Pengalaman saya, saya pernah gagal sekali di mana saya telahpun membangunkan sebuah lawan web video animasi sebelum ini. Ianya mempunyai
PR 3 dan oleh kerana saya tidak mempunyai masa yang mencukupi, blog berkenaan telah jarang diupdate dan update yang dibuat pun agak lambat. Adakah anda tahu mengapa:-
Kesilapan saya:
1) Tidak mengkaji sedalamnya aliran, proses dan potensi niche yang saya pilih itu
2) Tidak menilai keupayaan saya untuk mengemaskinikan blog berkenaan.
3) Saya tidak berjaya menaikkan minat saya dengan jenis blog yang saya pilih.
4) Tidak jelas apakah keuntungan sampingan yang boleh saya dapat hasil daripada blog video berkenaan
5) Tiada strategi yang tersusun akibat misi yang tidak jelas.
Kesannya:
1) Gagal mengemaskinikan blog
2) Gagal menarik ramai trafik
3) Gagal mendapatkan keuntungan
4) Website menemui kegagalan
Langkah pembetulan dan kesedaran diri:
Setelah saya mengalami peristiwa kegagalan tersebut, saya mula mengkaji dan cuba memahami aliran sebenar dalam menjayakan sesebuah perniagaan internet. Saya mula mencari ilmu melalui website-website lain serta membeli ebook. Saya mengkaji proses dan potensi yang ada pada jenis perniagaan internet yang ada, seperti membuat dan menjual ebook, program affiliate, clickbank, program adsense dan sebagainya. Setelah kajian dan pemahaman dibuat, barulah saya memilih model perniagaan internet yang saya mahukan dan yang terpenting boleh dilakukan.
Kesimpulan:
Setiap individu yang ingin menceburikan diri dalam dunia perniagaan internet ini perlulah
membuat study terlebih dahulu pada setiap model perniagaan yang ada sekarang.
Nilai potensi model dan market, kemudian
nilai keupayaan diri yang meliputi aspek minat, pengetahuan, masa dan kesungguhan.
InysaAllah, kejayaan pasti diperolehi selagi anda mencuba merealisasikan impian dan misi anda.
Diharapkan membantu..
