Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Online Loans
Problem Mortgage
Insurance
Free Advertising
Debt Consolidation

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Program Jana Wang Online

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 08-04-2008, 01:24 AM
copernicus's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2008
Location: " MALAYSIA i love... "
Posts: 865
copernicus is on a distinguished road
iTrader: (15)
Post Buat Duit Dengan eBook #oleh smartusaha

Quote:
SIRI 1
Rakyat Malaysia masih belum sedar bahawa, medium internet boleh mempercepatkan sesuatu proses, menjimatkan serta menambahkan hasil pendapatan. Dalam kiraan congak, lebih daripada 100%!

Namun, sudah wujud beberapa pihak yang telah sedar akan peluang ini, mula menjual produk ebook mereka di internet. Dalam diam, mereka mendapatkan hasil yang berganda di saat masih ramai yang ragu dan takut untuk bermula! Kenapa, anda tersentak? Percayalah, mereka kini tersenyum lebar daripada hasil usaha mereka yang telah merebut peluang ini dengan cepat. Usah hanya tahu memberi komen terhadap sesebuah ebook, sebaliknya anda juga perlu mengambil peluang yang begitu terbuka luas, mudah dan begitu menguntungkan ini.

Persoalan tidak tahu menulis, tidak ada kepakaran, tidak tahu untuk menulis apa, itu semua hanya alasan jika anda tidak mahu belajar dan mengkaji. Tahukah anda, produk maklumat seperti ebook adalah salah satu produk yang sentiasa nombor satu atau 'digemari' ramai di internet? Percayalah, anda masuk ke internet pun sebab ingin mencari maklumat bukan? Dan anda membaca artikel sebab anda ingin tahu bukan? Artikel ini juga adalah maklumat!

Maka, terbukti, produk maklumat seperti ebook, audio dan video amat laku bak pisang goreng panas di internet.

Di siri ke-2 artikel ini, kita akan melihat beberapa perkara berkait seperti kelebihan ebook, sambutan rakyat Malaysia dan isu keselamatan.

About the Author

Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul di kalangan usahawan internet Malaysia merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang begitu komited dengan industri ini. Dapatkan info percuma melalui emel anda dengan mendaftar secara percuma di http://www.smartusaha.com/news dan anda akan diberikan beberapa ebook PERCUMA di dalam bahasa Melayu.

* Anda boleh menggunakan artikel ini di laman web anda atau di newsletter dengan syarat tidak mengubah kandungan dan info penulis.

============================================

dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada JBC (SIRI 1). (copy and paste... hakcipta terpelihara smartusaha)
__________________
Quote:
" copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 08-04-2008, 01:25 AM
copernicus's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2008
Location: " MALAYSIA i love... "
Posts: 865
copernicus is on a distinguished road
iTrader: (15)
Post Buat Duit Dengan eBook #oleh smartusaha

Quote:
SIRI 2
Jika ingin disenaraikan kelebihan-kelebihan medium digital berbanding fizikal, begitu banyak sekali. Begitu juga ebook. Berikut adalah beberapa kelebihan menjual produk informasi seperti ebook berbanding produk berbentuk lain seperti buku bercetak (produk fizikal):

1. Kos Pengeluaran Rendah Tidak seperti buku biasa yang perlu dicetak, ebook tidak perlu dicetak untuk dijual kepada pembeli. Maka anda tidak memerlukan stok simpanan dan cetakan yang besar. Jimat kos, bahkan zero!

2. Mudah dihasilkan dan dihantar Tidak perlu dicetak. Penghantaran pula hanya melalui emel samada secara manual atau automatik. Atau boleh juga disimpan di dalam CD sebagai medium penghantaran. Sudah pasti, ia begitu cepat dan mudah untuk dihasilkan.

3. Keuntungan 100% milik anda! Ya, dengan ebook, kos adalah rendah bahkan tiada sama sekali di dalam proses pengeluarannya. Tiada pihak tengah, tidak perlu berkongsi peratus keuntungan dengan pihak penerbit, tidak perlu menunggu royalti tahunan atau tidak perlu berkongsi dengan sesiapa pun!

4. Mudah untuk dikemaskini dan diperbetulkan kesalahan Kos 'correction' untuk buku bercetak amat tinggi. Tidak untuk ebook, ia boleh dikemaskinikan tanpa sebarang kos! Cepat dan mudah.

5. Ebook menyelamatkan khazanah alam seperti hutan rimba Anda sedia maklum bahawa hutan (pokok) di dunia ini semakin berkurangan dan kebanyakannya digunakan untuk menghasilkan kertas! Sanggupkah anda hidup tanpa keindahan alam sekitar? Hutan adalah pelengkap kepada proses kitaran kehidupan dan kestabilan ekologi dunia.

Banyak lagi kelebihan ebook berbanding buku bercetak, walau masih ada pro dan kontranya.

Persoalan di sini, bilakah anda ingin menghasilkan ebook anda sendiri?

Case Study: Sham RajaAdsense.Com memberitahu saya, jualan ebook-nya untuk bulan Julai 2006 adalah sebanyak 147 buah ebook , bersamaan lebih kurang RM5880 (sebuah berharga RM40), tidak ditolak komisen agen/affiliate. Saya bertanya, berapa modalnya? Jawab beliau, "zero".

Tertelan air liur? Tepuk dada, tanya selera. Jangan hanya melihat orang lain membuat duit, kita hanya menelan air liur sahaja. Peluang sudah di depan mata, hanya perlu ada ilmu sahaja. Pastikan ebook anda ada kualiti yang tinggi.

Tahap Pembelian Ebook Oleh Rakyat Malaysia? Usah bertanya soalan ini. Kesedaran sudah ada di kebanyakan rakyat malaysia. Adalah menjadi tugas anda sebagai penulis / penjual untuk meyakinkan mereka!

Keselamatan? Cetak Rompak? Ketahuilah, tidak sampai 1% manusia yang zalim dan pencuri di alam siber ini. baki 99% pengguna internet lagi adalah bakal pelanggan anda. Jangan diri anda dibelenggu persoalan ini yang tiada jalan akhirnya. Tumpukan kepada penulisan, penerbitan dan tingkatkan kualiti dari semasa ke semasa. 'Berita baiknya', jika ada orang menjual ebook anda tanpa kebenaran anda, bermakna kandungan ebook anda ada kualiti!

Namun yang pasti, anda tetap perlu melakukan langkah pencegahan awal yang tertentu agar dapat meminimakan tahap cetak-rompak ebook anda.

Di siri akan datang, kita akan mengulas lebih lanjut mengenai isu cetak-rompak ini.

About the Author

Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul di kalangan usahawan internet Malaysia merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa yang begitu komited dengan industri ini. Dapatkan info percuma melalui emel anda dengan mendaftar secara percuma di http://www.smartusaha.com/news dan anda akan diberikan beberapa ebook PERCUMA di dalam bahasa Melayu.

* Anda boleh menggunakan artikel ini di laman web anda atau di newsletter dengan syarat tidak mengubah kandungan dan info penulis.

============================================

dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada JBC (SIRI 2). (copy and paste... hakcipta terpelihara smartusaha)
__________________
Quote:
" copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Giler Lah Beb! 82,365 ebook untuk di download ada di sini!! Boleh jual balik nie... kayrule-lan WTS : Pengiklanan & Pemasaran 23 11-11-2008 08:28 PM
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet smartusaha Perniagaan Internet 70 10-22-2008 11:15 AM
10 Tip Menulis Ebook Yang Wajar Di Ketahui Labanon Tips & Panduan 35 09-24-2008 01:23 AM
8 Cara Buat Duit Di Internet rajaads Perniagaan Internet 10 07-29-2008 02:10 PM
Bisnes Ebook Dah Tak Relevan! smartusaha Perniagaan Internet 30 04-26-2008 03:24 PM


All times are GMT +8. The time now is 11:41 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0