Results 1 to 8 of 8

Thread: Rahsia HRD

  1. #1
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default Rahsia HRD



    Jika anda mencari review sebenar Rahsia HRD, anda sungguh bertuah kerana anda kini berada di tempat betul tanpa perlu mencari lagi maklumat tambahan mengenai produk hebat ini.Saya akan memberikan anda review sebenar produk Puan Junaidah Hamdan berdasarkan pengalaman saya menggunakan produk ini supaya anda akan dapat membuat keputusan bijak samada anda ingin membeli atau tidak.

    Pengenalan Ringkas Rahsia HRD

    Rahsia HRD
    merupakan pakej ebook yang dedahkan dan kongsikan kepada anda bagaimana hendak berjaya dalam kerjaya di sektor swasta yang merangkumi pelbagai aspek bermula daripada temuduga peringkat pertama sehinggalah berjaya menerima kenaikan gaji dan menjadikan keluarga anda bertambah cemerlang dalam kehidupan.

    Pemilik Rahsia HRD

    Puan Junaidah Hamdan adalah penulis dan pemilik Rahsia HRD dan kini tinggal di Sepang. Beliau mendapat pendidikan dalam Bidang Pengajian Pengurusan Perniagaan UITM. Beliau mula bekerja dengan anak syarikat PROTON. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Pengurus Jabatan Sumber Manusia.Beliau berkecimpung dalam bidang pengurusan sumber manusia lebih 15 tahun.Tetapi Puan Junaidah Hamdan ada minat dan mengikut arus minat dalam menceburi bidang sampingan.Beliau pernah berkecimpung dalam bidang katering dan restoran selama 6 tahun membantu keluarga berniaga.

    Sebelum ini beliau berpengalaman dalam penulisan buku dimana beliau menulis buku ‘Buat Duit Dengan Restoran’ dan buku kedua ’101 idea bisnes homebased’ terbitan PTS Publishing Sdn Bhd.Kedua-dua buku beliau telah berada di pasaran.

    Atas permintaan anak-anak beliau sekarang tidak lagi bekerja tetap tetapi cuba membina karier pula dalam bidang IM. Beliau berharap dalam masa 2 tahun lagi nama beliau boleh dikenali di kalangan IM di Malaysia.Beliau tahu untuk membina nama sebagai World Class IM memerlukan masa yang bukan sedikit.

    Beliau boleh dihubungi menerusi:

    Facebook: JunaidahHamdan
    Email: RahsiaHRD@gmail.com

    Apakah Item Atau Komponen Yang Terdapat Dalam Rahsia HRD

    Rahsia HRD adalah SERATUS PERATUS dalam format ebook dan terdiri daripada LAPAN ebook UTAMA danTIGA ebook BONUS:

    Ebook UTAMA SATU – Rahsia Sistem HRD Di Malaysia
    Ebook UTAMA DUA – Jawatan Kosong
    Ebook UTAMA KETIGA – Lulus Temuduga Pertama
    Ebook UTAMA KEEMPAT – Perlantikan Jawatan Dan Orientasi
    Ebook UTAMA KELIMA – Pengesahan Jawatan
    Ebook UTAMA KEENAM – Kenaikan Pangkat Dan Kenaikan Gred
    Ebook UTAMA KETUJUH – Sistem Penggajian Syarikat Swasta
    Ebook UTAMA KELAPAN – Sistem Penilaian Prestasi Kerjaya Syarikat Swasta

    Ebook BONUS SATU – Soal Selidik Personaliti Diri
    Ebook BONUS DUA – Aplikasi Berkesan Otak Kiri Dan Otak Kanan
    Ebook BONUS TIGA – Akta Kerja 1955

    Setiap ebook berkenaan dikupas,disentuh dan diterangkan secara mendalam,simple dan mudah difahami walaupun anda bukan datang daripada latarbelakang seorang kakitangan sektor swasta.Lengkap dengan panduan,informasi dan gerak kerja yang disusun begitu kemas dan teratur berdasarkan pengalaman beliau sendiri dalam jabatan sumber manusia di sektor swasta bertahun-tahun lamanya.

