 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|

09-26-2006, 11:47 AM
|
|
Pioneer Member
|
|
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
|
|
Pasal bersedekah ni, ustaz aku pernah pesan dari apa yg Islam ajar. Kalau kita berada dlm kesempitan hidup, ekonomi tak stabil dan perit kerana kewangan tak cukup, maka bersedekahlah apa2 harta atau wang/duit yg ada seberapa bnyk/mampu kpd org2 miskin/masjid/surau/zakat/badan2 kebajikan.
Walaupun hidup kita perit, susah, kenalah bersedekah sebahagian kepunyaan kita moga2 Allah SWT akan membalas semula dgn kesenangan dan memberi jalan keluar kpd masalah kewangan kita. Duit yg ada pada kita tu bukanya hak kita sepenuhnya, tapi adalah hak org lain juga yg lebih memerlukan.
|

09-29-2006, 09:58 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Sinar Ramadan: Hidupkan Ramadan dengan perbanyak amalan berfaedah
Oleh Mohd Shukri Hanapi
RAMADAN adalah penghulu segala bulan. Dalam Ramadan diturunkan al-Quran. Ia adalah bulan beribadah, keampunan, rahmat dan bulan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Bulan yang istimewa dan penuh bermakna ini hanya datang sekali dalam setahun. Setiap kali kemunculannya ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam seluruhnya.
Malah, setiap umat Islam yang beriman, menantinya dengan penuh debaran dan harapan. Peluang untuk beribadah dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda pada bulan ini. Mereka tidak lepaskan dengan begitu saja. Mereka bagaikan ingin terus mendampingi Ramadan buat selama-lamanya.
Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ada antara umat Islam yang sedih meninggalkan Ramadan biarpun kemunculan Syawal tidak kurang pengertian dan kemeriahannya.
Setiap umat Islam hendaklah menyambut Ramadan dengan penuh pengertian dan ketakwaan. Memang pada dasarnya Ramadan itu difardukan untuk membina ketakwaan dalam diri umat manusia.
Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah, ayat:183).
Di samping berpuasa pada siang hari, banyak lagi ibadah sunat yang Allah dijanjikan pahala yang berlipat ganda seperti membaca al-Quran, bersedekah dan bersolat sunat.
Bahkan umat Islam juga hendaklah menjauhi segala perkara yang tidak mendatangkan manfaat atau faedah seperti berbual kosong atau menghabiskan masa dengan kerja yang tidak berguna. Hal ini akan mengurangkan pahala dan mencacatkan ibadah puasa kita.
Menghidupkan Ramadan tidak bermakna kita seharusnya menumpukan seluruh kegiatan kita dengan ibadah keagamaan semata-mata dan mengurangkan kerja harian yang sering dilakukan.
Konsep ibadah yang menyeluruh sebenarnya meliputi semua kewajipan yang diamanahkan kepada kita. Ini termasuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki, meningkatkan produktiviti kerja, berusaha mempelajari kemahiran baru, berinteraksi dengan masyarakat dan rakan sekerja.
Disiplin yang kita amalkan pada Ramadan boleh meningkatkan semangat dan keupayaan untuk memenuhi keperluan pekerjaan. Sebagai contoh, mengelakkan diri daripada membuat kerja yang tidak berfaedah dapat meningkatkan produktiviti negara. Berjimat cermat pula dapat membantu meningkatkan usaha mengurangkan kos dan berhemat dalam kerja.
Di samping itu, setiap umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menjaga kesucian Ramadan yang penuh barakah ini.
Justeru, kita diingatkan agar menghormati Ramadan dengan mengelakkan daripada makan atau minum di tempat awam pada siang. Peniaga dan penjual makanan juga seharusnya memainkan peranan dengan tidak menjual makanan dan minuman kepada umat Islam sepanjang waktu berpuasa.
Memperbanyakkan ibadah serta menjauhi diri daripada kegiatan yang tidak berfaedah sangat ditekankan pada Ramadan.
Di petik dari : Ruangan Agama, Berita Harian 29 September 2006
p/s - Semoga kita semua mendapat rahmat dan pahala apabila membicarakan sesuatu yang berguna untuk tatapan yang lain. Jadikan tulisan kita (yang baik) suatu 'sedekah' dan merupakan salah satu cabang 'ibadat' kepada-Nya.
|

09-29-2006, 10:27 PM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Sep 2006
Location: www.Syed-Ikhwan.com
Posts: 1,434
|
|
Alhamdullillah. Maklumat yang berguna yg boleh dikongsi bersama rakan sekalian.
Tapi betul tu, kalau tak selesai hutang, camne nak gi Mekah untuk tunaikan haji? Satu lagi, nak gi Haji mestilah dari sumber yg halal 100%!
|

10-01-2006, 11:22 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Hutang Wang Wajib Dibayar
Pesan Rasulullah: Wajib bayar hutang walaupun meninggal
DARIPADA Abu Hurairah katanya: ”Seseorang lelaki memberi hutang kepada Rasulullah lalu ditagihnya secara kasar. Oleh sebab itu, sahabat tidak senang terhadap orang itu.
Maka, bersabda Nabi SAW:” Orang yang memberi hutang berhak menagih. Belikan dia seekor unta muda kemudian berikan kepadanya!” Berkata sahabat: “Tidak ada unta muda ya Rasulullah! Yang ada hanya unta dewasa dan lebih bagus daripada untanya. Sabda Baginda: “Belilah, kemudian berikan kepadanya.
Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang.” (Hadis riwayat Muslim)
Orang yang berhutang hendaklah menjelaskan hutangnya kerana Allah mengetahui apa yang mereka lakukan.
Membayar balik hutang adalah sesuatu yang wajib sehingga harta orang yang sudah meninggal dunia pun perlu ditolakkan hutang-piutang mereka terlebih dulu, sebelum diagihkan kepada waris.
Bukan itu saja Islam juga menjanjikan bahawa jika seseorang itu berhutang dengan niat untuk membayar, insya-Allah, Allah akan memudahkan ia membayarnya. Sebaliknya, jika berhutang dan berniat tidak mahu membayar, maka Allah Maha Kaya dalam perhitungan-Nya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud: “Sesiapa yang berhutang dengan niat untuk membayar balik, Allah akan membayarkan. Tetapi, jika sesiapa berhutang dengan niat menyeleweng, Allah akan musnahkan harta bendanya."
Maksud ‘Allah akan membayarkan’ di sini adalah Allah akan memudahkan rezeki seseorang itu agar dia dapat membayar hutangnya dan begitulah jika sebaliknya.
Sumber : Agama Berita Harian, 1 Oktober 2006
p/s - Hutang wang tetap wajib dibayar sama ada di dunia mahupun di akhirat. Lebih baik hutang wang ni di bayar balik dengan wang di dunia sebelum kita 'terpaksa' bayar dengan pahala kita di akhirat. Kalau pahala kita tak cukup nak bayar di akhirat, takut - takut dosa si pemberi hutang pula kita terpaksa tanggung. Na'uzubillah min zallih... Kalau hutang budi, hamba hanya mampu berdoa kemurahan rezeki dan diingat sampai mati sahaja. Pada sesiapa yang pernah memberi bantuan pada ana (saya), ana ucapkan ribuan "TERIMA KASIH" dan anda doakan semoga anta (anda sekalian) semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam keimanan kepada ILAHI.
|

10-01-2006, 12:40 PM
|
|
Pioneer Member
|
|
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
|
|
Bnyk maklumat yg bro badruzamani bagi pasal hutang ni. Kalau bercakap pasal hutang ni, memang susah org kita nak bayar. Padahal org kita Melayu Islam ni bukannya tak tau implikasi kalau tak bayar hutang. Jgnkan hutang antara individu, hutang dgn kerajaan, MARA, JPA, institusi kewangan dan dana pun tak dibayarnya. Macam2 alasan. Berapa bnyklah alasan yg dicipta utk tidak bayar hutang selama bertahun-tahun tu.
Memang liat diorang nak bayar. Ambiklah iktibar dari apa yg menimpa aku sebab bagi org berhutang. Beribu-ribu diorang tak bayar semula. Ada yg dah pegi ke luar negara. Diorang yg berhutang ni, masa susah, mulalah jumpa kita. Mintak bantuan, buat muka sardin, buat muka seposen. Kita yg simpati dan mengharapkan balasan dari Allah SWT pun, berilah duit kpd dia. Lepas tu, diorang terus senyap. Takde khabar berita, takde apa2 perkembangan, takde usaha camner nak bayar semula ke, mintak maaf ke. Lost contact.
Masa diorang susah, aku tolong bagi duit. Skrg bila masa aku susah, takde sapa nak tengok muka aku. Jgnkan tengok muka, balas sms pun tidak. Diorang masa memula hutang dulu, janji nak bayar semula. Janji akan cari aku utk settlekan hutang2 diorang kat aku. Tapi hampeh. Penipu semua tu. Aku belum halalkan lagi hutang diorang kat aku sebab aku berpegang pada janji.
Kpd kawan2 semua, ambiklah iktibar nasib yg menimpa aku ni. Berhati-hati kalau nak tolong sesama mukmin pun zaman ini. Zaman ni bukan macam zaman Rasulullsh SAW dulu ramai yg jujur. Zaman ni ramai yg mengkhianat saudara sendiri.
Nak pesan, tips bagus mengelak bagi hutang. Kalau ada org/saudara/kawan yg nak berhutang dgn kita, jgn bagi hutang kat dia. Dia takkan bayar punya. Tapi, buatlah cara macam ni. Cthnya, kalau dia nak hutang RM50, kita hulurlah kat dia RM10 (ikut kemampuan kita) dan kata kpdnya, ambiklah. Duit ni aku sedekah. Confirm mesti dia tak kata apa punya. Cakaplah kat dia, aku takde duit sebanyak yg ko nak tu. Aku bagi ini jer. Tapi jgn bagi selalu sgt. Nanti dia asyik nak mintak kat kita jer. Buatlah alasan lain jugak selain yg selalu kita buat, aku tengah sesak takde duit.
Sesungguhnya nabi pun pernah berpesan. Org yg berhutang ni apabila dia diberi amanah, dia khianat, apabila dia berjanji, dia mungkiri, apabila dia bercakap, dia berbohong. Jadi, semua org yg liat, malas bayar2 hutang, alasan bertimbun-timbun ni adalah golongan org yg nabi maksudkan itu.
|

01-08-2007, 08:29 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Jul 2006
Location: Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
Posts: 785
|
|
Dosa tak diampun jika melengahkan hutang
KONSEP berhutang menurut perspektif Islam ialah memberikan sesuatu kepada seseorang dengan perjanjian bahawa orang yang diberi pinjam itu akan membayar dengan kadar sama.
Amalan berhutang kini menjadi persoalan biasa di kalangan masyarakat Islam. Sama ada ia atas nama pembiayaan peribadi, pelajaran, kereta, pemilikan kad kredit dan pelbagai skim ditawarkan syarikat perbankan, rata-rata ia memberi maksud hutang. Malah, kewujudan ‘Ah Long’ juga adalah mata rantai kepada urusan pinjaman dan hutang.
Persoalan hutang dan pinjam meminjam adalah antara perbahasan yang berada dalam ruang lingkup perspektif Islam dan ia terikat dengan hukum ditetapkan syarak. Ianya dibahas dan dikupas oleh sarjana Islam dalam kitab fiqh menerusi keterangan yang ada dalam ayat al-Quran dan Hadis Nabawiyah.
Firman Allah S.W.T bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menulisnya" (Surah al-Baqarah ayat 282).
Dalam ayat sama Allah melanjutkan FirmanNya bermaksud "Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan benar, dan janganlah penulis enggan menulisnya sebagaimana yang telah diajarkan oleh Allah, maka hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang itu mengimlakkan (menyebutkan) mengenai apa yang ditulis itu dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah dan jangan ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya.
Jika berhutang itu orang lemah akalnya atau lemah keadaan dirinya atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya (penjaga) mengimlakkan butiran hutang itu dengan jujur. Persaksikanlah (urusan penulisan hutang itu) dengan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu, jika tidak ada dua orang lelaki, maka boleh dengan seorang saksi lelaki dan dua orang perempuan sebagai saksi yang kamu redhai supaya jika salah seorang lupa (butiran hutang piutang), maka seorang lagi boleh mengingatkannya"
Ayat ini menjelaskan bahawa Islam membenarkan amalan berhutang dengan pelbagai syarat dan peraturan supaya kezaliman di antara manusia tidak berlaku dan urusan pinjaman berlaku secara adil dan reda meredai.
Secara dasarnya Islam membolehkan kepada seseorang untuk berhutang atas faktor yang memaksa seperti masalah kesempitan hidup. Namun begitu, perlu diperjelaskan di sini bahawa bebanan bakal diterima si penghutang adalah berat, terutama jika hutang tidak dibayar. Lebih berat jika dia meninggal dunia dalam keadaan hutang tidak dilangsaikan.
Kepada si pemberi hutang, sebenarnya kesudian memberi pinjam kepada orang lain adalah digalakkan terutama kepada mereka yang berkemampuan dan berpendapatan tinggi. Orang yang memberi hutang termasuk dalam golongan mereka yang berhati mulia. Mereka memberi pertolongan kepada golongan yang memerlukan dan mereka akan diberi pahala daripada Allah. FirmanNya yang bermaksud : "Dan bertolong-tolonglah kamu atas tujuan kebaikan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam perkara dosa dan permusuhan" (Surah al-Maidah ayat 2).
Ia diperkuatkan lagi dengan sabda Rasulullah bermaksud: “Barang siapa melapangkan dari orang mukmin kedukaan dunia, nescaya Allah akan melapangkan dia dari satu kedukaan pada hari kiamat, dan barang siapa memudahkan atas orang yang susah, nescaya Allah akan memudahkan atasnya dalam urusan dunia dan akhirat” (riwayat Muslim).
Ketika menjelaskan hadis ini, Imam al-Nawawi dalam kitabnya Hadis 40 menyebut secara jelas satu contoh menarik iaitu mengenai adab berhutang. Beliau menyebut kemudahan kepada orang yang susah atau yang sempit jika dalam urusan hutang ialah memberi tempoh sewajarnya untuk pembayaran hutang selepas orang yang berhutang itu tidak berkemampuan membayarnya, malah lebih mulia lagi jika hutang itu digugurkan atau diberi beberapa kemudahan lain untuk menjelaskan hutang itu.
Rasulullah juga bersabda seperti yang diriwayatkan Ibn. Mas'ud: “Seseorang Muslim yang memberi hutang kepada seorang Muslim sebanyak dua kali, seolah-olah dia bersedekah kepadanya satu kali".
Perkara zalim dalam urusan hutang piutang mesti dielakkan dan dijauhkan seperti mengenakan riba', faedah dan bunga yang tinggi kerana ia ternyata membebankan si penghutang. Lebih parah dengan kadar bunga yang terlalu tinggi menyebabkan berlaku nilai bunga yang sepatutnya dibayar semula jauh lebih tinggi daripada kadar wang dipinjam. Ia ternyata penganiayaan kepada manusia lemah dan tidak berkemampuan.
Kepada orang berhutang pula, sebaik-baiknya berusaha dengan tangan sendiri sebelum mengambil keputusan meminta-minta atau berhutang dengan orang lain. Orang yang suka berhutang seolah-olah menafikan kebolehan yang ada pada dirinya untuk berusaha sendiri mencari rezeki keperluan hidup.
Sebaik-baiknya cubalah elakkan diri daripada berhutang. Namun, apabila keadaan terlalu mendesak dan tiada jalan lain untuk memperoleh wang, maka di sinilah Islam membenarkan amalan berhutang.
Apabila sudah mula meminjam, aturkan jadual pembayaran hutang secara berterusan dan konsisten mengikut jadual serta menepati syarat perjanjian supaya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari. Cuba elakkan daripada mengambil kesempatan melambat-lambatkan pembayaran hutang kerana ia bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah kepada orang yang memberi hutang.
Ada beberapa ingatan daripada Rasulullah kepada mereka yang berhutang, sama ada yang suka berhutang, melambat-lambatkan pembayaran hutang atau mereka yang tidak melangsaikan hutangnya.
Rasulullah turut memberi ingatan bahawa jika seseorang itu meninggal dunia, sedangkan dia masih berhutang, dosanya tidak akan diampunkan walaupun dia mati syahid dalam peperangan.
Seseorang yang berhutang hendaklah berikhtiar dan berusaha membayar hutang yang dipinjamnya kerana hutang itu wajib dibayar. Tindakan menunda atau melewatkan pembayaran hutang dilarang kerana itu satu kezaliman. Rasulullah bersabda yang maksudnya "penundaan hutang bagi mereka yang mampu adalah satu kezaliman".
Sementara itu, sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu ketika menurunkan jenazah dari atas rumah menuju ke tanah perkuburan, waris si mati akan mengumumkan kepada orang yang hadir supaya menuntut mana-mana hutang yang ditinggalkan si mati.
Berkaitan hutang juga, roh si mati hanya akan bebas selepas segala hutangnya dijelaskan oleh warisnya atau sesiapa yang sanggup mengambil alih untuk menjelaskan hutangnya itu seperti orang perseorangan mahupun baitulmal.
Di petik dari Berita Harian (Agama), 8 Januari 2007
|

01-10-2007, 02:10 PM
|
|
Pioneer Member
|
|
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
|
|
Perhatian!! Perhatian!!
Dengar semua tu wahai warga Wang Cyber apa yg telah dinyatakan oleh bro Azmi kita.
|

01-10-2007, 09:47 PM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Dec 2006
Location: Tanah Periok, Pasir Pekan, Setapak Indah
Posts: 471
|
|
Hutang PTPTN dah habis bayar kerr??? 
|

01-11-2007, 11:27 AM
|
|
Pioneer Member
|
|
Join Date: May 2006
Posts: 1,008
|
|
Quote:
Originally Posted by ibnuhassim
Hutang PTPTN dah habis bayar kerr??? 
|
Hutang PTPTN? tak payah bayarlah ibnuhassim. Kan duit kerajaan tu. Duit dari cukai rakyat. Duit cukai dari mak bapak & keluarga kita jugak. Pusing balik duit tu kat kita jugak. Kan tanggungjawab kerajaan bagi duit free kat rakyat.
Pisang emas dibawa belayar
Untuk dimakan oleh kelasi
Hutang emas tak mampu bayar
Hutang duit dibawa lari
|

01-12-2007, 12:00 PM
|
 |
New Member
|
|
Join Date: Oct 2006
Location: kEL eLL
Posts: 42
|
|
Quote:
Originally Posted by zinedine
Hutang PTPTN? tak payah bayarlah ibnuhassim. Kan duit kerajaan tu. Duit dari cukai rakyat. Duit cukai dari mak bapak & keluarga kita jugak. Pusing balik duit tu kat kita jugak. Kan tanggungjawab kerajaan bagi duit free kat rakyat. 
|
Salam Marhain...
Bukan nak kata saya seorang yang pro kerajaan sangat...tapi, ada baiknye pemikiran sebegini diperbetulkan...dengan membayar balik pinjaman pelanjaran yang pernah kite dapat...kite sebenarnya akan membantu insan2 lain yg nak belajar pada masa akan datang...betul wang kerajaan adalah dari hasil titik peluh rakyat...tapi segelintir mana rakyat memikirkan usaha untuk membantu kerajaan balik...ramai yang salahkan kerajaan sebab tak dapat tu...tak dapat nie...tapi, bila kerajaan dah bagi sesuatu...apa plak sumbagan kite pada kerajaan balik...TQ
p.s: ramai student merayu2 nak buat pinjaman pelajaran...ada yg menangis2 nak minta loan...tapi, bila dapat...macamner diorg belanjakan duit tu...banyak yg membazirkan duit tu...(tanya dan tengok sendiri....)
p.s.s: ada lagi drastik...buat down payment kereta?!!!
p.s.s.s: tak niat nak point kat sapa2...cuma sekadar nasihat dan timbulkan kesedaran kepada semua adik2 yang sedang dan akan habiskan pembelajaran....
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 07:12 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |