Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 19
  1. #1
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default Review Novel Sejuta Pelangi Adikarya Saudari Oki Setiana Dewi



    Name:  sejuta-pelangi.jpg
Views: 449
Size:  85.5 KB

    Pengenalan Ringkas Novel Sejuta Pelangi

    Novel Sejuta Pelangi adalah kisah-kisah catatan hati, motivasi dan kemanusiaan yang bakal mengoncang hati, membangkitkan motivasi dalam diri dan juga mengenali lebih mendalam akan erti kemanusiaan yang sebenar sebagai makhluk yang diciptakan di alam fana ciptaan Allah S.W.T.

    Ia juga merupakan catatan peribadi dan pengalaman Saudari Oki Setiawan Dewi sepanjang beliau menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswi di institut pendidikan tinggi di Indonesia dan bergaul rapat dengan pelbagai ragam insan-insan yang ditemui oleh beliau. Semuanya telah dirangkum dan dikongsikan dalam Novel Sejuta Pelangi ini.
    Novel ini diterbitkan oleh Mizania

    Name:  oki_setiana_dewi_1_kl.jpg
Views: 1617
Size:  12.4 KB

    Pemilik dan Pencipta Novel Sejuta Pelangi

    Beliau adalah Saudari Oki Setiana Dewi, seorang pelakon wanita yang lahir di Kota Batam, Indonesia. Bukan sahaja seorang pelakon, malah beliau juga adalah seorang guru dan penulis. Beliau menjadi guru mengaji bagi anak-anak dan ibu-ibu sehingga sekarang. Ketika cuti daripada pengambaran, beliau mengambil peluang untuk mengajar di TPA (Taman Pendidikan AlQuran) bagi anak-anak tetangganya.

    Beliau menjadi terkenal selepas membintangi filem blockbuster Indonesia iaitu Ketika Cinta Bertasbih Bahagian 1 dan 2 yang menjadi fenomena industri perfileman di negaranya. Lantas, di atas kejayaan filem berkenaan, beliau juga menjadi pelakon wanita utama dalam versi siri televisyen iaitu Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhanlanjutan kisah daripada Bahagian 2 Ketika Cinta Bertasbih pada tahun 2010.

    Komponen Atau Tajuk-Tajuk Dalam Novel Sejuta Pelangi

    Novel Sejuta Pelangi setebal 294 halaman ini(tidak termasuk kulit depan dan belakang) mempunyai barisan DUA PULUH DUA kisah yang sangat menarik dan menggugat jiwa anda dan ianya dibahagikan kepada TIGA bahagian utama:

    Bahagian SATU: Bermimpilah Untuk Memeluk Bulan Sekalipun!
    1.Mimpi Manusia *****
    2.Perjuangan Hati Seorang Guru Besar
    3.Semangat Yang Tak Pernah Padam
    4.Khilaf!
    5.Akbar Ingin Jadi Orang Besar

    Bahagian DUA: Yang Benderang Seperti Bintang
    1.Si Bungsu Yang Periang
    2.Rakan
    3.Hati Yang Kaya
    4.Gadis Kecil Penjual Bros
    5.Emak Dan Nini

    Bahagian TIGA: Cinta Sehangat Mentari
    1.Guru Kecilku, Fikri
    2.Menghargai Masakan Ibu
    3.Kenangan Manis Yang Singkat
    4.Mas Helmi

    Selain daripada TIGA Bahagian Utama berkenaan, terdapat SATU Bahagian khas yang bertajuk Pernik Cinta Oki Setiana Dewi. Seperti mana TIGA bahagian lain, bahagian ini juga beliau kongsikan LAPAN kisah yang cukup meruntun jiwa dan penuh memberi motivasi iaitu:

