanya ini. Lihat saja iklan bersepah-sepah di sana sini. Kalau sekalipun tiada klik ke atas iklan itu, jangan tak tahu ada iklan yang dibayar mengikut jumlah impression, contohnya dibayar $1 untuk 1000 impressions (pelawat). Jadi, trafik itu sendiri sudah dikira rezeki buat mereka.

    Jadi, apa yang boleh dilakukan? Soalan itu mudah saja untuk dijawab.

    1. Sumber dipercayai.

    Kalian perlulah terus kekal membaca maklumat penting dari sumber yang dipercayai, dan kalian betul-betul kenal penulisnya. Jika ada iklan sekalipun, pastikan sumber pendapatan iklannya itu untuk keperluan laman itu bertahan, atau disalurkan kepada mereka yang tertindas. Kemudian, barulah kalian sangat digalakkan untuk klik iklan di laman itu.

    2. Berfaedah.

    Kalian cuma perlu memberikan sokongan terhadap laman yang memberikan kesedaran akan kemurungan Palestin, bukannya mengajak kamu untuk membuang masa seperti bermain permainan Flash, atau mengundi sesuatu, atau menandatangani apa-apa petisyen (kecuali sahih bahawa hasil petisyen itu akan diketengahkan oleh pihak tertentu ke peringkat pemerintah).

    Nota: Maaf, aku kurang setuju dengan permainan baling kasut kepada Bush. Melainkan aku termotivasi setelah membaca ayat dorongan di sini.

    3. Berwaspada.

    Gunakan tool Who.Is . Masukkan alamat URL (dot com) laman yang kau curigai di situ untuk mengenal siapa pemiliknya. Seperti laman Fotopages.com, pemiliknya bertapak di Israel. Kalau pemilik laman undi di atas (screenshot tadi), pemiliknya bertapak di Amerika.

    Atau seperti saranan Bob (gunakan plugin NetCraft):


    Sekian saja, perkongsian dan luahan rasa dari insan yang ‘agak’ terganggu, dengan kehadiran laman-laman tanggukan di air keruh ini.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    g0Lden SaNd
    Posts
    958
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 1 Post

    Default

    terima kasih e-fun kerana sudi berkongsi info yg baik nih..
    moga2 kita x terpengaruh dengan semua ni..

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Johorean Rulez!
    Posts
    73
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    thanks for info...
    ----------------------------------------
    Mahu kami design & build website anda? Terdapat juga servis lain. Sila layari http://www.bizopolitan.com/ untuk maklumat lanjut atau pm saya, tq....
    ----------------------------------------

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2008
    Location
    BisnesAffiliate.com
    Posts
    3,130
    Thanks
    52
    Thanked 36 Times in 21 Posts

    Default

    Thanks ya bro! great info!

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2006
    Location
    Fast Shipping www.shahraduan.com
    Posts
    1,092
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 3 Posts

    Default

    TQ. TQ..

    Info menarik tu..

    Hyprobulksms


  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    Kuala Terengganu
    Posts
    1,622
    Thanks
    2
    Thanked 3 Times in 2 Posts

    Default

    thanx irfan for sharing.miss your post.^_^

  8. #7
    Loyal Member Array
    Join Date
    Apr 2006
    Location
    seluruh Malaysia
    Posts
    574
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 4 Posts

    Default

    Makin tinggi trafik, makin rendah ranking kat SE(naik).

  9. #8
    Kawan WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2007
    Location
    AkuSeorangBlogger.com
    Posts
    6,466
    Thanks
    73
    Thanked 317 Times in 97 Posts

    Default

    hampeh betol......betul tu, kekadang sengaja jer bagi ost atau content yang kontroversi.

    Anyway, good idea to bring trafik.....

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Nov 2006
    Location
    masrizalhardy.com
    Posts
    1,728
    Thanks
    16
    Thanked 9 Times in 7 Posts

    Default

    ada yang forward address web tu dlm YM... mmg nampak meragukan masa mula2 bukak
    Laman Iklan Percuma - www.NiagaPress.com


  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2008
    Location
    DesignCun.com
    Posts
    1,062
    Thanks
    25
    Thanked 5 Times in 3 Posts

    Red face

    Terima kasih kerana berkongsi maklumat.Harap perkara ini dapat disebar luaskan supaya orang lain juga mengetahui hal ini.:rolleyes:


 

Similar Threads

  1. Replies: 41
    Last Post: 07-30-2011, 03:55 PM
  2. Sila Lupakan Hasrat Anda Untuk Memulakan Perniagaan Internet!
    By Labanon in forum Perniagaan Internet
    Replies: 54
    Last Post: 12-24-2010, 01:08 AM
  3. 5+1 Sistem yang akan meningkatkan Pendapatan Internet Anda
    By Kasimo Aloi in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 33
    Last Post: 02-08-2009, 01:52 PM
  4. Memulakan Perniagaan Internet #oleh Shuth
    By copernicus in forum Perniagaan Internet
    Replies: 16
    Last Post: 02-04-2009, 11:21 AM
  5. 7 sebab kenapa cara hidup peniaga internet amat bergaya sekali!
    By mhhafeez in forum Perniagaan Internet
    Replies: 29
    Last Post: 10-11-2008, 03:55 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts