Ok kali ini masih nak cerita pasal PLR. Kenapa? Sebabnya topik PLR ini luas dan kebanyakan webmaster masih tak tahu potensi sebenarnya dalam hal bagaimana PLR ini membantu memaksimumkan pendapatan
perniagaan internet mereka. Di sini saya ingin menyentuh pula topik mengenai artikel PLR. Bagaimana ianya memberikan faedah kepada kita. Sebab ramai orang beranggapan artikel PLR ini kalau digunakan akan menjadi duplicate content. Sebenarnya mereka lupa bahawa artikel PLR ini boleh digunakan untuk pelbagai cara lagi.
Perkara asas apabila anda mempunyai PLR artikel
* Pertama, anda boleh menukar tajuk artikel mengikut keyword anda sendiri. Tetapi ini optional.
* Boleh ubah perenggan pertama supaya nakpak lebih berinformasi atau boleh “menagkap” perhatian pembaca.
* Ubah atau tambah mana-mana perenggan di dalam artikel berkenaan disamping menjaga gaya bahasa dan penulisan.
* Ubah perenggan akhir atau kesimpulan mengikut persepsi anda sendiri.
Selepas anda membuat perkara-perkara di atas walaupun ianya optional, maka berikut di bawah adalah beberapa cara anda menggunakannya selain digunakan sebagai website content anda.
PLR artikel digunakan sebagai:-
Report khas atau report pendek
Kadang-kadang terdapat pembaca yang tidak gemar membaca ebook yang panjang dan tebal. Mereka lebih suka straight to the point. Maka dengan sebab inilah munculnya report-report yang terdapat pada masa sekarang.
Anda boleh mengumpulkan beberapa artikel yang mempunyai topik yang sama. Susunkan bab mengikut kesesuaian dan pastikan info yang diberikan adalah berguna dan mempunyai point yang relevan. Maka terciptalah report yang terdiri daripada beberapa gabungan atau siri artikel itu tadi.
Kempen email
Anda boleh gunakan artikel PLR ini dan diberikan kepada subscriber mailing anda sebagai e-course. Seperti biasa pastikan artikel yang dipilih adalah berguna kepada jenis subscriber anda. Contoh artikel yang baik adalah artikel yang memberikan info mengenai tips, cara atau kaedah mengenai sesuatu topik. Dengan cara ini, maka subscriber anda akan lebih menghargai anda kerana mereka mendapat info-info yang berguna daripada anda.
Hasilkan e-book
Tidak mustahil untuk anda hasilkan sebuah ebook daripada beberapa gabungan artikel PLR yang anda perolehi. Seperti dalam menghasilkan report pendek, anda perlu memastikan info yang diberikan adalah lengkap dan dipersembahkan dengan sebaik yang mungkin. Cuma anda mungkin perlu mencari sumber informasi lain agar ebook anada menjadi lebih lengkap. Selepas menghasilkan ebook anda ini, secara tak langsung anda mempunyai ebook terbitan sendiri dan boleh dijual mengikut kehendak anda.
Kesimpulan
Sebenarnya produk PLR baik artikel, ebookataupun software jika digunakan dan diubah mengikut kreativiti dan inisiatif anda sendiri, anda pasti boleh menjanakan pendapatan darinya. Ataupun sekurang-kurangnya mampu membantu anda meningkatkan lagi pendapatan perniagaan internet anda. Kita perlulah buka minda kita dan cuba cari peluang yang ada.
_____________________________
