-
hehe
thanks sebab sudi share
aku ade gak terpk nak try massage ikan nie
tp was2 sebab mane taw rilek punye rilek sedar2 kaki dah abis kene "ngap"
hahaa
tenkiu bro for da information
=)
-
-
10-16-2008 04:02 AM # ADS
Circuit advertisement
-
Real Garra Rufa
Assalamu'alaikum n salam sejahtera,
Kat sini I nak share real garra rufa punyo ikan. Tak puas hati jugak sebab banyak yang kat shopping mall tu yg ciplak punya. Hmmm, kalo ada sesapa kat sini berminat ngan hobby ikan mengikan ni, especially guppy, boleh pm me. thanks.
real garra rufa link.
Slippery Little Suckers, Malaysia
boleh test yg ori punyo kat kedai nih. Tapi check with them first sebab diorang jual gak ikan nih.
-
-

Originally Posted by
kamarulzaman68
Assalamualaikum,
Cuma nak berkongsi pandangan dengan saudara semua tentang Dr Fish ni. Saya sebenarnya tak berapa berminat dengan produk physical ni, apatah lagi dengan benda bernyawa. Tapi, saya dapati Dr Fish ni dah jadi trend baru dan kalau kita pergi ke shopping complex , memang terdapat banyak perkhidamatan Spa/Massage kaki menggunakan ikan ini.
Saya dapati ikan ini memang menjadi rebutan di seluruh dunia dengan banyak pusat jualan diseluruh dunia menjualnya melalui internet dengan harga mencecah RM 50 seekor. Bayangkan kalau tempahan minimum 1,000 ekor. Ini tak mustahil sebab panjang seekor rasanya dalam 1 inci dan boleh dibela di akuarium je. Bayangkan dengan sekali jualan dapat RM 50,000.
Yang menjadi tandatanya, macam mana ikan ni diekspot melalui Airport? Tahan berapa lama? Ada yang boleh beri tunjuk ajar sikit tak?
Sedikit penerangan tentang Dr Fish ni, ikan ini asalnya berasal dari Turki atau nak detail lagi berasal dari tempat air panas (hot spring). Nama saintifiknya ialah Garra Rufa.
Hobi ikan ni ialah memakan kulit-kulit mati dikaki atau diseluruh badan. Memang telah terbukti dengan kajian oleh pihak universiti luar negara, ikan ini terbukti boleh menyembuhkan penyakit kulit dan menjadikan kaki anda selembut dan selicin kulit baby. Saya dah try dah, memang terbukti ikan ni memang bekerja keras mengutil kulit mati kaki kita dan side effeknya, memang hilang masaalah dunia sekejap melihat keletah ikan-ikan ni mengenyam celah-celah jari kita. Itu sebabnya dinamakan Dr Ikan atau massage Fish. Lupa nak bagitau, ikan ni tak bergigi dan menggunakan kuasa sedutan (betul ke bahasa ni) untuk mengutil kulit mati ni. Jadi, kaki dijamin selamat walaupun dikerumun mengalahkan piranha.
Satu jenis ikan lagi ialah spesis dari China dan berasal dari keluaga Tilapia dan diberi nama Chin Chin.Ikan ni harganya lebih murah dan memang dibela di China utk kegunaan Spa di sana sebagai pengganti Garra Rufa. Kiranya Garra Rufa spesis China le kot.
Sedikit penerangan tentang Chin Chin ni,ikan ini ialah spesis...........bergigi! Nama pun spesis tilapia, tentulah bergigi.Belum lagi terbukti dapat menyembuhkan penyakit kulit dan ikan jenis ni main belasah je, kulit mati pun dia sapu kulit hidup pun dia makan..........guna gigi pulak tu.
Itu sebab Spa banyak gunakan anak ikan Tilapia/Chin Chin ni. Kalau dah besar tak guna dah sebab naya kaki orang nanti.Kebanyakan ikan yang digunakan di Shopping Complex banyak guna spesis ini dan dari pemerhatian saya ikan ini tak banyak menunjukkan minat yang mendalam terhadap kaki orang berbanding dengan spesis Garra Rufa.
Kesian juga orang keluarkan duit tapi dapat Dr Ikan yang salah, cuma setakat window shopping je kat kaki dia orang.Naya betul.
Garra Rufa ni asalya dari keluarga Garra. Jadi hanya Garra Rufa yang boleh digunakan walaupun ikan Garra dari spesis lain berbentuk sama. Macam mana nak kenal Garra Rufa, lain kali lah saya cerita.
OK dah habis sedikit penerangan tentang ikan ni. Tibalah masa nak buat duit.
Dari amatan saya;
1) Ikan jenis ni boleh di bela di Akuarium, macam ikan lain juga.
2)Tak boleh bagi ikan ni makanan ikan kerap sangat, takut ikan ni bila dah besar jadi ikan lupakan kaki. Kita kena peringatkan dia yang spesis dia spesis makan kulit mati.
3) Bila dah beranak pinak , anak-anak ikan ni kena dipindahkan sebab jenis spesis ni spesis makan anak. Ni yang aku tak gemar ni.
4) Jagaan air dan suhu tu biasalah, macam bela ikan emas lah jugak. Cuma yang tak faham tu ada yang guna cahaya ungu ultra violet , ada yang tahu?
Katalah ikan ni bertelur 100 ekor, potensi jualan di pasaran dah RM 5,000 dah.Kalau 1,000 ekor dah berapa dah.
Okey, harap dapat berkongsi pendapat lagi dilan kali.
PEMBEKAL / PENGEDAR DAN PENIAGA DIPERLUKAN
-
-

Originally Posted by
aqifdg
hehe
thanks sebab sudi share
aku ade gak terpk nak try massage ikan nie
tp was2 sebab mane taw rilek punye rilek sedar2 kaki dah abis kene "ngap"
hahaa
tenkiu bro for da information
=)
Utk pengetahuan semua ikan ni bukan pirana, klu jenis pemakan kaki manusia spa-spa x buat ikan ni.
Bagi yang nak merasai kelainan Chin chin fish is so fun, enjoy, relaks.. almaklumla lain dr yang lain.. ikan yang jinak dan mudah didekati.
-
-
Aq skang nie pun dah berkira-kira nak ternak ikan.....yela...xpayah pakai space tanah banyak sgt. Tapi pasti ad cabarannya. Dh pkat JV ngan member aq. Insyaallah projek aq nie incoming.
Neway, thanks 4 the sharing.
-
Bookmarks