+ Reply to Thread
Page 1 of 3 123 LastLast
Results 1 to 10 of 27
  1. #1
    Senior Member Array
    Join Date
    Feb 2006
    Location
    teluk intan, perak
    Posts
    246
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default 5 tip menggunakan psikologi untuk berjaya dalam bisnes



    Berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Jadi jika anda selalu memikirkan tentang kekayaan, maka anda akan menjadi kaya, jika anda asyik memikirkan tentang kesusahan hidup maka hidup anda akan bertambah susah. JIka anda jadikan minda anda sihat, maka tubuh anda juga akan sihat. Jadi dengan melihat kepada beberapa contoh diatas, berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

    1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif. Tak percaya? lihat contoh ini..
    anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"

    2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari. setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

    3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda. JIka anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

    4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."

    5.Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya. Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya (contohnya di forum ini ). Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

  2. The Following User Says Thank You to vibe venom For This Useful Post:

    faezil (08-17-2010)

  3. # ADS
    Circuit advertisement
    Join Date
    Always
    Location
    Advertising world
    Posts
    Many
     

  4. #2
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Location
    Sarawak
    Posts
    994
    Thanks
    0
    Thanked 1 Time in 1 Post

    Default

    wah...tip yang berguna...walaupun nampak singkat namun penuh dengan motivasi yang berguna...mungkin boleh dipraktikkan oleh saya

    thank you
    berehat sebentar...

  5. #3
    Senior Member Array
    Join Date
    Feb 2006
    Location
    teluk intan, perak
    Posts
    246
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default

    kesemua perkara yang saya tulis diatas adalah termasuk di dalam affirmation. Affirmation adalah salah satu proses di dalam teknik visusalisasi. Ia ber tujuan untuk meneutralkan fikiran2 negatif yang bayak terdapat di dalam minda kita.

  6. #4
    Han
    Han is offline
    WC Premium Array
    Join Date
    Sep 2007
    Posts
    794
    Thanks
    5
    Thanked 10 Times in 2 Posts

    Default

    tip bagus tu...
    saya selalu berfikir "saya akan berjaya" sebelum tidur dan bangun tidur sebelum turun dari katil...
    bila ada cabaran, saya akan fikir, "dia boleh, saya pun boleh" dan "i can if i want"...

    han

  7. #5
    New Member Array
    Join Date
    Oct 2007
    Posts
    2
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Terima Kasih di atas info yang sangat berguna ni.
    Saya pula bukan mengejar kekayaan tapi mengejar kejayaan, dan biarkan kekayaan itu mengekori saya. Kejayaan saya bergantung pada ilmu, kerana penuh nya ilmu didada, dimana pergi tidak di injak tidak pula di hina malah dengan sendirinya membawa kita bertemu kembali kekayaan.

  8. #6
    New Member Array
    Join Date
    Oct 2007
    Posts
    2
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Terima Kasih di atas info yang sangat berguna ni.
    Saya pula bukan mengejar kekayaan tapi mengejar kejayaan, dan biarkan kekayaan itu mengekori saya. Kejayaan saya bergantung pada ilmu, kerana penuh nya ilmu didada, dimana pergi tidak di injak tidak pula di hina malah dengan sendirinya membawa kita bertemu kembali kekayaan.

  9. #7
    WC Premium Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Ampang, Kuala Lumpur
    Posts
    1,560
    Thanks
    1
    Thanked 17 Times in 12 Posts

    Default

    Bagus tue...

  10. #8
    Pioneer Member Array
    Join Date
    Jul 2006
    Location
    Anjung Rahmat Inn,Batu 6, Jalan Gombak.
    Posts
    775
    Thanks
    0
    Thanked 0 Times in 0 Posts

    Default

    Terima kasih saudara Vibe Venom kerana berkongsi dengan semua ahli di sini.

  11. #9

  12. #10
    Senior Member Array
    Join Date
    Feb 2006
    Location
    teluk intan, perak
    Posts
    246
    Thanks
    0
    Thanked 3 Times in 3 Posts

    Default

    Quote Originally Posted by adana View Post
    Terima Kasih di atas info yang sangat berguna ni.
    Saya pula bukan mengejar kekayaan tapi mengejar kejayaan, dan biarkan kekayaan itu mengekori saya. Kejayaan saya bergantung pada ilmu, kerana penuh nya ilmu didada, dimana pergi tidak di injak tidak pula di hina malah dengan sendirinya membawa kita bertemu kembali kekayaan.
    yup i agree... ia bukan saja boleh digunakan untuk mendapat kekayaan malah boleh digunakan untuk mencapai apa sahaja yang kita mahukan.


 

Similar Threads

  1. Full Time Internet Business??!
    By aku in forum Perniagaan Internet
    Replies: 107
    Last Post: 01-27-2012, 01:41 PM
  2. AMARAN: Jangan beli ebook SistemRahsia v2 kalau tak nak rugi
    By percuma in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 34
    Last Post: 01-02-2012, 12:09 PM
  3. Bisness DCHL, ada sesiapa yang tahu?
    By blukor in forum Ada Sesiapa Yang Tahu...
    Replies: 396
    Last Post: 10-27-2011, 07:26 PM
  4. Perkhidmatan untuk aktifkan paypal menggunakan VCC
    By titaniumhijau in forum WTS : Pengiklanan & Pemasaran
    Replies: 170
    Last Post: 09-05-2010, 01:57 PM
  5. Replies: 10
    Last Post: 09-18-2007, 05:00 PM

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts