+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 22
Thread: 8 Cara Buat Duit Di Internet
- 07-24-2008 02:57 PM #1
8 Cara Buat Duit Di Internet
Ramai yang tertanya tanya bagaimana nak buat duit di internet? Apakah rahsia buat duit di internet ini? Saya ceritakan 8 cara yang boleh anda lakukan untuk mencari duit tambahan di internet. Ada yang berisiko tinggi, ada yang berisiko rendah. Terpulang kepada anda untuk menilai samada ianya sesuai untuk anda ataupun tidak.
Kesemuanya memerlukan usaha yang gigih daripada anda. Bukan sekadar Duduk Diam Dapat Duit (4D). 4D adalah judi namanya. Jangan memperjudikan wang anda. Jauhi pelaburan internet dan perniagaan yang menjanjikan pulangan yang tidak masuk akal dalam masa yang singkat tanpa sebarang usaha. Ia sangat berbahaya dan berisiko tinggi. Malah ia berkemungkinan besar adalah tipu ataupun scam!
1.Program Pengiklanan (PPC Publisher)
Ia adalah program dimana terdapat perkongsian pendapatan diantara syarikat pengiklanan Pay Per Click dan webmaster seperti anda. Contoh program sebegini ialah Google Adsense, Yahoo Publisher, Bidvertiser, Clicksor dan banyak lagi. Kita akan menolong syarikat iklan tersebut untuk membuat promosi iklan daripada pengiklan dan kita akan diberikan share daripada setiap klik yang terhasil. Ianya dari 1 sen hingga berpuluh puluh dolar bagi setiap klik bergantung kepada berapakah pengiklan bayar untuk setiap klik tersebut. Lebih banyak klik yang pelawat laman web kita klik iklan, lebih banyak yang kita akan dapat. Jika kita mempunyai pelawat yang ramai, kemungkinan untuk mendapat hasil yang banyak adalah tinggi! Program yang paling terkenal ialah Program Google Adsense oleh Google. Anda boleh dapatkan Panduan Raja Adsense di Raja Adsense: Rahsia Menjana Wang dengan Google Adsense untuk maklumat lanjut tentang buat duit dengan google adsense.
2.Produk Digital
Dengan bahasa mudah produk digital adalah produk yang tidak dapat dipegang kerana ia dalam format digital.Biasanya ia hanya boleh digunakan dengan mengunakan komputer. Contoh produk digital ialah ebook,video,grafik,perisian dan banyak lagi. Ia merupakan antara perniagaan internet yang paling menguntungkan kerana pemilik boleh menjualnya berulang kali tanpa merisaukan tentang kehabisan stok atau menyimpan stok. Penjual biasanya akan menghantar produk menerusi email dan produk berkenaan boleh didownload ke komputer pembeli. Isu utama dalam produk digital ialah cetak rompak. Ia sememangnya tidak dapat dielakkan lagi. Jangan risau. Ia tidak akan memberikan kesan yang besar jika anda mengambil langkah berjaga jaga tentang produk anda. Produk kegemaran saya ialah ebook. Anda boleh dapatkan Ebook Rahsia Penulis Ebook di Rahsia Penulis Ebook- Bagaimana Membuat Duit dengan Ebook bagi mengetahui bagaimana untuk anda memulakan perniagaan ebook dan produk digital anda sendiri.
3. Jual Iklan
Kini semakin banyak laman web iklan yang menawarkan khidmat iklan percuma. Mereka juga ada menawarkan iklan yang berbayar dengan kadar yang berpatutan. Pelbagai jenis direktori pengiklanan muncul pada hari ini. Yang paling terkenal ialah Monsun Biz yang kini semakin tiada hala tuju. Antara direktori pengiklanan yang terkenal di Malaysia ialah Cari Classified, IklanPercuma.com, IklanNiaga.com, Mudah.com.my dan banyak lagi. Jika anda berminat untuk membinanya, anda perlukan sedikit perancangan untuk direktori iklan anda. Jika diperingkat antarabangsa pulak, pelbagai konsep direktori pengiklanan diperkenalkan. Orang Malaysia yang berpengalaman dalam direktori iklan ialah Alang dimana pendapatan beliau mencecah RM20K sebulan menerusi iklan di direktori iklan belian. Beliau pernah ditemuramah di beberapa akhbar nasional seperti NSTP dan Kosmo tentang kejayaan beliau.
4.Produk Fizikal
Jika produk digital produk yang tidak dapat dipegang. Produk fizikal pulak ialah produk yang dapat dipegang dan disentuh. Tumpuan penjualan produk fizikal biasanya menerusi laman kedai online dan laman web pihak ketiga seperti Ebay dan Lelong. Bagi menjual produk fizikal bagi pasaran Malaysia, Lelong.com.my adalah tempat yang terbaik. Ia mempunyai pelanggan yang tetap yang sememangnya gila membeli. :-). Produk seperti telefon bimbit, gadget,kamera,produk komputer, jam tangan dan banyak lagi adalah antara produk panas di Lelong. Bagi pasaran antarabangsa pulak, anda boleh mengunakan Ebay. Ebay mempunyai laman Ebay tempatan seperti Ebay.com untuk US,Ebay.co.uk untuk UK,Ebay.com.au untuk Australia, Ebay.com.de untuk Jerman, Ebay.com.my untuk Malaysia dan banyak lagi. Tempat paling mudah menjual ialah di Ebay.com,Ebay.co.uk dan Ebay.com.au. Anda boleh dapatkan buku dikedai buku berdekatan dengan anda tentang menjual di Lelong.com.my dan jugak menjual di Ebay.
4.Forex
Anda minat dengan forex atau tukaran wang asing ni? Ramai yang mengalami kerugian dalam forex ni. Ia merupakan cara cari duit dalam kategori berisiko tinggi. Forex juga bergantung kepada teknikal dan fundamental analisis yang bagus. Saya pernah terjebak sekejap dalam forex ini. Saya stop setelah mengalami kerugian dalam masa 1 hari. Sebabnya fundamental analisis yang kurang skit. Teknikal analisis semata mata tidak cukup untuk membuat untung dengan forex. Terdapat banyak broker forex.Pilih yang sesuai. Anda perlukan seorang guru untuk membantu anda dalam trading forex. Cadangan saya ialah Bro Nasir. Anda boleh layari Kuasa Forex.Kuasa Menjana Kekayaan Terpantas di Dunia.. Saya dulu pernah guna ajaran beliau dalam ebook kuasa forex tu. Tapi akibat terlalu tamak, ia hilang sekelip mata.
. Jika anda ingin berforex ni, pastikan mental anda kuat. Trade ikut pasaran bukan ikut hati anda. Jangan trade jika pasaran tidak menentu. Kalo rajin,saya mungkin terjebak balik kot dalam forex. Tapi kecil kecilan la dulu untuk tambah modal. Ingat terdapat 2 jenis forex. Pilih broker yang menawarkan Islamic Forex. Modal minimum bergantung kepada anda. Nilai yang selamat ialah USD1000 untuk start dalam forex. Boleh start dengan modal dengan lebih rendah, tapi berhati hati la ye.
5.Affiliate
Program affiliate merupakan program seperti jurujual. Kita akan mendapat komisen daripada jualan dan sebagainya. Kini kebanyakan produk menawarkan program affiliate mereka sendiri. Bagi pasaran antarabangsau pulak ialah Clickbank,PayDotCom,CJ,PepperJam Network dan banyak lagi. Bagi program affiliate produk digital yang terbaik ialah Clickbank. Terdapat lebih daripada 15,000 produk yang boleh anda promote. Anda boleh dapatkan panduan clickbank di Pelancaran Panduan ClickBank ~ 3 Super Affiliate Bongkarkan Rahsia Mereka! ~ Terhad & Rahsia ... ! untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk anda buat duit dengan clickbank. Anda boleh download report percuma saya tentang clickbank di Laporan Percuma Clickbank
6.Perkhidmatan
Terdapat banyak perkhidmatan yang boleh anda buat. Ia juga sangat lumayan. Jika anda menawarkan khidmat untuk pasaran antarabangsa. Ia lebih lumayan. Perkhidmatan seperti web design, ecover, consulting dan sebagainya boleh anda lakukan di internet. Harganya anda yang tentukan. Bagi pasaran antarabangsa, caj sebanyan USD300 - USD1000 adalah perkara biasa. Malah ada yang lebih tinggi! Bagi servis membuat video teaser atau video korporat ada yang mencecah $20K bagi 30 saat video. Tapi pastikan ia adalah berkualiti. Anda akan menerima tempahan tidak henti jika perkhidmatan anda yang tip top. Mereka akan menyarankan perkhidmatan anda kepara rakan rakan mereka. Jadi tawarkan perkhidmatan yang terbaik.
7.MLM
Multi level Marketing atau MLM online sememang boleh buat duit untuk anda. Tetapi anda perlu membuat kajian terlebih dahulu la. Pastikan ia tidak membebankan anda. Buat kajian dengan teliti seperti marketing plan dan sebagainya.
8.Pay Per Action
Ia seperti program affiliate jugak. Tetapi pelawat tidak semestinya membeli produk yang ditawarkan. Biasanya anda akan dibayar jika ada orang subcribe,daftar,download dan sebagainya. Bagi mereka, ia sudah memadai jika ada orang melanggan khidmat mereka dan mereka akan membayar sesiapa yang membawa ahli baru kepada mereka. Bayaran juga agak lumayan. Malah ada yang membayar sehingga USD30 bagi setiap orang yang mendaftar dalam program mereka. Antaranya ialah laman web dating, ringtones dan sebagainya. Anda perlu bijak memilih program yang sesuai untuk anda promosikan. Pastikan ia tidak melanggar batas batas agama. Cari lah rezeki yang halal ye.
