Quote:
Originally Posted by zikarishidota
Saya ada beberapa idea nak biz internet, tp tak tahu cara yang betul(guideline) nk laksanakan. Jadi sesiapa boleh bantu kerana ini melibatkan coding & program yg agk sukar bagi saya.Boleh dikatakan kesemuanya beroperasi secara auto.
|
Baru nak mula ebiz ke?
Nasihat saya, mulalah dengan idea dan projek yang mudah dan cepat untuk disiapkan. Projek tu tak perlulah gempak2 dulu. Fasa utama ialah fasa pembelajaran.
Dan projek besar tu pula, boleh teruskan sikit2 sampai siap. So tak lah tumpu projek tu sahaja sampai takde income yang masuk.