+ Reply to Thread
Page 1 of 2 12 LastLast
Results 1 to 10 of 11
  1. #1
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    SmartUsaha.com
    Posts
    3,773
    Thanks
    0
    Thanked 53 Times in 28 Posts

    Default Keluar daripada kebiasaan..



    Apabila kita cuba memerhatikan.. 'Budaya' perniagaan dan mencari pendapatan melalui internet di Malaysia ada trend dan gayanya.. Apa yg saya perhatikan, kita amat kekurangan produk yang kreatif, unik, berkualti dan berbeza.. Rata-rata hanya menjual benda yang sama.. Sebagai contoh, program affiliate buku tsunami wang. Anda masuklah mana2 ruang iklan atau forum, begitu banyak iklan yang sama.. Bukan saya ingin menyatakan tidak boleh dan tidak patut, namun yg saya ingin tekankan di sini adalah KURANGNYA produk.. Masing2 hanya ingin menjual benda yang sama, mengiklan di tempat yg sama, guna teknik iklan sahaja tanpa guna teknik2 yg lain. Rata-rata tidak cuba untuk mengeluarkan produk atau sesuatu yg berbeza..

    Apa yg saya ingin sampaikan di sini, jika hal ini berterusan, kita tidak akan sampai ke mana-mana.. Hanya tahu menjual benda yang orang lain jual sahaja.. Begitu banyak lagi yg boleh kita lakukan JIKA kita rajin dan mahu melakukan.. Jika kita lihat, kita kekurangan internet marketing coach.. Yang ada irfan khairi, fione tan dan yg low profile (kurang 'menyerlah' di malaysia - tak ramai yg kenal) adalah kidino (moneyclicking.net). Selain mereka ada lagi, namun rata-rata tidak mahu menonjolkan diri dan lebih suka-kan pasaran luar negara.

    Salah satu contoh (ni nak promote & puji shuth sikit), buku maskahwin dan program affiliate-nya. Saya rasa, inilah produk yang pertama menguasai pasaran di internet Malaysia. Kehadiran buku ini amat berbeza dengan produk yang lain iaitu menggunakan teknik-teknik perniagaan internet seperti tajuk buku yg menarik, penggunaan mini site, testimoni, affiliate dan pemberian sample chapter.. Kehadiran produk ini saya rasa menjadi 'pembuka pintu' kepada produk2 yg lain.. Selain ciri di atas, beliau juga menggunakan nama .com dan tidak web yang free.. Orang yakin dan mahu membeli.. Inilah dikatakan serius dalam berniaga.

    Selepas itu, datang pula e-book tsunami wang.. kaedahnya sama seperti buku maskahwin.. Walau kedua-duanya adalah produk informasi, tetapi ia unik dan berbeza.. Tahniah kepada tuan punya produk yg telah saya sebutkan.. Mereka telah menjadi usahawan (bukan peniaga).. Menjadi perintis..

    Rumusan di sini adalah:
    1. Kalau mampu, hasilkan produk sendiri yang unik dan berkualiti
    2. Keluar daripada kebiasaan seperti orang lain lakukan. Ia adalah perangkap
    3. Jika jual produk affiliate, gunakan pelbagai kaedah. Jangan hanya copy & paste URL serta suruh orang beli.. So, belajar tekniknya..
    4. Jika anda mampu, berilmu dan dah ada kepakaran sikit, berusahalah untuk menjadi coach / pengajar mengenai KEUSAHAWANAN INTERNET. Tak semestinya perlu tahu semua perkara. Maksudnya di sini, anda expert untuk part mini site.. So, ajar mengenai hal itu..

    Mungkin anda kurang faham apa yg saya sampaikan di sini.. Kalau tak sampai makna yg saya nak sampaikan, bagitahu saya.. Pendek katanya di sini, sama-samalah kita memajukan industri ini di Malaysia.. Langkah pertama: MEMBACA & BELAJAR.

    :roll:

  2. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  3. #2
    Moderator Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    johor
    Posts
    714
    Thanks
    0
    Thanked 2 Times in 2 Posts

    Default

    Yaa betul... dalam proses..

  4. #3
    New Member Array
    Join Date
    Jan 2006
    Location
    Kota Kinabalu
    Posts
    33
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Stuju.. juga dalam proses

    Memang stuju.. dan berusaha mencari yang unik. BELAJAR, MEMBACA DAN RASA. Manusia bila membaca tapi tak faham, bila faham tapi tak buat, bila sudah membaca, dah faham dan dah buat tapi tak pula sempurna..:cry: Berusaha untuk mendapat tempat pertama lebih baik dari berusaha untuk mengekalkan tempat pertama... :roll: Banyak lagi yang saya nak belajar dalam forum yang cukup bermanfaat ni. Saya merasa beruntung walaupun dikomen, kerna komen ni lah yang boleh memperbaiki kualiti dan persembahan seseorang. Teruskan.....

  5. #4
    New Member Array
    Join Date
    Jan 2006
    Location
    Melaka, Malaysia
    Posts
    1
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Buah cempedak d luar pagar,
    amik galah tolong jolokkan,
    saya ni baru jer belajar,
    kalau salah tolong tunjukkan...

    I'm just join-in this forum 2nite. Nak post ni pun masih terkial-kial tp memang now ni i still MEMBACA & BELAJAR walaupun umur saya dah nak masuk 40's...

    To know me kena lah kekawang semua melawat homepage friendster saya yg saya dapat free... and for all information saya baru belajau buat internet biz ni mid-DEC last year thru one friend. La ni... still blur lagi so i hope by joining this forum we may be able to share what we did to improve ourself ke arah kegemilangan....

    Gtg, tp b4 that... Thousand apologies kalau myself intro tak begitu formal & maafkan saya jika ada terkasar bahasa.

    p/s: forget to read your web policies... i will after this.

  6. #5
    New Member Array
    Join Date
    Jan 2006
    Location
    Kota Kinabalu
    Posts
    33
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Jangan bimbang dan segan..

    Saya juga masih belajar.. dan belajar untuk menjadi orang yang berjaya memerlukan pengorbanan. Pengorbanan perlu walaupun kengkadang selalu bertemu dengan situasi yang amat mengecewakan. Teruskan belajar.. dan makin kita jatuh kemudian bangkit.. lama2 kita akan jadi orang yang mahir mengelakkan diri dari jatuh. Di sini ramai yang saya rasa akan sudi membantu dan kongsi idea. Inilah sebabnya mengapa mr. shuth mengujudkan forum ni... . Teruskan mencari ilmu dunia dan akhirat hingga akhir hayat.

  7. #6
    WC Premium Array
    Join Date
    Dec 2005
    Location
    On WorkStation
    Posts
    1,844
    Thanks
    6
    Thanked 23 Times in 10 Posts

    Default

    marketing... ini satu jargon yang teramat penting dalam apa jua business... tanpa marketing maka business tak berdaya saing.. tak kiralah business products or services.. saya pun masih belajar bab marketing strategy dan juga financial management, itulah masa kat uni dulu blaja masuk kelas main-main, sekadar nak sign attendance aje... bila dah grad baru tau betapa pentingnya marketing & finance neh.. seme org dalam bisnes wajib tau pasal aspek ini lebih mendalam kalo nak berjaya.. actually ada byk strategy lain yg perlu dipelajari... kalo rajin bacalah buku Sun Tzu .. Art of War... ini org2 corporate ceo slalu baca, sbb dunia bisnes juga medan peperangan produk/service.. kene ada strategy mcm sunt zu kata belajar dari musuh strategy mereka dan eksploitasi kelemahan mereka... teknik sun tzu dalam art of war mmg wajar didalami.. semua org bisnes mmg patut teruskan survival dalam mencari 'lubuk emas' mereka, tak kiralah dalam online business, mlm, investment, services, products etc...

    Thinking outside the box... saya rasa kita perlu ada kelainan dalam bisnes kita, apa yg menarik? dan apa yang membezakan dgn org lain ? Ada byk teori ttg ini, mcm strategi Apple vs IBM dgn motto ..think different.. dgn invention pc terbaru, interface baru mengalahkan produk mainframe IBM.. ini satu strategi yg menarik... kita akan terus belajar strategi dgn menghayati, mengkaji taktik bisnes org2 yg telah berjaya....

    p/s: yakin pada diri sendiri ttg bisnes, mcm sahabat kita pernah terangkan ttg konsep D.U.I.T (Doa+usaha+Ikhtiar+Tawakal)

  8. #7
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jan 2006
    Posts
    1,019
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Sun TZu tu is a must,

  9. #8
    Senior Member Array
    Join Date
    Jan 2006
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    255
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Ada...

    cuba tengok yang ini...produk ebook dan coaching
    Founder From Malaysia, Bekas Rakan Sepejabat Saya.
    Sekarang sudah berhenti kerja dan sepenuh masa dalam Intenet Business.

    Work at Home Information
    http://www.marketerschoice.com/app/?af=357914
    Sani Rahman Foto Blog :
    http://sanirahman.fotopages.com

  10. #9
    New Member Array
    Join Date
    Feb 2006
    Posts
    10
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Traffic

    Menarik juga maklumat yang diutarakan. Saya berjanji akan selalu masuk ke forum ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini. Siapa2 boleh ajar dan bagi tips kepada saya camna nak dapatkan lebih banyak traffic? :lol:
    Saya baru berjinak-jinak dengan Google Adsense.
    Laman web saya mengenai wanita
    http://umimelor.blogspot.com

  11. #10
    Senior Member Array
    Join Date
    Jan 2006
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    255
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default Re: Traffic

    Quote Originally Posted by ainamnahani
    Menarik juga maklumat yang diutarakan. Saya berjanji akan selalu masuk ke forum ini untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini. Siapa2 boleh ajar dan bagi tips kepada saya camna nak dapatkan lebih banyak traffic? :lol:
    Wah..hang mmg bagus la.. tau2 jer tak lama lagi Hari Wanita Sedunia..
    Traffic hang ramai from USA tu...Good Job!
    Sani Rahman Foto Blog :
    http://sanirahman.fotopages.com


 

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts