+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 18
  1. #1
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    kajang
    Posts
    1,656
    Thanks
    0
    Thanked 27 Times in 15 Posts

    Default Mulakan perniagaan internet anda dengan beberapa langkah..



    Assalammualaikum dan salam sejahtera,

    Artikel ini dari blog saya. Just nak kongsi di sini

    Dengan panduan yang betul, ilmu yang dikuasai, seseorang usahawan internet sudah boleh menjana pendapatan di internet dengan serta merta. Seseorang usahawan internet itu hanya akan berjaya apabila mereka mempunyai dedikasi, kemahiran dan sifat sabar menunggu hasil yang di idam-idamkan oleh setiap usahawan

    Ada beberapa langkah untuk memulakan perniagaan internet ini. Apa yang pasti, perniagaan internet tidaklah memerlukan modal yang besar seperti perniagaan secara nyata di luar sana. Yang pasti, anda perlulah mempunyai ilmu untuk memulakan perniagaan internet anda.

    Di bawah adalah beberapa langkah asas bagaimana memulakan perniagaan internet :

    1. Tuliskan matlamat perniagaan anda.

    Ianya amat penting untuk anda mempunyai matlamat dalam perniagaan disamping berusaha mencapainya. Berikut adalah beberapa soalan yang perlu anda tanya pada diri anda sendiri :

    * Kenapa saya ingin membina perniagaan internet?

    * Apakah produk ataupun perkhidmatan yang saya ingin hasilkan?

    * Adakah saya betul-betul menguasai produk atau perkhidmatan yang saya ingin hasilkan?

    * Mampukan saya bersaing dengan usahawan yang lain?

    Ambil masa untuk menjawab soalan-soalan di atas dan dalam masa yang sama kaji di manakah bidang anda.

    2. Pilih produk atau perkhidmatan yang anda ingin jual

    Di internet ini, terlampau banyak produk ataupun perkhidmatan yang boleh anda jual.

    Anda boleh jual produk yang anda hasilkan sendiri ataupun boleh dapatkan produk yang diberi hak jualan semula (Resale Rights, Master Resale Rights) ataupun anda boleh menyertai program affiliate dari mana-mana pihak ataupun individu yang membuka peluang tersebut.

    Namun, anda perlu pilih produk yang benar-benar berkualiti untuk di jual.Sekiranya anda menjual produk yang tidak seperti yang dijanjikan, anda hanya akan merosakkan kredibiliti anda sebagai usahawan.

    3. Nama domain perniagaan anda

    Adalah amat penting juga anda memilih nama domain perniagaan yang ringkas dan mudah di ingat oleh bakal pelanggan. Contoh mudah seperti “YAHOO”, "GOOGLE”, “PANDUANHTML" dan banyak lagi.

    Saya tahu, ada sesetengah orang menggunakan keyword pada domain mereka. Contoh seperti “perniagaan internet”.

    Jadi anda pun menggunakan nama domain seperti berikut “panduanperniagaaninternet.com”, ia nampak agak menarik namun ianya terlalu panjang dan tidak ringkas.

    4. Laman web perniagaan anda

    Mempunyai laman web perniagaan yang kemas dan teratur merupakan satu ciri-ciri anda serius dengan perniagaan.

    Berikut adalah panduan sekiranya anda ingin membina laman web perniagaan anda :

    1. Tentukan design laman web anda (warna tema laman web, button dan sebagainya). Sekiranya anda tidak mahir mengenai design-design ini, dapatkan grafik designer dan minta pendapat mereka mengenai warna dan sebagainya. Penting kerana ianya akan membuatkan pelanggan ‘melekat’ dan ingat laman web anda

    2. Isi kandungan. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda masukkan di dalam laman web anda. Antaranya :

    * Produk atau perkhidmatan
    * Harga
    * Testimonial
    * Frequently Asked Questions (soalan lazim)
    * Borang hubungi
    * Penafian (sekiranya perlu)
    * Borang pembelian produk

    5. Bagaimana hendak mempromosikan produk/perkhidmatan

    a. Menulis artikel :

    Tulis satu artikel tentang sesuatu topik(lebih elok berkaitan produk anda) dan letakkan link ke laman web anda di dalam artikel tersebut. Ini cara usahawan internet lakukan

    b. Search Engines :

    Beratus-ratus jenis Search Engines telah wujud di internet. Namun, saya cadangkan anda guna search engines seperti Alta Vista, Excite, Yahoo, Google. Boleh submit menggunakan Add your URL to Google (Google) dan Yahoo! Submit Your Site (Yahoo) ataupun guna Free Website URL Submission - Submit Google, Yahoo, MSN

    c. Directory :

    Masukkan juga laman web anda di dalam directory-directory yang banyak terdapat kini. Satu contoh seperti Yahoo.

    d. Iklan berbayar :

    Boleh promosi laman web produk anda melalui laman web yang menyediakan iklan berbayar. Namun, ianya mestilah laman web yang mempunyai pengunjung yang ramai.
    Contoh seperti di Berita Harian Online yang mempunyai pengunjung hampir satu juta sehari. Takkan tiada seorang pun yang tak klik iklan anda kan?

    e. Iklan percuma :

    Sekiranya anda tidak mampu membuat iklan berbayar, anda juga boleh meletakkan iklan anda secara percuma untuk menarik pengunjung ke laman web anda. Contoh seperti di Iklan Percuma. Iklan Percuma Dot Com - Portal Iklan Anda! - Malaysia's Top Free Online Classifieds - Iklan anda di sini hari ini - PERCUMA dan banyak lagi.

    f. Beritahu rakan, keluarga atau saudara mara anda :

    Sekiranya anda mempunyai kawan-kawan, ahli keluarga atau saudara mara, yang mempunyai akaun email, oleh emailkan kepada mereka laman web anda. Bagi ingin menarik lagi, berikan apa-apa bonus untuk mereka sekiranya mereka mempromosikan laman web anda.

    g. Berikan business card atau flyers :

    Berikan kepada orang ramai business card anda, flyers kepada mereka. Apa yang perlu diletakkan di dalam business card anda seperti alamat email, url laman web dan nombor telefon. Mungkin juga boleh guna strategi seperti point no.6 di atas, berikan sesuatu kepada mereka seperti ebook percuma, report dan sebagainya mengikut kreativiti anda.

    6. Track pemasaran produk anda

    Berikut adalah beberapa contoh soalan yang perlu anda jawab :

    * Berapa ramai pelawat yang melawat laman web anda?

    * Berapa ramai pelawat yang mendaftar sebagai mailing list anda atau berapa ramai pelawat yang membeli produk anda?

    * Apabila anda menghantar email, berapa ramai yang membukanya dan berapa ramai yang klik link yang anda berikan?

    Sebab kenapa perlu anda jawab soalan di atas kerana sekiranya anda tidak tahu jumlah pelawat yang datang ke laman web anda, mungkin ramai tetapi tidak membeli, dari track yang anda lakukan ini dapat memperbaiki apa yang dirasakan perlu.

    Mungkin disebabkan harga yang terlampau mahal, mungkin anda tidak menyatakan manfaat produk anda kepada pelawat, mungkin juga laman web yang kurang menarik(ini saya pernah alaminya sendiri) dan banyak lagi.

    Kesimpulan

    Penting saya ingin mengingatkan anda, 6 bulan pertama perniagaan anda adalah masa untuk anda belajar. Jangan terlalu mengharapkan keuntungan beribu-ribu ringgit sekiranya anda baru bermula.

    Malah, usahawan-usahawan yang lain juga menyatakan mereka mengambil masa bertahun-tahun untuk merasai ‘kemanisan’ berniaga di internet.

    Anda jangan berfikiran negatif terhadap apa juga kegagalan pada permulaan anda ingin memulakan perniagaan dan jangan juga anda dikelilingi mereka-mereka yang berfikiran negatif seperti memperleceh usaha anda walaupun mereka adalah kawan baik anda dan sebagainya.

    Tahukah anda, hanya seorang sahaja kawan saya di ofis saya yang tahu saya membuat perniagaan internet, dia tahu sebab dia juga minat dengan perniagaan internet, selebihnya, kawan-kawan saya tidak berminat berdasarkan perbualan mereka. So, saya tidak akan menghebahkan apa yang saya sedang lakukan sekarang(ebiz)

    Apa yang penting ialah anda perlu berfikiran positif dan fokus dengan perniagaan anda selagi anda berada di ‘landasan’ ingin membina kejayaan.

    Salam usahawan,

    Mazlie Nadzri
    VirtualNiaga - Penyedia Perkhidmatan Membina Minisite, Banner, Ecover, Sistem Affiliate, PPL, Portal Iklan, dan Squeeze Page

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    segamat
    Posts
    2,118
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    tips yang bagus..

  4. #3
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jan 2008
    Location
    kajang
    Posts
    1,656
    Thanks
    0
    Thanked 27 Times in 15 Posts

    Default

    Moga ada yang bermanfaat
    VirtualNiaga - Penyedia Perkhidmatan Membina Minisite, Banner, Ecover, Sistem Affiliate, PPL, Portal Iklan, dan Squeeze Page

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2008
    Location
    http://mytopup2u.com
    Posts
    1,029
    Thanks
    0
    Thanked 6 Times in 5 Posts

    Default

    tip yang menarik...thanks bro....moga di murahkan rezeki...

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Sungai Petani
    Posts
    386
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    good tips...

  7. #6
    New Member Array
    Join Date
    Nov 2008
    Posts
    6
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Bagus tip2 neh. Boleh la gune tuk start business internet neh.

  8. #7
    New Member Array
    Join Date
    Jan 2009
    Posts
    0
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    satu tips yg bgus bro.amat berguna sekali utk newbie yg ingin berkecimpung dalam ebiz..Thanks

  9. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Kota Bharu, Kelantan
    Posts
    2,170
    Thanks
    53
    Thanked 13 Times in 12 Posts

    Default

    tip ni la yang dikehendaki...

  10. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2008
    Location
    DesignCun.com
    Posts
    1,062
    Thanks
    25
    Thanked 5 Times in 3 Posts

    Talking

    Yee terime kasih untuk artikel ini......:rolleyes:

  11. #10
    New Member Array
    Join Date
    Feb 2009
    Posts
    11
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    artikel yg berguna.. terima kasih di atas info yg diberikan.


 

Similar Threads

  1. Tarik Lebih Trafik ke Website Anda!!
    By b1naryc0de in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 70
    Last Post: 09-04-2011, 07:20 AM
  2. Replies: 41
    Last Post: 07-30-2011, 03:55 PM
  3. Replies: 23
    Last Post: 02-24-2009, 01:42 PM
  4. Memulakan Perniagaan Internet #oleh Shuth
    By copernicus in forum Perniagaan Internet
    Replies: 16
    Last Post: 02-04-2009, 11:21 AM
  5. 7 sebab kenapa cara hidup peniaga internet amat bergaya sekali!
    By mhhafeez in forum Perniagaan Internet
    Replies: 29
    Last Post: 10-11-2008, 03:55 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts