Ok, terima kasih atas info tersebut. Cuma kita perlu faham,
betapa bezanya PATEN DAN HAKCIPTA. Paten, mmg tak boleh ditiru, hanya pihak yg mencipta barang itu sahaja yg boleh 'memilikinya'. Mungkin pak lah lebih refer kepada masalah paten sebab dia ada state "PEREKACIPTA", bukan penulis.
Utk paten ni, saya ada ambil course masa sekolah dulu untuk satu subjek yg berkaitan rekacipta. Paten lain, hakcipta lain.
Paten, KENA DAFTAR dan ia ambil masa utk diluluskan.
Hakcipta, tak perlu daftar.
Rujuk di sini untuk beza paten dan hakcipta:
http://www.lawmart.com/searches/difference.htm
Kat situ ada cerita, apa beza TM, C dan patent.
Sebelum terus membaca dan mengulas isu di thread ini, jangan libatkan isu paten atau TM kat sini. Itu perkara lain.
Ok, ini part saya pula..
Sila rujuk di sini:
http://www.mindvault.com.my/v2/default.asp?id=27
Biar saya petik dari kenyataan di situ:
"How do I register copyright?
Copyright exists automatically upon creation of the work.
There is no need to register your copyright and in fact there is actually
no mechanism to register copyright in Malaysia. Since there is no registration procedure,
there is no certificate which can be granted in respect of copyright. The recommended way to assert ownership of copyright is to execute a Statutory Declaration".
Perhatikan yg saya merahkan tu, yg saya underlinekan dan yg saya boldkan..
Biar saya simpulkan:
TAK PERLU DAFTAR UNTUK HAKCIPTA
Amacam? Masih tak puas hati?
Saudara keliru sebenarnya antara maksud ILMU dan hakcipta. Ilmu mmg free to used, tak ada hakcipta. Tapi hakcipta adalah untuk hasil kerja seseorang hatta benda tu boleh dapat free kat mana2.
Boleh baca di sini untuk faham beza ILMU/IDEA dan HAKCIPTA:
http://gemia.mschosting.com/~ptscom/universitipts/index.php/ulamak/
*artikel tu ditulis oleh Pn Ainon, orang kuat PTS (penerbit buku). Dia lebih byk pengalaman dari kita ni... Dan ini sebagai tambahan daripada beliau:
http://gemia.mschosting.com/~ptscom/universitipts/index.php/hakcipta_apakah_unsur_unsur_yang_dilindungi_dalam_ teks_bertulis/
http://gemia.mschosting.com/~ptscom/...a_karya_buruk/
http://gemia.mschosting.com/~ptscom/...karya_saudara/
Jumhur ulama juga mengiktiraf hakcipta ni. Kalau tak ada hakcipta, maslahah ummat tak akan terjaga. Kalau tak ada, byk kerugian akan berlaku.
Ini link ke salah satu fatwa ulama:
http://www.islamonline.net/servlet/S...=1119503545794
Pihak majlis Fatwa Indonesia tempoh hari, baru menetapkan fatwa hakcipta selepas mengetahui banyak berlaku kerugian berlaku akibat cetak rompak. Dan islam tak nak berlakunya kerosakan ekonomi dan kepincangan dalam masyarakat.
Sekali lagi, jgn salah faham konsep ilmu dan hakcipta. Kalau tak faham, akan mulalah episod melalut yg entah apa-apa..
Internet free to used? Apa yg sdra faham free to used tersebut?? Ia ada kaitan dgn hakcipta ke??
Kalau sdra nak pakai undang2 atau tafsiran tersendiri, silakanlah. TAPI jangan lupa, hidup kita kena saling hormat menghormati antara satu sama lain. Jgn sebab pendapat tak sama, habis kita hancurkan hidup dan usaha orang. Sy tak tuduh, cuma memperingatkan.
Jual ebook itu salah ke? Hanya orang yg buat bisnes ebook sebenar2 bisnes sahaja faham model bisnes ebook. Jangan main terjah dan cakap jer.
