+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 41
Thread: Ebiz: Rahsia Kaya Cepat & Mudah
- 07-15-2008 03:40 AM #1WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Artikel kali ini tak panjang, tapi saya akan kongsikan:
1) Satu model ebiz yang amat fleksibel walaupun memerlukan masa yang banyak.
2) Contoh sebenar bagaimana saya mencari prospek tanpa menggunakan blog, iklan atau list semasa saya mula-mula melakukan ebiz dulu.
3) Teknik Ganda Income
4) Tukar Produk Kepada Servis
5) Tukar Servis Kepada Produk
6) Tip Urusniaga Servis
Model ebiz yang saya mahu ketengahkan ialah: SERVIS
Semua orang sudah tahu, tapi ramai yang melihat bahawa servis ini amat meletihkan, ambil masa banyak dan sakit kepala dengan karenah pelanggan.
Ya, betul. Saya akui sebab saya sudah mengalaminya. Tapi cuba fikirkan sekali lagi, kalau anda caj beratus-ratus kepada pelanggan tu, maka wajarlah untuk dia 'buat karenah' yang tidak berlebih-lebih. Maksudnya, dia berhak untuk menyatakan pendapat dan keinginan dia. Kita sebagai usahawan, tak boleh kata tidak apa yang dia nak.
Mengapa saya kata buat servis boleh jadi kaya cepat?
Mudah sahaja. Saya bagi kira-kira dalam matematik sahaja sebagai jawapan kepada persoalan tu.
Bandingkan dua kira-kira berikut:
1) Servis Bina Website
Caj = RM600
Jumlah Pelanggan Sebulan = 5 orang
PENDAPATAN SEBULAN = RM3000.00
2) Jual 1 Produk
Harga = RM50.00
Jumlah Pelanggan Sebulan = 30 orang
PENDAPATAN SEBULAN = RM1500.00
Dengan hanya 5 orang pelanggan sahaja, anda dapat lebih banyak daripada menjual produk di mana untuk mendapatkan RM1500, anda perlu jual kepada 30 orang.
Tapi, apa kata kalau promosi anda agresif untuk khidmat online anda tersebut? Bagaimana kalau 10 orang pelanggan sebulan? 20 orang? 30 orang?
15 orang x RM600 = RM9000.00
Sekali lagi saya ulangi, kalau anda sakit kepala dengan pelanggan anda pun, hanya untuk beberapa orang sahaja, bukan dengan ratusan dan ribuan orang pelanggan!
Buat servis walaupun dapat seorang dua pelanggan, dah kira bagus berbanding menjual produk yang tidak mudah untuk mendapatkan jualan. Walaupun caj servis adalah mahal, tapi ia sudah biasa di minda kebanyakan orang. Mereka mengerti. Tapi lain dengan produk, mereka kalau boleh mahukan harga yang rendah dan rendah lagi.
Dan dari aspek lain, walaupun tak ramai yang boleh bayar mahal untuk servis, at least takkan tak boleh dapat 5 orang sebulan? Katakan anda caj RM300 untuk satu servis:
5 pelanggan x RM300 = RM1500.00
Sikit? Tak apa, teruskan pembacaan anda. Ada strategi lagi untuk tambah income.
Jadi pendek kata di sini, kalau anda jual produk dan untuk dapat RM1500, anda maybe perlukan sekitar 30 orang. Tapi untuk servis, hanya perlu dapat sekitar 5 orang sahaja. Bayangkan, hanya handle 5 pelanggan sebulan. Sudah pasti tak pening sangat bukan?
Kesimpulan kedua, anda bermain dengan harga, bukan volume. Sorang pelanggan pun dah dapat ratus-ratus. Tapi tidak untuk jual produk.
2) Contoh sebenar...
Masa saya mula dulu, saya tak ada list lagi. Blog pun trafik boleh bilang dengan jari. Nama smartzul pun orang tak kenal sangat. TAPI, saya boleh dapatkan pelanggan. Agaknya macam mana?
Inilah rahsia yang saya ingin dedahkan dan cara ini bukan spam. Kalau anda anggap ia spam, sila baca semula takrifan spam tu apa. Jangan keliru...
