Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Debt Consolidation
PT Cruiser
Hospedaje
Virtual Private Server
Credit Card Debt Consolidation

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Perniagaan Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 07-08-2008, 02:37 PM
Shukor's Avatar
New Member
 
Join Date: Feb 2008
Posts: 8
Shukor is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default "Business Owner Mind-set"

Salam semua warga WC, di sini saya nak share sedikit salah satu artikel dari blog saya. Harap dapat memberi manfaat pada anda semua.

TQ

Semua pemilik perniagaan mempunyai sifat yang sama iaitu "Mind-set seorang pemilik bisnes" atau pun "business owner mind-set". Jika anda memikirkan untuk memulakan perniagaan, anda sebaiknya 'set' kan minda anda sebagai seorang pemilik bisnes.

Adakah anda bercadang untuk memulakan perniagaan? Ingat,perniagaan adalah seperti perkataannya. Ia bukanlah suatu pekerjaan. Semua perniagaan memerlukan 'mind-set’ sebagai seorang pemilik perniagaan, bukan 'mind-set' sebagai seorang pekerja.

Seorang pekerja mempunyai 'mind-set' yang jika dia memulakan pekerjaan dengan bayaran gaji sebanyak RM20 sejam, dan bekerja selama 40 jam pada minggu pertama dia bekerja, dia akan mendapat sebanyak RM800 dan dia mahu akan RM800 tersebut. Seorang pemilik perniagaan memiliki ‘mind-set’ yang jika dia memulakan suatu perniagaan, dia mungkin tidak mendapat pulangan keuntungan pada minggu yang pertama, mungkin tidak untung dalam beberapa minggu atau pun beberapa bulan.

Siapa tidak kenal akan Jeff Bezos? Pemilik bisnes Amazon.com. Beliau mempunyai 'mind-set' seorang pemilik bisnes. Pada tahun 1994, beliau meninggalkan pekerjaannya yang mendapat gaji sebanyak satu juta dolar setahun sebagai seorang Pengurus Pelaburan dengan tujuan untuk memulakan perniagaan di internet. 7 tahun keumudian, pada suku tahun ke-4 dalam tahun 2001, Amazon.com menghasilkan keuntungan pertamanya; 5.1 juta dolar.

Salah satu sebab mengapa lebih dari 95 peratus daripada mereka yang memulakan bisnes gagal adalah kerana mereka masih lagi mempunyai minda sebagai seorang pekerja. Sebenarnya mereka ini tidak boleh dipersalahkan. Ini kerana telalu banyak peluang perniagaan memberikan gambaran yang indah-indah di mana jika menyertai sesuatu perniagaan mereka di kaburi dengan rumah besar yang cantik, kereta besar, percutian yang menyeronokkan dan bermacam-macam lagi. "Cuma perlu menyertai syarikat kami", kata mereka. Mereka atau syarikat tersebut tidak menyatakan bahawa ia memerlukan masa dan wang untuk membina sesuatu bisnes. Saya tidak mengatakan yang anda tidak boleh memiliki semua itu dengan memulakan perniagaan anda sendiri. Ianya tidak berlaku dalam sekelip mata atau pun satu malam sahaja. Harap-harap anda tidak memerlukan masa yang lama selama 7 tahun seperti Jeff Bezos!

Memang tidak dapat dinafikan Amazon dapat melakukan jualan pada 7 tahun yang pertama. Keuntungan yang diperolehi pada tahun 1996 menunjukkan sebanyak 15.7 juta dolar keuntungan bersih dan kerugian bersih sebanyak 5.7 juta dolar. Pada tahun 1998, Amazon.com dilaporkan menghasilkan jualan sebanyak 610 juta dolar dan kerugian bersih sebanyak 124 juta dolar. Adakah kerugian ini bermaksud Jeff Bezos bukan seorang ahli perniagaan yang bagus? Sudah tentu tidak! Ini bermaksud beliau memiliki 'mind-set' seorang pemilik bisnes. Beliau tahu bahawa untuk meningkatkan prestasi perniagaan beliau perlu meletakkan modal semula dalam perniagaan beliau atau dengan kata lain 'duit rolling'. Beliau juga tahu yang beliau perlu mengeluarkan bukan sahaja pelaburan sendiri malah ianya memerlukan kos operasi semasa dan pengembangan perniagaan.

Jika beliau memiliki 'mind-set' sebagai seorang pekerja atau pun "employee mind-set", bisnes beliau pasti akan berkubur dari tahun pertama lagi. Jika beliau memiliki 'mind-set' sebagai seorang pekerja, tidak akan ada Amazon.com pada masa sekarang dan beliau tidak akan memiliki kekayaan sebanyak 4.3 bilion dolar seperti yang beliau miliki sekarang.

Bagaimana pula syarikat yang menunjukkan orang ramai dengan hasil yang mereka perolehi sebanyak beribu-ribu dolar dalam masa sebulan selepas baru bersama syarikat tersebut selama setahun? Memang ianya benar jika mereka mempunyai 'mind-set' seorang pemilik perniagaan. Saya akan berikan anda satu contoh. Mike Mastroianni adalah bekas Agen Persekutuan dan seperti Jeff Bezos, Mike mempunyai "business owner mind-set".

Pada May 2005, beliau melibatkan diri dalam perniagaan yang pertama dalam hidupnya. Beliau mengalami kerugian sebanyak 8000 dolar dan hampir-hampir kehilangan rumahtangganya. Bermula pada tahun 2006, beliau menyertai beberapa buah syarikat. Beliau pernah juga terfikir bagaimana beliau boleh meletak jawatan dari jawatan kerajaan dengan baru hendak membina keluarga, tanpa mempunyai simpanan jika apa-apa yang berlaku. Beliau kemudiannya mengetahui satu syarikat yang dipanggil ITV Ventures pada September 2006.

Pada September 2007, Mike meletak jawatan dari kerajaan setelah hampir 12 ahun menjadi Agen Persekutuan. Mike berkata "Isteri dan anak-anak saya menganggap saya ini betul-betul *****, terutamanya kami mempunyai 2 orang anak kecil, tetapi saya mendapat satu peluang dalam hidup saya dan saya perlu melakukannya!". Seterusnya Mike berkata "Sekarang saya sedang mendapat lebih banyak wang setiap bulan lebih daripada orang lain peroleh dalam setahun!".

Cerita Mike telah terpampang dalam Fall 2007 isu di ITV Ventures Magazine. Jika Mike memiliki 'mind-set' seorang pekerja, beliau akan cepat putus asa selepas beliau bercadang untuk memulakan bisnes.

Seperti dalam mana-mana bisnes sekalipun, akan ada apa yang disebut sebagai kos permulaan dan akan ada juga kos semasa. Jika anda memiliki 'mind-set' seorang pemilik bisnes, anda akan terima kenyataan ini. Jika anda memiliki 'mind-set' seorang pekerja, anda pasti akan bertanya "Mengapa"?

Jika anda membuka perniagaan seperti restoran atau kedai runcit, kos permulaan anda akan termasuk dengan kos sewa premis atau membeli hartanah, peralatan dan inventori. Dalam pada itu, semua bisnes atau perniagaan akan memerlukan kos semasa atau pun kos operasi seperti 'payroll', lesen perniagaan, pengiklanan dan lain-lain kos dalam melakukan perniagaan. Dalam memulakan perniagaan, bukan sahaja memerlukan kos permulaan dan kos semasa, yang penting sekali anda perlu mempunyai "business owner mind-set".

Shukor


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 07-08-2008, 02:55 PM
hasrul's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 667
hasrul is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to hasrul
iTrader: (5)
Default

Good post shukor.. setuju.

Ada sekali tu saya gi sembur kereta. Saya tanyalah kat pekerja dia, "Bang, berapa eh harga?".

Dia jawab, "Wa kalau tau dia punya harga, wa tentu sudah jadi tokeh."

Walaupun dia tak menjawab soalan, tapi dia dah jawab banyak persoalan.
__________________
ImpianWanita.com


Hasrul.net


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 07-08-2008, 03:14 PM
Shukor's Avatar
New Member
 
Join Date: Feb 2008
Posts: 8
Shukor is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by hasrul View Post
Good post shukor.. setuju.

Ada sekali tu saya gi sembur kereta. Saya tanyalah kat pekerja dia, "Bang, berapa eh harga?".

Dia jawab, "Wa kalau tau dia punya harga, wa tentu sudah jadi tokeh."

Walaupun dia tak menjawab soalan, tapi dia dah jawab banyak persoalan.
Terima kasih..betul tu,bagi yang nk mulakan bisnes,lebih baik 'set'kan awal2 minda anda tu...supaya apa jua rintangan atau masalh yang timbul,anda tidak akan cepat fed up,kecewa,bosan dll...


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump


All times are GMT +8. The time now is 08:39 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0