saya bukan penulis eBook
tapi pendapat saya, rakyat Malaysia mmg tadak kesedaran tentang hak cipta.
saya penah buat kajian tentang VCD cetak rompak masa degree dulu.
rata2 responden beli VCD cetak rompak, ada juga yang tak beli, tapi sikit..
dapat saya simpulkan bahawa kalau sesuatu menda tu boleh dicetak rompak, mmg kebanyakkan orang Malaysia akan cetak rompak, kalau boleh dapat murah/mudah didapati, yang tu akan dicarinya.asalkan diri sendiri untung.
contoh yang saya boleh bagi (bukan semua orang, ni antara contoh sahaja apa yang boleh dan telah dicetak rompak di Malaysia)
1. budak2 IPT lebih cenderung photostat buku dari beli yang ori.
2. pengguna pc lagi suka pakai software cetak rompak. windows pon pakai yang cetak rompak.
3. software dalam pc pon cetak rompak, cari crack kat internet atau beli cd RM5 kat kedai.
4. suka beli/ tgk VCD cetak rompak.
6. kat kenderaan pon pakai barang "local" (cetak rompak jugak)
7. download mp3 fri, movie fri
8. casing enphone pon yang cetak rompak jugak.
9. jam pon cetak rompak jugak (pasar malam)
10. baju pon ada jugak cetak rompak
11. kasut/sandal pon ada jugak cetak rompak.
12. handphone pon ada yang beli underwater (bayangkan kalau senang nak dapat barang underwater, adakah orang Malaysia akan beli yang ori?)
ada banyak lagi yang boleh anda fikirkan...
sebab apa banyak barang cetak rompak kat Malaysia?
sebab banyak permintaan & MUNGKIN kurang penguatkuasaan
satu lagi: kes pinjam meminjam/ kongsi...
baca paper pon pinjam (camna company buat paper nak maju?)
buku pon pinjam
eBook pon pinjam (bila pinjam, terus copy la, pinjam cd lagu, convert mp3, ada juga yang pinjam mp3, terus copy masuk harddisk)
dll
ni pendapat saya: hasil pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain serta pemerhatian yang saya buat sndri.
