Saya cuma nak luahkan kisah benar saya ni kat forum WC ni tentang saya dah kena tipu dengan WangLebih.com
Saya register kat WangLebih.com pada awal April 2008. Kena buat bayaran pendaftaran RM100 bank in ke akaun SCHEMATA MULTIMEDIA.
Kena download e-book yang di beri untuk baca dan ikut semua arahan dalam e-book agar dapat hasilnya.
Saya guna cara saya untuk send e-mail kat orang melalui sistem yang diberikan bersama e-book untuk mendapatkan click dari org (satu click masa tu 50 sen, sekarang dah tukar 10 sen pulak... pass ni nak bagi RM 1 pulak satu click).
Dalam masa 3 hari saya dapati balance kat screen WangLebih.com saya sudah mencecah RM 599.00 (macam tak percaya jer... dapat income gila2 gitu, ramainyer yang click link saya) Pendaftaran ahli baru bawah saya pulak seramai 10 org. (terdapat 77 orang semuanya... tapi ada pendaftaran palsu yang saya kesan... buktinya nanti sambung cerita)
Kalau 1 org RM 10 kali 10 org sepatutnya dapat RM 100 (tapi... satu sen pun saya tak dapat ) pertengahan April 2008 web WangLebih.com tak boleh di buka. Setiap hari saya cuba hingga ke penghujung April barulah dapat masuk ke web WangLebih.com tu. Saya lihat screen balance saya masih lagi RM 599.00 tapi, keesokan harinya saya terkejut bila tengok jumlah kat screen balance dah tinggal RM 6.50 sahaja. Saya rasa macam nak menjerit je...
Saya cuba semak akaun bank saya, manalah tahu kot2 WangLebih.com dah transfer duit kat saya sebab dia kata akan buat bayaran pada ahlinya start dari 25hb hingga 30hb setiap bulan. Namun saya hampa... tiada apa2 pun yang saya terima sehingga ke saat ini.
Memang betullah org kata WangLebih.com ni tipu.. Banyak lagi nak cerita ni... saya ada bukti lagi, WangLebih ni tipu saya... minta pendapat dululah, nak cerita panjang2 pun saya baru je sertai WC ni...
TQ.
|