+ Reply to Thread
Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 24
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    " MALAYSIA i love... "
    Posts
    840
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 2 Posts

    Post 7 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Di Dalam Perniagaan Internet #oleh Shuth



    Adakah anda sudah mempunyai perniagaan internet? Bagaimanakah dengan perniagaan tersebut? Maju? Berjaya? atau.. kurang berkesan?

    Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai beberapa kesalahan-kesalahan umum yang sering dilakukan oleh orang ramai di dalam menjalankan perniagaan internet mereka yang seterusnya, menyebabkan perniagaan mereka gagal ataupun sukar mendapatkan pelanggan.

    Setelah anda mengetahui mengenai 7 kesalahan ini, diharapkan anda dapat meminimunkan risiko kegagalan anda dan sekaligus menjimatkan masa anda untuk mencapai kejayaan yang diimpikan di dalam perniagaan internet.

    Berikut adalah 7 kesalahan yang sering dilakukan.

    #1) Menggunakan Webhosting & Nama Domain Percuma Untuk Web Perniagaan Anda

    Terus terang saya katakan, jika anda benar-benar serius ingin menjalankan perniagaan di ineternet. Janganlah sekali-kali menggunakan webhosting free untuk website anda. Kecuali, jika anda membuat website anda hanya untuk suka-suka dan sebagai hobi sahaja.

    Antara penyedia perkhidmatan webhosting percuma adalah seperti Angelfire, Tripod, Geocities, HyperMart, FreeYellow, dsb.

    Mengapa? Ini kerana, terdapat beberapa webhosting percuma yang mempunyai masa download yang sangat lambat. Selain itu,website anda juga akan dipenuhi dengan iklan-iklan dari penyedia perkhidmatan webhosting percuma tersebut. Perkara ini bukan sahaja akan menyebabkan website anda sukar untuk diakses, malah kredibiliti serta profesionalisme anda juga boleh dipertikaikan.

    Lebih-lebih lagi jika website anda menjual produk yang menjanjikan wang segera atau menawarkan janji-janji manis menjadi kaya dengan mudah kepada pelanggan-pelangganya. Adakah anda rasa orang akan percaya dengan website anda?. Benarkah jika menjadi ahli atau jika membeli produk yang ditawarkan di website anda, maka pelanggan tersebut boleh menjadi kaya? Jika ya! Sudah pastilah anda sudah kaya.. oelh itu, takkan lah webhosting & domain name pun anda tak mampu nak beli?

    Pada masa kini, sudah terdapat banyak penyedia perkhidmatan webhosting yang menyediakan perkhidmatan mereka dengan harga yang murah. Misalnya, di sempoihosting.com. anda sudah boleh memiliki webhosting dengan hanya RM9 setahun serta domain name dengan harga serendah RM35 setahun. Adakah ia terlalu mahal untuk anda membina kredibiliti bagi perniagaan internet anda?

    Oleh itu, jika anda benar-benar serius ingin menjalankan perniagaan di internet. Dapatkanlah webhosting serta domain name yang berbayar untuk website perniagaan internet anda.

    #2) Terlampau banyak grafik serta audio

    Ini pula adalah kesalahan kedua yang perlu anda pertimbangkan apabila anda ingin membina website perniagaan internet anda. Tujuan utama anda membuat website adalah untuk menjual produk atau perkhidmatan anda bukan? Oleh itu, semua unsur-unsur yang boleh menggangu tumpuan pengunjung anda untuk membeli produk atau perkhidmatan di website anda haruslah dihindarkan atau dibuang sama sekali.

    Elakkan penggunaan grafik yang terlalu berat serta muzik-muzik yang menyakitkan telinga.
    Lainlah jikalau website anda itu sememangnya menjual CD lagu atau video, maka, mungkin anda boleh meletakkan sedikit audio sebagai preview di website anda.

    Jika anda tidak percaya, anda boleh lihat sendiri contoh-contoh website perniagaan internet yang berajaya seperti yahoo, amazon dan ebay. Bilakah kali terakhir anda mendengar muzik apabila membuka website tersebut? Tidak pernah bukan?

    #3) Tidak meminta maklumbalas dari pelawat anda

    Ini pula adalah kesalahan selepas anda mempunyai website. Selepas anda mempunyai website perniagaan, anda perlulah mendapatkan sedikit pandangan serta maklumbalas dari pengunjung anda. Ini kerana, orang yang membeli produk anda adalah merupakan pengunjung website anda. Oleh itu, kita perlulah mengetahui, apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi mereka membuat keputusan untuk membeli.

    Contohnya seperti, pengunjung-pengunjung yang mengunjung laman web anda merasakan, mereka amat perlu untuk mengetahui butir-butir diri anda seperti, no telefon serta alamat perniagaan anda. Ini kerana, mereka merasakan maklumat tersebut amat penting bagi mereka jika mereka ingin membeli sesuatu produk secara online. Mereka tidak mahu lagi tertipu dengan peniaga-peniaga yang hanya meletakkan alamat email di bahagian "contact" mereka. Mereka mahu nombor telefon anda kerana ia memudahkan mereka menghubungi anda jika produk yang dibeli tidak sampai kepada mereka.

    Dengan meminta sedikit pandangan dan maklumbalas dari pengunjung anda, anda mungkin akan terperanjat dengan maklumbalas-maklumbalas yang mereka berikan, dan jika anda bertindak pula setelah mengetahu apa kemahuan pengunjung anda, anda pasti akan lebih terperanjat lagi dengan hasil yang akan anda perolehi.

    #4) Membuang Masa Dengan Melakukan Aktiviti Yang Tidak Produktif

    Seperti yang kita sedia maklum, waktu adalah sesuatu yang lebih berharga daripada wang. Oleh itu, anda perlulah bijak mengenalpasti aktiviti manakah yang lebih penting dan perlu diutamakan.

    Contohnya, penggunaan masa untuk aktiviti promosi serta pemasaran bagi website anda. Adakah anda tahu teknik manakah yang paling berkesan di dalam mempromosikan perniagaan anda? Jika anda tidak tahu, itu bermakna, anda telah pun mempersia-siakan waktu anda. Oleh itu, anda perlulah menganalisa semua aktiviti pemasaran anda dan kenalpasti, teknik manakah yang lebih berkesan.

    Oleh itu, anda perlulah bijak mengatur masa dan menggunakan masa anda kepada perkara-perkara yang lebih efektif dengan menukarkan perkara-perkara rutin kepada suatu sistem yang berbentuk automasi, seperti menukarkan cara penghantaran email follow-up daripada manual kepada automatik. Menukarkan kaedah penghasilan website agen daripada manual kepada automatik. Dengan itu, anda akan mempunyai lebih banyak masa untuk mempromosikan website anda.

    #5) Tidak Membangunkan dan Mempunyai Pengakalan Data Email Opt-in

    Awas, ini adalah satu kesalahan yang besar jika anda melakukannya. Apabila anda mempunyai sebuah website, anda perlulah memastikan website anda sekurang-kurangnya mampu untuk mengumpul nama & alamat email pengunjung-pengunjung anda. Hal ini adalah sama seperti anda meminta kad bisnes orang-orang yang datang ke kedai anda. Jika pada hari ini mereka datang ke kedai anda dan tidak membeli apa-apa. Tetapi, dengan memiliki kad bisnes pengunjung tersebut, anda mampu untuk menghubungi semula orang tersebut dan memaklumkan mereka tentang apa-apa promosi yang anda adakan di kedai anda. Dengan itu, mereka mungkin akan datang kembali ke kedai anda dan mula berminat dengan apa yang anda tawarkan.

    Bayangkan jika anda tidak meminta kad bisnes mereka. Sekali mereka melangkah keluar dari kedai anda, anda akan kehilangan terus prospek anda. Anda tidak mampu untuk menghubungi mereka semula dan memaklumkan mereka tentang apa-apa promosi yang anda jalankan pada masa hadapan. Bukankah itu suatu yang merugikan?

    #6) Melakukan Spam

    Inilah kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh peniaga-peniaga internet di Malaysia. Spam yang saya maksudkan disini bukanlah hanya di dalam konteks penghantaran email yang tidak di undang, malahan, penghantaran mesej di dalam forum-forum yang tidak berkaitan juga adalah merupakan suatu spam.

    Contohnya, di suatu forum, ahli-ahlinya sedang serius membicarakan mengenai persoalan pencemaran air di malaysia. Tiba-tiba, anda masuk dan menghantar mesej.. "MARILAH MENDERMA!! DENGAN HANYA RM10 ANDA AKAN MENJADI KAYA!!"...

    Jadi, apakah perasan anda jika anda adalah salah seorang ahli forum tersebut? Marah bukan? Bengang? Geram? Benci?... Jadi, usahlah melakukan spam. Ia bukan sahaja boleh membuatkan orang ramai marah dan benci kepada anda. Malah reputasi anda sebagai peniaga juga akan tercemar. Jika reputasi anda telah tercemar, anda buka 10 kedai/website pun orang takkan percaya dan beli dari anda.
    " copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    " MALAYSIA i love... "
    Posts
    840
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 2 Posts

    Post sambungan...

    #7) Menyangka, untuk berjaya di dalam perniagaan internet adalah sangat mudah.

    Pemikiran seperti ini haruslah dihindarkan. Untuk berjaya di dalam perniagaan internet, anda perlulah berusaha keras sebenarnya. Anda tidak mungkin dapat membangunkan satu perniagaan internet yang berjaya,dalam jangkamasa 1 atau 7 hari sahaja. Pelbagai perkara perlu dilakukan, dari mula proses penghasilan idea, marketing plan, buat website, seo, promosi dan sebagainya. Semua itu memerlukan usaha dan masa yang berpanjangan. Jadi, jika ada rakan anda yang berkata kepada anda bahawa anda boleh berjaya dalam waktu yang singkat dengan membuat pelaburan di dalam bisnes internet. Jangan mudah percaya dan jangan menjadi mangsa seperti pelabur-pelabur perniagaan dot com dulu yang mengalami trauma sehingga kini.

    Itulah sahaja yang dapat saya kongsikan bersama kepada anda pada kali ini. Sebenarnya, terdapat banyak lagi kesalahan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga internet, terutama sekali bagi mereka yang baru hendak mula menceburi bidang ini. Namun begitu, hanya 7 kesalahan inilah sahaja yang sempat saya kongsikan bersama anda pada kali ini. Diharapkan, dengan artikel ini, anda dapat memulakan perniagaan anda dengan lebih mudah dan lebih baik.

    Semoga anda berjaya di dalam perniagaan internet anda.

    Sekian, Salam cyber dari saya. Wassalam.

    Mohd Suhaimy a.k.a shuth
    Internet Entrepenuer
    www.mohdsuhaimy.com
    www.wangcyber.com

    P/S: Untuk mendapatkan tips2 mengenai perniagaan internet serta program wang internet yang betul, sertailah perbincangan komuniti usahawan internet kami

    ============================================

    dibawakan kembali secara eksklusif daripada WC kepada WC. (copy and paste... hakcipta terpelihara Shuth)
    " copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<

  4. #3
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Sep 2008
    Location
    The-Affiliate-Cash-Secrets.Com
    Posts
    1,583
    Thanks
    0
    Thanked 4 Times in 3 Posts

    Default

    Thanks bro. Nice tips!

  5. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    May 2007
    Posts
    6,383
    Thanks
    5
    Thanked 27 Times in 26 Posts

    Default

    bagus bagus bagus.... penyek rep hijau... rep hijau... camner nak tekan rep hijau neh????????

  6. #5
    WC Premium Array
    Join Date
    Jun 2008
    Location
    " MALAYSIA i love... "
    Posts
    840
    Thanks
    0
    Thanked 8 Times in 2 Posts
    " copernicus. anak muda yang sangat bersemangat untuk berjaya. semoga dengan doa kalian, copernicus capai impian. di dunia maya, copernicus aktif (DI SINI) (DI SINI); antara jalan yang dilalui (selamanya insyaALLAH) motto: IDEA EKSTREM = JUTAWAN EKSTREM " >>> RAHSIA SEBENAR Usahawan Internet <<<

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2008
    Location
    kuala lumpur
    Posts
    164
    Thanks
    5
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Thumbs up

    tip berguna untuk semua.. teruskan sharing artikel berguna bro!! good job!!:cool:

  8. #7
    New Member Array
    Join Date
    Oct 2008
    Posts
    1
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Now i know...Thx Bro

  9. #8
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Apr 2007
    Location
    Malaysia
    Posts
    701
    Thanks
    18
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Sememangnya benar apa yang di senaraikan oleh shuth tu. harap ada lagi kompilasi seperti ini.
    -rent-

  10. #9
    Moderator Array
    Join Date
    Feb 2008
    Location
    Bangi
    Posts
    1,829
    Thanks
    26
    Thanked 103 Times in 54 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by copernicus View Post
    x ramai yg tau.. terutama newbie..
    "Otak mesti gerak, tindakan mesti ligat bukan sekadar sembang yg lebat"

    DVD "Rahsia Lubuk Duit" oleh Noorizam Shah telah dilancarkan. So aku nak offer bonus terbaik kepada yang beli DVD drp link aku.. http://bit.ly/duitsempoi
    Bonus Khas Pembeli:
    1. Account ebay US (usia 10 bulan ) TERHAD
    2. Account paypal (belom verify)
    Ym: suhaimy_55
    suhaimi-umar.com ADD FACEBOOK

  11. #10
    New Member Array
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    gombak, kl
    Posts
    19
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    mantap broo...mcm pernah bc je tapi di mana ye.....ah, tak kisahla asalkan info yang berkualiti


 

Similar Threads

  1. A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche
    By saifulsham in forum Perniagaan Internet
    Replies: 663
    Last Post: 02-09-2012, 11:13 AM
  2. AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi
    By percuma in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 34
    Last Post: 01-02-2012, 12:09 PM
  3. "Business Owner Mind-set"
    By Shukor in forum Perniagaan Internet
    Replies: 2
    Last Post: 07-08-2008, 04:14 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts