Assalamualaikum ...
Kawan-kawan,
Berhati-hati kalau baru saja apply kad debit dan terus nak gunakan ia untuk withdraw PayPal.
Untuk mengelakkan akaun PayPal anda terkena 'limited access' atau 'frozen',
sila pastikan:
1.) Kad debit anda sudah VERIFIED.
2.) Kalau kad debit masih baru, jangan guna terus. Pastikan ada transaksi lain walaupun $5 - $10 je.
PayPal akan rasa suspicious jika kad debit baru digunakan terus untuk withdraw wang, tanpa ada apa-apa transaksi sebelum ini.
Sebaik-baiknya, kad baru tu pernah ada transaksi lain,
seperti pernah digunakan untuk membeli produk di internet.
Syed,
Cuba penuhi permintaan PayPal tu untuk dokumen-dokumen dan statement. Kesian awak kena just before raya sebab PayPal ni kekadang ambil masa 2-4 minggu untuk memberi akses semula ke akaun.
Kak G pernah terkena limited access selama lebih sebulan dulu sebab gunakan kad PayPal baru untuk beli produk harga US$500 ...
...pihak PayPal terus limited access sebab kad tu masih baru,
walaupun kad itu sudah di VERIFY.
Saya terpaksa 2 kali fax kat PayPal sebab banyak juga mereka minta:
Fax kali pertama:
1.) Bank statement dari public bank.
2.) Bil air / elektrik
Fax kali kedua:
3.) Salinan loan rumah untuk home loan saya (sebab bil air/letrik atas nama suami, so saya terpaksa kemukakan bukti lain bahawa itu alamat rumah saya).
4.) Statement dari insurance saya (atas sama alasan dengan no. 3).
- nasib baik rumah dan insurance atas nama saya dan beralamat rumah saya.
5.) Bukti lain - dah tak ingat...
So, kalau kad anda masih baru, walaupun sudah diVERIFIED,
gunakan dulu untuk pembelian kecil-kecil seperti beli produk $7 ke.
Jangan terus gunakan untuk withdraw wang, sebab mereka akan 'red alert'
bila kad baru digunakan untuk withdrawal tanpa apa-apa transaksi lain sebelum itu.
Semoga dapat membantu.
Kak G.