    Kenapa Puan Junaidah Hamdan kongsikan Rahsia HRD ini kepada orang ramai?Sebabnya adalah amat mudah sekali iaitu ramai yang:

    1.Tidak tahu cara sebenar dan proses sistem HRD syarikat swasta di Malaysia beroperasi dan menjalankan prosedur mereka.

    2.Tidak tahu panduan sebenar menghadapi temuduga peringkat pertama dan seterusnya di sektor swasta.

    3.Tercari-cari panduan berdasarkan pengalaman seorang pakar sebenar,mudah dan berkesan bagaimana hendak berjaya dalam kerjaya di sektor swasta.

    4.Sudah lama bekerja dalam sektor swasta tetapi masih belum berpuas hati dengan gaji dan prestasi pekerjaan.

    5.Ingin tahu kesilapan-kesilapan yang tidak seharusnya dilakukan sebelum dan selepas diterima masuk ke dalam sektor swasta dan ingin berjaya menambat hati majikan.

    Jadi,apakah yang anda bakal pelajari daripada Rahsia HRD?Rahsia HRD bakal kongsikan kepada anda:

    Dalam ebook UTAMA PERTAMA,beliau menerangkan rahsia sebenar sistem HRD syarikat swasta di Malaysia menjalankan proses dan prosedurnya.Ebook pertama ini adalah core foundation utama bagi memahami dunia jabatan sumber manusia di sektor swasta Malaysia dan jika anda adalah fresh graduate ataupun kini bekerja di sektor awam dan ingin memohon kerja di sektor swasta,maka ebook pertama ini adalah wajib difahami terlebih dahulu.Ianya setebal 9 halaman.Ebook UTAMA PERTAMA ini bakal dedahkan kepada anda ENAM tajuk utama iaitu:

    1.Rahsia sistem HRD di Malaysia.
    2.Rahsia bagaimana polisi dan prosedur HRD dilaksanakan.
    3.Rahsia mencipta prestasi cemerlang dengan mengetahui garis panduan tanggungjawabsebenar kakitangan eksekutif.
    4.Rahsia sebenar tanggungjawab sebenar anda sebagai pekerja terhadap ketua-ketua anda demi prestasi cemerlang dalam kerjaya.
    5.Mencipta prestasi cemerlang dengan mengurus kakitangan yang dilindungi oleh “Kesatuan Sekerja” dengan bijak.
    6.Rahsia mencipta prestasi cemerlang dengan penglibatan dalam mengoptimumkan penggunaan kos syarikat.

    Kesemua tajuk diatas diterangkan secara mendalam dan mudah difahami sambil diberikan peraturan,undang-undang,polisi dan prosedur sebenar yang digunakan oleh semua jabatan sumber manusia syarikat swasta.Sebagai contoh untuk tajuk pertama:

    Sebenarnya semua syarikat swasta mempunyai sistem HRD mereka yang hampir sama.Beza antara satu syarikat dengan syarikat lain adalah dari segi bajet yang diperuntukkan, bidang kuasa dalam penilaian dan juga jenis bisnes tersebut samada jenis bisnes perkilangan, pemasaran, pengiklanan, perhotelan dan sebagainya

    Dalam ebook UTAMA KEDUA pula,beliau kongsikan kepada anda bagaimana polisi dan penilaian HRD terhadap calon-calon temuduga sehinggalah rahsia sebenar bagaimana jawatan kosong dicipta dan siapakah yang ada kuasa menciptanya di syarikat-syarikat swasta.Ianya setebal 12 halaman.
    Ebook UTAMA KEDUA mempunyai SEMBILAN tajuk utama iaitu:

    1.Rahsia polisi dan penilaian HRD terhadap calon-calon temuduga.
    2.Rahsia aktiviti syarikat swasta menjalankan proses kenaikan pangkat.
    3.Rahsia keperluan syarikat swasta menyediakan latihan dan pembangunan untuk karier kakitangan.
    4.Ketahui rahsia cara syarikat berkomunikasi dengan kakitangan mereka.
    5.Mendedahkan rahsia sumber-sumber pengambilan pekerja untuk syarikat swasta.
    6.Rahsia polisi syarikat berhubung dengan kes-kes saudara mara, suami isteri dan adik beradik yang bekerja di tempat kerja yang sama.
    7.Ketahui terma-terma kategori pekerja di syarikat swasta.
    8.Rahsia tanggungjawab sebenar syarikat swasta berkaitan dengan pelatih atau staf yang menjalankan praktikal.
    9.Ketahui rahsia bagaimana “wujudnya”jawatan kosong atau siapa mencipta jawatan kosong di syarikat-syarikat swasta.

