Welcome to the forums
Community
Navigation
WC Navigation
Main Page
Article Directory
Affiliate Directory
IM Blog Directory
Download Directory
Forum Menu
Home
Register
FAQ
Members List
Calendar
Search
Today's Posts
Mark Forums Read
Mark Forums Read
View Forum Leaders


Sponsor
Klik Disini Untuk Menaja!.
Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang telah sudi menaja kewujudan website ini..



Iklan Berbayar
Klik Disini Untuk Mengiklan!.


Free RPG
Turquoise Rings
Pocket PC Shareware
Modded Xbox
Online Loans

 


Welcome, Unregistered.
Member Panel
Go Back   WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia > Menjana Wang Secara Online > Perniagaan Internet

Reply
 
LinkBack (6) Thread Tools Display Modes
  #31 (permalink)  
Old 03-12-2008, 12:41 PM
fazdlie's Avatar
WC300
 
Join Date: Jul 2006
Location: Shah alam
Posts: 420
fazdlie is an unknown quantity at this point
iTrader: (0)
Default

Quote:
Originally Posted by smartusaha View Post
Saya amat yakin, sekarang teramat ramai yg sudah minat dan jatuh cinta dengan dunia perniagaan internet. Dari hari ke sehari, kita mendengar kisah-kisah kejayaan orang-orang kita. Orang Malaysia. Berjaya dalam arena Ebiz.

Ditambah dengan gaji bulanan yg tidak mencukupi, harga barang naik, tol naik, minyak naik dan segala-galanya memerlukan kos, maka orang ramai yg dalam 'keterdesakan' ini mula mencari punca pendapatan tambahan.

Dipendekkan cerita, mereka pun berjumpalah dengan peluang buat duit di internet.

Disangka langit yang cerah, namun hujan dan ribut yang menimpa.

Mereka telah membeli ebook, buku, sertai seminar, bengkel, join forum, baca artikel, download ebook free (bukan satu, tapi berlambak banyaknya) dan mcm2 lagi cara.

Sedih dan kecewa, nak dapat 1 sen di internet pun terkapai-kapai. Tunggu masa untuk lemas sahaja di 'lautan luas'.

Tiga kesilapan newbie yg baru memulakan perniagaan internet ialah:

Kesilapan 1: Bermula dengan sesuatu yg besar dan tidak sepadan dgn kemampuan atau keperluan diri sendiri.

Yg sebetulnya, mulakanlah dengan sekecil-kecil idea. Saya amat yakin, semua otai-otai di sini semuanya bermula dengan perkara yg teramat simple. Begitu juga saya.

Dulu, saya bermula dgn domain dan hosting percuma sahaja disebabkan tiada modal untuk membeli. Anda juga boleh bermula begini, tapi jika ada modal, lebih baik pendekkan perjalanan usaha anda. Terus beli domain dan hosting jika perlu.

Jadi, guna sahaja apa yg free untuk anda buat duit selagi ia boleh membantu. Tidak ada kesalahan besar di sini sebab anda baru bermula. Saya tidak mahu mengatakan anda wajib beli domain dan hosting kerana segalanya bergantung kepada kehendak, kemampuan dan keperluan anda sendiri.

Buat benda susah...
Mengapa buat perkara yg susah, mengambil masa dan tenaga yg banyak jikalau sudah tahu ia susah bagi anda? Dalam membuat duit di internet, jangan dilihat suka atau tidak. Soalan pokok di sini ialah, buat duit. Kalau nak lihat suka atau tidak, rasanya sampai mati tidak berjaya buat duit di internet.

Yg sebetulnya, kita perlu bina minat. Kena belajar. Bukan ikut kata hati, "apa yg aku suka yer?". Ketahuilah, apa yg kita suka, tak semestinya ia profitable (menguntungkan) atau orang lain suka apa yg kita suka. Last2, kita syok sendiri.

Tanyalah mana-mana otai, adsense ke, ebook ke, produk fizikal ke, mereka tidak lihat suka atau tidak, tapi mereka melihat pada peluang, demand dan mudah untuk dilakukan.