Caranya ialah, saya masuk ke laman iklan macam iklanpercuma.com tu. Then anda tengok iklan orang yang jual apa-apa produk tapi mereka hanya gunakan emel sahaja untuk berurusan dengan pelanggan, tiada website. Jadi inilah sasaran saya. Saya ambil emel mereka atau apa2 info contact mereka dan saya hubungi.
Apa yang saya katakan dalam emel saya kepada target tersebut ialah tawaran saya kepada beliau untuk membina laman web kepadanya dengan harga yang 'murah'. Ingat, satu emel hanya kepada satu prospek sahaja ya. Jangan bulk emel, itu spam!
Gaya bahasa emel anda dalam menawarkan servis anda kepada mereka haruslah dalam bentuk komunikasi yang 'matang' dan perlu ada ciri2 personal. Sebut nama dia, nyatakan produk dia, bagitahu kat mana anda dapatkan emel dia dan cerita sikit siapa anda.
Just bagitahu tawaran anda sahaja. Jangan sesekali paksa mereka bertindak segera. Biar mereka buat keputusan sendiri.
Mengapa perlu cari prospek dan kenapa tak buat iklan sahaja? Jawapannya mudah. Cari prospek lebih cepat berbanding menunggu prospek menghubungi kita. Malah sudah pasti kita akan hubungi mereka dan berbeza pula pada diri prospek, mereka mungkin nak contact kita, tapi maybe mereka malu dan menangguh.
Saya betul2 buat teknik ni dan client yang saya dapat tu menjadi pelanggan tetap saya. Malah kami pun rapat dan saling beremel antara satu sama lain. Dalam dunia ni, kadang2 sesuatu benda tu subjektif. Apa yang kita anggap, kadang2 lain pula anggapan orang lain. Contohnya pelanggan saya tadilah. Tak sangka kami boleh menjadi kawan online sambil berurusniaga.
Jadi, buat sahaja. Jangan fikir banyak2. Syaratnya, buat dengan penuh etika dan profesional.
Oh ya, masa saya mula2 dulu, saya tak ada laman web portfolio. Malah itulah antara projek terawal saya. Tapi saya boleh yakinkan client tu untuk bagi saya projek. Caranya mudah sahaja nak bagi mereka yakin. Antaranya, bagitahu faedah kalau mereka dapatkan servis anda. Kedua, cerita siapa anda. Ini wajib! Ketiga, berikan caj diskaun. Kalau caj servis tu RM500, maybe boleh kenakan RM450. Dengan cara ni, ia akan menarik minat mereka.
Dan satu lagi tip ialah, anda mesti amalkan amalan tawar menawar. Kalau anda caj RM500 dan ada bakal pelanggan berminat dengan servis anda, dan mereka nyatakan bahawa mereka akan dapatkan servis anda, tapi mereka nak dengan caj RM450. Maka terimalah sahaja tawar menawar mereka tu. Tak rugi pun.
Kaedah yang saya gunakan kat atas ialah untuk servis membina laman web. Saya tak pastilah ia sesuai untuk semua servis. Tapi saya rasa ia sesuai untuk kebanyakan servis Online. Atau, anda sesuaikanlah apa yang patut teknik mencari prospek di atas dengan servis yang anda lakukan.
Oh ya, lupa pulak saya nak beritahu. Masa saya mula-mula dulu, saya tak guna laman web pun. Semua komunikasi melalui emel dan SMS/Call.
Tip last, tak semestinya anda gunakan laman iklan untuk cari pelanggan. Boleh juga gunakan mana-mana forum dan fokus di ruangan iklan. Be creative!
Ingat pesanan saya: Buat dengan penuh beretika, jujur dan profesional. Jangan spam!
3) Teknik Ganda Income
Katakan anda caj pelanggan anda sebanyak RM300. Sikitnya...
Tak apa, kita guna teknik ganda income atau lebih biasa dikenali sebagai back-end.
Katakan anda sudah mendapat pelanggan untuk satu servis anda. Dah siap pun projek tu. Dalam masa yang sama, katakan anda ada satu produk yang berkaitan. Apa yang boleh anda lakukan di sini ialah tawarkan produk tu kepada mereka dengan harga diskaun. Contoh ayat:
"Saya ada satu produk bertajuk Panduan Perniagaan Internet. Antara kandungannya ialah (nyatakan kandungan produk tersebut).... Mungkin panduan ini dapat membantu Encik melakukan ebiz dengan lebih lancar. Disebabkan Encik adalah pelanggan sedia ada saya, maka saya jual panduan ini dengan harga RM35 sahaja. Harga asal ialah RM45.00. Kalau berminat, sila beritahu saya".
Saya memang buat cara ni. Dan memang menjadi.
4) Tukar Produk Kepada Servis
Katakan anda menjual ebook cara membina laman web, anda boleh buat juga servis membina laman web. Selain mencari prospek dengan cara yang saya berikan sebelum ini, para pembeli ebook anda itu juga adalah bakal prospek. Hubungi pembeli ebook anda dan cakap begini:
"Walaupun anda telah mempunyai ebook panduan laman web, namun tak semestinya anda boleh membina laman web yang memuaskan hati. Malah mungkin anda tiada masa untuk melakukannya sendiri. Jika anda mahukan laman web yang profesional dan designnya menarik, anda boleh gunakan khidmat saya. Jika berminat, sila hubungi saya dengan menyatakan laman web bagaimana yang anda mahukan. Saya akan berikan harganya sesuai dengan apa yang anda mahu...".
Saya pun buat teknik ni. Sebagai contoh, ada seorang pembeli Pakej Kit Blogger (panduan buat blog) saya meminta saya buatkan blog dan setup laman web reseller untuk dia. Cajnya lebih kurang RM400 tak silap saya. Apa yang saya dapat sahaja daripada dia?
Kit Blogger versi Reseller = RM127.00
Caj Setup Blog dan Web = RM400.00
JUMLAH = RM527.00
Itu baru seorang. Kalau ramai??
Bersambung di bawah...
- 07-15-2008 03:40 AM # ADS
- 07-15-2008 03:41 AM #2WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Sambungan...
5) Tukar Servis Kepada Produk
Sebelum ini tukar produk kepada servis. Sekarang, tukar servis kepada produk. Kita kalau boleh, mahu pelbagaikan sumber pendapatan dalam ebiz. Takat ni, kita dah buat produk + servis (ikut contoh di atas).
So, kalau anda sekarang buat servis, sudah tiba masanya hasilkan produk yang berkaitan. Kalau anda buat servis website, buat satu ebook pasal website. Kalau anda buat servis programming PHP, buat satu ebook pasal PHP.
Jadi, selain anda dapat income dari servis, dapatlah juga income dari jualan ebook. Malah yang menariknya, kadang2 pelanggan ebook akan jadi sebagai pelanggan servis. Dari sisi yang lain pula, kadang2 pelanggan servis juga akan jadi pelanggan produk.
Menarik bukan? Ini bukan fantasi, tapi ia realiti. Saya dah rasa kesemuanya. Ia satu benda yang amat menyeronokkan!
6) Tip Urusniaga Servis
Ini bahagian last. Dah dekat 30 minit menulis ni. Ada dua tip penting yang boleh anda amalkan:
1 - Tak semua pelanggan mampu bayar tunai sekaligus. Jadi, izinkan mereka bayar deposit dahulu. Kalau anda caj RM400, mereka boleh bayar RM200. Jangan risau, mereka tak boleh lari. Dengan deposit tu, kalau mereka lari, at least anda dah dapat 50% bayaran. Kira ok la.. Dan dengan deposit tu, mereka panas punggung. Nak lari, pasti tak boleh, sebab dah bayar separuh. Jadi niat nak lari tak jadi.
Tip tambahan mengenai deposit (bayaran pendahuluan) ini ialah anda boleh tetapkan 50% daripada caj servis. Dan mereka perlu bayar sebelum anda mulakan kerja. Kedua, baki bayaran mestilah dijelaskan dahulu sebelum anda ON projek tersebut. Kalau anda buat website, anda jangan upload sepenuhnya website tersebut. Atau anda boleh ON terus, tapi maklumat seperti cara penggunaan, masih di tangan anda. Anda hanya akan ON atau bagi setelah bayaran diselesaikan dahulu. Ini cara sayalah. Ada lagi cara orang lain. Tapi saya selesa dengan cara ni.
Penting: Jangan anda dapat deposit, anda pulak yang lari!
2 - Mulakan secara mudah dan tanpa kos! Lihat contoh saya bermula. Tak ada list, tak ada laman web dan tak ada blog serta tak ada kredibiliti (nama). Mesti anda tertanya, kalau tak ada laman web portfolio, macam mana nak yakinkan mereka? Mudah sahaja. Anda buat satu atau beberapa contoh projek dan tunjukkan kepada mereka hasil kerja anda itu.
3 - Apabila anda melakukan servis, komunikasi yang berkesan amat penting. Kalau anda ada sesuatu yang nak ditanya kepada pelanggan, TANYA TERUS! Jangan simpan lama-lama atau sampai pelanggan komen baru nak buat. Kalau anda lebih cepat daripada mereka, sudah pasti mereka puas hati dan puji servis anda.
4 - Buat servis meletihkan? Ya, tapi TIDAK. Malah saya kembali memikirkan untuk melakukan servis. Mudah sahaja. Saya pernah kongsikan tip ini di blog saya. Salah satu caranya ialah hadkan bilangan pelanggan pada setiap bulan. Katakan hanya 10 orang pelanggan sahaja sebulan. Cukup bilangan tu, stop. Tak perlu terima order lagi. Atau, anda boleh berikan peluang kepada mereka yang berminat untuk masuk senarai menunggu yang tak dijanji bila tiba giliran mereka. Kedua, buat kerja bersama rakan (partner). Dulu, yang design web adalah kawan saya. Saya bahagian marketing dan teknikal.
Apa lagi yang anda mahu tahu? Saya boleh kongsikan sedikit ilmu yang saya ada. Tak banyak pun. Dan ramai lagi mereka yang lebih banyak pengalaman dari saya.
Tanya sahaja dan saya akan jawab di sini. Itu pun jika saya tahu dan mampu menjawabnya.
Saya harap dengan sedikit perkongsian saya di atas, at least boleh buka minda anda dan memberikan idea.
Rujukan:
Bagaimana Menjual Perkhidmatan di Internet?
Tip ‘Leverage’ dan Menggandakan Pendapatan…
- 07-15-2008 03:58 AM #3WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2008
- Location
- OfficeMaya.com
- Posts
- 290
- Thanks
- 43
- Thanked 14 Times in 6 Posts
Terima kasih smartzul atas perkongsian tips dan idea tue...

artikel tue telah membuka minda saya lagi untuk memulakan langkah pertama dalam perniagaan di internet nie...idea yang bagus di cetuskan tahniah smartzul semoga terus berjaya,..TQ so much..
- 07-15-2008 09:59 AM #4
fuyooo!......! thanks smartzul, lagi satu ilmu yg saya dapat dari zul.....
- 07-15-2008 11:08 AM #5WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Tip Tambahan 1:
Kalau anda mahu pakar dalam sesuatu servis, anda kena fokus.
Kalau anda buat servis design, selalu belajar dan latih diri buat design.
Kalau anda buat servis copywriting, selalulah baca dan baca serta latih diri buat copywriting.
Kalau buat servis web design, juga perlu balajar dan latih diri serta peka dengan teknologi web terkini agar tidak ketinggalan. Kebanyakan orang guna table (termasuk saya), tapi yang lebih bagus guna CSS. Lagi cantik dan pro.
Begitulah seterusnya. Belajar, belajar, latih dan latih.
Saya dulu tak serius sangat buat servis web. Asyik fikir negatif yang saya tak ada bakat design. Padahal ia boleh dipelajari dan dilatih. Dulu masa saya buat servis, masyuk jugaklah income.
Kelebihan servis ni, kalau kita tak cari orang, orang pasti akan cari kita. Percayalah. So, buatlah at least satu servis agar anda terutama yang buat full time dapat survive selain berharap kepada jualan produk semata-mata. Malah dalam dunia nyata pun, kebanyakan kedai komputer lebih banyak dapat income daripada servis. Untung jual barang tak banyak pun. Itu hanya front end jer.
- 07-15-2008 11:19 AM #6WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Lahad Datu,Sabah
- Posts
- 5,210
- Thanks
- 103
- Thanked 73 Times in 62 Posts
- 07-15-2008 11:48 AM #7Pioneer Member Array
- Join Date
- Jan 2008
- Location
- kajang
- Posts
- 1,656
- Thanks
- 0
- Thanked 27 Times in 15 Posts
Salam..
Yup, saya sama macam zul untuk tips yang 1st tu. Saya akan cari mereka2 yang tak mempunyai laman web ataupun saya masuk laman web diorang, dan saya tengok laman web diorang tidak professional, saya akan hubungi dan nyatakan saya boleh cantikkan sedikit laman web mereka.
Saya akan beritahu salah satu faktor bakal pelanggan yakin atau tertarik dengan produk/servis kita, salah satu ciri ialah design yang berkualiti. Alhamdulilah, ada yang berminat dan seterusnya bersetuju untuk saya edit sedikit design mereka
Satu lagi cara, saya akan design dulu laman web yang saya rasakan kurang 'cantik' dari segi design,susun atur dan sebagainya, dan kemudian saya akan emailkan kepada mereka mengenai design yang telah saya hasilkan. Biar mereke tertarik dan kalau berminat nyatakan harga terus
Saya pernah buat dahulu dan saya berikan kepada pemilik syarikat pembekal alatan perfileman. Mereka berminat
- 07-15-2008 01:47 PM #8WC Premium Array
- Join Date
- May 2006
- Location
- Subang Jaya
- Posts
- 677
- Thanks
- 5
- Thanked 2 Times in 2 Posts
bagus tips ni... amat membantu
- 07-15-2008 02:09 PM #9WC Premium Array
- Join Date
- Feb 2007
- Location
- Kuala Lumpur
- Posts
- 955
- Thanks
- 2
- Thanked 4 Times in 4 Posts
Thanks Zul

Kadang-kadang saya pun lupa pasal limit clients tuh. Dah le amik STPM... nanti buat sakit kepala jerk.
Anyway, tip tambahan untuk sesiapa yang nak dengar:
Perkara lain yang selalu orang buat (especially benda teknikal):
1. Buat macam Zul cakap kat atas
2. Kemudian masa dah pro > jual produk yg berkaitan
Cth: Abu seorang web designer / programmer
Abu jual e-book cam ne nak buat web design dan bagaimana nak handle masalah2 yg selalu muncul masa tgh configure system.
Walaupun Abu sebenarnya webdesigner/programmer, dia tetap dapat duit sebab dia ajar benda tu.
Dengan mengajar benda tu, sebenarnya Abu menyatakan dia tahu apa yang dia buat, jadi jika perkara tu kompleks sangat, korang boleh cari Abu.
Tip ni selalunya digunakan, cuba tgk John Carlton, Shaune Clark, Clayton Makepeace, Frank Kern, dan banyak lagi yang lain.
Cuba test, mungkin berguna untuk anda.Abdul Rahman
Penulis Iklan Bebas
-- menulis surat jualan, laman web, artikel dan emel yang menarik orang untuk lebih banyak membeli.
Educattic Mind | Memoir Penulis
- 07-15-2008 02:11 PM #10Pioneer Member Array
- Join Date
- Jan 2008
- Location
- kajang
- Posts
- 1,656
- Thanks
- 0
- Thanked 27 Times in 15 Posts
Tak perlu bimbang kalau anda tidak tahu design grafik sendiri, buat kerjasama dengan grafik designer, nyatakan apa tujuan anda, dan sekiranya ada permintaan, mereka juga akan memperolehi manfaatnya
Similar Threads
-
Buat E-Cover Dengan Cepat, Mudah dan Pelbagai!
By yakuza666 in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 11Last Post: 05-22-2010, 08:40 AM -
Rahsia Mudah Aqad Nikah Terbongkar!
By meor30 in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 61Last Post: 11-12-2009, 03:28 PM -
Skim Cepat Kaya Or Bisnes Usahawan Jutawan
By taqiyuddin in forum Sembang UmumReplies: 34Last Post: 04-08-2008, 01:34 AM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote







Bookmarks