    Seperti mana dalam ebook UTAMA PERTAMA lalu,semua tajuk dalam ebook ini juga dikupas dengan baik dan mudah difahami.Setiap perkara atau bahagian dalam tajuk-tajuk berkenaan diterangkan dengan jelas.Antaranya dalam tajuk kedua:

    Lazimnya pihak syarikat akan memberikan kenaikan pangkat atau naik gred kepada kakitangan sedia ada layak yang layak.Proses penilaian ini diadakan ketika penilaian prestasi yang akan dilakukan pada tahun.

    Apa yang menarik sekali dalam ebook UTAMA KEDUA ini adalah pada tajuk terakhir,beliau kongsikan contoh borang permohonan pertambahan kakitangan dan saya sendiri terkejut apabila mengetahui informasi sulit ini!

    Seterusnya dalam ebook UTAMA KETIGA pula,Puan Junaidah Hamdan dedahkan kepada anda bagaimanana hendak berjaya dan lepasi temuduga peringkat pertama dan seterusnya.Ia disebabkan ramai calon terutamanya graduan lepasan university gagal dalam temuduga peringkat ini dan ebook ini sangat penting difahami dan dipraktikkan sebelum menghadiri temuduga yang sebenar dalam sector swasta.Ia mengandungi 22 halaman.
    Apa yang anda bakal pelajari adalah:

    1.Rahsia proses memilih calon untuk memenuhkan “jawatan kosong”
    2.Rahsia penilaian dalam penapisan resume.
    3.Rahsia kategori senarai pendek calon.
    4.Rahsia langkah demi langkah proses temuduga dijalankan.
    5.Ketahui berapakah peratusan panel penemuduga bercakap.
    6.Berapakah pula peratusan masa diperuntukkan untuk calon bercakap dan mempersembahkan skil dan kebolehan-jika anda tahu dan anda mesti pandai manfaatkannya untuk member persembahan terbaik.
    7.Ketahui flow temuduga dijalankan.
    8.Mendedahkan borang sulit untuk penilaian calon temuduga, kategori pemarkahan dan peratusan markah untuk setiap kategori tersebut.

    Antaranya dalam rahsia penilaian dalam penapisan resume iaitu:

    Kini saya dedahkan rahsia penilaian dalam penapisan resume untuk membantu anda berjaya dalam temuduga pertama.

    PRE-EMPLOYMENT – HANDLING APPLICATIONS

    All applications received from employees will be filed under the appropriate job vacancies.For example if there is an application for a secretary’s job the HRD will file the application.

    1. HOLD – are applications whose appear to have the minimum requirements for the job and the department still holding their application for consideration when a vacancy rises.

    2.REJECT – these are not suitable for the position, the HRD should:
    -send reject letters to those who do not meet the job requirement.
    -send “hold” letters to those eligible.
    -send interview letters to those who do not meet the requirements.

    Apa yang paling menarik sekali adalah pada tajuk terakhir,beliau dedahkan borang yang sangat SULIT danRAHSIA bagaimana penemuduga menilai anda sebagai calon mengikut kategori pemarkahan dan peratusan pemarkahan bagi setiap kategori berkenaan.Ianya hanya diketahui oleh penilai daripada jabatan sumber manusia syarikat swasta dan kini didedahkan kepada anda!

