+ Reply to Thread
Results 1 to 10 of 111
- 12-18-2007 08:39 AM #1WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2005
- Location
- SmartUsaha.com
- Posts
- 3,773
- Thanks
- 0
- Thanked 53 Times in 28 Posts
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet
Saya amat yakin, sekarang teramat ramai yg sudah minat dan jatuh cinta dengan dunia perniagaan internet. Dari hari ke sehari, kita mendengar kisah-kisah kejayaan orang-orang kita. Orang Malaysia. Berjaya dalam arena Ebiz.
Ditambah dengan gaji bulanan yg tidak mencukupi, harga barang naik, tol naik, minyak naik dan segala-galanya memerlukan kos, maka orang ramai yg dalam 'keterdesakan' ini mula mencari punca pendapatan tambahan.
Dipendekkan cerita, mereka pun berjumpalah dengan peluang buat duit di internet.
Disangka langit yang cerah, namun hujan dan ribut yang menimpa.
Mereka telah membeli ebook, buku, sertai seminar, bengkel, join forum, baca artikel, download ebook free (bukan satu, tapi berlambak banyaknya) dan mcm2 lagi cara.
Sedih dan kecewa, nak dapat 1 sen di internet pun terkapai-kapai. Tunggu masa untuk lemas sahaja di 'lautan luas'.
Tiga kesilapan newbie yg baru memulakan perniagaan internet ialah:
Kesilapan 1: Bermula dengan sesuatu yg besar dan tidak sepadan dgn kemampuan atau keperluan diri sendiri.
Yg sebetulnya, mulakanlah dengan sekecil-kecil idea. Saya amat yakin, semua otai-otai di sini semuanya bermula dengan perkara yg teramat simple. Begitu juga saya.
Dulu, saya bermula dgn domain dan hosting percuma sahaja disebabkan tiada modal untuk membeli. Anda juga boleh bermula begini, tapi jika ada modal, lebih baik pendekkan perjalanan usaha anda. Terus beli domain dan hosting jika perlu.
Jadi, guna sahaja apa yg free untuk anda buat duit selagi ia boleh membantu. Tidak ada kesalahan besar di sini sebab anda baru bermula. Saya tidak mahu mengatakan anda wajib beli domain dan hosting kerana segalanya bergantung kepada kehendak, kemampuan dan keperluan anda sendiri.
Buat benda susah...
Mengapa buat perkara yg susah, mengambil masa dan tenaga yg banyak jikalau sudah tahu ia susah bagi anda? Dalam membuat duit di internet, jangan dilihat suka atau tidak. Soalan pokok di sini ialah, buat duit. Kalau nak lihat suka atau tidak, rasanya sampai mati tidak berjaya buat duit di internet.
Yg sebetulnya, kita perlu bina minat. Kena belajar. Bukan ikut kata hati, "apa yg aku suka yer?". Ketahuilah, apa yg kita suka, tak semestinya ia profitable (menguntungkan) atau orang lain suka apa yg kita suka. Last2, kita syok sendiri.
Tanyalah mana-mana otai, adsense ke, ebook ke, produk fizikal ke, mereka tidak lihat suka atau tidak, tapi mereka melihat pada peluang, demand dan mudah untuk dilakukan.
Org yg bijak ialah, guna sedikit masa, tapi income amat memuaskan. Ini yg sebaiknya.
Apa yg saya mahu katakan dalam kesilapan kedua ini ialah:
a. Buat sesuatu yg mudah. Yg sepadan dgn kemampuan anda.
b. Lihat pada market dan peluang, bukan pada apa yg kita suka. Tak semua yg kita suka menguntungkan.
c. Jika anda hanya mahu side income di samping gaji bulanan, maka buatlah sesuatu yg tidak menggunakan banyak masa. Jgn lakukan idea yg memerlukan masa, tenaga dan modal yg besar.
Menjana pendapatan di internet ada dua cabang:
1. Buat duit : Anda hanya mahu duit tambahan. Biasanya tujuannya hanya short term, tiada long term punya matlamat. Buat duit ini ada mcm2 cara: fast way, lazy way. Dan ia terbahagi dua jalan: cara halal dan cara haram. Tak kisah anda pilih yg mana satu, tapi dosa pahala tanggunglah sendiri. Dua2 medium itu boleh buat duit, tapi bezanya ialah berkat dan tidak berkat sahaja.