    1.Puisi Cinta Dari Penjara Anak
    2.Mutiara Di Yayasan Penyandang Cacat
    3.Nikmat Akal-Mu, Rabb (Sebuah Kisah Dari Rumah Sakit Jiwa)
    4.Pesantren Jiwa(Renungan Dari Para Narapidana Wanita)
    5.Para Penghafal Al Quran
    6.Cinta Rasulullah
    7.Menikah Dini Menikah Nanti?
    8.Baiti Jannati

    Apa Yang Anda Bakal Pelajari Dalam Novel Sejuta Pelangi

    Secara keseluruhan, anda bakal pelajari begitu banyak pengalaman dan kisah suka duka, keperitan dan harapan jiwa-jiwa yang kecil yang terjadi disekitar kehidupan dan pengalaman peribadi Saudari Oki Setiana Dewi. Ada yang begitu dekat dengan kehidupan saya dan juga anda dan juga tidak pernah dikongsikan. Ada yang terlalu sedih dan ada yang terlalu mengembirakan. Setiap kisah yang ditampilkan memberikan pengajaran, menyingkap harapan dan sekaligus menerjah motivasi dalam diri anda sebagai pembaca Novel Sejuta Pelangi ini.

    Apa yang menariknya setiap kisah yang ditampilkan disertakan sekali kaitan dengan ayat-ayat Al Quran dan ulasan peribadi Saudari Oki Setiawan Dewi.

    Bahagian SATU: Bermimpilah Untuk Memeluk Bulan Sekalipun!
    Bersama kesulitan ada kemudahan
    Bersama kesulitan ada kemudahan
    -QS Al-Insyirah (94):5-6

    Bermula dengan Kisah PERTAMA daripada Bahagian SATU iaitu Mimpi Manusia *****, yang menceritakan pengalaman seorang mahasiswi bernama Gita Irawatiyang selalu mendapat ranking kelas yang tercorot dan paling akhir. Seperti dalam petikan kisah ini, [ Aku mengenal sosok Mbak Gita sebagai seorang yang pintar dan tentu saja rajin. Mungkin dulu ia pernah larut dalam kemalasan, tetapi yang kutahu, kini ia adalah orang yang selalu berada di barisan terdepan bersama orang-orang yang terus berikhtiar ]

    Seterusnya, Perjuangan Hati Seorang Guru Besar , Saudari Oki tampilkan kisah keteguhan hati dan semangat waja seorang guru besar bernama Prof. Ahmad Suhelmi yang selalu hadir ke ruangan tempat mesin pencuci darah kerana ginjal beliau mengalami masalah. [ Prof. Helmi memang bukan dosen yang mengajariku mata kuliah di kelas, tetapi beliau telah mengajariku lebih dari itu. Beliau mengajariku untuk mengisi hidup ini agar terus berbuat. Terus bergerak. Karena itulah tanda kehidupan. Di tengah kondisinya yang terbaring lemah seperti itu, beliau masih saja terus berusaha untuk berbagi. Ilmu-ilmu yang beliau berikan selama ini adalah warisan yang tak lekang dimakan waktu ]

    Semangat Yang Tak Pernah Padam
    adalah kisah dua orang pelajar yang belajar bersama-sama dengan Saudari Oki namun memiliki sesuatu yang amat luarbiasa sekali. Dimas, seorang mahasiswa yang tidak mampu melihat dan Siwi, seorang gadis yang tidak boleh berjalan, matanya tidak fokus memandang dan tangannya agak sukar memegang. Dimas: [ Memiliki sahabat setia; yang selalu menemaninya; tongkat, laptop dan headphonenya. Ketika berjalan, ia menggunakan tongkatnya dan dituntun oleh teman-temannya. Ia memanfaatkan teknologi untuk memudahkannya dalam belajar. Ia memanfaatkan telinga yang sehat untuk menangkap ilmu dan menggunakan bibirnya yang sehat untuk berdiskusi serta menjawab semua pertanyaan dosen. ]

    Siwi: [ Siwi tidak pernah duduk dibangku kelas yang sudah disediakan kampus, karena ia selalu berada di atas kursi rodanya. Siwi juga akan kesulitan menulis, karena jari-jarinya tidak mampu menggenggam sesuatu dengan sempurna. Ia memfotokopi catatan teman-temannya dan merekam setiap penjelasan dosen dengan handphonenya. Siwi menggunakan matanya yang masih bisa melihat untuk membaca diktat dan catatan kuliah. Ia menggunakan telinganya yang sehat untuk mendengarkan dengan baik penjelasan dosen di kelas, juga hasil rekemannya. Tekadnya satu, "kalau aku ingin maju, aku harus terus mengejar ilmu." ]

    Khilaf
    membawakan kisah seorang mahasiswi yang telah hamil akibat pergaulan bebas dengan teman lelakinya. Dia menyesal, sedih dan kecewa atas perbuatannya disamping mengenangkan ibunya yang begitu susah payah membesarkannya dan kedua adiknya. [ Yang kupikirkan sekarang adalah mengurus anakku ini, ucapnya tersenyum seraya memandang bayi mungilnya. Kejarlah cita-citamu. Sekolah setinggi mungkin....jangan salah melangkah seperti aku. Ia mengucapkan itu sembari menatapku dalam...dengan mata yang berkaca-kaca.Mataku menghangat.Basah. ]

    Akbar Ingin Jadi Orang Besar
    pula membawakan kisah seorang anak kecil bernama Sandi tetapi lebih gemar dipanggil Akbar. Akbar seorang anak kecil yang kehilangan bapa bercita-cita besar seperti mana maksud nama penuhnya iaituMuhammad Sandi Ramdana Akbar. [ Namaku Sandi, Muhammad Sandi Ramdana Akbar. Tapi aku lebih suka dipanggil Akbar, agar banyak orang yang mendoakanku menjadi orang besar. Seperti cita-citaku, seperti cita-cita bapa dan ibu. ]

    Bahagian DUA: Yang Benderang Seperti Bintang
    “Hati Mereka Istimewa,
    Seperti bintang digelapnya langit malam”

    Si Bungsu Yang Periang pula berkongsikan catatan Saudari Oki Setiana Dewi mengenai luahan hati seorang adik beliau iaitu Ria Yunita. Seorang adik yang rajin membantu ibu bapanya dan mempunyai kecenderungan yang menarik iaitu suka ketawa dan ceria ketika berjumpa dengan kawan baru dikenalinya. Ria juga ingin berjaya seperti kakak-kakaknya yang lain. [ Aku ingin menjadi orang yang berhasil dunia dan akhirat. Untuk menjadi orang yang berhasil, dunia dan akhirat, aku harus banyak belajar, agar aku tahu apa yang kulakukan adalah suatu hal yang benar. ]

    Kisah kedua dalam bahagian ini iaitu Rakan membawakan bagaimana konsisten, semangat dan keyakinan yang amat teguh daripada seorang anak kecil berusia 6 tahun ketika melakukan ibadah di sebuah masjid ketika bulan Ramadhan. [ Saat qiyamu lail, ia berlari menuju ke jemaah pria. Pun ketika Shalat Shubuh. Kulihat sebelumnya ia menunaikan shalat sunnah dua rakaat. Usai shalat Shubuh, Rakan kembali berkumpul bersama kami, dan langsung tidur dengan pulas. Memelut erat bantal yang memang sudah dibawanya dari rumah. Sambil menunggu Rakan bangun, aku bertanya kepada temanku bagaimana cara keluarga mereka mendidiknya." Nggak ada cara istimewa kok,Ki...Dia cuma suka ingikutin bapakku aja" ]