    Ebook RahsiaHRD UTAMA KEEMPAT
    pula bakal bawakan kepada anda langkah anda seterusnya selepas berjaya dalam temuduga di sektor swasta dan apakah strategi,tip dan panduan untuk menguasai kerjaya seawal mungkin.Ia mengandungi sebanyak 20 halaman.
    Apa yang bakal anda pelajari dalam ebook UTAMA KEEMPAT ini adalah:

    1.Siapakah sebenarnya yang melantik anda memenuhi jawatan kosong tersebut.
    2.Apakah yang menyebabkan anda gagal dilantik walaupun telah berjaya dalam temuduga.
    3.Ketahui rahsia peribadi yang perlu didedahkan untuk rujukan pihak syarikat.
    4.Rahsia bagaimana sesi orientasi dijalankan di syarikat swasta.
    5.Apakah sebenarnya proses yang dijalankan semasa sesi orientasi ini.Adakah anda dibuli oleh kakitangan senior anda?
    6.Ketahui checklist semasa sesi orientasi dijalankan supaya kerjaya anda berkembang dengan mudah dan tiada masalah.Minta mereka berikan maklumat mengikut checklist ini supaya anda tidak “ditindas” atau “dimanipulasi” kerana ianya berkaitan dengan keperluan Akta Kerja 1955.

    Jika anda melihat senarai tajuk-tajuk di atas,anda bakal dapati ianya sangat penting dan berkaitan terutamanya berkaitan dengan Akta Kerja 1955.Ramai pekerja swasta tidak mengambil berat tentang keperluan dan hak anda sebagai pekerja swasta dalam akta berkenaan.Oleh itu,tajuk terakhir berkenaan sangatlah penting difokuskan dan diberi perhatian yang mendalam kerana ianya berkaitan dengan penggajian dan peraturan yang ada dalam Akta Kerja 1955.

    Antaranya dalam tajuk kedua ebook UTAMA KEEMPAT ini adalah:

    Anda gagal dilantik dalam jawatan walaupun telah berjaya dalam temuduga adalah kerana kegagalan dalam pemeriksaan perubatan(medical check up).

    EXEPTION

    In cases of emergency,where the employee’s services are required urgently,the employee may be required to report for duty before his medical results are available but the HRD will clearly indicate to the employee, in writing, that his continued employment is subject to the results of the medical examination.

    Ebook UTAMA KELIMA
    pula kongsikan bersama anda bagaimana hendak mengesahkan jawatan anda di sektor swasta dan apakah perkara-perkara penting yang perlu anda ketahui mengenai pengesahan jawatan dalam sektor swasta.Dalam ebook ini mempunyai 25 halaman.
    Anda bakal pelajari dalam ebook ini adalah:

    1.Ketahui bagaimana caranya syarikat swasta menentukan faedah yang bakal diterima oleh kakitangan sebaik sahaja pengesahan jawatan.
    2.Ketahui juga bagaimana mengira “length of service”
    3.Apakah perkara atau kejadian yang menyebabkan anda telah memutuskan/memecahkan “length of service”(kiraan tempoh lamanya anda bekerja penting dalam pembahagian bonus,orang baru dapat sikit bonus,orang lama dapat bonus “lebih dari orang baru”jika “length of service” telah dipecahkan, syarikat akan mengira mengikut tarikh baru tersebut).
    4.Ketahui rahsia proses dan kriteria penilaian dalam tempoh percubaan.
    5.Tip dan strategi untuk anda sahkan dalam jawatan sebaik tempoh percubaan tamat.
    6.Bagaimana flownya sebenarnya dalam proses pengesahan jawatan bagi kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif.
    7.Strategi dan tips untuk disahkan dalam jawatan setelah anda mengetahui flow pengesahan jawatan ini.
    8.Rahsia dibongkar didedahkan Borang Penilaian Sulit dalam tempoh percubaan.

    Ebook ini juga sangat penting khasnya mereka yang baru dan masih dalam tempoh percubaan dan ingin berjaya menunjukkan prestasi terbaik sehinggalah disahkan jawatan di sektor swasta.Semua tajuk yang dikongsikan dalam ebook ini semuanya berkaitan dan anda haruslah fokus dan memahami setiap elemen setiap tajuk berkenaan.

    Dalam tajuk keempat dan kelima ebook UTAMA KELIMA adalah:

    Tips terbaik adalah

    1.Anda boleh merisik-risik sebaik sahaja anda mula bekerja siapakah pegawai penilai dalam pengesahan jawatan anda.
    2.Ketahui sikap dan piawaian yang biasa pegawai penilai ini mahukan daripada setiap kakitangan baru.
    3.Patuhi semua piawaian yang pegawai penilai mahukan.

    Seterusnya dalam ebook UTAMA KEENAM pula beliau terangkan kepada anda bagaimana anda berjaya mendapatkan kenaikan pangkat dan gred dalam kerjaya anda di sektor swasta dengan mudah dan berkesan.Bagi saya,inilah ebook yang paling ditunggu-tunggu dan ingin diketahui caranya terutamanya kepada mereka yang selama ini gagal dan pernah mencuba beberapa kali namun hampa.Ebook ini bakal berikan jawapan yang anda nantikan selama ini.Ebook ini mengandungi 11 halaman.
    Apa yang beliau kongsikan kepada anda adalah:

    1.Bagaimana kenaikan pangkat berlakudi syarikat swasta.
    2.Bagaimana pula kenaikan gred diwujudkan di syarikat swasta.
    3.Ketahui rahsia kriteria dan penilaian dalam kenaikan pangkat dan kenaikan gred syarikat swasta.
    4.Adakah semua pekerja swasta tertakluk kepada perpindahan tempat kerja.
    5.Apakah kategori perpindahan tempat kerja yang biasa dilaksanakan di syarikat swasta.
    6.Ketahui jugak bagaimana “memangku tugas” dilaksanakan.
    7.Apakah kriteria memangku tugasan orang lain yang dibayar tambahan elaun.
    8.Ketahui jugak apa yang dimaksudkan dengan “personnel change notification” dan tanggungjawab anda mengemaskini data untuk mengelakkan masalah penggajian.

    Antaranya dalam tajuk ketiga iaitu ketahui rahsia kriteria dan penilaian dalam kenaikan pangkat dan kenaikan gred syarikat swasta,beliau dedahkan:

    Kini anda telah mengetahuinya.Oleh yang demikian anda mestilah memberikan yang terbaik dalam kriteria yang telah didedahkan dibawah:

    PROCEDURE
    1. In the selection of an employee to fill a higher level position the following criteria will be carefully considered:

    a) attitude,skill,ability and past performance.
    b) efficiency.
    c) physical dan mental qualifications.
    d) discplinary record.
    e) experience.
    f) education background.

    Kesemua tajuk berkenaan sememangnya perlu diambil perhatian bagi anda yang inginkan perjalanan kerjaya anda di sektor swasta yang meningkat naik dan berpeluang untuk dinaikkan pangkat dan gred.

    Kemudian,dalam ebook UTAMA KETUJUH RahsiaHRD pula anda didedahkan bagaimana sistem gaji anda diselaraskan dan ditentukan.Gaji adalah perkara paling menarik sekali selepas temuduga dan kenaikan pangkat dan gred bagi pekerja swasta mahupun bukan swasta.Puan Junaidah Hamdan kongsikan beberapa perkara yang penting mengenai gaji ini.Ebook ini mengandungi 14 halaman.
    Beliau kongsikan kepada anda dalam ebook ini adalah:

    1.Salary Policy – ketahui objektif sebenar syarikat swasta menyediakan satu sistem penggajian atau dipanggil juga “salary policy”
    2.Ketahui beberapa siri kenaikan gaji untuk syarikat swasta.
    3.Salary Review – Bilakah masanya syarikat swasta mengadakan “salary review” kerana polisi gaji syarikat swasta tidak mengikut sistem penggajian kerajaan.
    4.Kenaikan gred – bilakah masanya pula kenaikan gred dijalankan.Adakah ianya melibatkan kenaikan gaji? Jika ya,berapa banyak?
    5.Kenaikan pangkat.Jika naik pangkat mesti ada naik gaji.Berapakah kenaikan gaji minima dan maksima?
    6.Ketahui juga rahsia merit dan kuota untuk kenaikan gaji kerana syarikat swasta tidak akan memberikan semua kakitangannya kenaikan gaji penuh.
    7.Rahsia penilaian merit dan kouta didedahkan.Anda boleh merancang berapa merit yang anda mahukan.Pasti “periuk nasi” anda tidak terjejas.

