+ Reply to Thread
Page 1 of 67 123451151 ... LastLast
Results 1 to 10 of 664
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Mar 2006
    Location
    Tronoh Cyber Village
    Posts
    191
    Thanks
    0
    Thanked 26 Times in 3 Posts

    Default A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche



    Selalunya saya menulis di SaifulSham or ruangan artikel di WC (Wangcyber bukan world cup) Tapi hari ni saya rasa biarlah saya tulis kat sini sebab tak semua orang baca SaifulSham or artikel WangCyber.

    Harap-harap otai2 semua boleh tambah untuk bagi guide kepada newbie dan Shuth boleh buat sticky kan topik ini. Sebelum ni ada thread yang saya baca kat sini yang hampir serupa tajuknya dengan ini, tapi saya start thread baru sebab saya nak fokus kepada NICHE market dalam perniagaan Internet.

    Niche
    a specialized but profitable corner of the market

    Dan saya rasa mesej ni bercakap mengenai niche market secara general. Tak kiralah jika kita buat fizikal produk ke, ebay ke, info product ke, adsense or affiliate, etc...

    Pertamanya, saya direct to the point mesej kita pastu baru saya elaborate.

    Newbie, atau orang yang baru menyertai perniagaan Internet, peluang besar anda untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari Internet adalah dari Niche Market. Bukan market yang tough dan saturated seperti "Internet Marketing" or apa-apa yang berkaitan "Make Money Online"

    Elaboration:

    Tak kiralah, anda nak buat produk sendiri or buat blog dan cuba "tackle" affiliate & adsense. Baca betul2, lebih mudah, bukan tak boleh terus.

    Pertamanya, persaingan dalam bidang "Make Money Online" ni lebih kompetitif dan tanpa pengalaman dan pengetahuan yang betul, newbie bukan sahaja berisiko besar ditenggelamkan bahkan boleh cepat kecewa.

    Keduanya, niche market walaupun kecil adalah pasaran yang lumayan. Or boleh tak kata gini, lebih lumayan Benar, anda cari lah niche anda sendiri dan dominate. Anda akan tahu dan fahami maksud saya.

    Reference: Buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet ataupun Seminar Rahsia Buat Duit Dengan Internet

    (note: tak berniat pun untuk promosi, tapi buat apa cerita benda yang sama banyak2 kali kan? Lebih baik cerita sekali dan get point across kepada semua orang. Sori kepada sesape yang tak berkenan dengan cara ni)

    Ketiganya, saya akan ambil satu langkah kebelakang dan bercerita mengenai pengalaman SaifulSham sendiri. Dalam perniagaan Internet kitorang, it's more like Hit & Run. Kalo miss, buat dan usahakan jugak sampai menjadi. So far, kitorang bergantung so much kepada Search Engine Traffic. SE down, drop sales. SE up, sales ok.

    Malah, cara kitorang berfikir pun diselarikan dengan SE. Buat blog untuk SE, buat linking utk SE, masuk directory utk SE etc. (Ada banyak juga visitor dari directori tp waktu kitorang mula2 listkan kat situ target dia adalah untuk dapatkan link dan tinggikan ranking SE, bukan nak visitor)

    Jadi, bila dalam market2 tough, nak bersaing mendapatkan traffic dari SE tu satu tugas yang amatlah sukar. Jadi better start dari langkah yang betul dan mudah dari awal. Ini saya rasa paling penting jika anda bercadang nak buat blog dan target adsense dan affiliate. How far can you go without SE? (ada cara seperti google arbitrage, etc, tapi saya nak fokus kepada newbie dan sesuatu yang mudah dan murah utk kita sertai dan mulakan)

    Saya tidak bercadang untuk melemahkan semangat, tapi this is fact. Ramai orang surrender dengan perniagaan Internet sebab salah masuk niche. Ada yang surrender boleh lah diselamatkan kalo berada dalam market yg agak "lengang" (ehem3... ) , tapi kalo market tu memang dah kritikal saturated, belum tentu ada orang boleh datang tolong.

    Jadi sebelum anda surrender dan lemas, lebih bijak jika anda play smart.

    Kepada newbie yang tak berapa yakin, niche market ni lumayan.... Percayalah sayang oiii... Cane nak cakap? Boleh tak PM or hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami je. Memang betul...

    Oh ya kelimanya, Niche market ni lumayan. Money maker jugak. Saya bagi satu analogi, jika orang berebut2 nak naik bas A, sebab bas A ni selesa, airkon kuat, tambang murah. (200 orang berebut nak naik satu bas) pergi Taman Melawati.

    Kat belakang bas A ni, ada bas B pulak. Pergi Taman Melawati juga. Tapi tak ada orang pun nak berebut. Aircon dia walopn tak sesejuk Bas A, tapi sejuklah jugak. Walopun tak selesa, tapi selesa lah jugak. Tambang sama.

    Perkara yang perlu kita fikirkan, adakah apabila anda terpaksa berdiri, dalam bas yang macam tin sardin isinya sepanjag perjalanan, adakah kesejukan airkon dan keselesaan tadi ada maknanya?

    Or better, pada pendapat anda, join saya dalam bas B yang tak berapa penuh dan sedang2 saje tadi?

    Keenam, saya ada satu point lagi, tapi saya rasa tidak wajar dipublickan. nantilah, kalau kita jumpa, tanyalah saya.

    Ok, saya ada lagi banyak sebenarnya nak tulis, tapi tiba2 macam kekeringan idea. nanti kalau perlu saya tambah, atau sapa2 otai lain yang nak tambah, silakan.

    Summary: Masuk Niche Market

    POINT PENTING: Bila anda masuk niche market, dapatkan sinergi antara business anda dan blog. Kalau boleh blog di domain sendiri (domain business anda) mengenai niche anda, bukan perniagaan Internet anda. Dah tulis di SaifulSham, tapi saya nak get the point across.

    Dapatkan sinergi. Jangan buat kerja 2 kali. Penat.



    imho....


    We Care, We Give, We Share.


    --------edited later 11:15pm 2/7---------------

    ok,ok...saya cuba permudahkan lagi: Ini contextual definition. (definisi mengikut petikan di atas. Bukan definisi kamus)

    SE : Search Engine-Goole, Yahoo Search, MSN Search (ada byk lgi, tp ni yang utama)

    Niche: Pasaran yang lebih spesifik. Contohnya:

    1) Bedak Muka Untuk Doktor (general, am)
    2) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi (niche)
    3) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan (lagi la niche)
    4) Bedak Muka Untuk Doktor Gigi Perempuan Yang Berkulit Hitam (lagi, lagi la niche)

    Maksud saya ambil niche yang kecil dan menguntungkan. Tengok contoh di atas kalau saya nak jual bedak muka, kalau saya jual bedak muka kepada semua jenis doktor, saya target secara umum. Susah saya nak bersaing dengan AVON, REVLON, SAFI mahupun MUSTIKA RATU.

    Jadi saya ambil pasaran yang lebih kecil. Target Doktor Gigi.

    Kalau nak pergi lebih spesifik lagi, boleh target Dr Gigi perempuan, tapi bila kita target begini, kemungkinan besar target market kita akan jadi semakin kecil. Jadi susah nak dapat volume (bilangan jualan)

    Maksudnya: Spesifikkan market. Gunakan kreativiti.


    Market tough/ Saturated: Market yang susah nak masuk. Banyak persaingan

    Adsense: www.google.com/adsense

    Blog: Website yang mudah di update.

    Contoh: www.saifulsham.com (ini blog)
    www.saudagar.com.my (ini bukan blog)

    Search Engine Traffic : Pelanggan yang datang dari Enjin Carian


    Sinergi: Maksudnya kalau ada bisnes internet menjual permainan, buat blog mengenai permainan yang dijual juga. Jangan cerita mengenai World Cup. Sikit2 nak cerita pasal kecenderungan boleh sebab nak nampak "manusia" yang tulis, bukan copy & paste je. Tapi jangan la sampai buat analisis perlawanan. Rugi.

    Affiliate: Ehem3.. |PESANAN PENAJA| kalo terlupa part ni, saya sarankan sangat2 buka buku Rahsia Buat Duit Dengan Internet balik... Teruk sangat dah ni, kena masuk kelas Pemulihan!

    Program Affiliate : Program untuk mempromosikan produk orang lain utk sedikit komisen

    Menjadi Affiliate : Orang yang mempromosikan produk orang lain untuk sedikit komisen

    Newbie: Orang yang baru nak start perniagaan Internet

    Dominate: Menguasai sesuatu niche/pasaran

    Get Point Across: Lebih ramai orang dapat baca dan faham dan komen
    ===========================

    Ok, saya akan baca balik & add mana2 ayat yang berkaitan yg dirasakan sukar. atau kalau pembaca nak pinpointkan utk saya jelaskan perkataan mana, lagi senang.

    (Saya ingat nak taip di sini sahaja update, tetapi post ada limit 10K char pula)

    UPDATE POST KE 2:
    http://wangcyber.com/forum/showpost....&postcount=122

    UPDATE POST KE 3:
    http://wangcyber.com/forum/showpost....&postcount=124

    UPDATE POST KE 4:
    http://wangcyber.com/forum/showpost....&postcount=125

    Modul RBDDI "Eagle" SaifulSham's PERCUMA 2007
    http://www.saifulsham.com/ezine/modul.html

    Atau jika anda subscriber SaifulSham, check email, Tq

  2. The Following 23 Users Say Thank You to saifulsham For This Useful Post:

    Amir ''el-Saif' Abdullah (06-26-2011), Amirsy (08-16-2011), amirulaizat (11-20-2010), Bdak Kampong (08-13-2010), c3kgu (12-24-2010), camunsif (06-30-2011), cebisan (08-23-2011), diamondbru (08-21-2011), Facebudak.com (03-21-2011), failynoor (03-10-2011), Hisham Yusof (12-04-2010), husnaa shoppe (12-06-2011), income24 (05-22-2011), kreativo_idea (09-11-2011), miqdad (10-22-2011), Mohamad Rizwan Edris (11-07-2010), MoSya Berjaya (10-27-2011), narsira (12-22-2011), rebellist (11-11-2011), syoking3 (07-06-2011), tumtum (04-06-2011), Zarra (02-03-2012), zuraidizainol (01-26-2012)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  4. #2
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Tima kasih pasal wujudkan tajuk ni. Cuma saya berpendapat adalah lebih baik tuanku saifulsham menggunakan istilah bahasa melayu & struktur ayat yg paling mudah utk difahamai maksudnya. Wujudkan glosary / kamus istilah2 internet supaya newbie2 ni faham maksudnya. Terlalu banyak perkataan istilah internet yg kurang difahami. Saya hargai niat tuanku saifulsham menolong kami dan saya akan belajar ilmu dari tuanku. Tuanku adalah tuan guru saya dan saya wajib menghormati tuanku saifulsham. Terima kasih atas penerangan.

  5. #3
    Senior Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    385
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Ish...rase dah habis simple dah saifulsham ckp tu...zinedine xphm yg mane?
    Watch Our Step by Step Doing Online Business
    Great Info's For Newbie
    http://www.road2millionaire.com

  6. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Pastikan anda catat apa yg anda baca...... (post terbaru kat blog saya).

    Sebelum saifulsham teruskan menulis panjang, catat sikit2 dalam buku nota anda!

    Perniagaan internet memang best, ILMU BERMANFAAT!

  7. #5
    Senior Member Array
    Join Date
    Mar 2006
    Location
    Poo Chong
    Posts
    307
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    terima kasih atas penerangan tersebut
    saya cetak dan cuba fahamkan sebetul2nya

    bagi saya dari segi penerangan cukup jelas
    mungkin pemahaman individu ada beza kot

    teruskan memberikan tips percuma

  8. #6
    Senior Member Array
    Join Date
    Feb 2006
    Posts
    207
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Penjelasan yg sangat berharga dari pengalaman Saifulsham sendiri....

    Klu sekali baca memang la takleh digest terus, terutama utk yg tak berapa familiar dgn terms2 tertentu...especially yg takpenah try lagi...

    Tapi kena baca lagi & lagi & lagi....Post yg sangat berharga ni!! Rugi klu tak baca betul2.... :lol:

  9. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Kalau tak nak baca, saya leh delete... Saya kan moderator.. hahaha, gurau jer...

    Ok saifulsham, teruskan step by step... Fokus fokus...

    PS. Mcm kelas online laks... Best!!

  10. The Following User Says Thank You to smartusaha For This Useful Post:

    broFami (08-18-2010)

  11. #8
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    1,071
    Thanks
    6
    Thanked 7 Times in 6 Posts

    Default

    niche? niche ni kalau dari blog boleh gak ke SE dapat?maksud saya blog buleh dapat traffic dari SE ke?macam mane nak tahu niche kita tu berkesan ke tak?

  12. #9
    WC Premium Array
    Join Date
    Mar 2006
    Location
    Tronoh Cyber Village
    Posts
    191
    Thanks
    0
    Thanked 26 Times in 3 Posts

    Default

    huhu.... gabot,

    Blog lah boleh dapat trafik dari SE dengan melimpah ruah!

    Nak tahu niche berkesan ke tak?

    isy3... ada macam2 formula. Baiklah, di sini saya akan share satu tips:

    1. Cari niche yang jumlah cariannya lebih dari 30,000 dan kurang dari 100,000.

    Ni satu formula general yang saya baru dapati dari perbincangan dengan beberapa rakan saya di Internet. Di dalam, buku kami, kami ada berkongsi beberapa formula lain juga. Boleh baca "Rahsia Buat Duit Dengan Internet" (kat MPH, Popular, kedai buku lain) untuk maklumat lanjut.
    Modul RBDDI "Eagle" SaifulSham's PERCUMA 2007
    http://www.saifulsham.com/ezine/modul.html

    Atau jika anda subscriber SaifulSham, check email, Tq

  13. The Following User Says Thank You to saifulsham For This Useful Post:

    husnaa shoppe (12-06-2011)

  14. #10
    Pioneer Member Array
    Join Date
    May 2006
    Posts
    943
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Niche Market tu apa?.. Nak masuk dalam Niche Market tu camner ?..Saturated Marketing tu maksudnya apa?


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts