Quote:
Originally Posted by takatoo
Assalamualaikum.
Lagi satu soalan dari saya.Mungkin agak sensitif.Saya cuma nak tahu..
Apa hukum duit dari Adsense ni?
Kalau dikirakan memang la kita ada berusaha.Malahan kedua2 pihak mendapat keuntungan.
Cuma kalau ditelitikan,google bukan kisah pun source duit yang dia dapat.Iklan arak pun dia selit skali.Memang iklan tu tak dipamerkan di web kita.Tapi apa yg saya nak sampaikan,duit tu dah bercampul gaul.
Lagipun kadang2 tu kita tak langgar peraturan pun dia boleh terminate account.Kira macam ada unsur2 menindas.
Jadi sama2 kongsi pendapat atau yang ada dah pernah tanya ustaz boleh tumpang bincang.
|
Takatoo, usah persoalkan lagi benda ni halal ke tak. Saya dah jawab dengan point yang berfakta lagi kat thread tu. Yang salah bukan google, yang salahnya pengiklan. Analoginya sebuah syarikat, bos bagi amanah buat kerja dengan elok2, tapi anak buahnya guna cara rasuah. Pastu duit rasuah tu dibelanja pulak kat orang2 terdekat. Dan projek yg berjaya dari hasil rasuah tu, hasil dia company amabil. Padahal, company tak tahu projek tu didapatkan dengan rasuah. Begitu juga Google, dia suruh pengiklan dan peserta adsense ikut polisi, tapi diaorang tak ikut. So macam mana? Persoalan subjektif macam ni kadang2 merumitkan. Tak dapat nak dielak.
Nak bincang pasal ni, buang masa, sebab dah banyak bincang. Harap tak dipersoalkan lagi. Banyakkan bincang pasal teknik2 dan trik2. Kalau nak elak 100% benda2 haram, dunia sekarang ni susah. Duit dalam dompet kita tu asal dari bank konvensional, ada transaksi riba, etc.. So, tak nak persoalkan ke?
Kepada advertiser, buatlah iklan yang baik2. Dan kepada pemilik laman web (webmaster), isilah dengan content yang baik2 jugak. InsyaAllah tak akan keluar iklan2 yang tak enak tu..
PS. Saya perhatikan, orang kita dah ramai guna adwords. Tapi.... Banyak program scam lah.

Tapi xper, itu satu perkembangan baik. Perbanyakkan iklan bahasa Melayu.
So saya harap, tak ada lagi lah soalan2 halal atau haram. Saper yakin, buat. Saper takut, dok diam.
Wassalam.