+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 15
  1. #1
    New Member Array
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    12
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Dr Fish - Permintaan Tinggi Pasaran Dunia



    Assalamualaikum,

    Cuma nak berkongsi pandangan dengan saudara semua tentang Dr Fish ni. Saya sebenarnya tak berapa berminat dengan produk physical ni, apatah lagi dengan benda bernyawa. Tapi, saya dapati Dr Fish ni dah jadi trend baru dan kalau kita pergi ke shopping complex , memang terdapat banyak perkhidamatan Spa/Massage kaki menggunakan ikan ini.

    Saya dapati ikan ini memang menjadi rebutan di seluruh dunia dengan banyak pusat jualan diseluruh dunia menjualnya melalui internet dengan harga mencecah RM 50 seekor. Bayangkan kalau tempahan minimum 1,000 ekor. Ini tak mustahil sebab panjang seekor rasanya dalam 1 inci dan boleh dibela di akuarium je. Bayangkan dengan sekali jualan dapat RM 50,000.

    Yang menjadi tandatanya, macam mana ikan ni diekspot melalui Airport? Tahan berapa lama? Ada yang boleh beri tunjuk ajar sikit tak?

    Sedikit penerangan tentang Dr Fish ni, ikan ini asalnya berasal dari Turki atau nak detail lagi berasal dari tempat air panas (hot spring). Nama saintifiknya ialah Garra Rufa.

    Hobi ikan ni ialah memakan kulit-kulit mati dikaki atau diseluruh badan. Memang telah terbukti dengan kajian oleh pihak universiti luar negara, ikan ini terbukti boleh menyembuhkan penyakit kulit dan menjadikan kaki anda selembut dan selicin kulit baby. Saya dah try dah, memang terbukti ikan ni memang bekerja keras mengutil kulit mati kaki kita dan side effeknya, memang hilang masaalah dunia sekejap melihat keletah ikan-ikan ni mengenyam celah-celah jari kita. Itu sebabnya dinamakan Dr Ikan atau massage Fish. Lupa nak bagitau, ikan ni tak bergigi dan menggunakan kuasa sedutan (betul ke bahasa ni) untuk mengutil kulit mati ni. Jadi, kaki dijamin selamat walaupun dikerumun mengalahkan piranha.

    Satu jenis ikan lagi ialah spesis dari China dan berasal dari keluaga Tilapia dan diberi nama Chin Chin.Ikan ni harganya lebih murah dan memang dibela di China utk kegunaan Spa di sana sebagai pengganti Garra Rufa. Kiranya Garra Rufa spesis China le kot.

    Sedikit penerangan tentang Chin Chin ni,ikan ini ialah spesis...........bergigi! Nama pun spesis tilapia, tentulah bergigi.Belum lagi terbukti dapat menyembuhkan penyakit kulit dan ikan jenis ni main belasah je, kulit mati pun dia sapu kulit hidup pun dia makan..........guna gigi pulak tu.

    Itu sebab Spa banyak gunakan anak ikan Tilapia/Chin Chin ni. Kalau dah besar tak guna dah sebab naya kaki orang nanti.Kebanyakan ikan yang digunakan di Shopping Complex banyak guna spesis ini dan dari pemerhatian saya ikan ini tak banyak menunjukkan minat yang mendalam terhadap kaki orang berbanding dengan spesis Garra Rufa.

    Kesian juga orang keluarkan duit tapi dapat Dr Ikan yang salah, cuma setakat window shopping je kat kaki dia orang.Naya betul.

    Garra Rufa ni asalya dari keluarga Garra. Jadi hanya Garra Rufa yang boleh digunakan walaupun ikan Garra dari spesis lain berbentuk sama. Macam mana nak kenal Garra Rufa, lain kali lah saya cerita.

    OK dah habis sedikit penerangan tentang ikan ni. Tibalah masa nak buat duit.

    Dari amatan saya;

    1) Ikan jenis ni boleh di bela di Akuarium, macam ikan lain juga.

    2)Tak boleh bagi ikan ni makanan ikan kerap sangat, takut ikan ni bila dah besar jadi ikan lupakan kaki. Kita kena peringatkan dia yang spesis dia spesis makan kulit mati.

    3) Bila dah beranak pinak , anak-anak ikan ni kena dipindahkan sebab jenis spesis ni spesis makan anak. Ni yang aku tak gemar ni.

    4) Jagaan air dan suhu tu biasalah, macam bela ikan emas lah jugak. Cuma yang tak faham tu ada yang guna cahaya ungu ultra violet , ada yang tahu?

    Katalah ikan ni bertelur 100 ekor, potensi jualan di pasaran dah RM 5,000 dah.Kalau 1,000 ekor dah berapa dah.


    Okey, harap dapat berkongsi pendapat lagi dilan kali.

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    611
    Thanks
    1
    Thanked 17 Times in 7 Posts

    Default

    Heh.. baru tahu beza ikan dari taiwan ngan dari turki. Naya je kaki nanti... thanks.

  4. #3
    New Member Array
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    12
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Kalau nak try boleh jugak.Kalau ikan Chin Chin masih kecil, OK le kot. tapi kalau dah tengok ikan tu besar semacam....bak kata Nabil.....lu fikirlah sendiri, hi ! hi!

    Ada yang tahu tak ? Kalau ikan tu dah dipacking dan dimasukkan kedalam plastik berisis oksigen, boleh tahan berapa lama?

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    611
    Thanks
    1
    Thanked 17 Times in 7 Posts

    Default

    Cuba try2 tanya kat forum www.bicarajutawan.com. Sana lebih senang sebab dah ada thread untuk perikanan, penternakan dan sbgnya.

  6. #5
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Malaysia
    Posts
    702
    Thanks
    18
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    mungkin thread ni sesuai kat sembang umum
    -rent-

  7. #6
    New Member Array
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    12
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Tujuan tread ini dimulakan bukanlah untuk membincangkan hanya sekadar untuk belajar bidang penternakan tetapi saya hendak mendapat pendapat bagaimana kita boleh exploitkan benda yang baru, yang panas yang hangat dan mendapat sambutan dunia dengan perniagaan internet.

    Di Singapura, perniagaan internet ini telah berkembang hingga mereka telah dapat menawarkan perkhidmatan spa fish ke rumah-rumah disebabkan terdapat permintaan atas sebab-sebab kesihatan/kebersihan.

    Banyak bidang perniagaan yang belum kita ketahui/ceburi umpamanya teknologi mempengsankan induk udang harimau untuk ekspot. Bila sampai ke negeri yang diekspot, induk udang tu dijagakan balik.

    Dengan teknologi sebegini dan kuasa internet, perniagaan akan mencapai taraf global dan di harap "orang kita" dapat mencengkupnya dulu sebelum benda yang panas dah jadi suam atau sejuk yang mana kita hanya menjadi pengikut, waktu itu "lion share" dah di ambil orang sebab dulu kita anggap peluang ini sebagai " sembang umum".

  8. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    SA
    Posts
    952
    Thanks
    5
    Thanked 7 Times in 3 Posts

    Default

    "Macam mana nak kenal Garra Rufa, lain kali lah saya cerita."

    nak tahu lah cammane nk kenal ikan tuh ikan Garra Rufa ke Tilapia/Chin Chin ??? kang g try service nih tersalah ikan plak... mostly kat shopping mall die tak bgtau nye die gune ikan ape..
    Blog
    **Nantikan kemunculan ebook MRR bahasa melayu**

  9. #8
    New Member Array
    Join Date
    Jun 2008
    Posts
    12
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by kodin View Post
    "Macam mana nak kenal Garra Rufa, lain kali lah saya cerita."

    nak tahu lah cammane nk kenal ikan tuh ikan Garra Rufa ke Tilapia/Chin Chin ??? kang g try service nih tersalah ikan plak... mostly kat shopping mall die tak bgtau nye die gune ikan ape..
    Terimakasih kerana berminat nak tau. sebenarnya saya ni bukan pakar ikan tapi peminat perniagaan internet dan of course bidang saya dalam cash management.

    Ikan Chin-Chin body dia agak besar sebab dia dari keluarga tilapia . Menjadi pilihan di shopping complex sebab harganya agak murah RM 3 sekor.

    Kalau kita lihat pada kaki orang yang terendam dalam air tu, ikan tu tak berapa mengerumuni kaki orang tu, tak seperti Garra Rufa.

    Ikan Garra Rufa agak tirus dan betul-betul bekerja keras mengutil kaki orang. Harganya agak mahal kira-kira RM 50 seekor, diimpot dari German. Kalau generasi ke 2, dibiakkan disini RM 18 seekor.

    Dari segi perniagaan internet, kalau ada yang berminat nak mengekspot produk ini ke luar negeri. Saya akan cuba berkongsi pengetahuan dengan saudara bagaimana kerajaan telah cuba menolong pengekspot dengan melantik Dagang Net sebagai "National Single Window" negara dalam mengkoordinat semua jaringan jabatan kerajaan melalui sistem internet untuk mempercepatkan proses mengekspot.

    Baik dari segi permohonan permit, penyediaan "eskspot manifest", deklarasi kastam, pembayaran etc,etc semuanya dilakukan dengan internet sepenuhnya oleh Dagang Net. Jadi kita tak perlu risau sangat komplikasi proses ekspot.

    Dengan inovasi kepantasan internet dalam menyediakan semua dokumentasi diatas, produk yang dulunya agak sukar diekspot kini telah menjadi mudah lebih-lebih lagi produk hidup.

  10. #9
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Mar 2008
    Location
    Sebuah tempat yang permai
    Posts
    728
    Thanks
    57
    Thanked 39 Times in 31 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by kamarulzaman68 View Post
    Terimakasih kerana berminat nak tau. sebenarnya saya ni bukan pakar ikan tapi peminat perniagaan internet dan of course bidang saya dalam cash management.

    Ikan Chin-Chin body dia agak besar sebab dia dari keluarga tilapia . Menjadi pilihan di shopping complex sebab harganya agak murah RM 3 sekor.

    Kalau kita lihat pada kaki orang yang terendam dalam air tu, ikan tu tak berapa mengerumuni kaki orang tu, tak seperti Garra Rufa.

    Ikan Garra Rufa agak tirus dan betul-betul bekerja keras mengutil kaki orang. Harganya agak mahal kira-kira RM 50 seekor, diimpot dari German. Kalau generasi ke 2, dibiakkan disini RM 18 seekor.

    Dari segi perniagaan internet, kalau ada yang berminat nak mengekspot produk ini ke luar negeri. Saya akan cuba berkongsi pengetahuan dengan saudara bagaimana kerajaan telah cuba menolong pengekspot dengan melantik Dagang Net sebagai "National Single Window" negara dalam mengkoordinat semua jaringan jabatan kerajaan melalui sistem internet untuk mempercepatkan proses mengekspot.

    Baik dari segi permohonan permit, penyediaan "eskspot manifest", deklarasi kastam, pembayaran etc,etc semuanya dilakukan dengan internet sepenuhnya oleh Dagang Net. Jadi kita tak perlu risau sangat komplikasi proses ekspot.

    Dengan inovasi kepantasan internet dalam menyediakan semua dokumentasi diatas, produk yang dulunya agak sukar diekspot kini telah menjadi mudah lebih-lebih lagi produk hidup.
    saya berminat la dengan ikan nie...kat umah saya memang ada berjinak-jinak dalam memelihara ikan nie..juz nak tumpu ikan yang boleh makan..ada jugak bercadang nak beli ikan makan kulit kaki nie...
    Syarikat Malaysia yg tawarkan servis hosting paling murah ?


    Siapakah anak Bill Gates yang sebenar ?

  11. #10
    New Member Array
    Join Date
    May 2008
    Posts
    7
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    mcm best ni. nanti bertambah secabang lagi agrotech selain lintah & cacing. dah tu tentu bekas dia lebih kecik sbb ikan tu kecik2 jer. ada visual gambar ikan tu dekat2 lg best. tak pa nanti kita cari.


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts