Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Loan
Loans
Myspace Layouts
Debt Consolidation
Xbox Mod Chips

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Perniagaan Internet

Reply
 
LinkBack Thread Tools Display Modes
  #1 (permalink)  
Old 05-18-2008, 03:17 AM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Exclamation Kita Mahukan Lebih Ramai Pakar IM!

Apabila kita bercakap mengenai ebiz, internet marketing, online business dan apa sahaja yang berkaitan, nama-nama seperti Mike Filsaime, Derek Gehl, Frank Kern, Eben Pagan, Armand Morin, Jeff Walker dan ramai lagi akan dijadikan sebagai contoh..

Bagi saya, ia tidak salah, tapi dalam masa yang sama, di manakah nama-nama orang kita (Malaysia) terutama orang Melayu? Saya tidak nafikan, ramai orang kita yang underground. Yang tu, biarkan mereka. Tapi yang ingin dinyatakan sekarang, mereka yang bukan underground dan tidak kisah dengan mendedahkan diri.

Di pasaran Malaysia ni, kita ada Irfan Khairi, Alang, SaifulSham, Fionr Tan, Kidino, Gobala Krishan, Edmund Loh, Vince Tan dan beberapa orang lagi. Hmmm, boleh dikira dengan jari.

Ok, itu hanya mukadimah...

Apa yang ingin saya sampaikan (persoalkan) di sini ialah, kita mahukan lebih ramai lagi pakar Internet Marketing walaupun untuk pasaran tempatan mahupun global. Kalau global lagi bagus, tapi kalau untuk tempatan pun bagus juga.

Mana pakar SEO?

Mana pakar PPC?

Mana pakar Copywriting?

Mana pakar Resell Rights?

Mana pakar Email Marketing?

Mana pakar List Building?

Mana pakar Affiliate?

Mana pakar Ebay? --> Dah ada beberapa orang seperti Noorizam dan lain-lain.

Mana pakar Adsense? --> Dah ada seperti Syed, Sham, Munawar dan lain-lain.

Mana pakar business training khas untuk online business?

Mana pakar viral marketing?

Mana pakar produk informasi?

Mana pakar produk fizikal? --> Kita ada SaifulSham.

Banyaknya jawatan kosong dan yang ada pun boleh dikira dengan jari. Kita mahu ramai lagi.

Pandangan

Bagi anda yang baru bermula, dan mahu menceburi niche atau bidang Internet Marketing, apa kata pilih satu cabang dan fokus sebaik mungkin sampai anda pakar. Kalau tak dapat bina nama di peringkat global pun, at least untuk pasaran Malaysia / Asia masih terbentang luas.

Saya lihat, ramai newbie buat blog yang menyentuh secara umum mengenai ebiz. Apa kata pilih satu bidang dan dalami bidang tersebut.

Contoh terbaik di sini ialah Naem DiariAdsense. Dulu, tak ada sesiapa kenali beliau. Tapi sekarang, beliau dapat berdiri teguh bersama orang lain terutama di dalam bidang Google Adsense. Saya adalah orang pertama yang tahu beliau memulakan blog diariadsense.com beliau. Pada masa tu, beliau tak ada 'nilai' apa-apa. Tapi sekarang? Kalau beliau kata A, semua orang angguk setuju kata beliau tersebut.

Inilah kuasa fokus. Pilih satu bidang dan fokus. Buat sampai berjaya.

Kita mahukan lebih ramai pakar Internet Marketing. Terdapat banyak 'jawatan kosong' yang perlu diisi dengan segera. Sampai bila kita mahu merujuk atau mengagumkan orang luar sahaja? Bukan tidak boleh, tapi kita juga perlu mempunyai barisan pakar untuk negara kita juga. Tak cukup barisan tentera, tapi kita juga perlukan pakar dalam segenap bidang.

Kelak, begitu bangganya orang kita apabila di kebanyakan buku mahupun laman web atau apa sahaja medium, akan disebut-sebut nama orang Malaysia. Bukanlah kebanggaan menjadi isu utama di sini, tapi ia satu kelebihan agar orang kita tidak terlalu menjadikan orang luar sebagai model dan contoh.

Akhir kata, saya cabar anda (yang berkaitan) untuk sekurang-kurangnya mempunyai kepakaran anda sendiri. Cabaran ini khas untuk mereka yang mahu berkecimpung dalam industri Internet Marketing (IM) sahaja. Bagi anda yang hanya mahu fokus kepada bisnes, cabaran ini bukan untuk anda..

*Maksud bidang IM ni ialah mendalami dan menguasai sesebuah teknik / cabang dan kemudian mengajarnya kepada orang lain. Ia adalah kekuatan utama anda selain mempunyai bisnes sendiri. Contoh:

Pakar PPC: Perry Marshall

Pakar Product Launching: Jeff Walker

Pakar Copywriting: Michel Fortin

Pakar Bisnes Produk Informasi: Eben Pagan

Pakar SEO: Aaron Wall

Pakar Viral Marketing: Mike Filsaime


Sebab-Sebab Nama Orang Kita Tenggelam...?

Bersambung selepas ini...


Reply With Quote
  #2 (permalink)  
Old 05-18-2008, 06:47 AM
Izo's Avatar
Izo Izo is offline
WC300
 
Join Date: Nov 2006
Posts: 505
Izo is on a distinguished road
Send a message via MSN to Izo Send a message via Yahoo to Izo
iTrader: (5)
Default

Mungkin ramai lagi orang kita yang berjawatan di atas bergerak secara underground...low profile.


Reply With Quote
  #3 (permalink)  
Old 05-18-2008, 09:29 AM
titaniumhijau's Avatar
WC300
 
Join Date: Aug 2006
Posts: 1,675
titaniumhijau is an unknown quantity at this point
iTrader: (57)
Default

Betul. Ramai yg underground. HEhe..

ramai yg aku kenal pakar bab2 yg zul cakap diatas. Tapi diorang low profile..
__________________


Reply With Quote
  #4 (permalink)  
Old 05-18-2008, 09:54 AM
TheReds's Avatar
WC300
 
Join Date: Jan 2007
Posts: 1,575
TheReds is on a distinguished road
iTrader: (35)
Default

Yes..dan bukan semua nak exposed kemahiran dan identiti diri mereka..
ala-ala macam yusri kru jom seminar tu ler..

Mana pakar SEO? Fuad Latip boleh letak kat sini.Dulu selalu gak lepak kat myorionet.com , belaja nak jadi CEO..eh..belaja SEO..

Sekarang pun dia dah mencurahkan ilmu di jomseminar..
__________________

~A Winner Never Quits~


Reply With Quote
  #5 (permalink)  
Old 05-18-2008, 10:14 AM
nasrun's Avatar
Senior Member
 
Join Date: May 2008
Posts: 331
nasrun is on a distinguished road
iTrader: (8)
Default

Mungkin apa yang dikatakan oleh smartusaha adalah untuk menaikkan industri Internet Marketing di Malaysia.

Memang ramai otai-otai bergerak secara underground. Tetapi apa yang SmartUsaha mahukan adalah bukan sahaja rakyat Malaysia yang akan merujuk kepada pakar-pakar ini. Tetapi seantero dunia.

Pendapat aku aje.. Mungkin aku boleh mula fokus untuk satu bidang. So tak memberatkankan kepala dengan ilmu yang mencurah-curah datang.

Bila dikumpulkan pakar-pakar ini dan berdiri dalam satu nama. Tidak mustahil IM di malaysia dapat bersaing dengan lebih hebat dengan IM luar negara. Seterusnya menaikkan nama Malaysia.

Malaysia bagus.. Mau secawan? Tak mau boleh jalan.. hehe.

Pendapat newbie..


Reply With Quote
  #6 (permalink)  
Old 05-18-2008, 10:18 AM
Labanon's Avatar
Moderator
 
Join Date: Jul 2006
Location: Kelantan
Posts: 1,281
Labanon is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to Labanon
iTrader: (14)
Default

Mana pakar produk informasi?

Bro SmartZul kan ada


Reply With Quote
  #7 (permalink)  
Old 05-18-2008, 11:03 AM
mysticmind's Avatar
WC300
 
Join Date: Jun 2006
Posts: 1,401
mysticmind is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to mysticmind
iTrader: (5)
Default

tak wajar bandingkan 'WORLD' vs malaysia.

tapi kekosongan itu mmg ruang yang baik untuk di isi..
cuma, benarkah yang mengisi tuh benar2 hebat? atau perasan hebat?
atau ramai lagi underdog yang remain underground :P


Reply With Quote
  #8 (permalink)  
Old 05-18-2008, 12:29 PM
surfaddict's Avatar
WC300
 
Join Date: May 2006
Location: shah alam
Posts: 1,066
surfaddict is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to surfaddict
iTrader: (58)
Default

Saya sependapat dgn mysticmind, ramai yg remain underground sbb nak hidup tanpa publisiti meluas. Malahan mereka ni jika kita temui tidak lokek ilmu pun just mereka lebih suke mcm tu.

Sy rasa sudah sampai masa kita anjurkan Malaysia Internet Summit sendiri..hehehehe..Nak pi ke WIS jauh bebenor.


Reply With Quote
  #9 (permalink)  
Old 05-18-2008, 12:52 PM
code7's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2005
Location: On WorkStation
Posts: 1,112
code7 is an unknown quantity at this point
Send a message via Yahoo to code7
iTrader: (2)
Default

adakalanya diorang pun segan nak ngaku pakar... sbb diorang run underground maybe nak low profile.. asalkan hidup senang sudah ler..
__________________


Reply With Quote
  #10 (permalink)  
Old 05-18-2008, 08:49 PM
Junior Member
 
Join Date: Dec 2007
Location: Shah Alam
Posts: 101
Azrul The Great is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to Azrul The Great
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by code7 View Post
adakalanya diorang pun segan nak ngaku pakar... sbb diorang run underground maybe nak low profile.. asalkan hidup senang sudah ler..
betul tu..

kebiasaannya, mana ada orang nak mengaku dia pakar..

melainkan orang lain yang iktiraf dirinya pakar..

tapi mcm mana orang nk tahu dia pakar kalau bergerak secara underground dan tak expose kat forum-forum..

betul?

Azrul


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
Malaysia Tanpa DEB..Pendapat anda? rajaads Sembang Umum 84 10-18-2008 08:08 PM
MACAM MANA NAK PROMOTE WEB SITE akudepp Teknik Pemasaran Internet 124 03-30-2008 09:25 PM
Benarkah Penganut Kristian LEBIH RAMAI daripada Umat Islam ??? Saijuhan Sembang Umum 1 02-17-2008 11:19 PM
Adakah kita berpuas hati dengan gaji bulanan? abg_x Sembang Umum 25 02-08-2008 10:57 PM


All times are GMT +8. The time now is 08:48 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0