Artikel kali ini tak panjang, tapi saya akan kongsikan:
1) Satu model ebiz yang amat fleksibel walaupun memerlukan masa yang banyak.
2) Contoh sebenar bagaimana saya mencari prospek tanpa menggunakan blog, iklan atau list semasa saya mula-mula melakukan ebiz dulu.
3) Teknik Ganda Income
4) Tukar Produk Kepada Servis
5) Tukar Servis Kepada Produk
6) Tip Urusniaga Servis
Model ebiz yang saya mahu ketengahkan ialah: SERVIS
Semua orang sudah tahu, tapi ramai yang melihat bahawa servis ini amat meletihkan, ambil masa banyak dan sakit kepala dengan karenah pelanggan.
Ya, betul. Saya akui sebab saya sudah mengalaminya. Tapi cuba fikirkan sekali lagi, kalau anda caj beratus-ratus kepada pelanggan tu, maka wajarlah untuk dia 'buat karenah' yang tidak berlebih-lebih. Maksudnya, dia berhak untuk menyatakan pendapat dan keinginan dia. Kita sebagai usahawan, tak boleh kata tidak apa yang dia nak.
Mengapa saya kata buat servis boleh jadi kaya cepat?
Mudah sahaja. Saya bagi kira-kira dalam matematik sahaja sebagai jawapan kepada persoalan tu.
Bandingkan dua kira-kira berikut:
1) Servis Bina Website
Caj = RM600
Jumlah Pelanggan Sebulan = 5 orang
PENDAPATAN SEBULAN =
RM3000.00
2) Jual 1 Produk
Harga = RM50.00
Jumlah Pelanggan Sebulan = 30 orang
PENDAPATAN SEBULAN =
RM1500.00
Dengan hanya 5 orang pelanggan sahaja, anda dapat lebih banyak daripada menjual produk di mana untuk mendapatkan RM1500, anda perlu jual kepada 30 orang.
Tapi, apa kata kalau promosi anda agresif untuk khidmat online anda tersebut? Bagaimana kalau 10 orang pelanggan sebulan? 20 orang? 30 orang?
15 orang x RM600 =
RM9000.00
Sekali lagi saya ulangi, kalau anda sakit kepala dengan pelanggan anda pun, hanya untuk beberapa orang sahaja, bukan dengan ratusan dan ribuan orang pelanggan!
Buat servis walaupun dapat seorang dua pelanggan, dah kira bagus berbanding menjual produk yang tidak mudah untuk mendapatkan jualan. Walaupun caj servis adalah mahal, tapi ia sudah biasa di minda kebanyakan orang. Mereka mengerti. Tapi lain dengan produk, mereka kalau boleh mahukan harga yang rendah dan rendah lagi.
Dan dari aspek lain, walaupun tak ramai yang boleh bayar mahal untuk servis, at least takkan tak boleh dapat 5 orang sebulan? Katakan anda caj RM300 untuk satu servis:
5 pelanggan x RM300 = RM1500.00
Sikit? Tak apa, teruskan pembacaan anda. Ada strategi lagi untuk tambah income.
Jadi pendek kata di sini, kalau anda jual produk dan untuk dapat RM1500, anda maybe perlukan sekitar 30 orang. Tapi untuk servis, hanya perlu dapat sekitar 5 orang sahaja. Bayangkan, hanya handle 5 pelanggan sebulan. Sudah pasti tak pening sangat bukan?
Kesimpulan kedua, anda bermain dengan harga, bukan volume. Sorang pelanggan pun dah dapat ratus-ratus. Tapi tidak untuk jual produk.
2) Contoh sebenar...
Masa saya mula dulu, saya tak ada list lagi. Blog pun trafik boleh bilang dengan jari. Nama smartzul pun orang tak kenal sangat. TAPI, saya boleh dapatkan pelanggan. Agaknya macam mana?
Inilah rahsia yang saya ingin dedahkan dan cara ini bukan spam. Kalau anda anggap ia spam, sila baca semula takrifan spam tu apa. Jangan keliru...
Caranya ialah, saya masuk ke laman iklan macam iklanpercuma.com tu. Then anda tengok iklan orang yang jual apa-apa produk tapi mereka hanya gunakan emel sahaja untuk berurusan dengan pelanggan, tiada website. Jadi inilah sasaran saya. Saya ambil emel mereka atau apa2 info contact mereka dan saya hubungi.
Apa yang saya katakan dalam emel saya kepada target tersebut ialah tawaran saya kepada beliau untuk membina laman web kepadanya dengan harga yang 'murah'. Ingat, satu emel hanya kepada satu prospek sahaja ya. Jangan bulk emel, itu spam!
Gaya bahasa emel anda dalam menawarkan servis anda kepada mereka haruslah dalam bentuk komunikasi yang 'matang' dan perlu ada ciri2 personal. Sebut nama dia, nyatakan produk dia, bagitahu kat mana anda dapatkan emel dia dan cerita sikit siapa anda.
Just bagitahu tawaran anda sahaja. Jangan sesekali paksa mereka bertindak segera. Biar mereka buat keputusan sendiri.
Mengapa perlu cari prospek dan kenapa tak buat iklan sahaja? Jawapannya mudah. Cari prospek lebih cepat berbanding menunggu prospek menghubungi kita. Malah sudah pasti kita akan hubungi mereka dan berbeza pula pada diri prospek, mereka mungkin nak contact kita, tapi maybe mereka malu dan menangguh.
Saya betul2 buat teknik ni dan client yang saya dapat tu menjadi pelanggan tetap saya. Malah kami pun rapat dan saling beremel antara satu sama lain. Dalam dunia ni, kadang2 sesuatu benda tu subjektif. Apa yang kita anggap, kadang2 lain pula anggapan orang lain. Contohnya pelanggan saya tadilah. Tak sangka kami boleh menjadi kawan online sambil berurusniaga.
Jadi, buat sahaja. Jangan fikir banyak2. Syaratnya, buat dengan penuh etika dan profesional.
Oh ya, masa saya mula2 dulu, saya tak ada laman web portfolio. Malah itulah antara projek terawal saya. Tapi saya boleh yakinkan client tu untuk bagi saya projek. Caranya mudah sahaja nak bagi mereka yakin. Antaranya, bagitahu faedah kalau mereka dapatkan servis anda. Kedua, cerita siapa anda. Ini wajib! Ketiga, berikan caj diskaun. Kalau caj servis tu RM500, maybe boleh kenakan RM450. Dengan cara ni, ia akan menarik minat mereka.
Dan satu lagi tip ialah, anda mesti amalkan amalan tawar menawar. Kalau anda caj RM500 dan ada bakal pelanggan berminat dengan servis anda, dan mereka nyatakan bahawa mereka akan dapatkan servis anda, tapi mereka nak dengan caj RM450. Maka terimalah sahaja tawar menawar mereka tu. Tak rugi pun.
Kaedah yang saya gunakan kat atas ialah untuk servis membina laman web. Saya tak pastilah ia sesuai untuk semua servis. Tapi saya rasa ia sesuai untuk kebanyakan servis Online. Atau, anda sesuaikanlah apa yang patut teknik mencari prospek di atas dengan servis yang anda lakukan.
Oh ya, lupa pulak saya nak beritahu. Masa saya mula-mula dulu, saya tak guna laman web pun. Semua komunikasi melalui emel dan SMS/Call.
Tip last, tak semestinya anda gunakan laman iklan untuk cari pelanggan. Boleh juga gunakan mana-mana forum dan fokus di ruangan iklan. Be creative!
Ingat pesanan saya: Buat dengan penuh beretika, jujur dan profesional. Jangan spam!
3) Teknik Ganda Income
Katakan anda caj pelanggan anda sebanyak RM300. Sikitnya...

Tak apa, kita guna teknik ganda income atau lebih biasa dikenali sebagai back-end.
Katakan anda sudah mendapat pelanggan untuk satu servis anda. Dah siap pun projek tu. Dalam masa yang sama, katakan anda ada satu produk yang berkaitan. Apa yang boleh anda lakukan di sini ialah tawarkan produk tu kepada mereka dengan harga diskaun. Contoh ayat:
"Saya ada satu produk bertajuk Panduan Perniagaan Internet. Antara kandungannya ialah (nyatakan kandungan produk tersebut).... Mungkin panduan ini dapat membantu Encik melakukan ebiz dengan lebih lancar. Disebabkan Encik adalah pelanggan sedia ada saya, maka saya jual panduan ini dengan harga RM35 sahaja. Harga asal ialah RM45.00. Kalau berminat, sila beritahu saya".
Saya memang buat cara ni. Dan memang menjadi.
4) Tukar Produk Kepada Servis
Katakan anda menjual ebook cara membina laman web, anda boleh buat juga servis membina laman web. Selain mencari prospek dengan cara yang saya berikan sebelum ini, para pembeli ebook anda itu juga adalah bakal prospek. Hubungi pembeli ebook anda dan cakap begini:
"Walaupun anda telah mempunyai ebook panduan laman web, namun tak semestinya anda boleh membina laman web yang memuaskan hati. Malah mungkin anda tiada masa untuk melakukannya sendiri. Jika anda mahukan laman web yang profesional dan designnya menarik, anda boleh gunakan khidmat saya. Jika berminat, sila hubungi saya dengan menyatakan laman web bagaimana yang anda mahukan. Saya akan berikan harganya sesuai dengan apa yang anda mahu...".
Saya pun buat teknik ni. Sebagai contoh, ada seorang pembeli Pakej Kit Blogger (panduan buat blog) saya meminta saya buatkan blog dan setup laman web reseller untuk dia. Cajnya lebih kurang RM400 tak silap saya. Apa yang saya dapat sahaja daripada dia?
Kit Blogger versi Reseller = RM127.00
Caj Setup Blog dan Web = RM400.00
JUMLAH = RM527.00
Itu baru seorang. Kalau ramai??
Bersambung di bawah...