+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 15
  1. #1
    New Member Array
    Join Date
    Feb 2008
    Posts
    27
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Jangan terpedaya lagi dengan SurfJunky!



    Salam..saya tak tahu dah ade orang thread ke belum isu ni. Saya ingin berkongsi sedikit pasal program ppc ni. Saya ingin nasihatkan kepada sumea jangan lar lagi tertipu dengan website surfjunky ni. Terlalu banyak dah yang memperkatakan tentang SurfJunky ni dalam forum tapi rami lagi still promote link Sunfjunky. This is real scam for everyone!

    Kesian kat orang2 yang betul nak join program jana wang ni. Wat abis tenaga ngan masa jer promote dalam Yahoo Group and forum2.

    Ini penemuan terkejut saya mengenai SurfJunky selepas search the feed back from their members di internet

    Resources: Surf Junky is a SCAM!

    Surf Junky Batalkan Akaun Bila Anda Ingin Mohon Bayaran!

    Anda sukakan Surf Junky? Siapa yang tidak sukakan wang mudah. Tetapi apabila wang anda mencecah $25, yang membuatkan anda layak untuk mengeluarkan wang anda, Surf Junky akan memulakan proses mengetepikan anda dan seterusnya membatalkan akaun anda.

    Akaun anda akan dipadam, dan anda langsung tidak berkuasa menghalangnya. Surf Junky akan menuduh anda menggunakan program-program yang tidak dibenarkan untuk mempercepatkan kadar kenaikan wang anda, tidak kiralah samada benar anda menggunakannya atau tidak. Anda akan dituduh dengan tuduhan sebegini tidak kira apa pun pembelaan yang anda cuba lakukan, walaupun anda sememangnya mematuhi setiap undang-undangnya. Ini adalah rancangan jahat mereka untuk menidakkan hak anda.

    Surf Junky Memakan Wang Anda!

    Mengapa agaknya mereka berbuat begini? Mudah sahaja, untuk mendapat wang mudah. Wang yang banyak. Setiap kali anda mewujudkan trafik dengan cara 'refresh' pada iklan-iklan dalam Surf Junky, mereka akan dibayar oleh pemilik iklan berkenaan. Malang bagi anda, kerana Surf Junky menyedari bahawa mereka akan lebih untung dengan cara tidak membayar wang anda seperti yang telah dijanjikan, dan di luar kesedaran anda, anda akan terus melayari website iklan mereka seterusnya memberikan mereka lebih keuntungan.

    Teknik sebegini tidak akan kekal lama. Surf Junky menyedari hakikat ini, dan sememangnya mereka tidak bercadang untuk berada dengan lama di pasaran. Bila tiba masanya, mereka akan mengambil semua wang yang mereka telah berjaya dapatkan, dan terus menghilangkan diri, tanpa membayar anda apa-apa.

    Siapakah Di Sebalik Surf Junky?

    Pihak kami sudah menjalankan siasatan terperinci berkenaan dalang di sebalik website ini. Apa yang kami perolehi amat memeranjatkan, dan buat masa ini kami akan simpan dahulu maklumat ini sehingga tiba masa yang sesuai kelak. Apa yang kami boleh simpulkan ialah kami telah berjaya menyiasat latarbelakang Primo Creations, "syarikat" di belakang Surf Junky; Jean Marc, "presiden" bagi Primo Creations; dan turut disiasat ialah individu-individu yang berkait dengan Jean Marc yang mana nama mereka tidak akan didedahkan lagi buat masa ini.

    Sekiranya anda mempunyai hubungan rapat dengan Jean Marc dan Surf Junky, kemungkinannya ialah kami sudah sedia mengetahui siapa anda dan apa yang anda telah kerjakan. Sila tampil ke hadapan dengan maklumat yang anda ketahui supaya kita boleh bekerjasama dan kami pula tidak perlu mendedahkan identiti anda kepada pihak berkuasa.

    Apa Yang Boleh Disimpulkan Di Sini

    Mungkin ada di antara anda yang telah menyedari tentang penipuan ini dengan membaca tentangnya di mana-mana, tetapi ketahuilah bahawa penyiasatan intensif memang sedang berjalan terhadap Primo Creations dan penipuan-penipuan mereka sebelum ini.

    Sebelum ini mereka mengeksploitasikan ahli dengan program Autosurf.biz. Kaedah operasinya juga adalah serupa seperti Surf Junky, cuma nama sahaja yang berbeza. Primo Creations melancarkan program tersebut, kemudian menarik ahli supaya melayari iklan untuk mendapatkan wang, kemudian mereka menghilangkan diri dengan kesemua wang tersebut. Tidak satu pun ahli mereka telah dibayar.
    Mereka turut menjual hak ke atas website Autosurf.biz kepada pihak lain, dan ternyata website itu penuh dengan masalah.

    Website ini mendedahkan juga kiraan matematik di sebalik program Surf Junky. Setelah anda membacanya, anda sendiri akan mendapati bahwa mustahil bagi mereka membayar sebegitu banyak wang kepada ahli-ahli mereka.

    Akhir Kata

    Sekiranya semua yang dinyatakan di sini tidak dapat meyakinkan anda, maka terbukti Surf Junky telah berjaya meyakinkan anda untuk menyertai skim mereka ini. Anda akan bertindak sebagaimana yang mereka mahukan. Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa penipuan mereka. Jangan biarkan mereka mengaut keuntungan dengan menipu pengguna lain.

    Forum ini diwujudkan untuk meneliti gerak-geri Surf Junky, dan saya cadangkan anda agar menyertai forum ini untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang penipuan-penipuan yang mereka lakukan.

    Tindakan Akan Diambil. Kami akan memaksa Jean Marc untuk tunduk kepada pihak berkuasa, dan website ini hanya sebahagian daripada usaha yang kami akan laksanakan. Syarikat penipuan mereka akan ditumbangkan. Hanya masa yang menentukan.
    Saya juga ada kumpulkan maklumat dari website tertentu tentang kejahatan dan background SurfJunky di ruangan blog saya.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    New Member Array
    Join Date
    Apr 2008
    Posts
    36
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Scam scam macam gini memang banyak ade..jadi kita sendiri harus berhati hati..

    mane ade dapat duit dengan mudah gitu aje..mesti nak kena pandai bezakan

    Quote Originally Posted by tok wan View Post
    Salam..saya tak tahu dah ade orang thread ke belum isu ni. Saya ingin berkongsi sedikit pasal program ppc ni. Saya ingin nasihatkan kepada sumea jangan lar lagi tertipu dengan website surfjunky ni. Terlalu banyak dah yang memperkatakan tentang SurfJunky ni dalam forum tapi rami lagi still promote link Sunfjunky. This is real scam for everyone!

    Kesian kat orang2 yang betul nak join program jana wang ni. Wat abis tenaga ngan masa jer promote dalam Yahoo Group and forum2.

    Ini penemuan terkejut saya mengenai SurfJunky selepas search the feed back from their members di internet



    Saya juga ada kumpulkan maklumat dari website tertentu tentang kejahatan dan background SurfJunky di ruangan blog saya.
    Get Rich Online - Make money with blog

  4. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    www.SyedHafidz.com
    Posts
    782
    Thanks
    9
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    saya selalu terima mesej soh join benda ni kat friendster..
    kawan2 lak tu yang antar..
    jenuh gak saya nak menerangkan balik kat dorang yang benda ni scam..
    ada plak yang mati2 mempertahankan benda nie...

    p/s : Sebenarnya saya pernah cuba surfjunky ni dlu. wlupun tau benda ni scam, tp saya nak tau gak camne dorang tipu. Then, bila dah sampai earning minimum, memang dorang terus ban akaun...heehheh

  5. #4
    Junior Member Array
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, Bumi, Cakerawala Bimasakti, (hak ALLAH semuanya)
    Posts
    126
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Talking thanks!!!

    thanks for this great effort!

    sayer tak pernah tahu... sayer tak pernah join (memang ar... huhuhu... ) dan sayer tak pernah ajak saper2 join... (LOL... )

    nway, thanks a lot to all of you!!!

  6. #5
    Senior Member Array
    Join Date
    Jan 2007
    Posts
    257
    Thanks
    4
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Selalunya program jana wang cepat ni menipu,saya pun pernah kena tipu zaman jahiliyah internet dulu.Ingat dapat duit last last dapat sakit.

    Bisnes sendiri lebih baik dari segalanya.Baru mencabar

  7. #6
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Aug 2006
    Location
    Damak
    Posts
    2,443
    Thanks
    21
    Thanked 19 Times in 8 Posts

    Default

    Aku dah lama wat ulasan pasal benda nih..

    Edisi Siasat : Surfjunky Tetap Popular dimata rakyat Malaysia! -- EarnCent.com

    So, tinggalkan ajela benda nih..

  8. #7
    New Member Array
    Join Date
    Apr 2008
    Location
    Atas bumi bawah langit (Kel)
    Posts
    26
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Apa yang menghairankan, walaupun ada orang yang cuba bagi kesedaran tentang benda2 camni (scam etc.), tetap ada jugak yang cuba berjinak2 dengannya. Sebab tu yang kena tipu tu ramai dari yang menipu. Tu sebab yang menipu tu makin hari makin ramai, syok tgok orang kena tipu :rolleyes:

  9. #8
    Junior Member Array
    Join Date
    Apr 2008
    Posts
    66
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    surfjunky... itu yang kau ucapkan...bila janji tergenggam.. bawah pohon.. kemboja.. yang sekecil kita.. fuh, dalam lagu wings pun ada ada surfjunky ni........ hahahahahahaha (lagu asal sejati-wings)
    pietajin_59

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2006
    Location
    ee-poh
    Posts
    3,901
    Thanks
    63
    Thanked 75 Times in 45 Posts

    Default

    dengar namanya pun aku rasa ragu2 jek nak join..ish3

  11. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2007
    Location
    www.SyedHafidz.com
    Posts
    782
    Thanks
    9
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Tu la..
    ramai2 yang promote..
    kawan2 gak ..
    ish3x...
    dah bagitau kata benda ni tipu, dorang dokpromote gak..


 

Similar Threads

  1. Hati-Hati Dengan Scammer
    By smartusaha in forum Jual Beli Paypal
    Replies: 110
    Last Post: 10-20-2011, 08:35 PM
  2. Income Stream Ku Dengan Perniagaan Pasar Malam
    By johari in forum Sembang Umum
    Replies: 316
    Last Post: 10-10-2011, 02:25 AM
  3. Hanya dengan 4 Blog Menjana US500 sebulan dengan syok trafik
    By mysinar in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 313
    Last Post: 07-03-2011, 04:01 AM
  4. Malaysia Tanpa DEB..Pendapat anda?
    By rajaads in forum Sembang Umum
    Replies: 84
    Last Post: 10-18-2008, 09:08 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts