Heheh, lama tak melawat sini. Macam2 post yang menarik ada kat sini. Just nak kongsi teknik saya dalam mengenalpasti niche yang bagus.
Niche (Pengkhususan): Bila topik kita khusus untuk khalayak tertentu.
Kenapa niche bagus:
1-Kerana persaingan kurang- secara teknikalnya, semakin khusus bisnes anda, semakin kurang persaingan. Semakin kurang kurang persaingan maka semakin mudah anda mendapat customer.
2-Pelanggan Berpotensi Tinggi (High Potential customer)- Apabila produk anda khusus untuk satu2 niche, maka pelanggan berkemungkinan besar membeli dari anda kerana produk anda khas untuk mereka! Contohnya pembekal alatan2 teknikal pada syarikat2 telekomunikasi Malaysia. Dia tiada pesaing (setahu saya) malah customer2 dia (digi, maxis, celcom etc) lebih suka membeli daripada dia kerana produknya khas untuk mereka. Bayangkan dia mampu menjual teknologi 3G pada kesemua Syarikat Telco ini- berapa juta dia makan sorang? (contoh online?

)
3-Maybe ada yang kata - apabila kita mengkhususkan perniagaan maka secara teknikalnya jumlah pelanggan pun semakin kurang. Ini memang benar tetapi dalam online biz, jumlah pelanggan dalam niche mampu mencapai jutaan orang!
Cara2 mengkaji niche:
1. Buka laman web ini : search.rightnow4you.com
2. Taipkan keyword bisnes/topik blog anda (contohnya "scarf") di bahagian atas page.
3. Tekan butang "Research now".
4. Perhatikan ruang disebelah kiri, terdapat deretan keyword dan jumlah carian bagi setiap keyword pada bulan lepas.
26264 scarf
3597 womens scarf
3415 silk scarf
2300 pirate scarf
1686 window scarf
1531 head scarf
1431 how to tie a scarf
1430 hip scarf
1191 burberry scarf
1045 scarf bondage
1018 hermes scarf
Dari carian tersebut, "scarf" adalah tidak niche. Contoh niche dalam topik scarf adalah "women scarf", "silk scarf" dan sebagainya.
Sekarang kita cuba nichekan lagi "women scarf" . Taip "women scarf" di kotak carian dan tekan submit. keputusannya adalah seperti berikut:
3597 womens scarf
229 cheap womens scarf
79 winter scarf for woman
41 womens silk scarf
32 how to tie a womens scarf
28 womens head scarf
"cheap women scarf" adalah niche kepada "women scarf" dan juga niche yang lebih kecil dalam "scarf"
Mana lebih bagus?
Pilih niche yang kadar cariannya melebihi 500.
Untuk mengetahui jumlah persaingan bagi niche tersebut, lihat di bahagian kira di search.rightnow4you.com tadi. Terdapat google search di situ untuk niche tadi. Lihat di bahagian "Results" di dalam bar yang berwarna biru cair. Jumlah result:
"scarf" -------------------> 22juta
"women scarf"----------->7 juta
"cheap women scarf" --->1juta.
*jumlah result adalah jumlah website yang anda perlu bersaing untuk mendapatkan customer. Pilih jumlah result kurang atau lebihkurang 6 juta kerana biasanya jumlah website tersebut boleh di lawan oleh pendatang baru. Bermaksud niche tersebut belum saturated.
Pendek kata, untuk niche yang bagus, kadar cariannya mestilah melebihi 500 dan search engine results (pesaing anda) lebih kurang 6 juta. Untuk ocntoh kita ni, niche "women scarf" adalah niche yang baik kerana kadar carian yang tinggi dan jumlah pesaing yang belum tepu lagi (saturated). Kalau pesaing lebih 60 juta- dah tepu la tu.
Itu sahaja, untuk penerangan lebih dan tutorial niche/keyword research yang lebih elok sket, jeputlah datang ke blog saya di sini:
http://robotys.cyberonehost.com/inde...word-research/
(copy and paste)