 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|
 |
|

06-19-2006, 09:54 AM
|
|
New Member
|
|
Join Date: May 2006
Location: S.P.U, P Pinang
Posts: 15
|
|
Adsense Dari Segi Hukum Syarak
Assalamualaikum WBRT dan Salam Sejahtera kepada rakan2 semua...
Baru2 ini saya mengajukan persoalan mengenai program Google Adsense kepada Jabatan Mufti Negeri Perak:
Berikut ialah email yang saya maksudkan:
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan kepada Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan, YBhg Dato' Seri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria atau wakil tuan Mufti diatas kesudian membaca email ini.
Apakah hukum disisi agama terhadap program menjana pendapatan sampingan yang terkini di Internet iaitu program Google Adsense.
Katakan saya membina sebuah laman web yang membincangkan mengenai komputer dan seterusnya meletakkan Google Adsense.
Adakah kita boleh menganggap pendapatan yang diperolehi daripada program ini halal, sedangkan kita tidak mendapat kepastian mengenai perniagaan keseluruhan (pelaburan dll) syarikat yang akan membayar pada Google dan kita?
Segala penjelasan pihak tuan Mufti saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih dan rasa kesyukuran kepada Allah SWT.
Sekian. Wasalam.
Dan seterusnya jawapan kepada kemusykilan tersebut:
Tuan,
Adalah saya dengan hormatnya merujuk e-mail tuan yang bertarikh 10 Jun 2006 mengenai pekara diatas.
Didalam e-mail tuan ada menyatakan :Kita tidak mendapat kepastian mengenai perniagaan keseluruhan(pelaburan dll) syarikat yang akan membayar pada Google dan kita?.
Sehubungan itu mengikut kaedah syarak ada menyatakan (tinggalkan perkara yang meragukan kepada perkara yang tidak meragukan) dan ketidakpastian berlaku di dalam urusniaga berkenaan (gharar).Maka dinasihatkan tuan supaya tidak memasuki program berkenaan.
Sekian, terima kasih.
Bhg. Istinbat
Unit Buhuth
Jab. Mufti Negeri Perak
Darul Ridzuan.
Saya sekadar ingin berkongsi kemusykilan ini bersama2 rakan2 forum dan bukannya bertujuan menganiya atau mencari kesalahan mana2 pihak.
Segala yang baik hanyalah datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri. Sekian, wassalam.
|

06-19-2006, 11:30 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,397
|
|
aku bukan nak perlekehkan ulama atau mufti tersebut.
tapi macam sesetengah orang pernah berkata.. kadang2 yang menjawab tuh cuma staff..
Dan apatah lagi jika mereka itu tidak ahli langusng dalam bidang IT..
Iklan dipaparkan goole adsense adalah ....
Berdasarkan kepada Page Content dan keywords
semua iklan adalah berdasarkan content words tersebut.
google juga menghalang iklan seks atau gambling.
kalau content site kita tuh ada bende salah, maka salahlah iklannya..
aku tak rasa sebuah web tentang islam kuar iklan judi? . sebaliknya tetap kuar iklan tentang web islam yang lain bukan?
jadi aku amat tidak ragu bahawa incomenya adalah halal..
cume mungkin 1% sahaja yang kadang2 kita ragu.
tapi jika anda semua ragu.. maka yang ragu2 itu Jatuhlah haram hukumnya.
|

06-19-2006, 11:37 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 657
|
|
betul tu.. mysticmind.
Sebenarnya soalan yang ditujukan pada mufti tu pun tak lengkap (umum). Jadi dia jawab pun secara umum iaitu berdasarkan fakta "ragu".
|

06-19-2006, 12:08 PM
|
 |
Administrator
|
|
Join Date: Dec 2005
Posts: 1,573
|
|
Saya rasa.... orang yang bertanya tidak bertanyakan soalan dengan jelas, jadi.. orang yang menjawap pun.. hanya agak2 sahaja.
Sepatutnya.. orang yang bertanya, menerangkan dengan lebih terperinci tentang apa itu google adsense. Jelaskan terlebih dahulu bagaimana program dan sistem tersebut berjalan. Barulah pihak mufti dapat mengkajinya dengan lebih teliti.
p/s:- pernah dengar tak orang kata, if u ask stupid question.. you will get stupid answer.
:roll:
__________________
|

06-19-2006, 12:15 PM
|
 |
Administrator
|
|
Join Date: Dec 2005
Posts: 1,573
|
|
Quote:
|
Apakah hukum disisi agama terhadap program menjana pendapatan sampingan yang terkini di Internet iaitu program Google Adsense.
|
Masalahnya.. pihak mufti tu tahu ke apa itu google adsense?
bagaimana mereka nak memberikan hukum pada benda yang mereka tak tahu?
Quote:
|
Katakan saya membina sebuah laman web yang membincangkan mengenai komputer dan seterusnya meletakkan Google Adsense.
|
Sekali lagi.. penerangan kepada soalan tidak dilakukan dengan jujur dan ikhlas. pihak mufti tu tahu ke apa itu google adsense?
Quote:
|
Adakah kita boleh menganggap pendapatan yang diperolehi daripada program ini halal, sedangkan kita tidak mendapat kepastian mengenai perniagaan keseluruhan (pelaburan dll) syarikat yang akan membayar pada Google dan kita?
|
Disini, pihak yang bertanya.. memberikan gambaran kurang tepat tentang google adsense dan menyatakan dirinya ragu2.
Jadi... jawapan yang paling mudah untuk diberikan.. kalau dah diri awak ragu2.. tinggalkan jer la.
Sebenarnya, yg membayar kita adalah google.. bukannya kompeni tersebut.
Syarikat iklan --> Google --> Kita.
Jadi, disini, kita boleh kata.. wang yang dibayar kepada kita ialah wang dari google.. bukannya wang dari syarikat tersebut.
__________________
|

06-19-2006, 12:34 PM
|
 |
SZAB Network
|
|
Join Date: May 2006
Posts: 757
|
|
sebenarnya wang dibayar oleh advertiser, bukan google. Google pun dibayar oleh advertiser, so kira kita macam split la bayaran tu dgn google.
So kalau yg advertiser tu iklankan site yg ada benda2 haram, mungkin bayaran tu meragukan la kot, tapi kita ada option yg nak sekat mana2 advertiser yg kita tak nak guna filter. Jadi aku tak rasa timbul soal haram disini sbb kita menjual servis/ruang iklan kita kepada advertiser, bukannya dok goyang kaki dpt duit macam sesetengah MLM tu.
Yg haram tu timbul bila kita menipu utk nak dpt hasil macam click sendiri iklan, suruh org click, tu kira macam mencuri la...
|

06-19-2006, 01:43 PM
|
 |
Administrator
|
|
Join Date: Dec 2005
Posts: 1,573
|
|
ya.. memang wang tu berpunca dari advertiser..
tetapi saya rasa.. yang membayar kita ialah google.. bukannya advertiser tu bayar direct pada kita. Mereka akan bayar pada google dulu.. then.. google akan bayar bahagian kita.
Kalau dilihat memang takde beza.. tapi dalam islam.. benda2 mcm tu besar impaknya..
mcm isu insurans & takaful... kalau dilihat cara perlaksanannya mcm sama je keduanya.. dua2 bagi perlindungan kewangan kepada ahlinya.
Tetapi dari segi konsep & perjalanan duit itu berbeza... dan sekaligus menjadi kan yang satu haram dan yang satu lagi halal.
apa-apa pun.. saya yakin dan memang tidak ragu2 dengan program google adsense...
__________________
|

06-19-2006, 02:10 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,993
|
|
Hehe, saya tersenyum keseorangan.. Hmmm..
Spt kata mysticmind, Google melarang keras iklan seks, poker, judi, arak dan lain2 yg berkaitan.
Dan perlu kita tahu, program ini jelas dan kita yg bertanya perlulah menjelaskan kepada mufti dari A sampai Z.
Juga perlu diketahui, google adsense bukanlah pelaburan. Kita adalah agen iklan yg mengiklankan benda yg baik-baik (kalau page kita baik lah). Tak perlu keluar duit untuk menyertai dan tak sama seperti program HYIP dan FOREX. Hmm, nanti saper yg faham HYIP tu leh lah hantar soalan pasal hyip yer.. :lol:
Mudah citer, jangan tanya soaalan yg terlalu umum. BUkan salah mufti sebab mereka banyak kerja lain lagi nak buat. So tugas kita yg nak bertanya ni, explain sejelas-jelasnya.
|

06-19-2006, 03:33 PM
|
|
New Member
|
|
Join Date: May 2006
Location: S.P.U, P Pinang
Posts: 15
|
|
Quote:
|
pernah dengar tak orang kata, if u ask stupid question.. you will get stupid answer.
|
Saudara suth,
Saya turut menyatakan perkara dibawah ini dlm soalan kepada jabatan mufti tersebut..
Penerangan mengenai program tersebut saya lampiran dibawah. (Petikan daripada laman web Encik Mohd Suhaimy Abu Bakar yang diiklankan dalam Berita Harian Online). Saya juga sertakan sisipan mengenai contoh laman web yang terkandung dalam laman web yang mempunyai Google Adsense.
Petikan daripada laman web Encik Mohd Suhaimy Abu Bakar (Diiklankan dalam Berita Harian Online)
http://www.wangcyber.com/google/index.html
Apa itu Google Adsense?
Kata orang, sebelum nak pandai membaca, kenalah belajar mengeja dan ABC dahulu, barulah boleh membaca. Jadi, samalah seperti program ini, sebelum....
Contoh laman web yang mempunyai Google Adsense
http://www.ahmadazwan.com/
Quote:
|
Syarikat iklan --> Google --> Kita.
|
Bagi GIANT company cam Google, kita tak termampu nak audit account diaorg to check either diaorg involved dalam business yang tak clear from syariah or not.
p/s pernah tak dengar dalam majlis2 ilmu, jangan MATLAMAT mengHALALkan cara...
Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada kita semua sepertimana pandangan mysticmind:
Quote:
Sebenarnya, yg membayar kita adalah google.. bukannya kompeni
tersebut.
tapi jika anda semua ragu.. maka yang ragu2 itu Jatuhlah haram hukumnya.
|
|

06-19-2006, 03:44 PM
|
 |
Administrator
|
|
Join Date: Dec 2005
Posts: 1,573
|
|
Hmm... tapi dalam soalan yg saudara post kat atas tu.. takder pula saudara nyatakan berkenaan lampiran tersebut. :roll:
Lagi satu.. website google saya tu pun hanya menceritakan tentang asas sahaja tentang program tersebut.. ia tidak terperinci. Jadi, saya rasa ia agak kurang tepat untuk menjatuhkan hukum pada program tersebut dengan hanya berdasarkan website saya itu.
:roll:
Quote:
|
Bagi GIANT company cam Google, kita tak termampu nak audit account diaorg to check either diaorg involved dalam business yang tak clear from syariah or not.
|
Hmm.. audit?
Bagaimana pula dengan syarikat2 penerbangan serta syarikat2 hotel? Kompeni2 ini menjual arak di dalam premis mereka dan mendapat keuntungan darinya.. jadi.. adakah ia bermaksud.. orang islam tidak boleh bekerja sebagai kerani.. sebagai bellboy.. atau sebagai juruterbang di syarikat tersebut? Yer lah.. gaji mereka ini kan di bayar oleh syarikat yang mempunyai sumber2 pendapatan yang tidak clear juga dari segi syariah.
Begitu juga dengan pekerja2 kerajaan... apakah status gaji mereka? Kita pun tahu.. kerajaan mendapat pendapatan dari cukai arak.. cukai judi yang dikenakan.. jadi.. semua kakitangan.. memperolehi duit gaji mereka dari sebuah organisasi yang tidak begitu clear income nya dari segi syariah..
Jadi bagaimana?.. adakah kerana google sebuah syarikat bukan islam.. maka kita tidak boleh bekerja dengan mereka dengan menjadi agen pengiklanan mereka? Dengan alasan.. sumber pendapatan mereka tidak bersih.. jika alasan begitu digunapakai.. apa status orang2 yg bekerja dengan kerajaan dan syarikat lain seperti yg saya sebutkan diatas..
:roll: Hanya sekadar pandangan...
__________________
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 10:30 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |