salam..
faris, tahniah sy ucapkan..sebagai newbie dengan pencapaian trafik mencecah 500 n earning cecah USD11 tanpa sebarang bantuan ebook berbayar cukup memberansangkan..sy kagum..
faris, nak bantu boleh..tapi bagi sy untuk pendekkan lagi masa faris mahirkan diri dengan adsense, keluarkan lah sedikit wang untuk dapatkan panduan adsense..dah belambak ebook adsense dalam BM..tinggal pilih mana yang berkualiti jer..
Saya tengok ada kelemahan sikit kat blog faris..blog pasal 'health' tu dah cukup bagus kerana mempunyai banyak content..dan saya rasa banyak earning faris datang dari blog tersebut..
blog yang pasal download software,video dan macam2 lagi tu, ade kelemahan..saya syor kan faris ulas sedikit sebanyak pasal kandungan yang untuk di download itu. atau pun letakkan artikel..
sebagai contoh blog download tersebut mengenai software ABC..pergi kat mana2 direktori artikel seperti findarticles.com dan search artikel yang kita boleh gunakan mengenai software tersebut..kemudian copy beserta nama penulis dan paste pada page sama dengan software tersebut..ubah sikit la artikel tersebut..
tips lain:
pastikan faris buat kajian keyword untuk melihat niche keyword yang bernilai tinggi..sebagai contoh faris membuat keputusan untuk membuat blog mengenai keyword 'cancer'..faris kene pilih niche nya seperti 'brain cancer'.. untuk mengetahui niche, faris kene lakukan sendiri kajian keyword untuk melihat niche bagi keyword 'cancer' yang mempunyai banyak carian dalam sehari dan kurang saingan..
selepas itu, faris buat pula kajian untuk melihat adakah niche tersebut mahal atau murah..ini semua perlu dilakukan dan bukannya membuat blog secara mem**** buta..jika tak,masa update blog hanya terbazir begitu sahaja tanpa sebarang hasil memuaskan..
memang ia kelihatan leceh, tapi inilah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan hasil yang maksimum..sy mempunyai 1 niche yang mempunyai klik sekitar USD10 untuk 1 klik..sy melakukan kajian niche ini selama 1 minggu..faris rasa, berbaloi tak kajian saya tu??
pada saya, bilangan pelawat memainkan peranan, tetapi no.2. kenapa?sebab pada blog niche yang saya sebutkan di atas, pelawat saya sekitar 40 orang sahaja seminggu. tetapi hasilnya sangat memuaskan..yang paling penting adalah nilai niche keyword tersebut..ini semua adalah hasil kajian keyword..penting bukan??
cadangan saya, dapatkan 1 panduan yang faris rasakan berguna dan belajar daripadanya..kemudian faris aplikasikannya..kalau betul tak de duit, explore la WC ni untuk belajar lagi banyak.

harap membantu..