    Jadi,dalam ebook ini persoalan mengenai gaji,kenaikan gaji dan kaitannya dengan kenaikan pangkat didedahkan secara eksklusif kepada anda.Begitu juga dengan merit dan kouta untuk penilaian kenaikan gaji.Sesungguhnya ia amat berbeza sekali daripada sistem yang digunakan oleh kerajaan atau sektor awam mengenai cara mereka melaksanakan kenaikan gaji ini.

    Dalam ketahui beberapa siri kenaikan gaji untuk syarikat swasta,beliau terangkan bahawa:

    Salary increment atau Kenaikan gaji akan dilaksanakan dalam 4 situasi berikut:
    1.Semakan Gaji.
    2.Kenaikan Gred.
    3.Kenaikan Gaji Tahunan.
    4.Kenaikan Pangkat.

    Apa yang menarik perhatian saya dalam ebook ini,beliau juga muatkan bersama-sama contoh gaji skil minima dan maksima bagi kakitangan eksekutif dan bukan eksekutif ditempat kerja beliau dahulu.Ia lengkap dengan Gred,Nama Jawatan,Gaji Minima dan Gaji Maksima.Sememangnya ianya adalah pendedahan sulit yang hanya dalam Rahsia HRD!

    Ebook UTAMA KELAPAN
    dan terakhir Rahsia HRD ini beliau kongsikan kepada anda bagaimana anda boleh mengetahui apakah kriteria-kriteria yang digunapakai dalam menilai prestasi keseluruhan kerjaya anda di sektor swasta.Anda juga boleh mengetahui apakah penilaian yang sepatutnya dijalankan bagi mengelakkan ketua anda menilai dengan salah dan mengamalkan bias terhadap anda.
    Apa yang anda bakal pelajari dalam ebook ini adalah:

    1.Ketahui proses dan flow Penilaian Prestasi dilakukan.Ketahui perkara sebenar.
    2.Performance Appraisal – ketahui rahsia kriteria penilaian kakitangan.
    3.Tips dan strategi menguasai Proses Penilaian Kakitangan.
    4.Dibongkarkan borang sulit untuk penilaian prestasi untuk kakitangan eksekutif dan bukan
    5.Ketahui guideline yang selalu dipraktikkan semasa proses penilaian prestasi dilakukan.
    6.Ketahui juga faktor-faktor yang dinilai bagi setiap individu pekerja.
    7.Rahsia kuota dalam penilaian prestasi.
    8.Bagaimana seharusnya penilaian prestasi dijalankan.Jika anda telah tahu rahsia ini, anda boleh menegur cara ketua anda melakukan penilaian supaya kerjaya anda tidak terjejas dek kerana birokrasi pejabat atau pilih kasih.

    Anda hanya perlu fahami sebaik mungkin dan praktikkan apabila anda berada dalam sektor swasta kelak kerana perkara-perkara ini sangatlah kritikal dalam perkembangan kerjaya anda dan impaknya terlalu besar.

    Seperti dalam ketahui juga faktor-faktor yang dinilai bagi setiap individu pekerja,Puan Junaidah Hamdandedahkan:

    1.Kemahiran pekerja
    2.Pencapaian pekerja
    3.Menjalankan kerja tanpa pengawasan
    4.Kerjasama dengan rakan sekerja
    5.Kedatangan
    6.Daya usaha
    7.Kegiatan luar
    8.Tanggungjawab
    9.Kepimpinan

    Ebook ini juga disertakan juga Borang Penilaian Prestasi dan gambarajah proses dan flow penilaian prestasi bagi kakitangan bukan eksekutif dan juga kakitangan eksekutif.Pendedahan informasi ini sangatlah membantu anda dalam membina kerjaya anda dalam sektor swasta kelak!

    Manakala bagi ebook BONUS RahsiaHRD pula,anda bakal pelajari:

    Ebook BONUS PERTAMA – Soal Selidik Personaliti Diri

    Ebook ini bakal didedahkan terdapat EMPAT jenis personaliti yang ada dalam setiap manusia dan kaitan dengan jenis pekerjaan atau kerjaya yang sesuai.EMPAT jenis personaliti itu adalah:

    1.Melankolik

    2.Kolerik
    3.Palegmatik
    4.Sanguine

    Anda hanya perlu isikan dalam borang soal selidik ini dan diterangkan bagaimana pengiraan markahnya dan dari sana,anda bakal dapat mengetahui jenis personaliti manakah yang ada dalam diri anda.Ebook ini mengandungi 15 halaman.

    Ebook BONUS KEDUA – Aplikasi Berkesan Otai Kiri Dan Otak Kanan

    Ebook ini bakal dedahkan kepada anda bagaimana anda dapat menggunakan dan optimumkan penggunaan otak kiri dan kanan secara efektif.Anda bakal pelajari:

    1.Perihal Otak Manusia.

    2.Keupayaan Otak Kiri Dan Otak Kanan.
    3.Ketahui Apa Yang Dimaksudkan Dengan Otak Dan Minda.
    4.Aplikasi Berkesan Minda Sedar Dan Minda Bawah Sedar Dalam Memacu Kejayaan Manusia.
    5.Keupayaan Minda Bawah Sedar Yang Sentiasa Berjuang Membantu Kejayaan Anda.

    Kesemuanya adalah perkongsian ilmu,panduan,tips dan fakta yang berkaitan kehebatan otak kiri dan otak kanan,minda sedar dan minda bawah sedar adalah daripada perkongsian hebat daripada seorang pakar motivasi terkenal tempatan.

    Ebook BONUS KETIGA – Akta Kerja 1955

    Ebook ini dedahkan peraturan-peraturan dan undang-undang yang ada dalam Akta Kerja 1955 dan ianya sangat penting untuk anda tahu dan fahami supaya hak anda tidak akan ditindas dan dimanipulasi oleh orang lain.Ia merupakan bonus yang sangat berharga dalam Rahsia HRD ini!

    Kelebihan RahsiaHRD

    1.Ianya ditulis dalam Bahasa Malaysia,jelas dan mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat.
    2.Ianya adalah dihasilkan daripada pengalaman Puan Junaidah Hamdan sendiri sebagai individu yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam jabatan sumber manusia di syarikat swasta dan mengendalikan gerak kerja dan prosedur HRD di sana.
    3.Persembahan dan penerangan yang ditunjukkan oleh beliau sangatlah mudah dan jelas serta mampu difahami oleh semua pembaca Malaysia.
    4.Panduan ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan peningkatan kerjaya mereka dalam sektor swasta.
    5.Harga yang ditawarkan adalah amat murah dan tidak setimpal jika dibandingkan nilai ilmu dan panduan yang dimuatkan dalam buku hebat dan luarbiasa ini.Thumbs up!
    6.TIGA ebook bonus yang disediakan dapat meningkatkan lagi kefahaman dan peluang anda berjaya dalam sektor swasta.
    7.Satu-satunya panduan khas untuk mereka yang berada dalam sektor swasta dan lengkap dari segala segi dan aspek yang kritikal dalam kerjaya seorang individu pekerja swasta.
    8.Khidmat support yang diberikan oleh beliau adalah satu bonus yang tiada nilai harganya.

    Kekurangan RahsiaHRD

    1.Beliau boleh tingkatkan kehebatan produk terbaru beliau ini dalam format video tutorial dan juga audio rakaman.Semestinya ia akan menjadikan Rahsia HRD kekal unik dan evergreen!
    2.Hanya harganya terlalu murah dan tidak masuk akal langsung iaitu hanya RM100 dan sepatutnya beliau naikkan lagi harganya!

