Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Compare Mobile Phones
Neopets Cheats, Games and Neopoints
Credit Counseling
Free phpBB forum
Secured Loans

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Umum & Rileks > Sembang Umum

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 08-25-2006, 07:54 AM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default Sedekah

Dalam forum ni, saya tengok ramai yang bagi 'sedekah' (misalnya bagi ebook free, flag free, nasihat free, tunjuk ajar free dan macam-macam yang free lah!)kat ahli dan pengunjung (guest). Ini satu perkembangan yang positif. Dan ada juga yang bagi free, pakai 'syarat' dan ada yang ikhlas nak bagi , ikut suka hati. Itu hak anda, prinsip anda dan pendapat anda. Orang lain kena hormat hak individu lain. Masing-masing ada hak dan tanggungjawab. Okey...tadi saya terjumpa satu artikel pasal sedekah ni. Bunyinya begini (saya copy and paste sahaja, boleh no?):

Pemberi sedekah golongan dilindungi

BERSEDEKAH perlu dihidupkan oleh seseorang insan dalam ajaran Islam untuk membantu insan lain. Gesaan ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman, nafkahlah (di jalan Allah) sebahagian daripada hasil usahamu yang baik-baik dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 267).

Ayat di atas menjelaskan bahawa, apa saja hasil yang dimiliki oleh manusia di atas bumi ini adalah milik Allah. Dengan hasil itu Allah menggalakkan orang beriman membelanjakan sebahagian daripadanya di jalan Allah.

Ibn Abbas menjelaskan bahawa, hasil yang perlu disedekahkan itu hendaklah yang paling bagus dan berharga, bukannya yang paling buruk dan hina kerana sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali yang baik.

Ibn Jarir menjelaskan bahawa, al-Barra' menyatakan ayat di atas turun berikutan sikap kaum Ansar, di mana pada hari memetik kurma, orang Ansar mengeluarkan kurma yang baik diletakkan di masjid untuk dimakan oleh kaum fakir miskin dari kalangan kaum Muhajirin. Lalu ada salah seorang antara mereka (kaum Ansar) sengaja mengambil kurma buruk dan memasukkan ke dalam beberapa kurma yang baik, ia mengira perbuatan itu dibolehkan. Lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Perbuatan memberi sesuatu benda yang sudah tidak diperlukan juga ditegah oleh Rasulullah SAW. Hal ini dijelaskan oleh Aisyah, yang menceritakan: “Pernah dihidangkan kepada Rasulullah SAW binatang sejenis dhab, namun Baginda tidak memakannya, tetapi tidak juga melarangnya. Lalu kukatakan: Ya Rasulullah, kita berikan saja kepada orang miskin. Maka, Baginda berkata; jangan kamu memberi makan mereka sesuatu yang kamu tidak mahu memakannya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Ketika menghulurkan sedekah, menampakkan pemberian itu adalah perkara baik jika boleh menjadi contoh kepada orang lain untuk turut bersedekah dan tidak timbulnya perasaan riak di kalangan pemberinya.

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: “Jika kamu menampakkan sedekahmu, maka itu adalah baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu.” (Surah al-Baqarah, ayat 280).

Berdasarkan ayat di atas, jelas bahawa menyembunyikan sedekah itu adalah lebih afdal daripada menampakkannya kepada orang lain sekiranya timbul perasaan riak kepada pemberi. Lebih afdal menyembunyikan sedekah itu.

Hal ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: “Tujuh orang yang dilindungi Allah dalam lindungan-Nya pada hari yang tidak ada perlindungan selain lindungan-Nya, iaitu imam yang adil, pemuda yang senantiasa beribadah kepada Allah , dua orang saling mencintai kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah kerana-Nya, orang yang hatinya bergantung kepada masjid dari saat keluar darinya hingga ia kembali kepadanya, orang yang mengingat Allah di tempat yang sunyi lalu matanya berlinangan, seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik, lalu lelaki itu menjawab sesungguhnya aku takut kepada Allah serta orang mengeluarkan sedekah lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.” (Riwayat Muslim).

Sesungguhnya Allah memberikan pahala kepada sesiapa menghulurkan sedekah. Balasan ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, nescaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup, sedangkan kamu sedikit pun tidak akan dianiaya.” (Surah al-Baqarah, ayat 272).

Berdasarkan ayat di atas, Hasan al-Basri menjelaskan bahawa, seseorang mukmin tidak menafkahkan harta melainkan dalam rangka untuk mencari keredaan Allah .

Atha' al-Khurasani menyatakan, jika engkau memberikan sesuatu kerana mencari keredaan Allah, maka pahala amal itu bukan urusanmu.

Sesungguhnya umat Islam amat wajar mengetahui bahawa harta yang mereka infakkan di jalan Allah adalah perniagaan yang tiada tolok bandingnya. Ini kerana ia mampu untuk menyelamatkan mereka daripada azab pedih di akhirat. Hal ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Wahai orang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih. Kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu, itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah as-Shaf, ayat 10-11).

Berjihad dengan harta ialah dengan menginfakkan harta itu ke jalan Allah. Antaranya bersedekah kepada mereka yang memerlukannya.

Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
Penulis ialah pensyarah di Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber : Berita Harian - 25 Ogos 2006

p/s - Pagi Jumaat yang mulia ni bersamaan 1 Syaaban 1427, samalah kita muhasabah diri kita semula. Tak lama lagi nak 'tukar buku amalan baru' (Nisfu Syaaban). Jual produk, jangan jual IMAN.


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 08-25-2006, 03:10 PM
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Kalau bab berhutang macamana pulak? Adakah org yg memberi hutang ni juga akan dilindungi? Adakah hutang juga dikira sedekah? Saya rasa tidak, sebab hutang akan dibayar semula oleh org yg meminta hutang. Adakah org yg memberi hutang hidupnya akan sentiasa dilimpahi rezeki yg murah? . Org yg memberi hutang, selalunya akan menjerut dirinya sendiri ke dlm keperitan hidup kerana terpaksa memberikan apa yg perlu kpd org lain yg terlebih lagi perlu. Maknanya, org yg memberi hutang ni sanggup menjerut leher dia sendiri utk org lain. Apa pendapat Bro?.


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 08-25-2006, 03:53 PM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default

Hutang memang bukan sedekah. Kalau tanya kat saya, kalau bagi hutang ni adakah ia dilindungi?Dilindungi oleh siapa? Kalau tanya pasal rezeki, itu kerja Allah s.w.t., saya tak boleh jawab. Tapi petikan yang saya bagi ni ialah untuk orang yang berhutang duit/barang kat sesama manusia.

Hutang duit, barang wajib dibayar balik

SOAL memulangkan barang dipinjam dan membayar berhutang tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam. Mereka yang meminjam perlu memulangkan semula barangan itu kepada pemiliknya atau membayar hutang yang dipinjam. Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi
Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Tunaikanlah/kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang telah memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi) Meminjamkan sesuatu barang hukumnya sunat , kadang-kadang menjadi wajib seperti meminjamkan sampan untuk menyelamatkan orang yang akan mati lemas. Orang yang meminjamkan barang boleh meminta kembali barang itu.

Dalam hal membayar hutang, daripada Abu Hurairah, katanya: “Seorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah SAW, lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu sahabat tidak senang terhadap orang itu. Maka, bersabda Nabi: “Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!” Berkata sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya.” Sabda Baginda: “Belilah, kemudian berikan kepadanya. Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Hadis riwayat Muslim) Pada dasarnya, Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Perkara ini dijelaskan menerusi hadis daripada Uqbah bin 'Amir yang bermaksud: “Janganlah kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya.” Mereka berkata: “Apa itu wahai Rasulullah SAW?” Baginda bersabda: “Hutang.” Oleh itu, Rasulullah SAW mengajar kita sepotong doa bermaksud: “Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu daripada kegundahan dan kesedihan, daripada kelemahan dan kemalasan, daripada sifat pengecut dan bakhil, daripada kesempitan hutang dan penindasan orang.” Maka, orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.

Membayar balik hutang sesungguhnya adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris. Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya seperti dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya." Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah sebaliknya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Berita Harian, 16 Febuari 2005)

p/s - Pada saudara Zinedine, kalau boleh bila nak bagi hutang kat orang, kenal pasti keperluan asas kita cukup dulu. Kecuali memang kita tahu orang betul-betul sesak(lebih baik sedekah sahaja ). Bukan nak hasut la, tapi kadang-kadang bila bagi hutang ni, kawan pun boleh bermusuh bila nak bayar balik. Kalau nampak dia memang sesak dan tak boleh bayar balik, anggap sedekah sajalah boleh?


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 08-25-2006, 04:29 PM
hasrul's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 667
hasrul is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to hasrul
iTrader: (5)
Default

Setuju tu... kalau nak bagi hutang kat orang, fikir kemampuan dulu. Lepaskan keperluan asas.

Kadang-kadang sesetengah tu main bagi jer walaupun dia dah tau risiko bagi hutang kat orang. Kalau rasanya kita tak percaya dengan seseorang yang mintak hutang dengan kita, tak payah bagi, senang. Kita pun tak payah gaduh-gaduh lepas tu mintak hutang. Alasan paling senang nak bagi "Aku tengah sesak jugak nie, baru lepas keluarkan duit (dalam hati cakap keluarkan duit dari poket - dia pun bukannya tanya). Tak pun cakap duit nak pakai pasal ada projek baru (memang pun semua projek kena pakai duit). Jadi dia pun tak kecik hati.

Pengalaman saya, biasanya 90% orang yang hutang, tak bayar balik dan saya tak pernah halalkan kecuali kalau dia datang sendiri mintak dilupuskan.

Ada sorang member saya selalu kata "Biar gaduh sekarang, jangan gaduh kemudian".
__________________
ImpianWanita.com


Hasrul.net


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 08-25-2006, 05:05 PM
alfirus's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Jul 2006
Posts: 267
alfirus
Send a message via Yahoo to alfirus
iTrader: (0)
Default

Tull tuh.. aku sokong amalan bersedekah.. tetapi amalan menerima sedekah tak elok plaks...
__________________
www.myetribes.com - Unites all tribes


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 08-25-2006, 05:27 PM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default

Quote:
Originally Posted by hasrul
Kalau rasanya kita tak percaya dengan seseorang yang mintak hutang dengan kita, tak payah bagi, senang. Kita pun tak payah gaduh-gaduh lepas tu mintak hutang.
Saya setuju tu Tapi, saya malas nak 'berperang'. Buat sakit hati sahaja. Cukuplah saya katakan setiap perbuatan yang kita lakukan kat orang lain, Allah akan balas setimpal dengan perbuatan kita tu. Kalau baik kita buat kat orang, baiklah Allah balas kat kita. Begitu juga sebaliknya. Tetapi, kadang-kadang Allah sengaja uji kita untuk melihat tahap keimanan kita sahaja Tapi jangan makan riba. Jangan bagi RM10, minta balik RM11.Begitu juga sebaliknya.

Islam melaknat pemberi, pemakan riba

BILAKAH boleh berhutang? Dalam hal ini, seorang Muslim hanya perlu memilih jalan untuk berhutang apabila ada hajat keperluan yang amat mendesak. Dalam pada itupun, apabila jalan hutang telah dipilih, dia tidak boleh mengetepikan sama sekali niat untuk membayar hutang berkenaan. Nabi Muhammad SAW telah memberikan garis panduan yang jelas serta amaran keras bagi mereka yang memilih untuk berhutang dalam keadaan terdesak. Baginda bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang berhutang harta manusia dengan niat hendak membayarnya semula, nescaya Allah akan membayar untuknya, dan sesiapa yang mengambil hutang itu dengan niat hendak memusnahkannya (tidak mahu membayar) nescaya Allah akan memusnahkannya". Hutang yang Nabi SAW benarkan iaitu dalam keadaan terdesak tadi hanyalah hutang yang dilakukan tanpa riba. Ini adalah hutang dalam keadaan darurat dan akibat tekanan keperluan. Persoalannya, fenomena kini ramai yang berhutang melalui skim riba. Lebih menyedihkan hutang berkenaan adalah lebih banyak dalam bentuk hutang yang tidak perlu dan bukan darurat. Hukum dan dosa riba adalah amat berat menurut pandangan Islam. Islam melaknat semua pihak yang ter****t dalam transaksi ini. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Allah melaknat pemakan riba, wakilnya, dua orang saksinya dan penulisnya". (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tarmizi dan disahihkannya, al-Nasaie dan Ibnu Majah).

Bagaimanapun, bagi mereka yang terdesak berhutang kerana darurat yang mendesak dan terpaksa serta tiada alternatif atau pilihan lain kecuali pinjaman atau hutang dengan riba, Professor Dr Yusuf al-Qardhawi dalam fatwanya di laman web islam-online.net bertarikh 24 April 2005 menyatakan bahawa yang menanggung dosa transaksi riba dalam hal ini hanyalah pihak yang menerima atau mengambil riba itu
dengan empat syarat iaitu:
  • Wujud darurat hakiki, bukannya sekadar untuk bermewah dalam keperluan atau perhiasan. Darurat bererti keperluan asasi iaitu jika ia tidak diperoleh mengakibatkan kemusnahan seperti makanan asasi, dan perubatan yang mesti dilakukan.
  • Kebenaran ini hanya pada kadar memenuhi hajat saja.
  • Hendaklah berusaha sepenuhnya untuk keluar dari kemelut kewangan ini dan saudara seislam yang lain hendaklah membantunya. Jika tiada barulah dibenarkan dalam batasan
    keperluan saja.
  • Dia melakukannya dalam keadaan terpaksa, marah dan benci hinggalah Allah SWT memberikannya jalan keluar.
Jelasnya, hanya dalam keadaan ini ada keampunan Allah SWT dan Allah SWT pasti akan memudahkan jalan pelunasan hutang itu nanti jika niatnya adalah benar. Oleh itu, Islam awal-awal lagi telah mengajar umatnya agar tidak menyusahkan diri dengan hutang kerana dibimbangi mati dalam keadaan masih berhutang.

Islam juga melarang pembaziran dalam perkara mewah walaupun menggunakan wang milik sendiri. Bahkan larangan adalah lebih keras dengan cara berhutang. Kalau terpaksa juga dan hanya ada jalan hutang riba, maka dosa hanya bagi pemakan riba dengan syarat hutang bagi perkara yang perlu saja dalam lingkungan darurat. Ukuran darurat adalah amat jelas, tepuk dada tanya iman! Jika perlukan hutang RM10 maka haram jika berhutang RM11!


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 09-01-2006, 04:00 PM
Pioneer Member
 
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
zinedine is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Saya setuju dgn semua kenyataan di atas. Tapi, rasanya kita pun kena ingat2 jugak nak besedekah kan apatah lagi nak bagi hutang kat org. Islam pun tak suruh kita bersedekah sampai kita sendiri jadi terdesak bila dah bersedekah. Kita pun kena fikirkan keperluan kita dulu. Kalau kita tak dpt tlg org tu, mgkn org lain blh tlg dia.

Pasal bab2 sedekah & hutang ni, memg susah kita nak dpt balik apa yg kita dah bagi. Dulu janji nak bayar, tapi bila dah sampai masa, tak bayar2 pun. Kita dulu tlg bagi hutang kat dia, sebab niat nak tlg ringankan beban di samping dia sendiri dah berjanji nak bayar hutang. Dia takkan bayar sebab dia mengharapkan kita akan halalkan sbg sedekah jer duit tu.

Memg betul kata bro Hasrul, 90% org yg berhutang TIDAK AKAN membayar semula hutangnya. Diorang ni lebih rela mati bunuh diri drpd bayar hutang. Perkara ni pernah terjadi kpd diri saya. Oleh kerana terlalu baik sgt, murah hati sgt bantu beri hutang kat member sampai beri-ribu, member2 tu semua buat tak tau je dah dgn saya. Saya ni dah jadi macam musuh dia pulak asyik menyibuk jer mintak balik hutang. Ada yg sampai dah lari ke luar negara, belajar katanya. Ntahlah.

Tapi, bagi saya tidak semudah itu utk kita menghalalkan hutang2 tu. Kalau kita senang2 halalkan & jadikan ianya sedekah, mungkin nanti otai2 hutang mcm member2 saya ni akan buat perangai gini kat org lain pulak. Apa susah, tunggu je la dia halalkan. Mesti dia halalkan punya walaupun terpaksa.

Ini adalah pengajaran kpd semua. Jgn mudah beri sedekah apatah lagi hutang kat org lain pada zaman sekarang ni, kena periksa dulu org tu betul2 susah ke, menipu ker. Dan adakah kita betul2 boleh bantu hingga tak menjerut leher kita. Memg Islam menggalakkan bersedekah tapi kita kena tgk jugak kemampuan kita utk bersedekah.

TIPS; kalau ada org atau member2 yg nak berhutang, jgn bagi. Beri jer berapa duit yg ada dlm poket. Kalau dia nak berhutang RM100, terus je hulur RM5 ke RM10. Ckp kat dia, "nah, ko ambiklah ni. Aku sedekah ikhlas". Mesti org tu terdiam punya. Kalau kita bagi RM100 dan dia kata janji nak bayar balik, maknanya duit RM100 kita tu akan hangus gitu jelah.


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 09-01-2006, 06:09 PM
surfaddict's Avatar
WC300
 
Join Date: May 2006
Location: shah alam
Posts: 1,066
surfaddict is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to surfaddict
iTrader: (58)
Unhappy

sebut pasal sedekah ni..teringat peminta-peminta sedekah di kaki2 lima pasar malam dan yg dtg tadah tangan tetiba waktu time makan..

Family saya selalu marah sbb saya selalu beri duit pada mereka sbb skang ni peminta sedekah ni dtg dr sindiket2. Then ada yg minta sedekah dgn gunakan kertas2 dari madrasah mana2 tah..ada yg dr negara jiran. Kadang2 saya bagi dan kadang2 tidak, bergantung pada kemampuan saya..(Biasalah student, ada masa mmg pokai gile)

Itu tidak termasuk golongan OKU, walaupun ada yg berlakon tetapi yg saya bagi biasanya OKU yg jual barang dan menyanyi. Sbb sekurang-kurangnya saya dapat sikat/tisu dan dgr diorg menyanyi. Di pasar tani shah alam, ada seorg pakcik ni meminta sedekah dgn membaca al-quran, rasa mcm nak tendang jer sbb bacaan al-quran dia mmg lintang pukang dan menjatuhkan darjat Al-Quran sahaja.

Dan skang ramai plak remaja/dewasa menjual buku2 agama dan calendar dgn memujuk menggunakan ayat sedekah..mula2 kata sedekah, ikut kitalah nak bagi berapakan..then tetiba ckp buku tu harga lebih RM5. Aduh..terkena..Calendar tu pun hampir sama caranya. Kenapa memperdagangkan nilai agama kita dgn konsep sedekah yg telah disalahgunakan..Sedih2.


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 09-01-2006, 08:10 PM
muhdmuax's Avatar
Missing In Action
 
Join Date: Mar 2006
Location: Penang Hogward High School
Posts: 795
muhdmuax is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to muhdmuax Send a message via Skype™ to muhdmuax
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by surfaddict View Post
. Di pasar tani shah alam, ada seorg pakcik ni meminta sedekah dgn membaca al-quran, rasa mcm nak tendang jer sbb bacaan al-quran dia mmg lintang pukang dan menjatuhkan darjat Al-Quran sahaja.
ayat yang paling aku suka. dekat RR selalu ada budak jual bam le, kelender le, satu ari tuh mak aku iqram lah beli bam RM10 , balik rumah aku tengok kat bam tuh buatan sebuah kumpulan ajaran sesat yang tahun lepas cuba menghidupkan aurat muhammadiah. nyesal aku


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 09-25-2006, 09:31 AM
Badruzamani Bin Azmi's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
Badruzamani Bin Azmi is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Badruzamani Bin Azmi Send a message via Skype™ to Badruzamani Bin Azmi
iTrader: (7)
Default

Pesan Rasulullah: Bulan buat amal sedekah

UMAT Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan pada Ramadan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah.

Balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah pada hari akhirat kelak.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada Ramadan. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Bersedekah bukan hanya memberikan wang, malah mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang yang berpuasa.

Konsep memberi (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan saja selama Ramadan, bahkan pada bulan lain juga kerana memberikan pengaruh baik pada peribadi dan masyarakat.

Amalan ini dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya, di samping mempereratkan ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

Perlu diinsafi sedekah bernilai di sisi Allah adalah yang ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk.

Sumber : Berita Harian 25 September 2006

Jadi, sama - samalah kita melakukan banyak sedekah di bulan Puasa ini. Kalau tak boleh sedakh wang dan harta, sedekahlah ebook atau ilmu anda di forum ni. Insyaallah... setiap ilmu yang kita bagi kat orang, Allah perintah malaikat tanam 'pokok' dari ilmu itu. Makin banyak orang baca atau amal darinya, ia akan tumbuh. Jika ilmu yang kita bagi baik, maka baiklah pokok itu. Begitu juga jika sebaliknya.

p/s - Banyakkan sedekah supaya kita dapat banyak pahala. Jangan sedekah pahala kita kat orang (buat orang marah kat kita). Kekuatan yang sebenar ialah kesabaran di kala amat marah. Supaya kita semua berjaya menambah pahala dan keimanan dalam diri kita terutama di bulan Ramadan ini.


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 07:01 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0