Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Web Advertising
TurboTax
Classical Christian Homeschooling
Arcade Games
Debt Consolidation

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Perniagaan Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 07-21-2008, 05:02 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Question "Dah Banyak Kali Tertipu"

Saya telah beberapa kali mendapat emel daripada mereka yang telah SERIK ditipu sama ada oleh usahawan internet yang sebenar atau scam. Usahawan internet yang dimaksudkan di sini ialah mereka yang menjual produk panduan buat duit di internet.

Mereka yang rasa tertipu ini telah merasakan bahawa penjual panduan tersebut hanya ingin mengambil kesempatan dan memperalatkan para newbie yang tidak tahu apa-apa. Lantas akibatnya, kemungkinan besar mereka akan fobia dan tidak mahu lagi membeli ebook atau produk panduan buat duit di internet.

Kata mereka, "saya dah cuba apa yang disyorkan, tapi tak jadi. Tak dapat pun hasil!".

"Saya dah banyak membeli panduan, tapi hasil langsung takder!".

"Panduan tu rahsia kononnya. Tapi rupanya kosong!"

Agak-agak anda, apakah punca perkara ini terjadi? Siapa yang bersalah atau siapakah yang patut dipersalahkan? Si pembeli itu kah, atau si penjual?

Ini pendapat saya:

Penjual: Kebanyakan penjual (penulis ebook) tidak menulis selengkap yang mungkin ATAU tidak memberikan bantuan yang sewajarnya. Dapat duit terus senyap. Si pembeli terkapai-kapai kelemasan. Si penjual enjoy...

Pembeli: Ebook atau panduan itu dah Ok. Tapi masalahnya si pembeli itu terlalu tinggi harapan dan impiannya. Ya lah, di sales letter dijanjikan macam-macam. Lepas buat nak dapat 1 sen pun susah! Masalahnya pembeli ini (kebanyakannya) hanya mahu mudah, nak cepat dan tak mahu usaha kuat. Lantas dipersalahkan orang lain.

Semuanya ada pro dan kontra. Saya selaku penulis dan penjual ebook tidak boleh menyalahkan hanya satu pihak semata-mata, tapi harus berlaku adil dalam memberikan pendapat. Malah, saya atau anda tiada kuasa untuk mengatakan si dia bersalah dan si anu silap sebab kadang2 benda ni terlalu subjektif.

Cuma langkah yang wajar ialah, sama-samalah kita para usahawan terutama yang menulis ebook / panduan tu, cubalah BANTU pembeli anda sebaik mungkin. Jangan lepas dapat duit terus lesap entah ke mana. Ingat, di sales letter anda dah janji macam-macam. Jadi adalah satu perkara yang TIDAK WAJAR jika anda tidak menunaikannya.

Tip:

1. Sebab itu jangan jual panduan dengan harga murah. Juallah dengan harga yang sepadan. Tapi pastikan isi kandungan tu OK lah.

2. Buatlah dua pakej. Satu, hanya beli sahaja tanpa bantuan pelajaran. Pakej dua, disertakan dengan bantuan pelajaran selain rujukan ebook semata. So kira berbaloilah anda membantu mereka.

3. Jangan terlalu over promise. Janji itu la, janji ini laa. Last-last tak tunaikan. Cukuplah janji apa yang anda mampu. Selebihnya over deliver.

4. Jujur. Nyatakan di sales letter bahawa pembeli perlu usaha kuat, rajin dan berdisiplin jika mahu berjaya. Jangan hanya menyatakan janji yang mengujakan semata-mata.

Dan tip kepada pembeli pula terutama newbie:

1. Usah beli kalau tak perlu. Habis cerita.

2. WAJIB ada usaha, disiplin dan ikut 100% apa yang disarankan dalam panduan. Pengalaman saya lah sepanjang menjual ebook, ramai pembeli skip bacaan. Lepas tu mulalah timbul masalah itu dan ini. Rupanya tak ikut turutan.

3. Jangan beli sebelum tanya pendapat orang lain atau membaca ulasan terhadap produk tersebut.

4. Beli dalam keadaan sedar. Buat keputusan yang bijak. Gunakan sebaik mungkin kebijaksanaan anda.

5. Jangan fikir mahu mudah sahaja. Pengalaman saya juga dapati, rata-rata ramai orang mahu mudah. Itu nak mudah, ini nak mudah. Kalau boleh tak nak buat benda yang susah-susah. Patut la susah nak berjaya.

6. Jangan target hasil yang besar dalam masa yang singkat. Tak payah percayalah hype yang begitu banyak di internet yang mengatakan buat duit dalam beberapa minit, seminggu atau sebulan terutama untuk newbie. Tak perlu percaya. Rata-rata usahawan internet (tanyalah mereka), mula dapat hasil yang konsisten selepas beberapa bulan berusaha. Itu pun trial & error dan telah keluarkan pelbagai kos. Termasuk la kena tipu sekali. Dalam tempoh sebulan dua mula buat ebiz, ia adalah tempoh pembelajaran. Belajar dulu sampai faham. Macam mana nak buat duit kalau tak faham betul-betul dan tak kuasai kemahiran tertentu?? Patut la tak berhasil, tak faham dan tak kuasai skill rupanya..

Jadi kepada newbie terutamanya, setkan minda anda betul-betul bahawa perniagaan internet atau buat duit di internet ni bukan sesenang seperti yang dijanjikan oleh kebanyakan orang. Kemudian, buang jauh-jauh mindset mahu mudah terutama pada peringkat awal ni. Bila dah berjaya nanti, barulah fikir macam mana nak leverage dan permudahkan ebiz yang dilakukan. Mula-mula ni masa untuk bersusah payah dulu.

Kesimpulan di sini ialah, semua pihak perlu ada tanggungjawab sendiri. Yang menulis panduan tu, pastikan hasilkan panduan yang betul-betul membantu. Tak lengkap pun tak apa, sebab anda boleh continue dengan bantuan lanjutan. Dan kepada pembeli, usaha usaha usaha dan belajar belajar belajar. Jangan sekadar buat sikit dan kemudian menharapkan esok hari duit dah masuk mencurah-curah. Wahh, kalau macam tu ramai la orang berjaya kat dunia ni. Mudah.. Tapi sorry, tak ada short cut!

Wassalam.


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 07-21-2008, 05:41 PM
whitelim's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 411
whitelim is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Setuju dengan tuan,

Mengambil kesempatan atau matlamat menghalalkan cara.
Ramai yang memiliki kemahiran " MEMUJUK" hanya dengan sales latter.

Kata orang tua-tua " Indah khabar dari rupa " tapi kita JUDGE THE BOOK BY IT COVER.

Maka dalam kegairahan nak buat duit....kita lupa hal-hal ASAS dan mudah...iaitu....tiada yang mudah dalam apa juga aspek kehidupan kini.

Olih itu.....sebagai orang lama di WANGCYBER.....saya menasihatkan kepada adik-adik yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia TANPA SEMPADAN ni.....cari lah GURU yang MURSID . Insaallah pasti selamat.
__________________
Why does network marketing sound so good in theory...
yet never seem to play out that way in practice? get the answer now :-

http://ruslanjohari.the7greatliesofnetworkmarketing.com


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 07-21-2008, 05:42 PM
amanz's Avatar
WC300
 
Join Date: Jul 2006
Location: Rawang, Selangor
Posts: 796
amanz is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to amanz
iTrader: (4)
Default

Huhu..nice tips zul.

P.S: Hari nie, aku chat ngan sorang budak UNiSEL. Alih-alih dia citer, dia dapat ebook hang (bloggingkits) secara FREE. Huhu. Mungkin perkara ini pun perlu diberi perhatian. Bukan pembeli jer asyik kena tipu, tapi penulis a.k.a penjual pun ada yang kena tipu gak. Hmm..


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 07-21-2008, 05:45 PM
Adnin's Avatar
WC300
 
Join Date: Mar 2007
Location: http://www.soyadiy.com
Posts: 838
Adnin is on a distinguished road
iTrader: (7)
Default

Bro, kalau pembeli tu tak mau tanya/minta tolong pada penjual nak buat apa?


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 07-21-2008, 06:16 PM
gooler's Avatar
Senior Member
 
Join Date: Jun 2007
Posts: 238
gooler is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to gooler
iTrader: (9)
Default

Hmmm..kalaulah ada cara mudah nak berjaya
__________________
>>>>>>>>> WEBSITE FOR SALE - $5.95

Cari.ws


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 07-21-2008, 06:57 PM
whitelim's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 411
whitelim is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by gooler View Post
Hmmm..kalaulah ada cara mudah nak berjaya
Tak ada cara mudah nak berjaya...... kalau nak gagal mudah dan cepat caranya.
__________________
Why does network marketing sound so good in theory...
yet never seem to play out that way in practice? get the answer now :-

http://ruslanjohari.the7greatliesofnetworkmarketing.com


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 07-21-2008, 07:02 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Quote:
Originally Posted by Adnin View Post
Bro, kalau pembeli tu tak mau tanya/minta tolong pada penjual nak buat apa?
Tak apa lah.. Kita dah bagi peluang, terserah kat dia nak gunakan peluang yang diberikan. Kadang2 kalau kita terlebih bagi, ada juga yang tak suka. Serius, memang ada jenis begitu.


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 07-21-2008, 07:13 PM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Quote:
Originally Posted by amanz View Post
Huhu..nice tips zul.

P.S: Hari nie, aku chat ngan sorang budak UNiSEL. Alih-alih dia citer, dia dapat ebook hang (bloggingkits) secara FREE. Huhu. Mungkin perkara ini pun perlu diberi perhatian. Bukan pembeli jer asyik kena tipu, tapi penulis a.k.a penjual pun ada yang kena tipu gak. Hmm..
Hmm... Dah belajar tinggi, pandai2 lah fikir sendiri apa yg patut.


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 07-21-2008, 07:37 PM
hyipwatch's Avatar
Junior Member
 
Join Date: May 2008
Location: Semerah, BP
Posts: 134
hyipwatch is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to hyipwatch
iTrader: (1)
Default

panduan saya sebelum membeli apa2 jenis ebook pun kat internet ialah saya buat survey dulu.... terutamanya ebook mat salleh banyak sgt yg duplicate teknik. boleh gak buat survey kat forum-forum untuk kita tau sama ada ebook tersebut berkualiti atau tidak.

sebelum beli ebook bahasa melayu..rujuk dulu forum wangcyber! kan senang!


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 07-21-2008, 08:03 PM
batagolek's Avatar
Pioneer Member
 
Join Date: Jan 2006
Posts: 752
batagolek is an unknown quantity at this point
iTrader: (4)
Default

Quote:
Originally Posted by smartusaha View Post
Hmm... Dah belajar tinggi, pandai2 lah fikir sendiri apa yg patut.
itulah sebabnya antara faktor tak berjaya sebab ilmu tu dapat ikut jalan tak betul...kalo nak belilah, naya weh kat pembuat ebook tu, makan masa dan perlukan banyak pengorbanan nak hasilkan ebook panduan...memang inilah antara masalah utama penggiat IM di Malaysia, samaada karya diedar atau dijual secara lambak dengan harga murah...memang tak patut!!
__________________
Rahsia: Jom Niaga Internet ! - Blog Perniagaan Internet 2007


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
16 Rahsia untuk berjaya di dalam pemasaran anda.. vibe venom Teknik Pemasaran Internet 13 03-23-2008 02:01 AM
Nape os ada leh banyak? taiping_online Ada Sesiapa Yang Tahu... 13 12-09-2007 12:40 PM


All times are GMT +8. The time now is 08:50 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0