Ini adalah 8 cara yang boleh anda buat duit di internet. Anda banyak cara lagi sebenarnya. Saya hanya menyentuh secara general atau umum sahaja. Saya juga mengabungkannya menjadi 8 kategori ini sahaja. Ia bergantung kepada kemampuan anda untuk melakukannya.
Saya sukakan perkara yang boleh diautomasikan. Ia membolehkan saya membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Namun, setiap perniagaan anda perlu lakukan promosikannya. Tanpa promosi anda tidak akan mendapat apa apa. Hanya Forex yang tidak perlu anda promosi. Yang lain, anda perlu promosikannya. Anda boleh dapatkan Panduan Adwords di Panduan Asas Google Adwords dan Panduan Pengiklanan Media di Rahsia Pengiklanan Berkesan di Media dan Internet.
Saya just copy and paste daripada artikel yang saya tulis caj di Shamsuriyadi.com - Part 1. Dekat 2 jam jugak.
- 07-24-2008 02:57 PM # ADS
- 07-24-2008 10:06 PM #2
maklumat yang padat
- 07-25-2008 12:44 AM #3WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Lahad Datu,Sabah
- Posts
- 5,210
- Thanks
- 103
- Thanked 73 Times in 62 Posts
- 07-25-2008 12:57 AM #4Junior Member Array
- Join Date
- Mar 2008
- Location
- pontian
- Posts
- 65
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Lama tak dengar kabar Rajaads...yelah dah nak kahwin katakan....rajaadsense updates baru nampak.........
- 07-25-2008 03:55 AM #5
Aku dah beli Panduan Adsense, memang padat & berguna. Aku dah buat dekat 10 blog melalui blogspot.
Tapi rasa frust bila x de org klik pun kat iklan tu. Bila dah lama x update, lupa password la plak...
- 07-25-2008 01:17 PM #6
Assalammualaikum,
Betul tu, maklumat yang padat, tetapi sebelum tu kita kena pilih model yang mana satu nak buat, selepas tu fokus, bila dah berhasil baru buat model yang lain. Dulu saya main terjah je, semua nak buat. La ni dah fokus kepada satu cabang sahaja.
Moralnya, fokus pada satu model dahulu sehingga berhasil dan kita boleh "set and forget"
- 07-28-2008 08:46 AM #7
- 07-28-2008 09:31 PM #8
belajar adalah long term process... jadi jangan berhenti untuk belajar..
untuk berjaya..
1.Cari Ilmu
2.Rancang
3.Buat
4.Tawakal
5.Terus Berusaha
- 07-29-2008 12:15 AM #9
mula2 dulu semua nak buat..skrg kene fokus usaha sampai sukses
- 07-29-2008 11:21 AM #10WC Premium Array
- Join Date
- Jul 2007
- Location
- K. Selangor
- Posts
- 268
- Thanks
- 10
- Thanked 7 Times in 4 Posts
Hehe... info yang bagus. Antara 8 perkara diatas yang paling saya excited untuk belajar no.8 iaitu Pay Per Action sebab tak tahu sangat yang ni. Tapi apa yang saya tahu ramai usahawan internet membuat teknik ni dengan membuat landing page khas dimana setiap opt-in akan dibawa pada page program jenis Pay Per Action ni selepas mereka subscribe. Secara spontan para subscriber pada sebuah landing page itu tadi akan membuat pendaftaran pada program Pay Per Action yang didirectkan kepada mereka. Cuma pada landing page tersebut kena lah nyatakan benefit yang diperolehi oleh para subscriber.
Sambil menyelam sambil minum air. Mean that kita kumpul list bukan utk memberi report make money online ke hapa ke, tapi me'refer'kan mereka pada program Pay Per Action melalui link affiliate kita.
Antara program Pay Per Action yang popular yg ramai usahawan internet buat adalah pay per play (mungkin sebab bayaran per register tinngi kot). Apa pun tu cuma pengalaman yg saya nampak sendiri lah. Thanks Sham atas info berguna ni.
Similar Threads
-
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet
By smartusaha in forum Perniagaan InternetReplies: 110Last Post: 01-26-2012, 09:26 AM -
7 Petua Tradisional Buat Duit, Cari Duit Dari Internet! (Siri 1 - 2)
By mhhafeez in forum Perniagaan InternetReplies: 41Last Post: 07-30-2011, 03:55 PM -
Buat Duit & Cari Duit Dengan Internet - FREE PDF
By code7 in forum Perniagaan InternetReplies: 91Last Post: 12-30-2008, 08:22 PM -
7 sebab kenapa cara hidup peniaga internet amat bergaya sekali!
By mhhafeez in forum Perniagaan InternetReplies: 29Last Post: 10-11-2008, 03:55 AM -
E-Book Percuma - Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz
By titaniumhijau in forum Program Jana Wang OnlineReplies: 145Last Post: 05-23-2008, 07:53 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks