+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1234 LastLast
Results 1 to 10 of 34
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default Bisnes Ebook Dah Tak Relevan!



    Hajat nak letak tajuk "The Death Of Ebooks", tapi guna je lah tajuk yang sedang diguna oleh Team Flarebiz. Mudah sikit anda semua nak faham apa 'isu' sekarang.

    Adakah ebook masih relevan di masa kini?

    Bagi saya, soalan ini tidak patut ditanya, tapi amat bagus untuk diperbincangkan, disenaraikan idea dan pandangan oleh para usahawan ebook.

    Konsep asas bisnes ebook adalah bukan "i jual you beli". Itu bukan bisnes. Ramai yang kata dia buat bisnes internet, tapi yg dia buat hanyalah make money iaitu jual ebook.

    Bisnes ebook yg sebenar ialah:

    1. Kita ada ebook sendiri (unik). Bukan ebook MRR, RR atau PLR. Kita tulis dan hasilkan sendiri. Ini baru boleh dikatakan sebagai produk sebenar. MRR apa semua tu hanyalah sebagai side product sahaja, bukan main products.

    2. Ada senarai pelanggan dan prospek (List of buyers & prospects). Bila-bila masa sahaja kita boleh call atau hubungi mereka untuk promosi ebook kita. Senarai pelanggan inilah sebenarnya nadi kepada sesebuah perniagaan. Cuba tengok perniagaan offline. Kebanyakan pelanggan mereka adalah pelanggan yg sama. Mereka jaga betul2 pelanggan sedia ada mereka.

    3. Ada banyak produk terutama yang sama bidang. Kalau dah ada ebook pasal resepi satay, apa lagi resepi masakan yg lain yg boleh dijual? Ini dipanggil sebagai 'product positioning'. Sebagai contoh, saya tahu banyak pasal blogging. So selepas ini, saya akan banyak keluarkan ebook mengenai blogging. Tunggu dan lihat.

    4. Ada back-end. Ini rahsia besar dalam ebiz. Ada orang pertikai jual ebook murah tak bagus. Tapi hakikatnya tujuannya ialah untuk dapatkan list of buyers. Then lepas tu boleh follow up dengan produk yang mahal sikit.

    5. Ada produk high ticket (harga tinggi). Contohnya coaching program, seminar, bengkel, talk dan sebagainya.

    Perkara 3, 4 dan 5 di atas dipanggil sebagai marketing funnel.

    Saya senaraikan 5 perkara tu sahaja dulu. Saya tak kata ia lengkap. Banyak lagi aspek lain yg perlu diambil kira untuk mengatakan anda benar-benar buat bisnes.

    Kesimpulan yang dapat saya katakan ialah, ebook akan tetap relevan sampai bila-bila (sampai kiamat). Mereka yang mengatakan ebook ini sudah tak relevan sebenarnya mereka yang tak faham apa itu bisnes ebook. Sorry to say, tapi ini hakikatnya. Mereka bermain dengan bayang-bayang sendiri.

    Mereka tak faham konsep marketing funnel. Maka sebab itu mereka tak yakin dengan ebook. Ebook itu selain dapat jana duit, ia juga dapat dijadikan sebagai platform untuk membina jenama dan juga membawa customer untuk servis atau produk lain yang lebih tinggi bayarannya.

    Malah, mereka juga tak ada keyakinan di dalam bisnes ebook. Takut takut dan ragu ragu. Semuanya bermain dengan fikiran sendiri. Jual je lah. Kalau tak ada orang beli, buat kajian kenapa takde orang beli. Kat situ bertambah lagi pengetahuan kita.

    Banyak lagi sebab ebook tak laku dan tak dapat saya senaraikan di sini satu persatu. Cuma tiga perkara untuk pastikan ebook laku ialah:

    1. Topik itu tu ada permintaan - Ini wajib
    2. Laman web yang kadar conversion rate tinggi
    3. Trafik mesti tinggi

    Di luar sana, ramai yang mahukan bantuan anda. Dan dengan ebook lah salah satu cara untuk membantu mereka. Saya banyak terima emel dan SMS pasal ebiz dan perkara teknikal. Dari dulu sampai sekarang, tetap ada orang baru dalam market yg anda ceburi. Market ebiz ke, market masakan ke, market hosting ke, permintaan tetap ada..

    Tapi, anda perlu faham konsep supply & demand. Kalau permintaan sedikit, tapi persaingan banyak, maybe tak profitable nak masuk bidang tu. Tapi tak semestinya tak boleh sebab nak seribu daya. Di sinilah peri pentingnya keunikan produk anda dan jenama (brand) perniagaan dan diri anda.

    Soal marketing pun salah satu sebab ebook tak laku. Ebook tu bagus, tapi cara marketing salah dan tak begitu bagus. Itu belum lagi nak cerita mengenai keusahawan si usahawan tersebut. Macam mana hubungan dia dengan bakal pelanggan dan pelanggan sedia ada? Anda menjual atau anda buat bisnes dengan mereka? Jangan jual, tapi buat bisnes. Bisnes ni means, wujudkan hubungan dengan mereka. Bukan takat aku jual kau beli then habis. Itu bukan bisnes. Once ada hubungan, mereka tak anggap anda sebagai seorang penjual atau salesman. Tapi mereka anggap anda seperti seorang kawan.

    Akhir kata, ebook akan tetap laku sampai bila-bila. Kalau anda usahawan internet atau usahawan informasi yang serius, jangan sesekali mengatakan ebook sudah mati, tak laku, tepu atau dah tak relevan. Kalau anda kata begitu kepada pakar infopreneur, anda akan malu besar dan mereka akan ketawa besar kepada anda.

    Industri informasi akan terus berkembang maju selari dengan permintaan setiap masa dan zaman. Kita sebagai usahawan hanya perlu mengikut permintaan pada masa tersebut. Sebab tu kena buat market research.

    Ini adalah pandangan peribadi saya dan saya tetap yakin ebook tetap laku bak pisang goreng panas jika kena caranya. Ingat, manusia mahukan kesenangan, kekayaan, ketenangan, keselesaan, sihat, cergas, mudah dan sebagainya. ANDA sebagai usahawanlah yang boleh memenuhi kehendak mereka itu. Salah satunya melalui ebook.

    Semoga anda terus bermotivasi untuk berbisnes ebook!

    Wassalam.

    - smartzul

  2. The Following User Says Thank You to smartusaha For This Useful Post:

    Khairul Zainudin (12-08-2010)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  4. #2
    Han
    Han is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Posts
    794
    Thanks
    5
    Thanked 10 Times in 2 Posts

    Default

    topik yang menarik ni zul...
    panjang berjela-jela tulisan ni...hehe
    harap tulisan ni akan dpt menolong org yang tak faham pasal ebook ni...

    han

  5. #3
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    Sarawak
    Posts
    994
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Satu artikel yang menarik ni...dan boleh diaplikasikan dalam pembinaan brainstorming untuk ebook
    berehat sebentar...

  6. #4
    WC Premium Array
    Join Date
    Jan 2008
    Posts
    645
    Thanks
    127
    Thanked 26 Times in 19 Posts

    Default

    selagi kita tahu sesuatu ilmu tu dan kita rasa ada orang lain yang tak tahu lagi,selagi tu la ebook tu laku...mustahil semua orang akan tahu benda yang sama...lain orang,lain cara pemahaman dia...lain orang,lain cara dia berfikir...

    so,jual la ape2x ebook pun(berkualiti),insyaAllah boleh terjual...bezanya berapa yang anda untung?ada orang jual ebook rm20,dia target 30 orang jer beli,dah dapat rm600,bagi dia dah okeh,so pandai2x la nak market dan cari potential buyer...

    p/s:ebook wordpress smartzul puluh ribu untung tu..sapa beli pun puas hati termasuk la aku...

  7. #5
    Moderator Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Kelantan
    Posts
    1,787
    Thanks
    0
    Thanked 20 Times in 11 Posts

    Default

    Wah... artikel yang menarik

    p/s: Nampaknya kena suruh bro Zul sumbangkan artikel mengikut isu yang diutarakan dalam Majalah IM

  8. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by Labanon View Post
    Wah... artikel yang menarik

    p/s: Nampaknya kena suruh bro Zul sumbangkan artikel mengikut isu yang diutarakan dalam Majalah IM
    Boleh letak artikel saya ni di edisi seterusnya.

    Kalau nak, saya akan edit sikit.

  9. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by 7FiguresGuy View Post
    p/s:ebook wordpress smartzul puluh ribu untung tu..sapa beli pun puas hati termasuk la aku...
    Yang jual bukan hanya saya. Tapi reseller jual juga. Ada 100 orang reseller.

    Sales keseluruhan termasuk jualan reseller ada lah dalam 5 angka. Tak banyak pun. Lagipun target pasaran Malaysia sahaja. Orang yang nak guna blog dot com tak lah ramai sangat, tapi setiap hari akan tetap ada yang berminat. Saya buat ebook ni bukan hanya untuk keuntungan, tapi nak dapatkan senarai customer juga. So, boleh promote ebook lain kelak (back-end).

    Tip Ebook: Dalam penulisan buku, ada satu istilah iaitu Evergreen. Maksudnya buku tu tak lapuk dek zaman. Contohnya macam buku Napolleon Hill. Kalau anda berjaya tulis buku macam ni, memang akan laku sampai bila-bila hatta anda sudah tak ada kat dunia. Selain tulis ebook, saya galakkan anda tulis buku. Sebab walaupun kita dah tak ada kat dunia ni, ahli keluarga kita tetap akan dapat royalti buku tersebut. Kiranya buku tu pun salah satu harta yang bermanfaat untuk kita.

  10. #8
    WC Premium Array
    Join Date
    Oct 2007
    Posts
    363
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    Bagi aku, ebook dah tak releven skang ni.
    Apsal makin hari, makin murah harga yg ditawarkan?
    Nape harga ebook tak boleh naik2?
    Sekali jual plak, bagi free tu la, ini la... Nampak sgt standard ebook ni dah jatuh.

  11. #9
    Junior Member Array
    Join Date
    Dec 2007
    Posts
    56
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Ape yg smartzul suarakan tu ade kebenarannye. Sy bersetuju dgn pendapat tu. eBook sampai bile² tetap relevan. Kekuatan eBook bergantung kepada isi kandungannye. Kalau isi nye baik...berguna..sesuai sepanjang masa...x mustahil ia tetap relevan. Kalau isi kandungan x berkualiti..permintaan kurang la or mayb xde langsung.

    X dinafikan ade byk ebook yg free. Tp kandungannye betul2 berkualiti ke? Mayb ya mayb x. Berkenaan harga...ia ditentukan oleh penulis nya sendiri. Kat cni la ebook writer kena pandai main harga. Jgn terlalu murah tp jgn lak terlalu mahal. Yg paling penting...isi di dalam nye.

    SmartZul...boleh sy 'quote'kan or copy paste thread yg saudara post kat atas tu? Sy nk masukkan dlm blog sy.

  12. #10
    WC Premium Array
    Join Date
    Feb 2007
    Location
    MTS Bachok
    Posts
    417
    Thanks
    0
    Thanked 5 Times in 2 Posts

    Default

    Hehe Yer ker? Kalau nak share information saya rasa xder masaalah


 

Similar Threads

  1. AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi
    By percuma in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 34
    Last Post: 01-02-2012, 12:09 PM
  2. 10 Tip Menulis Ebook Yang Wajar Di Ketahui
    By Labanon in forum Tips & Panduan
    Replies: 50
    Last Post: 10-16-2009, 03:57 PM
  3. Cara Nak Design Cover Ebook
    By budak69 in forum Sembang Umum
    Replies: 21
    Last Post: 07-08-2009, 04:18 PM
  4. Pengumuman : Pelancaran Ebook Rahsia Tersembunyi Adsense
    By richman in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 72
    Last Post: 06-05-2008, 01:12 PM
  5. Ebook Percuma: Saya Mahukan 11 Orang Designer Sahaja...
    By smartusaha in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 21
    Last Post: 12-28-2007, 10:23 AM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts