Quote:
Originally Posted by mazlie nadzri
Pertama yang kena ingat ialah..fokus pada suatu benda..kalau buat nuffnang, terus fokus pada nuffnang..setiap benda tu ada kelebihannya tersendiri.
Yang jadi tidak berjaya disebabkan nak ikut kesemuanya. Dengar orang cakap nuffnang ok, buat nuffnang, dengar orang cakap adverlert ok, buat adverlert..tinggal nuffnang..alih2,semua nanti tak berjaya satu pun.
Just fokus pada suatu benda. Mahirkan ia sampai 100%. InsyaAllah, boleh berjaya. Kita jangan terlalu kelabu mata nak kejar semuanya. Nanti tak dapat apa2. Susah camtu
Saya sendiri hanya melihat orang2 buat clickbank, nuffnang, adsense, itu ini dan sebagainya. Saya hanya perhatikan sahaja, saya tak buat lagi sebab saya nak fokus pada suatu benda dahulu, ilmu yang satu ni pun hanya sikit je baru kuasai. Cuba kalau saya kelabu mata nak ikut semua yang orang buat, saya jamin saya tak dapat apa2..
|
Setuju.
Adsense saya tidak begitu memberansangkan berbanding Sham Raja Adsense. Tapi, saya tak mau kata Adsense ni tak betul sebab ramai yang dapat pendapatan dari Adsense. Cuma mungkin cara saya yang tidak menarik dan tak kena.
Saya pernah cuba Adverlet dan stock tapi tak banyak yang saya dapat. Ini bukan kedua - duanya tidak OK. Tapi, mungkin bukan rezeki saya.
Jadi, bila saya cuba buat Nuffnang dan Adverlet tahun lepas, pendapatan saya tak banyak berubah. Kemudian, berlaku 'kes' awal tahun lepas yang memaksa, saya keluarkan iklan Adverlets. Ada juga promote guna Nufflett tapi saya tak berkesempatan nak daftar lagi.
Jadi, sejak bulan Januari, saya terpaksa 'lupakan' sementara bisnes online sebab ada peristiwa yang tidak dapat dielakkan. Kemudian, bila saya online semula bulan Jun, saya dapati bahawa pendapatan di Nuffnang meningkat sehingga hampir RM250.
Jadi, saya buat test mulai sekarang, saya tulis macam - macam kat seperti motivasi, agama, penternakan, pertanian (walaupun niche saya ialah arnab) dan sebagainya. Kemudian, saya 'wujudkan' beberapa blog terutama di Blogger.Com (sebagahagian blog saya ada di MyBloglog).
Tapi, saya fokuskan pada nuffnang sahaja sekarang dan affiliate. Sebab, bila kita fokus pada satu aja, (pada saya la) kemungkinan untuk bayaran tinggi (....cpm) adalah besar. Ada satu kategori adalah 'khas' (hanya blog tertentu sahaja terpilih. Bukan blogger yang pilih)...betul tak Noorizam? (Saya baru perasan semalam).
Kemudian, ia adalah kerana cara letak kita kod itu kat blog. Nuffnagg dan semua program PPC mempunyai kaedah pengiraan yang hampir sama. Iklan yang diletak di bawah 'kurang bayaran' berbanding iklan yang diletak di atas. Yang lebih baik ialah, letak kod iklan di antara Tajuk dan Post / Content.
Kalau sertai banyak seperti Nuffnang, Adsense, Adverlets dan sebagainya, kalau boleh jangan letak sekali dalam blog yang sama.
Lepas tu 'promosi' secara beretika. Jangan bagi orang marah / meluat kat kita. Orang yang kuat bukanlah orang gagah perkasa. Tetapi, mereka yang dapat bersabar dalam keadaan yang sangat marah.
p/s - nak dapat duit, kena guna D + U + I + T.
