+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 17
- 05-19-2008 08:01 AM #1Junior Member Array
- Join Date
- May 2008
- Location
- Kulim, Kedah.
- Posts
- 63
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Driving and Increasing Traffic To Your Web/Blog at the Same Time! How?
Let's take a look on the topic of the day. Ada satu cerita menarik yang hendak saya sampaikan buat anda semua. Kisah tentang seorang hamba Allah yang dikenali sebagai Bobo.
Bobo ni sangat berminat untuk memulakan perniagaan internet. Satu cabang yang Bobo ketahui adalah Google AdSense. Bobo mengenali Google AdSense agak lama. Lebih setahun. Dia membacanya melalui majalah Al-Islam. Pada ketika itu terdapat bengkel yang dipromosikan secara bulanan yang dianjurkan oelh USDOTA.com.
Bobo ni masih lagi menuntut di UPM. Jadi dia tidak mempunyai duit untuk menyertai bengkel tersebut yang memerlukan kos sebanyak RM280.00. Bobo berasa hampa kerana dia tidak mempunyai sumber yang tepat untuk mendalami AdSense dengan lebih baik.
Selepas setahun, akhirnya Bobo menemui satu medium yang terbaik di internet. Bobo secara tidak sengaja telah menemui beberapa laman web yang menawarkan panduan AdSense dengan harga yang lebih berpatutan. Bobo bersemangat semula. Hasil duit mengajar tusyen berdekatan UPM, Bobo membeli beberapa panduan yang dirasakan dapat membantu dia memulakan AdSense.
Bobo kemudian menerapkan segala ilmu yang diberikan dalam panduan tersebut sedaya mungkin. Semuanya telah dibuat. Bagaimana meletakkan Ads di tempat terbaik, seleksi warna, isi kandungan yang terbaik, kajian SEO, niche dan sebaginya... Semuanya telah diaplikasikan dengan sempurna.
Kini tibalah masa untuk menumpukan perhatian pada aspek terpenting dalam pembinaan blog. Promosi. Bobo faham, kalau bukak kedai tapi takdak orang yang mai, jangan mimpi la nak buleh untung. So, sebagai mempraktikkan apa yang telah dibaca, Bobo buat lah segala macam jenis promosi. Bobo add site dia kat search engine. Macam-macam search engine dia add. Lepas tu bobo buat tagging. tak cukup lagi Bobo ping pulak kat Technorati, Pingoat, Ping-o-matic, dan macam-macam lagi.
Bobo tak pernah ada MyBlogLog, dia create satu akaun MyBlogLog. Bobo join komuniti, lepas tu join forum dan macam-macam lagi... Semuanya boleh dikatakan cukup cantik sekali. Tapi...
Bobo hampa. Harapan Bobo tinggi. AdSense earning Bobo USD0.00 setiap hari. Sapa pun tak masuk blog dia. Sapa pun tak klik blog dia. Bobo buat Google AdSense bukan harap nak jadi kaya. Bobo tak niat nak cepat kaya pun. Bobo cuma niat nak tambah pendapatan, nak ringankan beban orang tua dia. Tapi, dah lebih kurang tiga minggu, sapa pun tak masuk blog Bobo. Ada yang masuk pun tak klik. Pasai apa jadi lagu tu? Bobo ingat mungkin dia ada satu blog tak cukup, kena tambah blog. Bobo buat lagi 2 blog untuk support first blog. Buat promosi yang sama. Tagging, pinging, semua buat. Blog hari-hari update. Bobo update semua blog dia. Bukan selang sehari atau selang dua hari, tapi hari-hari bai! Dahla update blog hari-hari, dua tiga jam sekali, mesti ada posting baru. Tapi... Sapa pun tak masuk blog dia. Apatah lagi yang nak klik ads, jauh sekali lah...
Bobo promosi sakan jugak. Buat yang tu yang ni. Abih masa berjam-jam depan komputer. Dah tu pulak, rumah dia takdak internet. Dia pasang streamyx. Habih RM300> untuk streamyx saja. Bobo keluar duit untuk beli panduan tu panduan ni yang berkaitan dengan AdSense. Bobo beli ebook Rahsia pasai AdSense. Duit Bobo keluar banyak dah.
Kira balik na...
Streamyx = RM368.00
Panduan = RM 40.00
Rahsia = RM 30.00
Ebook = RM 30.00
Tengok pada belanja yang si Bobo ni keluar, cukup banyak. Nak buat Google AdSense sampai macam ni punya banyak modal. Tapi, tak balik modal lagi pun.
Bobo tak target tinggi la... Bobo target USD100.00 sebulan. Average dalam USD3.00 sehari. Paling tidak pun, sekurang-kurangnya nanti, balik modal la dengan wang yang dilaburkan untuk beli panduan dan segala macam ebook tu...
Tapi dalam kes si Bobo ni, jangan kata USD3.00, USD 3 sen sehari pun tak dapat! Kecewanya si Bobo... Hari-hari bukak AdSense Account konon-konon nak tengok ada earning. Tapi macam biasa la... Today's earning $0.00.
Tengok orang lain tu senang-senang ja buleh dapat USD10.00 sehari. Tapi si Bobo ni tak pernah merasa pun keadaan tu. Macam-macam cara dah cuba. Takkan nak buat Google AdWords. Promo tu kena bayar bai! Kesian si Bobo, harapan nak dapat earning tu tinggi sangat tapi tak balik modal pun lagi
So, kawan-kawan sekalian, saya pasti sangat-sangat ramai yang senasib dengan si Bobo ni... Mungkin sapa-sapa yang dah otai, yang dah dapat merasa duit Google AdSense atau yang memang ada fixed income dengan Google sekurang-kurangnya USD1.00 sehari, tolonglah si Bobo ni.
Harapnya pandangan, nasihat dan teguran serta tunjuk ajar daripada anda dapat menaikkan kembali semangat si Bobo untuk terus berkayuh dengan AdSense. Bobo ni takmau masa dia sia-sia tanpa apa-apa pulangan. Duit abih, masa abih, tapi pulangan takdak. Memang sia-sia.
Sekurang-kurangnya dengan tunjuk ajar anda, dapatlah si Bobo ni (atau sesiapa yang sebasib dengan beliau) membuat sekurang-kurangnya USD1.00 yang pertama seterusnya dapat merasa constant income daripada Google Adsense.
Come on man! We are in the same community... It's good to share.
P.S: Mungkin anda ada apa-apa cadangan yang dapat membantu si Bobo, silalah kemukakan.
P.P.S: Bobo dalam cerita tu aku la.
- 05-19-2008 08:01 AM # ADS
- 05-19-2008 08:58 AM #2Pioneer Member Array
- Join Date
- Aug 2006
- Location
- Damak
- Posts
- 2,443
- Thanks
- 21
- Thanked 19 Times in 8 Posts
1usd pertama aku dalam akaun Google adalah selepas 3 bulan. Selepas tu, setiap bulan at least 10 dollar la. Itupun sebab aku tak tumpu sangat.
Insya-Allah. Ko pun boleh. Fokus+promosi website. Nak harap kat SEO je tak leh sangat. Kene tahu macam mana nak generate traffic ke website adsense ko tuh..
Ps: Nak wat adsense. Takde cara mudah. Nak tak nak. Kene usaha lebih..
Pss: Nak tanya, berapa lama wat adsense?2 Berita Terbaru : Cerita aku yang indah-indah belake.. | Melayu Boleh di OhMelayu.com
I have 2 more news : Hidup Berani Untuk Gagal | Make Money Online
- 05-19-2008 09:34 AM #3Moderator Array
- Join Date
- Nov 2007
- Location
- Kuching, sarawak
- Posts
- 1,174
- Thanks
- 3
- Thanked 20 Times in 4 Posts
Untuk dapat duit dari adsense bukannya mudah tetapi tak juga terlalu susah. Bergantung kepada niche yang anda buat dan bagaimana anda membuatkannya menarik. Untuk ringkasan anda perlu kaji balik
1. Teknik marketing
2. Cara adsense placement
3. Jenis blog/niche
Tiada satu pun teknik adsense yang benar2 berjaya yang boleh digunakan oleh semua orang dan semua blog/site. Ianya bergantung kepada blog/site/traffic. Kadang2 blog A cukup utk satu Adsense content, dan berjaya dapat banyak Klik, manakala ada blog yang display 3 content adsense, tapi satu pun takde klik. Justeru anda kena banyak membuat ujikaji dan membuat penilaian sendiri. Untuk mencari adsense blueprint yang benar2 berkesan hanya boleh diketahui oleh anda sendiri. Dulu sebelum akaun adsense saya kena banned, blog ini Case study banyak menghasilkan klik yang tinggi di antara $0.50-$5.00 per klik kepada saya.
Kalau anda perhatikan blog ini anda 3 perkara yang anda dapat
1. Blog yang tidak stress dan very light/fun walaupun niche yang agak membosankan (lawyer)
2. Adsense content small rectangle hanya 1 sahaja (placement adsense ni in between dua image - kosong sekarang ni kerana java script adsense kena banned)
3. Template design yang lain dari default blogger
semoga anda mendapat sesuatu dari sana
p/s akuan saya kena banned dia takde kaitan dengan blog yang saya tunjukkan ini, ada satu ujikaji yang telah saya buat ke etas blog saya yg lain yang menyebabkan keseluruhan akaun saya kena banned. Main adsense anda jangan cepat putus asa, walaupun akaun kena banned, buat akaun baru dan keep on going.
walaupun saya dah tak buat lagi promosi kat blog contoh ni, tapi traffic masih lagi ada.
- 05-19-2008 02:42 PM #4
cube try video marketing plak.. nih mungkin membantu
- 05-19-2008 03:00 PM #5Junior Member Array
- Join Date
- May 2008
- Location
- Kulim, Kedah.
- Posts
- 63
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Woho! Titianhijau...
Aku start buat AdSense bulan november tahun lepas... Lagi satu, view la blog aku ni >>>
HEALTHify Your Life™
Korang tengok and try komen. Mana la tau ada possibilities untuk dikembangkan... Thanks.
- 05-19-2008 03:03 PM #6Junior Member Array
- Join Date
- Jul 2006
- Location
- Putrajaya,Presint 11
- Posts
- 167
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
cuba cara klasik, iklan dalam printed material, Harian Metro ker, Kosmo ker.
Building traffic is easy, building loyalty tuh yg susah.
Sebanya, kalau sorang tulis blog pasal Adsense, 1000 yg lain pun nak tulis niche yg sama...sorang jual lintah, 1000 yang lain pulak nak jual lintah.
Perlu diingat, pengiklan mahal datangnya dari US, pengiklan Malaysia penuh dgn skim cepat kaya.
Cuba try buat aplikasi untuk orang US browse tempat yg menarik untuk dilawati di malaysia.....upah programmer PHP untuk sistem website yg mudah
- google maps
- photos
- artikel dalam english
- seo url
2-3 bulan pertama penuhkan content, kemudian baru fikir promosi.
Lubuk duit sebenarnya datang dari website tourism......saya ingat nak buat cuma takder sumber aja...photos,artikel etc......Text Link Ads Report May 2008
The estimated value of a single link on protonmania.com is: $10 /month
If you were to sell 8 links on protonmania.com, you could generate $80/month in revenue for your website.
http://protonmania.com 1.5 juta Pageview + 100k Uniques Sebulan, nak iklan ?
http://mamakspot.blogspot.com MamakSpot HotSpot
- 05-19-2008 03:04 PM #7Junior Member Array
- Join Date
- Jul 2006
- Location
- Putrajaya,Presint 11
- Posts
- 167
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
nak jadi usahawan lintah ? nih ada sorang kawan saya jadi supplier
PROGOLD :: Ternakan Lintah / LeechText Link Ads Report May 2008
The estimated value of a single link on protonmania.com is: $10 /month
If you were to sell 8 links on protonmania.com, you could generate $80/month in revenue for your website.
http://protonmania.com 1.5 juta Pageview + 100k Uniques Sebulan, nak iklan ?
http://mamakspot.blogspot.com MamakSpot HotSpot
- 05-19-2008 03:41 PM #8
Saya ada beberapa cadangan & pendapat..
1) Tukar template anda kepada template yang lebih profesional.. boleh dapatkan template blogspot di Blogspot Template - Free Blogger Templates for Your Blogspot Blog
2) Letakkan gambar / video di dalam content anda.. gambar boleh ambil dari Welcome to Flickr - Photo Sharing , blog anda terlalu banyak teks.. saya bukak terus rasa macam takde semangat nak baca.. banyak sangat teks..
3) Kalau boleh.. dalam post tu.. buatlah 1-2 trackback kepada blog2 yang popular (berkaitan health) .. try build a network & friends...
sekian cadangan saya untuk kali ini.. good luck.
- 05-19-2008 03:57 PM #9Junior Member Array
- Join Date
- May 2008
- Location
- Kulim, Kedah.
- Posts
- 63
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Thanks Mr. Shuth. Saya akan try ubah mana-mana yang perlu. Thank you very much!
- 05-19-2008 04:55 PM #10Junior Member Array
- Join Date
- Feb 2008
- Location
- SomeWhere In Konoha...
- Posts
- 59
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
Salam Bro
Bro cara terbaik ialah Promosi..Promosi..and Promosi mcm Titan ckp..Cara terbaik promosi join forum2 luar spt DP tu and many more rajin letak signature awak..Tips paling berkesan buat satu topik blog yg awak betul2 minat dan arif dulu bab keyword mahal2 tu tinggalkan dulu Bro..Sebab kalau ko buat sesuatu blogging yg ko betul2 minat lama2 ko akan terdorong jugak utk buat yg lain2..step by step Bro..
Aku pernah dapat sekali satu klik $20 tapi kadang2 dlm seminggu pun langsung xda klik..ha..ha..
p/s : Dari minat kita dapat memperkembangkan idea2 lain.Its the way you Blog
_______________________
My Way Of Blogging



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote




Bookmarks