 |
Navigation
|  |
|
| WC Navigation |
|
|
|
 |
Welcome, Unregistered.
|
 |
|
| Member Panel |
|
|
|

06-01-2006, 11:11 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,870
|
|
hasrul, naper? Leh share? naper x sanggup? Cerewet? Susah? Kos?
|

06-01-2006, 11:46 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,870
|
|
ok, saya ada jumpa satu artikel yg bagus.. Di web PTS.
Leh ke: http://www.pts.com.my/modules.php?na...rticle&sid=217
Kat situ dia kata:
1. Di bawah Akta Hak cipta sekarang, seseorang yang mempunyai bukti hak ciptanya dicuri oleh pihak lain boleh membuat aduan polis, sama seperti hal lain-lain jenis kecurian.
2. Kini sesudah Malaysia menganggotai Konvensyen Berne, amalan ini (cetak rompak) masih berterusan. Semua negara yang menandatangani Konvensyen Berne saling melindungi hak cipta warganegara satu sama lain di negara masing-masing. Sebagai contoh kerajaan Malaysia melindungi hak cipta warganegara Amerika di negara ini dan begitu juga sebaliknya.
3. Mengikut Akta Hak cipta mana-mana negara, hak milik ke atas hak cipta karya mempunyai tempohnya. Di sesetengah negara, tempoh itu ialah sehingga 25 tahun ataupun 50 tahun selepas pengarangnya meninggal dunia. Selepas tamat tempoh itu karya tersebut menjadi harta awam, dan sesiapa sahaja boleh menerbitkan karya itu tanpa memerlukan izin. --> DALAM MUDAH KATA: PUBLIC DOMAIN
|

06-01-2006, 11:48 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,870
|
|
Lagi artikel di PTS:
http://www.pts.com.my/modules.php?na...rticle&sid=306
Asas hakcipta:
9. Apakah prinsip-prinsip asas dalam hak cipta?
Karya adalah asli
Idea tidak dilindungi hak cipta
Fakta tidak dilindungi hak cipta
Hak cipta diperolehi secara automatik
Hak cipta adalah adalah satu bentuk harta
Karya sudah dizahirkan dalam bentuk yang nyata
DARI SUDUT ISLAM?? Leh rujuk di:
http://www.islamonline.net/servlet/S...=1119503545794
|

06-01-2006, 11:50 PM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 642
|
|
Quote:
|
Originally Posted by smartusaha
hasrul, naper? Leh share? naper x sanggup? Cerewet? Susah? Kos?
|
Memang susah, cerewet, masa dan kos.
Contohnya:
Katalah kita nak saman. Mula-mula pergi lawyer. buka fail dah kena RM. Pas tu nak buat "Staturoy Declaration". Pejabat yang nak dituju pun kita tak tau. Kalau tau pun, silap-silap kena tendang kaunter sana, kaunter sini, pegawai sana cakap jumpa pegawai sini dan sebaliknya.
Nak saman sape? Katalah nak saman pemilik website yang mengedar ebook kita tu. Nak cari pemilik website dah satu hal. Bukan senang-senang hantar email jer. Kena dapatkan maklumat IP, pemilik, alamat pemilik sebenar dan sebagainya. Kena jumpa ISP atau Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Malaysia kot, saya tak pasti. Kalau dah dapat pemilik sebenar, kena sampaikan saman by hand. Maknanya, kena sampaikan betul-betul ke tangan orang tu. Selagi orang tu kita tak jumpa, selagi itulah kita tak dapat saman.
OK. bab laywer pulak. Setiap perjalanan lawyer, nak cari maklumat ke, nak uruskan sesuatu ke, kosnya dia akan 'claim'. RM lagi. Kita pulak, kena sediakan segala maklumat yang diperlukan supaya dakwaan kita mempunyai bukti yang kukuh. Kat sini perlu berhati-hati. Silap-silap buang kes. Jadi kes naya pulak.
Mahkamah pulak, belum tau kes kita tu berjalan ikut jadual. Silap-silap postpone. Contohnya defenden MC, kena postpone lagi. Bukannya hari ni tak bicara, esok boleh sambung. Kena tunggu sebulan. Silap² 2 bulan. Nasiblah.. Kena pulak tu lepas tu postpone lagi... hmm.. itu senario biasa. Naik turun mahkamah ler pulak. RM lagi.
Begitulah hendaknya
|

06-01-2006, 11:54 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,870
|
|
Quote:
|
Originally Posted by hasrul

Hihihi, fuuhh, manyak makan duit yer hasrull. Lagipun kes ebook ni bukan lah sebesar isu emel layang artis tuu.. tu pon tak selesai2 lagii.. huhu..
Mcm ni lah, undang2 tu bagi saya no.2. Yg utama, kita sedarkan orang ramai bahawa, pentingnya menghormati HARTA ORANG LAIN. Dalam Islam diajar, bahkan ia satu perbuatan moral yg baik bg seorang yg ber-akal dan berfikiran baik.
Hmmm.... :?
|

06-02-2006, 12:08 AM
|
 |
WC300
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: johor
Posts: 642
|
|
Betul tu smartusaha.
Kita biasa dengar kan....
1. Kerja macam nak gila, tapi tak kaya².
2. Anak-anak nakal, bebal dan sebagainya.
3. Masuk RM10,000 keluar RM12,000. (rezeki tak berkat)
4. Sentiasa dirundung malang.
5. Rezeki tak masuk².
Banyak sebabnya kenapa boleh terjadi macam tu. Di antaranya:
1. Ibadat.
2. Makan rasuah.
3. Makan duit haram.
4. Hutang tak bayar.
5.
6.
7.
Sedangkan duit sepuluh sen kita jumpa kat tepi jalan kita tak boleh ambil sewenang-wenangnya, apa lagi benda yang kita dah tau siapa yang empunya hak. Dunia mungkin boleh lepas, kat akhirat nanti? Hidup dan mati bukan kita boleh rancang. Tiba-tiba meninggal macam kawan saya yang saya cerita kat blog saya tu.
Jadi, kalau rasa hidup tu macam susah jer selalu, kaji balik benda² yang saya tulis tu. Ia adalah hasil penelitian, rujukan, perbincangan yang saya buat dan ia adalah realiti yang berlaku di sekeliling kita.
|

06-02-2006, 12:14 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,870
|
|
Hasrul, saya tambah satu lagi untuk no. 5 tu:
1. Ibadat.
2. Makan rasuah.
3. Makan duit haram.
4. Hutang tak bayar.
5. TAK HORMAT HARTA ORANG LAIN/MENCURI
6.
7.
|

06-02-2006, 12:17 AM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,870
|
|
Petikan dari akhbar tempatan, Berita Harian pada 20/02/2006
SINGAPURA: Dua orang dikenakan hukuman penjara tiga dan empat bulan kelmarin kerana menyebar dan mengongsi lagu dalam bentuk MP3 yang mereka muat turun daripada internet menerusi laman chat MP3Melayu, lapor akhbar Singapura semalam.
Mohd Faizal Osman, 21 tahun, dipenjara tiga bulan kerana tiga kesalahan melanggar hak cipta. Tiga lagi tuduhan ke atasnya turut dipertimbangkan. Mohamad Azry Zainol, 22 tahun, pula dipenjara empat bulan kerana empat kesalahan sama. Empat lagi tuduhan turut dikenakan ke atasnya.
Ini adalah kali pertama pengguna Internet diheret dan dihukum berdasarkan Akta Hak Cipta kerana menyebar dan berkongsi fail muzik MP3 walaupun bukan untuk meraih keuntungan.
Secara keseluruhan, mereka memiliki 1,055 fail lagu MP3 yang dimuat turun daripada internet dan dikumpulkan dalam komputer peribadi untuk dikongsi dengan pengguna lain.
Di mahkamah kelmarin Hakim Dearah, Bala Reddy, menolak permohonan agar mereka dikenakan pemerhatian.
“Saya tidak terdorong untuk mendapatkan laporan pemerhatian sebelum menjatuhkan hukuman. Oleh kerana keluarga mereka tidak dapat bayar denda jika mereka didenda, saya tiada pilihan lain kecuali menjatuhkan hukuman penjara yang singkat,” kata Reddy. Menurutnya, jumlah maksimum adalah S$10,000 (RM23,000) atau paling kurang S$500 (RM1,150) bagi setiap lagu.
SATU PENGAJARAN UNTUK YANG SUKA EDAR EBOOK ORANG... Hehehe... INGATLAH ORANG YG TERSAYANG.. Ye la kan, walau banyak cerewet nak dakwa orang, tapi tak kena haribulan, akhirnya tupai jatuh juga ke tanah.. Tak ker menyusahkan mak ayah, family.. Menyusahkan ibu mengandung jerr.. huhu..
|

06-02-2006, 11:04 AM
|
|
New Member
|
|
Join Date: Apr 2006
Location: Damansara
Posts: 32
|
|
Yang Free Dijual
Tapi kengkadang tu ebook yang sepatutnya diberi percuma dijual...itu pun tak beretika jugakkan...itu yang susah tu...orang nak jadi cepat kaya aje....
|

06-02-2006, 02:30 PM
|
 |
Moderator
|
|
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 2,870
|
|
Re: Yang Free Dijual
Quote:
|
Originally Posted by mfs_hariz
Tapi kengkadang tu ebook yang sepatutnya diberi percuma dijual...itu pun tak beretika jugakkan...itu yang susah tu...orang nak jadi cepat kaya aje....
|
Hehe, tu lah... Penulis buat letih, pembaca buat duit.. Tapi ada gak ebook free yg boleh dijual balik.. Tengok tengok lesen lah.. 
|
| Thread Tools |
|
|
| Display Modes |
Linear Mode
|
Posting Rules
|
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts
HTML code is Off
|
|
|
All times are GMT +8. The time now is 08:16 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0 Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0
|
 |