+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 17
- 08-03-2008 12:57 AM #1WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2008
- Location
- " MALAYSIA i love... "
- Posts
- 840
- Thanks
- 0
- Thanked 8 Times in 2 Posts
Memulakan Perniagaan Internet #oleh Shuth
Perniagaan Internet, Bila Nak Mula Kan?
"Saya memang dah lama teringin nak buat bisnes online ni! tapi masalahnya, saya tak tahu nak mula macam mana. Tak tahu nak jual apa! tak tahu nak buat website!... takde modal dan....bla.. bla... bla..."
Pernahkah ayat tersebut terlintas di fikiran anda? Saya pasti.. ramai yang mengalami situasi seperti di atas. Anda seronok melihat orang lain menjalankan perniagaan di internet.. mendengar orang itu.. orang ini.. mendapat wang berganda-ganda dengan mudah hasil perniagaan internet yang mereka jalankan. Tengok orang tu.. jadi jutawan dengan hanya jual peta secara online.. tengok orang nie.. dapat ribu-ribu dengan hanya duduk depan komputer.. waaaahh.. anda teruja.. teringin untuk melakukan perkara yang sama seperti mereka lakukan.
Melihat keadaan tersebut, anda pun mula mencari maklumat mengenai perniagaan internet. Beli buku, pergi seminar, surf internet, masuk forum, baca artikel, download ebook dan sebagainya... setelah berbulan-bulan membuat kajian dan mencari maklumat mengenai perniagaan internet... anda masih begitu sahaja... tidak juga lagi memulakan langkah anda. Anda tersangkut dengan situasi.. mencari.. mencari dan terus mencari. Mana satukah kaedah yang betul dan berkesan untuk memulakan perniagaan di internet. Namun begitu, ini adalah lebih baik jika ingin dibandingkan dengan situasi orang lain yang terburu-buru.
Ada sesetengah yang tidak sabar... terus sahaja menyertai mana-mana peluang atau program yang kononnya adalah merupakan perniagaan internet....asal ada sebut e-commerce saje, terus masuk, sebut internet biz.. terus masuk!, tanpa ada usul periksa terlebih dahulu.. kononnya, dengan menyertai perniagaan atau program tersebut.. anda tidak perlu bersusah payah.. hanya masukkkan duit.. dan tunggu beberapa hari atau minggu, anda akan menjadi kaya dengan sekelip mata. Atau pun, jadi ahli... tak perlu buat apa.. hanya cari orang.. anda akan menjadi kaya selepas 3 kali jumaat.
Seperti perniagaan konvensional, perniagaan di internet tidak jauh bezanya. Anda perlu mempunyai sedikit ilmu bagaimana untuk memulakannya, anda tidak boleh terburu-buru dan juga tidak boleh terlalu lama mencari kaedah atau langkah yang sempurna untuk memulakan perniagaan internet.
Tidak boleh terburu-buru kerana anda mungkin akan menjadi mangsa penipuan di internet.
Tidak boleh terlalu lama juga kerana di takuti, akhirnya.. anda tidak akan membuat apa-apa pun langsung dan ini akan menjadikan keinginan anda pudar sedikit demi sedikit dan akhirnya lenyap begitu sahaja.
Oleh itu.. Berapa lamakah tempoh yang sesuai untuk saya belajar dan mengkaji tentang perniagaan internet sebelum memulakannya?... Saya tidak boleh memberikan jawapannya kepada anda. Ia bergantung kepada diri anda! Sepantas mana anda belajar sesuatu perkara yang baru dan sepantas mana anda memahaminya dan sejauh mana usaha anda. Semuanya terpulang pada anda. Namun begitu, mengikut pengalaman saya sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang lain, anda sepatutnya sudah mampu untuk memulakan langkah pertama anda di dalam perniagaan internet selepas 6-8 bulan menelaah dan membuat kajian tentang bidang ini. Tetapi, jika setelah lebih dari 9 bulan dan anda masih termanggu-manggu dan belum memulakan apa-apa... mungkin anda perlu berhenti berfikir sekejap dan terus melakukannya berbekalkan ilmu yang anda sedia ada. Anda tidak perlu risau... anda boleh terus belajar di samping meneruskan langkah anda di dalam perniagaan internet ini.
Seperkara lagi yang anda perlu tahu dan faham apabila ingin menceburkan diri di dalam perniagaan internet. Buangkan jauh-jauh pemikiran kolot ingin "cepat kaya". Pemikiran ini sebenarnya bukanlah tertumpu pada perniagaan internet sahaja, malah, jika anda menjalankan perniagaan secara konvensional pun, pemikiran kolot seperti ini perlulah dibuang jauh-jauh.
Ada juga sesetengah orang, agak gementar untuk memulakan perniagaan internet. Workshop sudah pergi, produk sudah ada, pelan perniagaan pun sudah ada. Tetapi, masih tidak memulakanny perniagaan internet mereka. Bila ditanya "Mengapa masih belum memulakan perniagaan internet anda?" Jawapan yang diberikan... "Saya tidak tahu bagaimana nak mula." Pada saya, ini bukanlah disebabkan masalah tidak tahu bagaimana nak mula, tetapi, ia adalah lebih kepada masalah keyakinan diri. Jika anda mengalami situasi sebegini, saya nasihatkan anda agar.. "just do it". Anda sudah tahu membuat website, jadi buatlah, tidak mengapalah jika website anda kurang menarik. Itu adalah sesuatu yang normal untuk "pertama kali". Perkara itu anda boleh perbaiki dari masa ke semasa. Percayalah, sekali anda melangkah.. langkah eterusnya akan menjadi lebih mudah.
Akhir kata, jangan terlalu lama berfikir, kelak anda akan ketinggalan. Jangan terlalu terburu-buru kelak anda akan tersungkur. Buangkan pemikiran kolot ingin cepat kaya kerana ia boleh menyesatkan anda. Mulakan langkah dengan yakin, insyallah anda akan menemui jalan kepuncak kejayaan.
Sekian, Salam cyber dari saya dan selamat maju jaya. Wassalam.
Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Internet Entrepenuer
www.mohdsuhaimy.com
www.wangcyber.com
P/S: Untuk mendapatkan tips2 mengenai perniagaan internet serta program wang internet yang betul, sertailah perbincangan komuniti usahawan internet kami
============================================
dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada WC.
(copy and paste... hakcipta terpelihara Shuth)
" copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<
- 08-03-2008 12:57 AM # ADS
- 08-07-2008 10:28 AM #2Pioneer Member Array
- Join Date
- Mar 2008
- Location
- Sebuah tempat yang permai
- Posts
- 728
- Thanks
- 57
- Thanked 39 Times in 31 Posts
artikel ini memang bagus untuk newbie seperti saya...saya masih lagi belajar dan mengkaji peluang-peluang.Tetapi,sebagai langkah permulaan,saya telah mula membuat blog sendiri.....Hanya untuk berkongsi apa-apa info terbaru dengan mereka-mereka yang masih belajar...
- 08-07-2008 07:33 PM #3
- 08-08-2008 02:29 AM #4
info bagus!
baru aku faham. tak perlu tunggu lama dan jangan terlalu terburu-buru.Minda. Psikologi. Motivasi. - http://megat.net
- 08-09-2008 10:53 PM #5Pioneer Member Array
- Join Date
- Mar 2008
- Location
- Sebuah tempat yang permai
- Posts
- 728
- Thanks
- 57
- Thanked 39 Times in 31 Posts
tunggu lama sangat pun tak leh...terburu-buru sangat pun tak leh...Memang rasulullah mengajar kita untuk bersederhana dalam stiap perkara yang kita lakukan...
- 08-09-2008 11:10 PM #6
keyakinan???
memang keyakinan itu penting dalam sesuatu perbuatan atau pekerjaan...tak kala disebabkan pernah gagal..ia bukan bererti gagal selamanya...bangkit semula teruskan perjuangan...WC banyak bagi input yang berguna..tq.
- 10-11-2008 04:32 PM #7Senior Member Array
- Join Date
- Oct 2008
- Location
- Kedah-Selangor-BBU
- Posts
- 236
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
post yg sgt menarik bro shuth
mmg tidak dinafikan kita tidak boleh terburu2 dlm melakukan apa jua,xkirala perniagaan internet ke,offline biz ke atau perkara2 yg lain.pilih ms yg plg sesuai utk memulakan perniagaan internet bila dirasakan ilmu yg kita dpt tu mampu menggerakkan kita ke next level,jika lambat kita akn terus ketinggalan.
- 01-25-2009 05:01 AM #8
Seingat aku, selepas seminggu balik dari kursus perniagaan internet, aku terus buat, apa yang ada, itulah hasilnya, tapi tak berhenti disitu, teruskan lagi, ada dapat ilmu lagi sikit, terus apply.
Takde tunggu-tunggu deh.. sebab perkataan 'just do it' tu ada dalam kepala aku. 3 bulan kemudian, baru dapat income pertama.
Tu kira cepat ke lambat tu?Blog Saya http://www.enemdy.com
Hidup bermatlamat adalah lebih seronok! http://www.panduanmatlamat.com

- 01-25-2009 06:08 AM #9
- 01-25-2009 10:36 PM #10WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2008
- Location
- DesignCun.com
- Posts
- 1,062
- Thanks
- 25
- Thanked 5 Times in 3 Posts
Terime kasih En. Suth atas tulisan yang bernas.Harap akan ade lebih banyak lagi daripada anda.Bagus untuk di buat panduan.:rolleyes:
Similar Threads
-
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet
By smartusaha in forum Perniagaan InternetReplies: 110Last Post: 01-26-2012, 09:26 AM -
Ebook Percuma - 5 Langkah Wajib Memulakan Perniagaan Internet
By Din Beramboi in forum Teknik Pemasaran InternetReplies: 37Last Post: 10-25-2011, 09:15 PM -
7 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Di Dalam Perniagaan Internet #oleh Shuth
By copernicus in forum Perniagaan InternetReplies: 23Last Post: 02-24-2009, 01:42 PM -
7 sebab kenapa cara hidup peniaga internet amat bergaya sekali!
By mhhafeez in forum Perniagaan InternetReplies: 29Last Post: 10-11-2008, 03:55 AM -
[NOTA PENTING]: Dari Zero Jadi Hero!!
By CekDet in forum Teknik Pemasaran InternetReplies: 17Last Post: 05-05-2008, 09:56 PM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote






Bookmarks