Org yg bijak ialah, guna sedikit masa, tapi income amat memuaskan. Ini yg sebaiknya.

Apa yg saya mahu katakan dalam kesilapan kedua ini ialah:

a. Buat sesuatu yg mudah. Yg sepadan dgn kemampuan anda.

b. Lihat pada market dan peluang, bukan pada apa yg kita suka. Tak semua yg kita suka menguntungkan.

c. Jika anda hanya mahu side income di samping gaji bulanan, maka buatlah sesuatu yg tidak menggunakan banyak masa. Jgn lakukan idea yg memerlukan masa, tenaga dan modal yg besar.

Menjana pendapatan di internet ada dua cabang:

1. Buat duit : Anda hanya mahu duit tambahan. Biasanya tujuannya hanya short term, tiada long term punya matlamat. Buat duit ini ada mcm2 cara: fast way, lazy way. Dan ia terbahagi dua jalan: cara halal dan cara haram. Tak kisah anda pilih yg mana satu, tapi dosa pahala tanggunglah sendiri. Dua2 medium itu boleh buat duit, tapi bezanya ialah berkat dan tidak berkat sahaja.

2. Buat bisnes : Anda betul2 buat bisnes. Ada fasa2 tersendiri dan semestinya bisnes anda adalah untuk jangka masa panjang. Buat bisnes ini biasanya ambil masa dan tenaga sebelum meraih sesuatu yg besar. Anda perlu mengambil masa sebab anda perlu menjaga reputasi, kredibiliti dan nama. Org yg ada long term tidak jual sesuatu yg tidak ada kualiti atau dalam istilah yg lain, 'menjual sampah'.

Kesilapan 2: Tidak buat satu-satu (tiada fokus)

Ini adalah penyakit paling teruk. Kesilapan yg teramat besar. Di internet, anda boleh buat duit dengan macam-macam cara. Terrrramat banyak cara. Selain jual ebook, buat Google Adsense dan yg biasa2 kita dengar, di sana terdapat 1001 cara lagi untuk mendapatkan duit di internet secara halal dan sah.

NAMUN BEGITU, melakukan satu dua perkara secara terurus dan berstrategi adalah lebih menguntungkan berbanding melakukan 10 kerja dalam satu masa tanpa perancangan. Sekejap buat itu, sekejap buat ini, esok nak belajar adsense, lusa nak ambil tahu pasal lain pula..

Pilih satu cara, belajar dan buat. Usaha sampai dapat duit dan ulang dan ulang lagi sampai anda tersedak sebab dapat banyak dapat duit. Cara ini lebih baik daripada buat banyak benda tapi 1 sen pun tak dapat.

Jangan memandang ringan perkara ini. Apa yg saya perhatikan, newbie mudah terjerat apabila melihat si A berjaya dengan Adsense, kemudian dia mahu juga buat Adsense. Kemudian datanglah cerita si B buat 4 angka dengan jual ebook, maka mulalah mahu menjual ebook, dan Adsensenya tadi entah ke mana. Begitulah rutin hariannya.

Kesian. Penyakit ini tiada ubat melainkan anda kembali kepada apa yg mampu anda buat dan fokus padanya. Saya pernah terkena penyakit ini dan akibatnya, hari-hari saya dilalui dengan penuh kerugian, jualan produk saya jatuh mendadak & bisnes tidak terurus, gara-gara mahu berjaya seperti si A, B, C dan D.

Hakikatnya, saya perlu jadi diri saya sendiri. Kalau ada peluang yg baik, saya akan lakukan jika saya berkesempatan. Tapi saya akan kemudiankan jika ia boleh merosakkan perniagaan sedia ada saya. Saya rela mendapat sedikit income daripada mengucar-ngacirkan perniagaan sedia ada saya hatta mahu jadi mcm org lain.

Kata kunci di sini: Jadi diri sendiri dan fokus pada satu-satu usaha pada satu masa.

Kesilapan 3: Salah Berguru

Maafkan saya jikalau poin ketiga ini membuatkan ada yg terasa. Namun anda mesti tahu, cara belajar yg betul ialah belajar daripada mereka yg betul-betul tahu membimbing anda mendapatkan pendapatan di internet.

Kepada guru iaitu yg mengajar itu, anda mesti tahu tahap kemampuan anak didik anda. Kalau si A lebih sepadan dgn menjual produk digital kerana masanya amat terhad utk menjual produk fizikal, didiklah dia untuk berjaya dalam bidang tersebut.

Jika si B ada kemampuan membina bisnes produk fizikal, ajar mereka cara menjadi seorang yg berjaya melalui cara itu.

Guru yg bijak ialah mampu melihat potensi diri anak didiknya, bukan memberikan jalan yg tidak sepadan atau tidak serasi dengan mereka.

Pendek kata, jika anda mahu mendapat duit melalui Adsense, guru terbaik di sini adalah seperti Sham RajaAdsense dan juga SyedIkhwan. Kalau mahu menjual produk fizikal ke seluruh dunia, SaifulSham is the best here. Kalau mahu menjadi webmaster yg pro, Alang adalah contoh terbaik.

Hanya menyebut beberapa nama sahaja. Ada lagi sebenarnya otai2 di sini, cuma kita tak tahu sahaja.

Namun pesanan saya, memang ramai yg boleh ajar anda buat duit, tapi awas, jangan tersalah pilih guru. Mentang2lah mahu buat duit banyak yg terbukti memang boleh dapat 4 angka sebulan, yg berkat diketepikan, tapi jalan hitam dipilih.

Hatta buat duit bertimbun-timbun setinggi gunung everest pun, ia langsung tidak bernilai di sisi Agama. Yg sedikit tapi berkat lebih baik daripada yg banyak tetapi sumbernya bukan dari jalan yg diberkati.

Akhir kata untuk poin ke-3 ini, belajarlah dengan mereka yg betul2 boleh mengajar anda buat duit (dgn cara yg berkat sudah semestinya) dan kemudian membina perniagaan internet yg berjaya.

Sepertimana yg ditulis oleh Dr. Rusly dalam bukunya, "Bagi mendapat tuntunan yg benar, kita harus mencari dan berdamping dengan guru yang mursyid...". Salah satu ciri guru yg mursyid ialah amat sensitif dgn sumber atau cara pendapatan yg diragui oleh Agama.

Tak cukup guru yg hanya tahu ajar cara buat duit semata-mata, tapi kita juga perlukan guru yg boleh membimbing kita lebih daripada itu. Maksudnya, bukan keduniaan semata-mata.

Salah pilih guru, salahlah jalan-jalan yg akan anda lalui..

----------------------------

Bermulalah dgn sekecil-kecil idea. Semua orang bermula dgn idea yg kecil. Amazon, ebay & lain2, mereka hanya bermula dengan cara yg kecil dan tidak masuk akal. Tapi kini mereka big players di internet. Oh ya, anda tak perlu bina ebiz mcm ebay atau amazon, cukuplah small biz sahaja tapi ada multiple sources of income.

Kita simpulkan kembali 3 kesilapan terbesar di atas:

Kesilapan 1: Bermula dengan sesuatu yg besar dan tidak sepadan dgn kemampuan / keperluan diri

Kesilapan 2: Tiada fokus pada usaha

Kesilapan 3: Salah Berguru dan salah pilih guru

Tujuan saya menyatakan perkara ini adalah agar anda yg baru mahu bermula melakukan dgn langkah yg betul, bukan langkah yg songsang.

Sekian sahaja Nota Ringkas Buat Newbie. Namun artikel saya di atas amat sesuai juga untuk semua orang. Ambil yg jernih, buang yg keruh.

Wassalam.
Fokus memang amat penting... sekarang ni saya dalam proses fokus, promosi dan show up <- irfan khari cakap..


Reply With Quote
  #32 (permalink)  
Old 04-03-2008, 02:59 PM
New Member
 
Join Date: Mar 2007
Posts: 24
izam is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

Tq... sejak join Wangcyber ni alhamdulillah... nampak gak jln... la ni nasib baik keja dgn "org tu"... lagi terbuka kepala otak skit


Reply With Quote
  #33 (permalink)  
Old 04-03-2008, 05:25 PM
azmanzainal's Avatar
WC300
 
Join Date: Apr 2008
Posts: 99
azmanzainal is on a distinguished road
iTrader: (0)
Default

btol tu izam, saya setuju..


Reply With Quote
  #34 (permalink)  
Old 04-07-2008, 01:30 PM
Din Beramboi's Avatar
Junior Member
 
Join Date: Apr 2007
Posts: 162
Din Beramboi is on a distinguished road
iTrader: (1)
Default

Ummm, info yg bagus. Ni haa ada tambahan sket. Aku ada buat ebook percuma "5 Langkah Wajib Dalam Memulakan Perniagaan Internet. FREE jer...

Download Sini


Reply With Quote
  #35 (permalink)  
Old 05-17-2008, 08:18 AM
samdaddycool's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Parit Bunga, Muar
Posts: 192
samdaddycool is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to samdaddycool
iTrader: (5)
Default

salam....

thanx smartusaha atas tazkirah yang diberikan... harap semua dapat baca dan fahamkan betul2 apayg cuba disampaikan...
...aku cukup tertarik dgn no 3 - berguru...
aku dulu mula menjual dlm ebay since 2002, ada sesetengah produk aku dpt dari local (UK), dan sebahagian lagi dari Malaysia.
so bayang kan waktu tu, GBP1 = RM6.80...
apa yang berlaku, jual barang dgn modal M'sia dan untung?? sudah tentu terlebih2-lebih2, lebih... berganda2... lebih drp 2kali ganda (Islam melarang menjual barang lebih 2kali ganda- kecuali yg melibatkan service).
....so apa yg aku dpt? 2007 adalah zaman kejatuhan aku... kenapa?
....akibat salah berguru, sebab aku dpt fatwa drp har$@ ja*$%, yg kata bole lebih 2x ganda.
...so kawan2, tak kira otai ke , newbie ke... jagalah RIBA, esp yg jual produk fizikal ke oversea... jgn pikir untung berlipat ganda, yang penting barakah. biar sikit tapi berterusan, halal dan berkat.

Ingat mengingati bagi kita yang mudah lupa....

samdaddycool
MUHASABAH TRADING
__________________
My world

Last edited by samdaddycool; 05-17-2008 at 08:22 AM. Reason: wrong spelling


Reply With Quote
  #36 (permalink)  
Old 05-17-2008, 08:32 AM
nasrun's Avatar
Senior Member
 
Join Date: May 2008
Posts: 331
nasrun is on a distinguished road
iTrader: (8)
Default

Boleh saya bertanya?
Apakah cara yang sesuai untuk approach seorang guru ni.
Taknak la nanti dianggap sengaja untuk mengambil kesempatan dengan ilmu yang dia ada.
Dan tak nak lah seorang guru tu berkata dalam hati "Sape budak ni, tibe-tibe tanye aku macam-macam".

Ade cara tak? Aku just blaja sendiri je sekarang.


Reply With Quote
  #37 (permalink)  
Old 05-17-2008, 05:08 PM
bossyazid's Avatar
New Member
 
Join Date: Mar 2008
Location: pontian
Posts: 43
bossyazid is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to bossyazid
iTrader: (0)
Default

Fuh..panjang tu info Zul...........kalu Zul dah start info........memang info yang memang rugi kalau tak baca...........
Info yang amat berguna terutama newbie mcm saya...he he he


Reply With Quote
  #38 (permalink)  
Old 05-18-2008, 03:40 AM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Quote:
Originally Posted by nasrun View Post
Boleh saya bertanya?
Apakah cara yang sesuai untuk approach seorang guru ni.
Taknak la nanti dianggap sengaja untuk mengambil kesempatan dengan ilmu yang dia ada.
Dan tak nak lah seorang guru tu berkata dalam hati "Sape budak ni, tibe-tibe tanye aku macam-macam".

Ade cara tak? Aku just blaja sendiri je sekarang.
Step 1: Belajar dan fahami sendiri dahulu. Kemudian, tentukan bidang yang mahu didalami tersebut. Jangan datang kat otai atau orang berjaya dengan fikiran yang kosong. At least, ada terisi sedikit dengan idea dan asas. Biarlah kefahaman anda berserabut sebab mereka akan membetulkannya nanti.

Step 2: Cari mereka yang tahu / pakar / atau berjaya. Bagitahu mereka yang anda nak belajar pasal _______. So, kena tahu lah bidang apa yg anda nak belajar. Kalau pergi ke otai Adsense, sudah tentu anda nak dalami ilmu Adsense.

Kalau kena cara, boleh belajar secara free dengan mereka. Kalau tak, bayar mereka untuk 1-to-1 training atau join seminar.

Bagi saya, sekarang ni amat susah nak dapat ilmu secara free. Kebanyakannya berbayar. Satu trik nak rapat dengan seorang guru atau otai ialah, jadi pelanggan mereka dulu. Then, sikit demi sikit rapat dengan mereka melalui saluran komunikasi yang mereka sediakan. Trik atau cara ni memang menjadi.

Namun, ingin ditegaskan di sini, anda bayar atau tak bayar ke, anda tetap kena usaha kuat. Mereka hanya bagi guide dan panduan sahaja. Jatuh bangun anda, berjaya ke tak, depends pada diri anda sendiri. Ada yang dapat formula hebat, tapi sebab malas usaha, tak berjaya juga.

Dan peringatan di sini, jangan pula rapat dan berbaik dengan mereka semata-mata nak korek ilmu dan bergantung harap pada mereka. Tu tak ikhlas namanya. Jangan ada udang di sebalik mee.

Bagi saya, tak ada rahsia untuk mendekati orang yg berjaya ni. Sama seperti dunia biasa yang mana kalau kita nak belajar sesuatu, kita pasti akan cari orang yang berkaitan kan? Nak belajar BI, kita akan cari guru BI atau pusat pembelajaran atau kursus intensif. Kalau nak ambil diploma IT, sudah tentu ke mana-mana IPT atau kolej yang tawar bidang tersebut. Semuanya ada jalan, syarat, prosedur dan polisinya.

Jadi, ia bermula daripada anda. Anda sendiri tentukan nak belajar apa dan kemudian cari mereka yang berkenaan. Kalau kena bayar, maka bayarlah. Nak belajar di kolej atau IPT kena bayar. Mcm tu juga untuk belajar dengan mana-mana guru / otai ebiz. Nak belajar biasanya kena bayarlah. Sebab kita guna masa bernilai mereka. Dalam bahasa yang lain, mereka bagi servis kat kita. So tak salah mereka kenakan caj.

p/s. Zaman sekarang ni nak guna tandas pun kena bayar 20 sen. Apatah lagi untuk menuntut ilmu. Kena ada pengorbanan lah untuk berjaya.


Reply With Quote
  #39 (permalink)  
Old 05-18-2008, 03:46 AM
smartusaha's Avatar
Moderator
 
Join Date: Dec 2005
Location: Skudai, JB
Posts: 3,126
smartusaha is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to smartusaha Send a message via Skype™ to smartusaha
iTrader: (17)
Default

Quote:
Originally Posted by samdaddycool View Post
salam....

thanx smartusaha atas tazkirah yang diberikan... harap semua dapat baca dan fahamkan betul2 apayg cuba disampaikan...
...aku cukup tertarik dgn no 3 - berguru...
aku dulu mula menjual dlm ebay since 2002, ada sesetengah produk aku dpt dari local (UK), dan sebahagian lagi dari Malaysia.
so bayang kan waktu tu, GBP1 = RM6.80...
apa yang berlaku, jual barang dgn modal M'sia dan untung?? sudah tentu terlebih2-lebih2, lebih... berganda2... lebih drp 2kali ganda (Islam melarang menjual barang lebih 2kali ganda- kecuali yg melibatkan service).
....so apa yg aku dpt? 2007 adalah zaman kejatuhan aku... kenapa?
....akibat salah berguru, sebab aku dpt fatwa drp har$@ ja*$%, yg kata bole lebih 2x ganda.
...so kawan2, tak kira otai ke , newbie ke... jagalah RIBA, esp yg jual produk fizikal ke oversea... jgn pikir untung berlipat ganda, yang penting barakah. biar sikit tapi berterusan, halal dan berkat.

Ingat mengingati bagi kita yang mudah lupa....

samdaddycool
MUHASABAH TRADING
Perkongsian yang bagus. Tapi saya nak tahu lebih lanjut mengenai keuntungan lebih dua kali ganda tu adalah haram. Kalau ada fatwa, saya nak sumber dia.

Memang dalam letak harga tak boleh melampau-lampau. Islam tak galakkan sangat.

Tapi dalam masa yang sama, kena semak jugalah diri kita. Kalau untung besar tak salah, namun kemungkinan nak jatuh bankrap tu tetap ada. Antara sebabnya tak keluar zakat, tak bersedekah, kedekut, monopoli, menindas orang, main kotor, cara buat duit tu haram di sisi Agama dan tamak haloba.


Reply With Quote
  #40 (permalink)  
Old 05-31-2008, 12:11 AM
samdaddycool's Avatar
WC300
 
Join Date: Dec 2006
Location: Parit Bunga, Muar
Posts: 192
samdaddycool is on a distinguished road
Send a message via Yahoo to samdaddycool
iTrader: (5)
Default

... buat masa ni, tak dapat nak bagi nas / hadis tentang untung lebih 2 kali ganda... yang saya dapat adalah dari beberapa orang guru... bukan fatwa saya sendiri.
__________________
My world


Reply With Quote
Reply


Thread Tools
Display Modes

Posting Rules
You may not post new threads
You may not post replies
You may not post attachments
You may not edit your posts

BB code is On
Smilies are On
[IMG] code is On
HTML code is Off
Trackbacks are On
Pingbacks are On
Refbacks are On
Forum Jump

LinkBacks (?)
LinkBack to this Thread: http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/5054-nota-ringkas-buat-newbie-tiga-kesilapan-memulakan-perniagaan-internet.html
Posted By For Type Date
Majalah IM - Sumber Informasi Perniagaan Internet Malaysia - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia This thread Refback 02-01-2008 09:03 AM
E-Book Percuma - Panduan Cara Pantas Buat Duit Dengan Payloadz - Page 11 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia This thread Refback 01-29-2008 09:42 AM
Peluang Perniagaan 2008 Untuk Anda - 77 Lesen Sahaja - Page 10 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia This thread Refback 01-28-2008 11:40 PM
Bagaimana Cara Menarik Minat Golongan 40an Bergiat Dalam Perniagaan Internet - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia This thread Refback 01-27-2008 04:06 PM
Nota Ringkas Buat Newbie: Tiga 'Kesilapan' Memulakan Perniagaan Internet - Page 2 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia This thread Refback 01-25-2008 09:20 PM
Koleksi Kerenah Pelanggan Perniagaan Internet - Page 7 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia This thread Refback 01-25-2008 05:42 PM

Similar Threads
Thread Thread Starter Forum Replies Last Post
A Tips 4 Newbie : Nak Bisnes Apa Di Internet: Niche saifulsham Perniagaan Internet 182 11-22-2008 07:24 PM
Senarai Internet Marketing Forum - Untuk Newbie Leh Start Sini zuraidi Tips & Panduan 36 11-22-2008 02:42 PM
Full Time Internet Business??! aku Perniagaan Internet 84 11-21-2008 10:47 AM
AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi percuma WTS : Pengiklanan & Pemasaran 23 10-09-2008 03:50 PM
Kali Pertama Memulakan Perniagaan Internet - Bagus untuk newbie TheReds WTS : Pengiklanan & Pemasaran 1 10-11-2007 12:50 AM


All times are GMT +8. The time now is 07:50 AM. - Forum style by ForumMonkeys
Powered by vBulletin® Version 3.7.0
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
Search Engine Friendly URLs by vBSEO 3.2.0