    Recommendation Daripada Saya

    Sesungguhnya Rahsia HRD amat sesuai digrab sekarang jika anda:

    1.Graduan lepasan universiti yang gagal dalam temuduga peringkat pertama anda di sektor swasta.
    2.Mencari panduan sebenar bagaimana hendak berjaya dalam kerjaya di sektor swasta berdasarkan pengalaman seorang pakar yang pernah mengendalikan proses dan prosedur jabatan sumber manusia syarikat swasta.
    3.Ingin elakkan kesilapan yang sama berulangkali dalam usaha mendapatkan kenaikan gred,pangkat dan gaji.
    4.Seorang newbie dan baru dalam sektor swasta dan ingin dalami bagaimana sistem HRD dijalankan di Malaysia.
    5.Inginkan mencuba cabaran baru dalam sektor swasta setelah lama bekerja dalam sektor awam.

    Jika anda berada dalam golongan diatas,maka Rahsia HRD adalah panduan yang sememangnya tepat dan menanti anda untuk dipraktikkan dan dikuasai.Dapatkan sekarang Rahsia HRD ini!
    Last edited by fathrulrazi; 10-13-2011 at 07:15 AM.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Cikgu Cinta's Avatar
    Join Date
    Aug 2011
    Location
    Ipoh, Perak
    Posts
    454
    Thanks
    4
    Thanked 36 Times in 28 Posts

    Default

    Mantop Kebabommm

  4. #3
    Normal Member safrispy's Avatar
    Join Date
    Jul 2011
    Posts
    275
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 6 Posts

    Default

    Nampak cam gempak je panduan nie

  5. #4
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default

    terima kasih Cikgu Cinta dan safrispy kerana sudi komen dalam thread review produk ini.Sememangnya panduan ini unik bagi saya sebab ianya bukan dalam niche Internet Marketing.

  6. #5
    Normal Member Junaidah Hamdan's Avatar
    Join Date
    Jun 2011
    Location
    Sepang, Selangor
    Posts
    37
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Terima kasih dan pujian kepada En. Fathrulrazi kerana review yang baik terhadap produk digital kami - admin rahsiahrd.com

  7. #6
    Active Member DwenRasid's Avatar
    Join Date
    Jul 2010
    Posts
    2,221
    Thanks
    184
    Thanked 109 Times in 58 Posts

    Default

    Memang terbaik produk ni....

  8. #7
    Normal Member Junaidah Hamdan's Avatar
    Join Date
    Jun 2011
    Location
    Sepang, Selangor
    Posts
    37
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Terima kasih dwen, admin gempakcyber.com
    Jadi Pakar Dalam Kerjaya dalam Masa 24 Jam!
    Tiada Jalan Pintas Untuk Cemerlang Dalam Kerjaya. Anda Mesti 'Master' Dalam Segala Hal Berkaitan Kerjaya
    www.RahsiaHRD.com menjadikan anda 'MASTER' dalam Kerjaya dan Jana Pendapatan Lumayan!

  9. #8
    Normal Member fathrulrazi's Avatar
    Join Date
    Aug 2007
    Location
    Sungai Petani,Kedah
    Posts
    305
    Thanks
    5
    Thanked 56 Times in 28 Posts

    Default

    Terima kasih kepada Kak Jue dan bro Dwen kerana sudi komen dalam thread ini.

    Kak Jue,saya cuma berikan yang terbaik untuk RahsiaHRD.Semoga review ini dapat membantu mereka memahami apa yang terkandung dalam pakej ebook RahsiaHRD.

Similar Threads

  1. Replies: 17
    Last Post: 06-14-2011, 02:16 PM
  2. Replies: 4
    Last Post: 07-15-2010, 04:06 AM
  3. Tawaran Terbaik [Formula rahsia!]Pakej Ebook Rahsia Duit Upload
    By alan in forum WTB : Perkhidmatan Bebas
    Replies: 7
    Last Post: 10-12-2009, 11:32 PM
  4. Membongkar Rahsia-rahsia Super Affiliate: Rahsia Pro Affiliate Tanpa Mailing List
    By Din Beramboi in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 25
    Last Post: 11-08-2008, 03:34 PM
  5. Additional Bonus KHAS Daripada Hanya, copernicus - Rahsia-Pro-Affiliate.com/RAHSIA
    By copernicus in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 6
    Last Post: 10-29-2008, 06:48 AM

Tags for this Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts
  •