Di sini, saya nak komen setiap apa yg sdra telah taip:
Quote:
|
Assalamualaikum semua... Sebenarnya, tak silap saya, kebanyakkan E-Book tak der hak cipta. Apabila seseorang tu menaip apa sahaja jenis E-Book dan menjualkannya terus dan mengatakan hak cipta terpelihara, itu silap. Law in this business world is under Goverment Act.
|
Sdra yg silap. Mmg undang2 di bawh kerajaan dan kerajaan telah menetapkan akta hakcipta utk perkara ini. Setiap hasil kerja scra automatik akan mempunyai hakcipta. Sila rujuk link yg saya berikan di atas. Dan rujuk juga dokumen akta hakcipta setebal 110 m/s kat sini:
http://www.parlimen.gov.my/pdf/a332.pdf
Quote:
|
Bukan senang nak kata seseorang meniru E-Book orang lain. Terlalu ramai yang boleh mengemukakan idea yang sama tetapi is kandungan yang berlainan...
|
IDEA TAK TERMASUK DALAM HAKCIPTA. Hakcipta berkaitan dgn hasil kerja.
Quote:
|
Adakah sesiapa yang mengaku idea E-Book mereka di cilok ??? Cuba cermin diri sendiri, tindakan apa yang sepatutnya di ambil untuk mengelakkan pelanggaran hakcipta ni ???
|
Rasanya sdra yg perlu cerminkan diri sendiri sblm suruh org lain cermin diri mereka.
Quote:
|
Dah daftar dengan Akta Harta Intelek 2002 ??? Jadi kalau dah berdaftar tu, ambil tindakan hingga ke mahkamah... Tapi, jangan ingat senang nak dapatkan sijil dalam akta ni...
|
Perlukah mendaftar hakcipta? Jawapannya sudah kita ketahui.
Quote:
|
Ramai yang bubuh kod (TM) = Akta Trade Mark dan (C) = Akta Hakcipta...Tapi betul ker diorang semua dah berdaftar dengan akta-akta kerajaan ???
|
Sekali lagi, PERLU KE DAFTAR HAKCIPTA? Jawapannya sudah ada.
Quote:
|
Tak usah mengaku E-Book tu karya kita sebab apa sahaja yang berkaitan dengan INTERNET is FREE to used... Tanya pakcik Google kalau tak percaya...
|
Apa kaitan INTERNET FREE TO USED dgn hakcipta? Setahu saya, INTERNET FREE TO USED bermaksud tiada sesiapa yg boleh mengawal INTERNET atau memonopolinya terutama dari segi fasiliti rangkaian. Bukan hakcipta dan hasil kerja orang. Tak ada kaitan.
*Sila research pasal Net Neutrality.
Quote:
|
Saya banyak terjumpa isi kandungan E-Book yang sama dengan penulis-penulis luar negara... Ramai penulis hanya mengambil "TAJUK" E-Book daripada luar untuk diulas dalam E-Book yang mereka kata mereka cipta... This is not fair if orang luar negara edarkan E-Book2 ni secara percuma but di Malaysia ia dijual !!!
|
Sdra tahu apa itu PLR? Kalau tahu, harap fahamlah yg isinya mmg sama dan kita boleh do anything with it. Kalau tak tahu, mungkin boleh kaji sikit apa itu PLR ebook. Dan sekali lagi, idea hak milik semua orang, tapi kalau
curi hasil kerja orang, itu salahlah..
Sdra bagi saya web ni kan? >>
http://www.myipo.gov.my
Sila rujuk di bahagian ni. Jgn baca ucapan pak lah jer..
http://www.myipo.gov.my/index.php?op...d=48&Itemid=51
Baca dan fahamkan, apa dia cakap pasal hakcipta. Kalau x nak baca, cukup sahaja apa yg dikatakan di situ:
What Is Copyright?
Copyright is the exclusive right given to the owner of a copyright for a specific period. Copyright protection in Malaysia is governed by the Copyright Act 1987. There is no system of registration for copyright in Malaysia.
Cuba lihat kat web tu, ada tak borang untuk daftar hakcipta? Yg ada hanya utk patent, Trademark, rekabentuk industri dan Geographical Indications. Tak ada borang, sebab tak perlu daftar...
Pasal benda ni (hakcipta), malas nak 'berdebat'. BUANG MASA. Orang nak maju ke depan, kita tarik ke belakang. Orang nak ke angkasa, kita kata jangan... Apa nak jadi.
Akhir kata, jgn melalut yg entah apa-apa..
Sekian dahulu. Salam maju jaya.
Wassalam.