Huhu... Bukan Senang nak senang. Bukan senang jugak nak buat blog ni. Nak manage, update and the biggest thing of all... Promoting your blog! Hoho! Tapi setakat sekarang ni saya bersyukur sangat sebab dapat melakukan sedikit demi sedikit, walaupun tak banyak yang dapat dibanggakan tetapi nampak peningkatan tu.
Tambahan pulak bila dah join WC ni, lagi banyak knowledge saya dapat walaupun secara tak langsung. At least, ia dapat dipergunakan bagi memperbaiki kelemahan dan mengingkatkan kemahiran.
Sepanjang hampir 7 bulan buat AdSense with 0 knowledge, sekarang saya dah tau macam-macam benda. But there is a lot more to learn. Saya mulai sedar, knowledge tu sangat penting dalam memandu kita ke arah yang lebih baik. And to gain knowledge, there are lots of obstacles that you have to get through. You got to sacrifice time and money.
Buleh la nak disamakan macam nak makan nasi. Sebelum kita dapat makan nasi tu petani bersusah payah turun bendang pi bajak sawah tengahari rembang. Pastu mandi lumpur, semai padi. Dah semai, tunggu pulak padi kuning baru buleh tuai. Dah tuai kena banting pulak. Asing pulak beras dengan sekam dengan batu/pasir. Dahtu baru buleh tanak. Tapi sebelum tanak mestila basuh dulu beras tu. Dah basuh, tanak dan selesai semuanya baru kita buleh makan nasi. Tapi sebelum makan tu pun ada rintangannya. Nasi dah ada depan mata, tapi dalam periuk. Kena cedok dulu, boh dalam pinggan. Pastu bubuh gulai dengan ikan goreng pulak. Baca doa, pastu baru kita buleh menikmati nasi tu...
Tak gi tu kawan-kawan? Sama lah macam bisnes internet ni. Especially AdSense. Dengar macam mudah, tapi perit sebelum kita nak dapat earning tu toksah cerita la. Rasa nak give up semua ada. Tapi disebabkan kita berkehendak, segala perit tu kita telan dulu... Pastu baru kita nikmati hasilnya. Usaha tangga jaya.
Saya pun tengah melalui keperitan sehingga saat ini. Memetik soalan Mr. Shuth kepada saya, earning dah menampakkan peningkatan, walaupun cuma beberapa penny ($0.16) semalam, tapi hasilnya ada walaupun tidak constant. Saya pun faham semuanya takkan berlaku dengan sekelip mata. Joel Comm pun macam saya jugak dulu... Dia bukan dapat $100 dengan tiba-tiba.It takes time, money and all effort before it really comes to you.
Bila kita still tak dapat, tak nampak hasil/hasilnya begitu perlahan, itu bermaksud masih terdapat banyak ruang yang perlu diperbaiki. Masih banyak benda yang mesti perlu kita pelajari. Masih banyak yang perlu kita kuasai. Masih banyak yang perlu kita fahami. Jadi, kita perlu kuat berusaha. Tuntut ilmu, beli ebook, panduan, join seminar (kalau ada duit lebih), join forum untuk bertukar pendapat, banyakkan membaca dan praktikkan apa yang dibaca. Tanamkan kepercayaan kepada diri sendiri untuk berjaya dalam dunia blogging dan AdSense dan lain-lain.
Kepada mana-mana newbie yang baru menceburi dunia blogging dan AdSense dan bercita-cita untuk berjaya, kuatkan semangat dan work smart. Tambahkan ilmu pengetahuan. InsyaAllah ANDA PASTI BERJAYA! Saya berani jamin! Knowledge will never fools you. Knowledge is power and the power represents your knowledge. Your knowledge will never let you down forever.
So, good luck to everyone and to myself.
Say to yourself, I will strive for success!
Nazmier Amzar a.k.a Amzar
HEALTHify Your Life™