2. Buat bisnes : Anda betul2 buat bisnes. Ada fasa2 tersendiri dan semestinya bisnes anda adalah untuk jangka masa panjang. Buat bisnes ini biasanya ambil masa dan tenaga sebelum meraih sesuatu yg besar. Anda perlu mengambil masa sebab anda perlu menjaga reputasi, kredibiliti dan nama. Org yg ada long term tidak jual sesuatu yg tidak ada kualiti atau dalam istilah yg lain, 'menjual sampah'.
Kesilapan 2: Tidak buat satu-satu (tiada fokus)
Ini adalah penyakit paling teruk. Kesilapan yg teramat besar. Di internet, anda boleh buat duit dengan macam-macam cara. Terrrramat banyak cara. Selain jual ebook, buat Google Adsense dan yg biasa2 kita dengar, di sana terdapat 1001 cara lagi untuk mendapatkan duit di internet secara halal dan sah.
NAMUN BEGITU, melakukan satu dua perkara secara terurus dan berstrategi adalah lebih menguntungkan berbanding melakukan 10 kerja dalam satu masa tanpa perancangan. Sekejap buat itu, sekejap buat ini, esok nak belajar adsense, lusa nak ambil tahu pasal lain pula..
Pilih satu cara, belajar dan buat. Usaha sampai dapat duit dan ulang dan ulang lagi sampai anda tersedak sebab dapat banyak dapat duit. Cara ini lebih baik daripada buat banyak benda tapi 1 sen pun tak dapat.
Jangan memandang ringan perkara ini. Apa yg saya perhatikan, newbie mudah terjerat apabila melihat si A berjaya dengan Adsense, kemudian dia mahu juga buat Adsense. Kemudian datanglah cerita si B buat 4 angka dengan jual ebook, maka mulalah mahu menjual ebook, dan Adsensenya tadi entah ke mana. Begitulah rutin hariannya.
Kesian. Penyakit ini tiada ubat melainkan anda kembali kepada apa yg mampu anda buat dan fokus padanya. Saya pernah terkena penyakit ini dan akibatnya, hari-hari saya dilalui dengan penuh kerugian, jualan produk saya jatuh mendadak & bisnes tidak terurus, gara-gara mahu berjaya seperti si A, B, C dan D.
Hakikatnya, saya perlu jadi diri saya sendiri. Kalau ada peluang yg baik, saya akan lakukan jika saya berkesempatan. Tapi saya akan kemudiankan jika ia boleh merosakkan perniagaan sedia ada saya. Saya rela mendapat sedikit income daripada mengucar-ngacirkan perniagaan sedia ada saya hatta mahu jadi mcm org lain.
Kata kunci di sini: Jadi diri sendiri dan fokus pada satu-satu usaha pada satu masa.
Kesilapan 3: Salah Berguru
Maafkan saya jikalau poin ketiga ini membuatkan ada yg terasa. Namun anda mesti tahu, cara belajar yg betul ialah belajar daripada mereka yg betul-betul tahu membimbing anda mendapatkan pendapatan di internet.
Kepada guru iaitu yg mengajar itu, anda mesti tahu tahap kemampuan anak didik anda. Kalau si A lebih sepadan dgn menjual produk digital kerana masanya amat terhad utk menjual produk fizikal, didiklah dia untuk berjaya dalam bidang tersebut.
Jika si B ada kemampuan membina bisnes produk fizikal, ajar mereka cara menjadi seorang yg berjaya melalui cara itu.
Guru yg bijak ialah mampu melihat potensi diri anak didiknya, bukan memberikan jalan yg tidak sepadan atau tidak serasi dengan mereka.
Pendek kata, jika anda mahu mendapat duit melalui Adsense, guru terbaik di sini adalah seperti Sham RajaAdsense dan juga SyedIkhwan. Kalau mahu menjual produk fizikal ke seluruh dunia, SaifulSham is the best here. Kalau mahu menjadi webmaster yg pro, Alang adalah contoh terbaik.
Hanya menyebut beberapa nama sahaja. Ada lagi sebenarnya otai2 di sini, cuma kita tak tahu sahaja.
Namun pesanan saya, memang ramai yg boleh ajar anda buat duit, tapi awas, jangan tersalah pilih guru. Mentang2lah mahu buat duit banyak yg terbukti memang boleh dapat 4 angka sebulan, yg berkat diketepikan, tapi jalan hitam dipilih.
Hatta buat duit bertimbun-timbun setinggi gunung everest pun, ia langsung tidak bernilai di sisi Agama. Yg sedikit tapi berkat lebih baik daripada yg banyak tetapi sumbernya bukan dari jalan yg diberkati.
Akhir kata untuk poin ke-3 ini, belajarlah dengan mereka yg betul2 boleh mengajar anda buat duit (dgn cara yg berkat sudah semestinya) dan kemudian membina perniagaan internet yg berjaya.
Sepertimana yg ditulis oleh Dr. Rusly dalam bukunya, "Bagi mendapat tuntunan yg benar, kita harus mencari dan berdamping dengan guru yang mursyid...". Salah satu ciri guru yg mursyid ialah amat sensitif dgn sumber atau cara pendapatan yg diragui oleh Agama.
Tak cukup guru yg hanya tahu ajar cara buat duit semata-mata, tapi kita juga perlukan guru yg boleh membimbing kita lebih daripada itu. Maksudnya, bukan keduniaan semata-mata.
Salah pilih guru, salahlah jalan-jalan yg akan anda lalui..
----------------------------
Bermulalah dgn sekecil-kecil idea. Semua orang bermula dgn idea yg kecil. Amazon, ebay & lain2, mereka hanya bermula dengan cara yg kecil dan tidak masuk akal. Tapi kini mereka big players di internet. Oh ya, anda tak perlu bina ebiz mcm ebay atau amazon, cukuplah small biz sahaja tapi ada multiple sources of income.
Kita simpulkan kembali 3 kesilapan terbesar di atas:
Kesilapan 1: Bermula dengan sesuatu yg besar dan tidak sepadan dgn kemampuan / keperluan diri
Kesilapan 2: Tiada fokus pada usaha
Kesilapan 3: Salah Berguru dan salah pilih guru
Tujuan saya menyatakan perkara ini adalah agar anda yg baru mahu bermula melakukan dgn langkah yg betul, bukan langkah yg songsang.
Sekian sahaja Nota Ringkas Buat Newbie. Namun artikel saya di atas amat sesuai juga untuk semua orang. Ambil yg jernih, buang yg keruh.
Wassalam.
-
The Following 2 Users Say Thank You to smartusaha For This Useful Post:
Hisham Yusof (12-04-2010), redfar (07-12-2011)
- 12-18-2007 08:39 AM # ADS
- 12-18-2007 08:51 AM #2
Info yang amat menarik dan memberikan manfaat kepada kita semua untuk dijadikan "Guideline" di dalam mengharungi Perniagaan Internet ini khasnya buat Newbie, Terima Kasih, Zul.
- 12-18-2007 09:02 AM #3WC Premium Array
- Join Date
- Oct 2007
- Location
- Putrajaya
- Posts
- 3,024
- Thanks
- 99
- Thanked 13 Times in 11 Posts
Pergh......Pagi2 dpt info yg sgt menarik dari smartzul.. Tq..
- 12-18-2007 09:36 AM #4Moderator Array
- Join Date
- Nov 2007
- Location
- Kuching, sarawak
- Posts
- 1,174
- Thanks
- 3
- Thanked 20 Times in 4 Posts
No doubt, indeed very useful.
- 12-18-2007 10:10 AM #5Loyal Member Array
- Join Date
- Jun 2007
- Location
- kat melaka..
- Posts
- 639
- Thanks
- 9
- Thanked 5 Times in 5 Posts
100% setuju.. trutamanya no 3 tu. memang bnyk cara nk buat duit tp jgn terlalu ghairah .mereka buat duit tu smuanya take time, xada skelip matanya punya..
so, kena fokus.. buat satu benda tu dr awal smpai dpt hasilnya dulu. slps tu bole lah nk try benda2 lain pula... jgn yg dikejar tu xdpt, yg dikendong pula berciciran.. ( hehe.. mcm kisah benar je..)
- 12-18-2007 01:16 PM #6WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2007
- Location
- http://www.mohdhilmi.com
- Posts
- 1,464
- Thanks
- 15
- Thanked 4 Times in 4 Posts
TQ bro..
informasi yg bagus bagi newbie mcm saya..
saya paling setuju dgn fakta no 1.. saya pun dulu terjerat, mulakan dgn benda yang besar..
Tapi nasib sempat saya perbetulkan kesilapan saya, rupanya di internet masih banyak info yg free2 malah berguna pada pandangan saya..
tak di sangka, rupanya maklumat yg 'free' nilah yg berjaya menyelamatkan saya..
p/s: mulakan sesuatu dr yg kecil & mengikut kemampuan kita.
- 12-18-2007 01:16 PM #7WC Premium Array
- Join Date
- Dec 2006
- Location
- malaysia
- Posts
- 1,296
- Thanks
- 0
- Thanked 0 Times in 0 Posts
great motivation smartusaha!

memang betul apa yg dia ckp. itu semua boleh di katakan perkara pokok untuk anda memulakan langkah pertama dalam internet business.
bagi yg x bersedia, saya sokog dengan apa yg smartusaha cakap. beri fokus kepada satu bahagian dulu... jgn main taram semua. tapi, x bermaksud sampai bebila kena bagi fokus satu demi satu.
secara jujur, aku memang x fokus kepada satu. sbb aku tahu setiap satu tu bleh buat duit. tapi, kalo korang semua nak buat semua tu serentak, pastikan plan yg korang buat tu memang superb. bagi sistematik ckit! baru korang bleh buat semua benda serentak.
lpas tu, pasal brng free tu, aku sendiri memang suka guna barang free! kalo nak tau, brng free x bermaksud brng x berkualiti. kengkadang tu, kualiti dia hampir sama ngan yg berbayar.
jadi, pandai2 lah korang membuat pilihan.
- 12-18-2007 01:42 PM #8WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2007
- Location
- www.SyedHafidz.com
- Posts
- 782
- Thanks
- 9
- Thanked 0 Times in 0 Posts
saya suka yang ketiga

salah pilih guru...
bukan hany silap memilih guru, tapi masih juga keliru dengan laman web yang benar-benar menjalankan perniagaan internet yang sebenar dengan laman web picisan yang hanya tau nak menipu je...
akhirnya, bisnes entah ke mana, kita yang rugi..
- 12-18-2007 02:53 PM #9
eny sokong sesangat apa yang diperkatakan... boleh tambah ilmu ni..
- 12-18-2007 04:10 PM #10WC Premium Array
- Join Date
- Jun 2006
- Location
- ee-poh
- Posts
- 3,901
- Thanks
- 63
- Thanked 75 Times in 45 Posts
erm..saya pernah tersilap langkah dulu..kalau boleh semua nk buat sekali..adsense nak buat..affiliate nak buat..memacam la..ebook pun dh beribu dh baca..last2..pening..taktau nak start mana satu..
nasib baik la atas nasihat kwn2 yang ade kat sini leh buat satu-satu skang ni..fokus memang amat penting bagi menjalankan perniagaan internet ni..saya dulu pun taktau nak start mana satu..last2..saya decide apa yang saya minat dan mudah untuk saya buat..so saya start dengan design logo..memang pada mulanya agak sukar nak dapatkan customer dan cara nak dapatkan portfolio pun susah..lagi satu yang penting jangan mudah give up..so setelah mempertingkat kan skill yang ada..maka makin ramai yang minat ngan design saya..dapat juga la tarik customer dari luar negara dan merasa gak la duit dari Paypal..
hheeehhe..kalau dulu tak pernah merasa pun duit masuk ke akaun dan melalui perniagaan internet ni la saya dapat tau macam mana nak deal ngan client dan melalui macam-macam karenah..sape yang terlibat dalam dunia graphic design ni mesti tau punya..hehe..
apa yang Zul cakap tu semuanya betullso bagi sesiapa yang masih baru kenal ngan dunia internet business ni hati-hati dalam memilih model perniagaan dan yang amat penting adalah FOKUS..hilang fokus abihla..
LinkBacks (?)
-
Majalah IM - Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread02-01-2008, 10:03 AM -
E-Book Percuma - Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz - Page 11 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-29-2008, 10:42 AM -
Peluang Perniagaan 2008 Untuk Anda - 77 Lesen Sahaja - Page 10 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-29-2008, 12:40 AM -
Bagaimana Cara Menarik Minat Golongan 40an Bergiat Dalam Perniagaan Internet - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-27-2008, 05:06 PM -
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet - Page 2 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-25-2008, 10:20 PM -
Koleksi Kerenah Pelanggan Perniagaan Internet - Page 7 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia
Refback This thread01-25-2008, 06:42 PM
Similar Threads
-
A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche
By saifulsham in forum Perniagaan InternetReplies: 663Last Post: 02-09-2012, 11:13 AM -
Full Time Internet Business??!
By aku in forum Perniagaan InternetReplies: 107Last Post: 01-27-2012, 01:41 PM -
Senarai Internet Marketing Forum - Untuk Newbie Leh Start Sini
By zuraidi in forum Tips & PanduanReplies: 57Last Post: 01-06-2012, 02:43 PM -
AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi
By percuma in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 34Last Post: 01-02-2012, 12:09 PM -
Kali Pertama Memulakan Perniagaan Internet - Bagus untuk newbie
By TheReds in forum WTS : Pengiklanan & PemasaranReplies: 3Last Post: 02-12-2009, 01:52 PM



LinkBack URL
About LinkBacks
Reply With Quote



Bookmarks