Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Remortgages
Mortgage Calculator
Loans
Credit Scores
Problem Mortgage

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Program Jana Wang Online

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 08-04-2008, 02:18 PM
copernicus's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2008
Location: " MALAYSIA i love... "
Posts: 872
copernicus is on a distinguished road
iTrader: (15)
Post Buat Duit Dengan Blog #oleh smartusaha

Ramai yang masih tidak percaya bahawa dengan blog, kita boleh mendapat pendapatan yang tinggi samada secara sampingan ataupun sepenuh masa. Jika anda hanya melihat dari skop pasaran Malaysia, memang agak sukar untuk anda percayai, namun jika kita menjenguk ke dunia luar, anda akan terpaku seketika kerana selain mempunyai blog sendiri, kini ramai pihak yang mencari penulis untuk mengemaskini blog mereka. Bermaksud, blogger juga adalah satu kerjaya di masa kini!

Namun, bukan itu yang ingin saya kongsikan di sini, tetapi apa yang akan disampaikan adalah, bagaimana kita boleh membuat duit dengan blog? Mudah sahaja, tetapi anda perlu mengetahui teknik yang betul. Di sini, saya membahagikan blog kepada dua jenis iaitu blog bisnes dan blog niche.

Blog bisnes adalah ditumpukan untuk tulisan mengenai bidang produk jualan anda sahaja dan tidak diletakkan dengan apa-apa link URL ke laman web yang lain. Ini adalah satu pantang yang mesti anda pegang, jangan letak link ke mana-mana laman web lain terutama laman web yang sama bidang dengan produk jualan anda. Blog bisnes adalah untuk menunjukkan kepakaran anda bagi bidang produk yang dijual agar menambahkan lagi keyakinan bakal pembeli.

Blog Niche pula adalah dibuat semata-mata untuk program tertentu seperti Google Adsense dan program affiliate. Walaupun untuk program, namun blog ini akan tetap perlu diuruskan dengan sebaiknya, dikemaskini setiap masa dan ada nilai tersendiri. Ini adalah amat penting kerana pokok pangkal membuat duit dengan blog adalah TRAFIK. Jika blog tidak terurus dan tiada perancangan rapi, maka bilangan pengunjung (trafik) tidak akan tinggi. Maka, pendapatan atau hasil untuk adsense dan affiliate adalah rendah atau sedikit.

Selain dua jenis blog di atas, jenis lain adalah blog peribadi. Blog ini biasanya diwujudkan bukanlah untuk menambah pendapatan, sebaliknya adalah tujuan personal dan catatan hidup harian, memberi pandangan hal semasa dan lain-lain lagi. Tetapi jika trafik atau pelawat ke blog jenis ini tinggi, maka apa salahnya meletakkan link affiliate untuk menambah pendapatan yang mana boleh digunakan untuk menampung kos server dan pengurusan blog. Jika anda sudah memiliki blog peribadi dan memang ramai pelawat, maka gunakan kesempatan dan peluang ini. Namun ingin saya nyatakan, blog peribadi ini sedikit kurang berkesan untuk membuat duit berbanding dengan dua jenis blog sebelum ini. Sebabnya, blog peribadi biasanya tidak ada tumpuan kerana soal perbincangan terlalu umum dan pelbagai, maka jenis pelawat yang datang biasanya adalah un-targeted.

Maka, dapat disimpulkan di sini, jika anda betul-betul ingin mendapatkan pendapatan dengan blog, pastikan melakukannya dengan cara yang betul dari peringkat awal lagi. Pastikan anda tahu apa itu blog, istilah asas yang berkaitan dengan blog dan bukan hanya tahu menulis sahaja. Kebanyakan mereka yang gagal dan berhenti separuh jalan adalah kerana tidak tahu teknik yang betul, tidak tahu perkara asas, selain tersalah jalan di peringkat permulaan dan hanya berbekal semangat dan keterujaan yang tinggi semata-mata.

Pastikan ada ilmu di dada, baru melakukan sesuatu, jika tidak, buat duit dengan blog hanya tinggal mimpi sahaja.

About the Author

Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul di kalangan usahawan internet Malaysia merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang begitu komited dengan industri ini. Dapatkan info, teknik dan tips secara percuma di blog beliau http://www.bloggingsteps.com/tips.

* Anda boleh menggunakan artikel ini di laman web andab blog atau di newsletter dengan syarat tidak mengubah kandungan dan info penulis.

============================================

dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada WC. (copy and paste... hakcipta terpelihara smartusaha)
__________________
Quote:
" copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet smartusaha Perniagaan Internet 70 10-22-2008 11:15 AM
Buat Duit Dengan eBook #oleh smartusaha copernicus Program Jana Wang Online 1 08-04-2008 01:25 AM
Analisa: Adakah website anda satu aset atau liabiliti alang Perniagaan Internet 12 07-31-2008 12:15 PM
8 Cara Buat Duit Di Internet rajaads Perniagaan Internet 10 07-29-2008 02:10 PM
E-Book Percuma - Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz titaniumhijau Program Jana Wang Online 145 05-23-2008 06:53 AM


All times are GMT +8. The time now is 07:20 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0