    Hati Yang Kaya
    merupakan kisah seorang tua yang lumpuh mencari rezeki yang halal seorang diri tetapi sangat memahami makna sebenar sedekah atau sumbangan.[ Kakiku seakan terpaku, kaku menyaksikan peristiwa itu. Hatiku tertampar, aku malu! Bagaimana bisa seorang pedagang kelontong keliling yang cacat itu, tulus memberikan uang sebegitu berlipatnya dari jumlah yang kuberikan, kepada seorang pengemis. Pada hal, mungkin dia lebih mem*****kannya, karena mungkin hanya uang selembar itu yang ia miliki. Lalu aku? Aku sudah merasa cukup dengan hanya memberi 2 ribu rupiah, padahal di dompetku masih ada 2 lembar uang 50 ribu dan 2 lembar 20 ribuan. ]

    Seterusnya, Gadis Kecil Penjual Bros berkongsikan kepada anda sebuah kisah seorang gadis kecil bernama Rofi atau namanya sebenar Rofifah. Rofi adalah seorang pesakit osteosarcoma atau kanser tulang dan pada masa yang sama menjual bros dan gelang. [ "Hmmm...sebenarnya Rofi mau jadi guru atau dokter, Kak. Guru memberi ilmu, dokter memberi pengobatan. Mereka sama-sama menolong manusia." Aku baru menyadari...ternyata jiwanyalah yang menyembuhkan raganya. Harapan itu yang membuatnya untuk tidak terus terpuruk "hanya karena" kehilangan satu kaki. Harapan itu bagaikan seberkas sinar yang muncul dari balik awan gelap untuk menerangi hidupnya. ]

    Kisah terakhir dalam bahagian kedua ini adalah Emak Dan Nini dimana kisah pengalaman, karekter dan keistimewaan ibu dan nenek (Nini) beliau daripada kacamata peribadinya. Meskipun sudah lanjut usia, namun semangat mencari ilmu dan menambahkan pengetahuan tidak pernah luntur. [ Emak, nenek yang penuh wawasan. Untuk hafalan hadis dan ayat-ayat, tak perlu ditanyakan. Ketika ngobrol satu tema, Emak akan mengaitkan dengan ayat dan hadis, dengan begitu lancar, bahkan beserta artinya. Ngobrol tentang buku, mulai dari buku lawas hingga yang terbaru, Emak juga hafal judul beserta isinya. Terkadang aku heran, sudah tua, kok, Emak masih suka, sih, capek-capek belajar. Sebelum pamit, tak pula Emak memberikan nasihat kepada kami tentang kesabaran, cinta, menuntut ilmu, juga keharmonian keluarga. Kata Emak, orang menuntut ilmu itu akan enak: Enak di dunia! Enak di akhirat! ]
    Last edited by fathrulrazi; 07-24-2012 at 11:46 PM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default

    Nantikan review novel Sejuta Pelangi bahagian dua di BlogLepatDotCom.Semoga ianya memberikan manfaat buat rakan-rakan WC..

  4. #3
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default

    Bahagian Kedua:

    Bahagian TIGA: Cinta Sehangat Mentari
    ”yang hanya memberi, tak harap kembali”

    Kisah pertama dalam bahagian ketiga ini adalah Guru Kecilku, Fitri. Ia mengisahkan keistimewaan yang ada pada Fitri, seorang anak kecil berusia 9 tahun dan telah kehilangan bapanya akibat kemalangan ketika sedang bekerja. [ "Fikri shalat di masjid kapan aja, sih?" tanyaku iseng. "Shalat Shubuh, Zhuhur, Ashar, Maghrib, dan Isya," jawabnya polos."Kenapa Fikri shalat lima waktu di masjid? Kan kebanyakan di masjid isinya kakek-kakek...," tanyaku penasaran."Kenapa Fikri?" tanyaku lagi.Tiba-tiba saja aku melihat genangan di matanya. Bibirnya bergetar. "Fikri mau mendoakan bapak...". Allah sungguh Mahakuasa, meski Fikri masih kecil, Allah berikan ia jiwa yang besar, sehingga ia bisa menerima episode hidupnya dengan ikhlas dan keceriaan. ]

    Bagaimana kita menghargai ibu kita? Salah satu caranya adalah menghargai masakan ibu kita. Kisah Menghargai Masakan Ibu yang berkongsikan seorang sahabat Saudari Oki, Iffah yang tidak gemar makan diluar jika ibunya telah bersusah payah memasak di rumah. [ "Suatu hari aku pernah memesan ikan di sebuah restoran karena aku sedang ingin makan di luar. Tapi nyatanya, restoran yang enak itu jadi tidak berasa di lidahku. Bukan karena salah resep, Ki, tapi karena aku tidak tega...pada ibu yang udah niat banget masak untuk anak-anaknya. Hmmm...ujung-ujungnya aku makan masakan ibuku lagi deh," katanya sambil tersenyum riang. ]

    Jika tadi menghargai ibu dengan masakan, kali ini dalam Kenangan Manis Yang Singkat, membawakan kisah kenalan Saudari Oki yang kehilangan ibu bapanya akibat penceraian semasa usianya masih kecil. [ "Bagaimanapun Ki, aku pernah merasakah hidup bersama papaku selama lima tahun. Memang tak banyak ingatan tentang sosoknya, tapi aku tahu pernah mendapatkan cinta dan kenangan indah bersamanya. Aku tahu...aku pernah diajaknya bermain ke pantai, pernah mendengarkan cerita-cerita papaku yang mengantar tidurku...Papaku pernah meredakan tangisku, memelukku ketika aku ketakutan. Aku pernah merasakan cintanya, meski tak lama. Aku selalu berdoa kepada Allah...semoga Allah selalu menjaga papaku, sama seperti dulu ketika tangan kokoh papa menjagaku dalam dekapnya..." ]

    Bersambung pula dengan kisah Mas Helmi, kisah pengorbanan dan kasih sayang seorang abang pada adiknya. Tias, terselamat daripada kecelakaan kerana tidak menumpang motorsikal abangnya, Mas Helmi dalam perjalanan pulang ke rumah semasa hujan masih lebat. [ Entah kenapa, tiba-tiba aku sedih sekali. Banyak hal yang tak kumengerti tentang Mas Helmi. Dia terlalu pendiam, juga nyaris tak pernah marah. Bahkan untuk sekadar berkata," Mas kan, udah beli helm sama jas hujan untuk pulang sama Tias!" dia tak mengatakannya, dan malah menyuruhku pulang naik mobil karena langit masih gerimis.Padahal, dia sudah jauh-jauh datang menjemput, dan sudah susah payah membeli helm dan jas hujan di tengah perjalanannya. ]

    Pernik Cinta
    Oki Setiana Dewi
    Dan terhadap nikmat TuhanMu,
    hendaklah engkau nyatakan(dengan bersyukur)
    -QS Al-Dhuha(93):11

    Kisah pertama dalam Pernik Cinta adalah Puisi Cinta Dari Penjara Anakmengisahkan derita hati dan harapan seorang pemuda bernama Zaenuddin. Pemuda malang ini dimasukkan dalam penjara atas kesalahan membunuh tanpa ada pembelaan dan bimbingan daripada famili atau masyarakat sekitarnya. Namun, di penjara, Zaenuddin adalah pemuda paling warak sekali dan sangat rajin melakukan ibadah. [ "Boleh Kakak tahu, kenapa Zaenuddin ada disini?" tanyaku hati-hati."Tawuran, Kak," jawabnya tersenyum malu. Tertawa tipis. Tanpa ditanya lebih lanjut, ia pun dengan sukarela menceritakan kisahnya kepadaku. Ia terlibat tawuran antarpelajar. Sekolahnya dan sekolah tetangga memang sudah turun temurun sering tawuran. Suatu hari, saat tawuran, seseorang menyabet mukanya dengan golok hingga sebagian mukanya rusak. Dendamnya bak api yang membara. Berkobar menyala. Tak ayal lagi, sebulan kemudian, ia menusuk anak tersebut hingga meninggal. ]

    Mutiara Di Yayasan Penyandang Cacat
    pula sangat menggentarkan jiwa sesiapa sahaja membacanya. Saat Saudari Oki melangkah masuk ke sebuah yayasan penyandang cacat di daerah Bintaro yang menempatkan ramai anak-anak kecil yang cacat. [ Di tempat ini, aku bertemu dengan mereka yang menjadi "orang terbuang" sejak lahir. Tak tahu siapa ayah-ibu mereka, tak tahu rasanya hidup dalam keluarga dan berada di antara kasih sayang orangtua. Bukankah mereka titipan Allah yang sangat berharga, yang harus dijaga dan dirawat dengan sebaik-baiknya? ]

    Nikmat AkalMu, Rabb
    adalah rakaman spiritual beliau ketika mengunjungi sebuah Rumah Sakit Jiwa yang menempatkan ramai pesakit jiwa lelaki dan wanita. Ada dimasukkan di sana akibat kemiskinan, sikap panas baran dan sebagainya. [ Hatiku benar-benar miris. Bukankah mereka yang kehilangan akal sehatnya telah kehilangan nikmat untuk mengagumi hal-hal indah ciptaan Tuhan?Entah apa yang mereka rasakan dalam jiwanya. Mungkin kemarahan, atau kepedihan yang begitu dalam hingga menyisakan luka yang begitu menyiksa. ]

    Pesantren Jiwa (Renungan Dari Para Narapidana Wanita)
    pula menampilkan gelora hati dan harapan penghuni pusat pemulihan akhlak wanita dimana 300 wanita berkenaan pernah melakukan pelbagai jenayah dan masalah sosial akibat sikap masyarakat yang tidak pernah membantu dan mengambil berat akan mereka. [ Hari itu mereka mengaku, "pesantren" telah membawa perubahan besar dalam diri mereka. Tempat inilah yang menempa mereka untuk menjadi manusia yang lebih baik lagi. Ditempat inilah jalan pertobatan mereka. Kesedihan, keterpurukan kesepian, dan ketidakberdayaan membuat langkah mereka begitu ringan untuk mendekati Allah, untuk kembali kepada Allah. Allah Al-Rahman Al-Rahim tidak pernah sedikit pun meninggalkan atau mengabaikan hamba-hamba-NYA. ]

    Seterusnya dalam Para Penghafal Al Quran, Saudari Oki menceritakan bagaimana pada satu malam beliau mengunjungi Masjid Al-Taqwa, Pasar Minggu menyaksikan majlis para penghafal AlQuran dan sekaligus beliau bermalam disana. Namun beliau terlambat akibat waktu penggambaran yang memakan masa yang begitu lama. [ Aku berjalan mendekat, tanpa menyapa. Aku duduk di dekat mereka sambil membuka mushafku dan turut menyimak. Mataku memang tertuju pada Al-Quran, namun pikiran terbang melayang. Mereka telah menghafal dan pengulangan bacaan tertentu telah menjadi sahabat karib yang menemani hari-hari mereka. Dadaku sesak, sementara ayat demi ayat masih terlantun dari bibir salah seorang dari mereka. Allah memilih mereka untuk menghafal kitab-Nya dari sekian banyak hamba-Nya. ]

    Bagaimana anda mencintai Nabi Muhammad S.A.W? Cinta Rasulullah membawakan nukilan hati Saudari Oki yang pada permulaannya hanya mengetahui kisah-kisah Nabi Muhammad S.A.W dari buku-buku agama di sekolah. [ Betapa sombongnya diri ini... Rasulullah S.A.W mencintai dan memikirkan umatnya, merindukan umatnya, tapi aku yang mengaku sebagai umatnya tak memiliki cinta untuknya.Aku tidak dapat mengenal Allah tanpa Rasulullah. Aku tidak akan bisa memahami dan mengamalkan Al-Quran tanpa Rasulullah. Aku tak akan mengenal Islam dan takkan selamat tanpa syafaatnya. Lalu...,bagaimana mungkin aku mengaku beriman sedang aku tidak mencintainya? ]

    Menikah Dini Menikah Nanti?
    pula menampilkan bagaimana seorang teman Saudari Oki bernama Imam telah berbuat keputusan luarbiasa untuk menikah pada usia yang sangat muda iaitu 20 tahun. Sedangkan calon isterinya berumur 18 tahun dan mereka berdua sama-sama masih dalam pengajian di universiti. [ Mengapa harus menikah? Karena pernikahan seperti yang sudah dilakukan Imam adalah cara yang halal dan diakui untuk menjalin hubungan antara lelaki dan wanita. Dalam pernikahan, seseorang telah mengemban sebuah tugas yang begitu berat yang termaktub dalam Al-Quran sebagai mitsaqan ghalidza sekaligus sangat mulia. Dengan menikah, itu artinya seseorang telah menyempurnakan agamanya. Di dalamnya, ada pula kewajiban untuk saling mengingatkan dan memperbaiki dalam ibadah kepada Allah S.W.T, agar ia bisa menjadi manusia yang lebih baik hingga kita kembali kepada-Nya. Subhanallah. ]

    Kisah terakhir dalam Pernik Cinta Oki Setiana Dewi adalah Baiti Jannati dimana Saudari Oki luahkan perasaan dan kerinduan kepada kaum keluarganya di Batam. [Rumah selamanya menjadi surgaku. Didalamnya ada orang-orang yang menjadikan hidupku seolah berada di surga...Mereka memang tinggal jauh, tapi sesungguhnya dekat dan terus melekat di hatiku... ]

    Kelebihan Novel Sejuta Pelangi

    1.Ianya ditulis sepenuhnya berdasarkan pengalaman peribadi Saudari Oki Setiana Dewi.

    2.Ianya mengandungi pelbagai kisah motivasi, hati dan kemanusiaan yang banyak mendidik dan menyedarkan kembali betapa perlunya menjadi manusia dan penganut Islam yang terbaik.

    3.Corak penyampaian dan struktur bahasa yang digunakan oleh beliau amatlah mudah dan memberi kesan pada pembaca novel beliau.

    4.Novel Sejuta Pelangi mempunyai potensi besar untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa lantaran gaya bahasa beliau yang begitu menarik dan membangun banyak jiwa yang dahagakan pelangi hati, motivasi dan kemanusiaan.

    5.Novel terlaris beliau selain daripada novel perdana, Melukis Pelangi.

    6.Novel Sejuta Pelangi berupaya menjadi santapan minda dan jiwa terbaik ketika musim Ramadhan. Kelahirannya amat tepat sekali ketika ramai umat Islam memerlukan motivasi dan menghidupkan semangat perjuangan dalam kehidupan seseorang hambaNYA.

    7.Walaupun Novel Sejuta Pelangi ini banyak tertumpu pada kisah motivasi, hati dan kemanusiaan bagi mereka yang beragama Islam, ianya juga sesuai untuk dibaca oleh mereka yang bukan beragama Islam. Ia berupaya menjadi senjata dakwah bagi mengembangkan dan penyebaran agama Islam secara tidak langsung kepada mereka berkenaan.

    8.Novel WAJIB bagi mereka yang dahagakan motivasi dalam minda, jiwa dan akidah sebagai penganut Islam yang berjaya di dunia dan diakhirat.

    Kekurangan Novel Sejuta Pelangi

    1.Jika dihasilkan dalam format video dan audio rakaman, impaknya amat luarbiasa!

    2.Ianya ditulis dalam Bahasa Indonesia. Ada beberapa istilah yang saya tidak begitu memahaminya dan akan dibantu oleh sahabat saya di Indonesia untuk terjemahan istilah-istilah berkenaan.Insya allah.

    3.Amat sukar sekali Novel Sejuta Pelangi ini diperolehi dikedai-kedai buku popular di Malaysia seperti MPH, Popular dan sebagainya. Begitu juga dengan syarikat penerbitan buku seperti PTS, Must Read Sdn Bhd dan sebagainya.

    Recommendation Daripada Saya

    Sesungguhnya Novel Sejuta Pelangi ini sangat sesuai digrab sekarang jika anda:

    1.Perlukan motivasi dan semangat ingin berubah menjadi umat Islam yang lebih baik.

    2.Gemarkan perkongsian dan bahan ilmiah yang bercorak motivasi dan keagamaan bagi meningkatkan lagi pemahaman dan sekaligus menambah ilmu mengenai keindahan agama Allah Yang Maha Esa ini.

    3.Bahan bacaan yang menjadi pengajaran dalam mengharungi kehidupan yang sangat mencabar di zaman moden ini.

    4.Novel yang penuh dengan sejuta kisah hati, motivasi dan kemanusiaan. Memahami konsep dan erti sebenar kehidupan sebagai Khalifah di muka bumi ini.

    5.Inginkan kelainan daripada novel-novel penulis Malaysia yang terdapat di pasaran ketika ini. Menggemari novel yang santai dan mudah gaya bahasanya tetapi mempunyai impak dalam setiap kisah dalam sesebuah novel.
    Last edited by fathrulrazi; 07-24-2012 at 11:50 PM.

  5. #4
    WC Premium paklong's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    Samudera
    Posts
    4,273
    Thanks
    519
    Thanked 182 Times in 142 Posts

    Default

    best nampaknya novel tu.

  6. #5
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by paklong View Post
    best nampaknya novel tu.
    he.he..memang best paklong.
    gerenti rasa sebak sambil bersemangat bila membaca novel beliau.

  7. #6
    WC Premium paklong's Avatar
    Join Date
    Dec 2007
    Location
    Samudera
    Posts
    4,273
    Thanks
    519
    Thanked 182 Times in 142 Posts

    Default

    gambar penulis pada cover buku tu.

  8. #7
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by paklong View Post
    gambar penulis pada cover buku tu.
    benar, paklong.
    beliaulah penulis novel ini.ini novel kedua beliau.

  9. #8
    Active Member zakeri's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    University of Washington Seattle
    Posts
    4,831
    Thanks
    247
    Thanked 134 Times in 92 Posts

    Default

    tak minat baca Novel


  10. #9
    HyperActive Member Syedz's Avatar
    Join Date
    Aug 2008
    Location
    Shah Alam, Selangor, Bandaraya Anggerik "Mai Secawan"
    Posts
    5,206
    Thanks
    164
    Thanked 140 Times in 96 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by zakeri View Post
    tak minat baca Novel
    sama la,
    time2 skolah menengah dulu layan la novel..
    novel ahadiat akashah paling best time tu,
    ingat lagi novel "Pilot Cafe"..best novel tu
    lepas tu pikir balik banyak masa sebenarnya nak spend utk abiskan satu novel..
    baik tgk je drama..hehe

  11. #10
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by zakeri View Post
    tak minat baca Novel
    He.he..takper..itz okay bro.bukan semua orang minat baca novel.

Page 1 of 2 12 LastLast

Similar Threads

  1. Replies: 1
    Last Post: 03-19-2012, 06:38 AM
  2. Pelangi awan luar biasa di Gunung Everest
    By Syedz in forum Lucu, Ajaib, Pelik & Misteri
    Replies: 4
    Last Post: 03-18-2011, 12:18 PM
  3. Sejuta sebulan tiada masalah.
    By budakpandai in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 11
    Last Post: 02-27-2010, 04:54 PM
  4. Diari Perjalanan IM Saudari Liza Dari Johor (5 Bintang )
    By pakar clickbank in forum Perniagaan Internet
    Replies: 1
    Last Post: 10-13-2008, 07:38 AM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •